Wednesday, December 13, 2017

# POKOK DUKUNG ANAK # TIPS KEHAMILAN

KHASIAT POKOK DUKUNG ANAK SEBAGAI IKHTIAR UNTUK HAMIL

Hari ni KakFiza nak kongsi khasiat pokok dukung anak ni. Korang pernah tengok tak? Area rumah akak ni banyak sangat sebelum pihak sekolah depan ni ratakan tanah. Sekarang ni dah tak nampak pokok ni tumbuh dah. Sayang sangat.


Terpanggil nak buat entry ni pun sebab tiba-tiba tadi ada jiran dalam group wsap tanya mana nak cari pokok ni sebab dia nak ikhtiar untuk hamil.

Betul...pokok ni memang bangus dan digunakan untuk pelbagai rawatan dan antaranya untuk mereka yang ingin hamil. Pernah guna akarnya untuk Jaundis baby baru lahir.

Pokok dukung anak atau nama saintifiknya Phyllanthus adalah spesies tumbuhan herba yang boleh dijumpai di kawasan beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand serta di negara China dan Amerika Selatan. Ia biasa tumbuh di kawasan tanah yang agak keras seperti di celah retakan simen. Ia banyak ditemui di tanah terbiar, tepi jalan atau di kebun sayur serta kawasan rumah termasuk di dalam pasu bunga.

Pokok dukung anak selalunya tumbuh meliar di pinggiran batas tanaman dan dianggap sebagai rumpai yang sukar dikawal. Walaupun dianggap sebagai rumpai, tumbuhan ini mempunyai pelbagai nilai perubatan dan diiktiraf dalam kalangan pengamal perubatan herba tradisional tempatan.

Akar, daun, buah dan keseluruhan pokok dukung anak mempunyai pelbagai nilai perubatan. Ia sangat popular di India dan banyak digunakan dalam perubatan Ayurveda sama ada dikeringkan menjadi serbuk atau digunakan segar.

Di Malaysia, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat penyakit berkaitan buah pinggang dan hati seperti jaundis dan hepatitis B.

Kat rumah akak ni, pokok ni tumbuh meliar dikawasan tanaman kelapa sawit. Banyak sangat sebelum ni. 

Bagaimana cara gunakan daun ni sebagai ikhtiar untuk hamil?

Korang rebus je daun dan akarnya sambil selawat. Sebelum itu, daunnya dibasuh bersih2 dengan 2 cawan air.
Rebus sampai airnya menjadi kuantiti utk 1 cawan air.
Lepas tu minum dan selawat dan berdoa.

Kita usaha selebihnya DIA yang berkuasa kan.

KakFiza
SungaiPetani

No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me