Saturday, December 23, 2017

# My Family

PERSIAPAN KEMBALI KE SEKOLAH

Assalamualaikum...


Entry kembali ke sekolah. Seharian dari tengahari hari ni, balik rumah dah malam. Makan tengahari kat rumah kenduri dan terus pergi shopping barang-barang sekolah. Tahun depan 2 orang sekolah dah terasa kesempitannya..hihi

Memang terpaksa beli semuanya hari ni settle semua baju, kasut, alatulis, beg, stokin dan baju KAFA juga..sebabnya En.hubby KakFiza kebetulan dapat transfer ke Johor next week dah tak de siapa nak teman shopping kan...sedehnya...

Beginilah hidup kami..terpaksa terima keadaan yang begini dari dulu. Bila anak2 dah sekolah nak mengikut pindah randah ni memang tak la. Kalau projeknya 5y ++ ok jugak la nak berpindah. Paling lama pun 2y. KakFiza ni sejak kahwin sepanjang 10 tahun ni dah biasa kena tinggal. PJJ orang kata..dugaan..😂😂😂

Korang dah settle baju sekolah anak2 ke? Excited kan anak-anak nak sekolah. Semoga anak2 kita menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Risau sungguh dengan cabaran anak masa kini.

KakFiza
SungaiPetani

No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me