Friday, December 15, 2017

# MIGRAIN

KENALI PUNCA BERLAKUNYA SERANGAN MIGRAIN

Migrain je telan panadol. Kat rumah kena standby siap2 panadol. Siapa macam tu? Berbakul stok panadol kat rumah?

Tak salah pun kan. Kita dulu pun asalkan demam, sakit kepala..panadol la yang dulu kita capai. Kalau ok Alhamdulillah. Kot2 melarat baru pergi klinik kan.


Ubat-ubat ni macam painkiller apa semya tu sekadar menghilangkan rasa sakit dan bukan merawat puncanya. Sekarang ni dah ramai yang mencari kaedah alternatif untuk mengatasi masalah migrain ni termasuklah pengambilan vitamin semulajadi.

Apabila terkena migrain ni sakit tau. Kesakitan berpanjangan yang dialami pada sebelah bahagian kepala dan ianya sering berulang. Apabila migrain berlaku, pesakit terpaksa menahan kesakitan selama beberapa jam atau terpaksa berbaring selepas menelan ubat-ubatan.


Selain sakit kepala, pesakit juga boleh merasakan ketidakselesaan pada perut seperti angin, pedih, loya-loya atau termuntah.

Punca dan Penyebab Migrain
Migrain berpunca daripada pembesaran saluran darah dan bahan kimia yang terhasil daripada gentian saraf yang melilit saluran darah. Semasa sakit, arteri temporal yang terletak di bawah kulit tengkorak membesar. Ini menyebabkan pembebasan bahan kimia yang menyebabkan keradangan, kesakitan, dan pembesaran arteri.


Antara penyebab migrain ialah:
  • alahan dengan perkara tertentu seperti cuaca panas, lampu terang, bunyi kuat, bau tertentu atau minyak wangi
  • tekanan fizikal atau emosi
  • tidur yang tidak teratur
  • merokok
  • tidak makan atau berpuasa
  • pengambilan alkohol
  • simptom PMS, Menopouse
  • ketegangan sakit kepala
  • Mengambil makanan yang mengandungi tyramine seperti wain merah, keju tua, ikan salai, hati ayam, makanan mengandungi bahan perasa monosodium glutamat (MSG) atau nitrat seperti daging khinzir, sosej dan salami

Pada penderita migrain ni, anda perlulah kenalpasti apa sebabnya migrain sering terjadi. Amalkan gaya hidup sihat dan makan makanan seimbang vagi mengelakkan keadaan bertam buruk. Selain itu, bolehla dilakukan aktiviti riadah dan mengambil supliment semulajadi yang selamat sekaligus mampu mengurangkan masalah migrain anda.

Next entry, inshaAllah KakFiza kongsikan jenis suplement yang boleh anda cuba.

KakFiza
SungaiPetani

No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me