Sunday, December 24, 2017

# TIPS RAMBUT GUGUR

TIPS MUDAH KURANGKAN RAMBUT GUGUR

Tengah google untuk tips hilangkan keguguran rambut. Terjumpa lak tips simple ni. Tak tau plak guna air garam je. Nanti boleh la cuba.

KakFiza kongsikan untuk anda.

Ambil segenggam garam dan masukkan ke dalam besen berisi air. Agak2 la garam tu..tengok banyak mana rambut kita. Rendam rambut anda selama 3 hingga 5 minit. Urut kepala anda dengan lembut dan perlahan agar air garam itu meresap ke dalam kulit kepala.

Bilas dengan air bersih pula tau!

Ulangi seminggu 2 kali dan anda akan lihat hasilnya.


Kenapa anda perlu cuci rambut dengan air garam?

1. Menghilangkan kelemumur

kelemumur merupakan bakteria. Jika rambut anda penuh dengan kelemumur, cara paling bagus, bersihkan rambut dengan air garam. Garam boleh membunuh bakteria dan menyegarkan kulit kepala.

2. Rambut kelihatan lebih segar

Ya, air garam boleh membantu masalah kulit kepala berminyak, serta kotoran lain. Jika anda boleh atasi semua ini, maka rambut anda kan kelihata lebih segar dan berkilat !

3. Menghalang keguguran rambut

Air garam boleh menyebabkan liang liang di kulit kepala tertutup rapat dan akan menghalang dari berlakunya keguguran rambut.

Sesuai untuk lelaki dan wanita. Selamat mencuba!

No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me