Saturday, December 9, 2017

# KEK PISANG # RESEPI

RESEPI KEK PISANG GEBU

Assalamualaikum...

Hari ni KakFiza nak share satu resepi kek pisang ni. Mudah sangat cuma guna blender je. Rugi tak cuba tau. Resepi ni KakFiza pergi belajar dengan cikgu tau..tak google pun..jom cikidot...

Bahan-bahan:
3 biji telur gred A (masuk 1 persatu buang dia punya mata tu)
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula (boleh kurangkan)
3/4 sdt soda
1 sdt baking powder (penuh)
1 sdt ovelate

2 cwn tepung gandum (ayak)
5 1/2 biji pisang

Cara-caranya:
3biji telur masuk satu persatu dalam blender.
Masukkan 1cwn minyak
Masukkan 1cwn gula
Masuk soda dan baking
Masuk ovalete

Blend kan semua sekali...kemudian masukkan pisang 1 persatu. Kemudian tuangkan dlm bekas tepung. Blend hingga sebati.

Oleskan acuan atau alas dengan baking paper. KakFiza guna acuan 8 x 8 dan bakar dalm 50minit (ikut oven masing2 ya)


Taraaaa...dah siap untuk minum petang..yang ni dah di taburkan cheese...sedap tau. Tak sempat simpan esok dah habis..

Selamat mencuba..

KakFiza
SungaiPetani

No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me