Monday, December 25, 2017

# RESEPI # RESEPI PULUT AYAM

RESEPI PULUT AYAM UTARA

Assalamualaikum..

Memandangkan hari ni cuti dan tak bercadang kemana-mana pun en suami akak request pulut ayam la pulak. Tak pernah dibuat la. Biasanya beli je. Tak pe lah, google kan ada.

Resepi yang KakFiza nak share ni dah lama tersimpan dalam notes. Tak ingat kat web mana dah KakFiza cedok. Alhamdulillah menjadi cuma sos thainya agak kurang menjadi. Last sekali guna sos thai yang dah beli siap je lagi sedap. Haha


Jom cekedok resepinya:

Resepi Pulut Ayam
Bahan-bahan:
  • 600gm pulut, direndam seketika, dan kemudian dikukus sehingga masak. 
  • 1/2 ekor ayam, dipotong 4
  • 1 cawan bawang merah yang telah dihiris nipis dan digaul dengan sedikit tepung beras, digoreng menjadi bawang goreng
  • 3-4 sudu besar tepung beras
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya
Bahan perapan ayam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk
  • 1 inci halia, ditumbuk
  • 1 inci lengkuas, ditumbuk
  • 1 sudu kecil pewarna merah, jika suka. Kalau tak pakai pewarna pun ok je.
  • Garam secukup rasa.

Cara penyediaan
Ayam diperap selama 2-3 jam bersama bahan perap.

Panaskan minyak untuk deep fry ayam.

Letak tepung beras dalam pinggan leper.

Ambil seketul ayam yang diperap, golekkan dalam tepung beras. Biar sehingga semua bahagian ayam diliputi tepung. Terus masukkan dalam kuali panas. Goreng sehingga 3/4 masak . Buat sehingga ayam semua habis.

Angkat ayam dan sejukkan sekejap. Ketuk ayam dengan pisau atau lesung batu. Tetapi jangan sampai ayam hancur. Biar terbelah bahagian isi dalam tetapi tak putus.

Panaskan minyak sekali lagi dan goreng sekali lagi ayam yang diketuk tadi sehingga masak dan betul-betul garing.

Resepi Sos Cili Thai Bawang Putih
Bahan-bahan
  • 4 biji cili merah, dikisar kasar bersama sedikit air
  • 4-5 ulas bawang putih, dicincang
  • 6 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/4 cawan cuka putih
  • 2 sudu besar tepung gandum dibancuh dengan sedikit air
  • 1 1/2 cawan air (atau lebih jika perlu)
Cara penyediaan
Dalam periuk, campur cili merah, bawang putih, air dan gula dan garam. Rebus sehingga cili masak dan bawang putih lembut.

Rasa garam dan gula. Boleh tambah gula jika sos terlalu pedas.

Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau rata sehingga kuah pekat.

Selamat mencuba....

No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me