Saturday, November 11, 2017

VITAMIN C BERSAMA UDANG PUNCA KERACUNAN ARSENIK

Assalamualaikum...

Dok tengah sarapan dengan anak-anak, ada customer wassap
Klu makan udang..vit c x leh makan..sebabnya ada asid pa x tau..mber g tau..tu yang tanya fiza"

Kak Fiza sengeh la dulu baca ni sambil sarapan. Tapi betul ke sampai boleh keracunan kalau diambil bersama.



Arsenik ni adalah satu unsur yang banyak ditemui pada tanah, haiwan dan juga manusia. Dalam makanan juga ada arsenik dan makanan laut mencatatkan unsur arsenik yang lebih tinggi berbanding makanan lain.
Unsur arsenik dalam makanan merupakan unsur yang organik. Jadi, tak bahaya la kalau dimakan. 
Arsenik organik (organic arsenic) bukanlah bermaksud ianya terhasil daripada sumber semula jadi. Tetapi, ianya disebabkan atom arsenik itu mempunyai ikatan secara kovalen kepada atom karbon. Jadi, ia dipanggil arsenik organik, dan kompaun ini wujud pada kadar yang sedikit dalam makanan. Ia selamat untuk dimakan.
Arsenik tidak organik (inorganic arsenic) pula ialah arsenik yang wujud dalam keadaan metallic form, ataupun yang mempunyai ikatan ionik dengan kompaun lain. Arsenik tidak organik yang boleh menyebabkan keracunan jika dimakan.
Ya...memang ada kajian menyatakan kompaun arsenik organik boleh bertukar menjadi bahan yang berbahaya apabila dimakan dengan vitamin C. Tetapi, kajian itu menggunakan jumlah kompaun arsenik yang sangat tinggi, dan tak boleh disamakan dengan kandungan arsenik di dalam makanan.
Perlu diketahui juga, jika berlaku keracunan Arsenic ia tidak akan menyebabkan simptom seperti pendarahan di mulut, hidung dan telinga. Tetapi mungkin berlaku muntah, cirit birit, tekanan darah rendah, dehidrasi dan juga renjatan.
InshaAllah tak bahaya malahan Vitamin C boleh melindungi kita daripada keracunan arsenik bila diambil bersama.
Haaa..lepas ni boleh makan udang banyak-banyak yea...😃



Istimewanya Vitamin C Shaklee ni ia mampu melawan penyakit. Paling penting Vitamin C boleh menghasilkan kolagen untuk kulit. Banyak lagi manfaat Vitamin C dalam entry sebelum ini.



Jadi, jangan ragu-ragu lagi tau. Vitamin C sememangnya bagus untuk kita amalkan.
Nak cuba Vitamin C Shaklee? Boleh hubungi Kak Fiza 0124513311 untuk pembelian secara online. Area terdekat kita boleh je COD.


Atau boleh klik link dibawah untuk pembelian terus di website Shaklee yang mana sangat mudah.


Sekiranya anda berminat menjadi Pengedar Shaklee terus hubungi 0124513311. Kak Fiza memerlukan pengedar di Seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kehadiran anda sangat diperlukan.

No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...