Wednesday, December 6, 2017

# BUASIR

BAHAYAKAH BUASIR? BAGAIMANA IANYA TERJADI?

Buasir amat menyakitkan, pedih, perit dan tidak selesa. Adakah anda sering mengalami keadaan ini?

Jika YA...rawatlah segera..

Jangan segan atau malu bila ada masalah buasir ni. Ia perlu dicegah sebelum terlambat.


Apa itu Buasir?
Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.

Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.


Terdapat 2 jenis buasir
1. Buasir dalaman
Selalunya tak sakit dan gatal sebab kat dalam kan. Jadi tak la rasa cuma bila kita meneran atau ada gangguan dekat laluan najis waktu buang air besar, ianya boleh cederakan permukaan buasir dan boleh sebabkan pendarahan. Titisan merah cerah akan kelihatan.

2. Buasir luaran
Yang ni yang selalu kita dengar sakit, pedih dan gatal kat bahagian dubur. lagi teruk kalau buasir ni tersepit dan bekalan darah akan terputus menyebabkan bekuan darah akan terjadi didalamnya. Jika ni terjadi, memang sangat azab lah sakitnya. Buasir jenis ni juga ada potensi utk berulang lagi walaupun dah dirawat.

Punca atau penyebab Buasir


Tanda-tanda Buasir

Jangan tunggu sehingga melarat tau. Dapatkan rawatan segera dan amalkan suplimen yang boleh membantu masalah buasir anda.

InshaAllah pada entry akan datang nanti, kakfiza akan kongsikan suplimen yang boleh membantu anda.

KakFiza
SungaiPetani

1 comment:

hainom OKje said...

Ohhh ... gitu rupanya buasir. Ingatkan macam manalah...

POPULAR POSTS

Follow Me