Wednesday, December 20, 2017

# ADHD # HIPERAKTIF

RAWATAN AWAL UNTUK PESAKIT ADHD

Assalamualaikum...
Anak-anak adalah rezeki dan anugerah tak ternilai kepada kita. Dianugerahkan anak istimewa nenuntut kesabaran dan tanggungjawab baik dari segi mental dan fizikal. Memang KakFiza salute pada ibu bapa yang mempunyai anak autism/ADHD ni.


Sehingga saat ini kita hanya ada cara untuk mengurangkan simptom yang dihidapi pesakit dan menambahbaik kehidupannya. Ubat-ubatan dan rawatan khusus yang ada seperti Psikoterapi dan pendidikan bersesuaian dengan tahap pesakit adalah cara terbaik merawat mereka yang menghidap ADHD.

Dalam kebanyakan kes, rawatan ADHD melibatkan kombinasi ubat yang bertindak mengawal gejala dan perilaku terapi. Rawatan yang biasa termasuk ubat-ubatan seperti methylphenidate (Ritalin) atau dextroamphetamine (Dexedrine), yang merupakan perangsang yang mengurangkan impulsif dan hiperaktif dan juga meningkatkan perhatian.


Penting untuk dapatkan rawatan awal jika anak-anak kita menunjukkan beberapa gejala ADHD. Ini kerana jika ibu bapa membiarkan sahaja anak mereka tanpa rawatan sepatutnya, kanak-kanak ADHD kemungkinan membesar sebagai seorang dewasa yang bermasalah sehingga mendorong melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

Ubat-ubatan yang digunakan biasanya mempunyai kesan sampingan seperti:
  • Kehilangan selera
  • Masalah tidur
  • Mild anhedonia (tiada perasaan atau emosi)
Bagaimana pula suplimen shaklee boleh membantu mereka? InshaAllah kita sambung next entry yer..

KakFiza
SungaiPetani

POPULAR POSTS

Follow Me