Wednesday, November 22, 2017

FAKTOR PENYEBAB BERLAKUNYA BATU KARANG

Faktor penyebab berlakunya batu karang.

Orang dulu-dulu selalu cakap jangan tahan kencing nanti jadi batu karang. Air pun kena minum banyak sebab kalau kurang, air kencing menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang boleh membentuk batu karang.


Ada logiknya jugak kan...

Apa punca sebenarnya?
1.Kurang minum air – Jika kurang minum air, kencing akan menjadi lebih pekat. Jika kencing lebih pekat, mudahlah untuk pembentukan kristal yang akhirnya akan menjadi batu.

2.Sejarah keluarga atau diri-sendiri – Ini tak lain tak bukan masalah pemakanan yang sama dalam keluarga, seperti juga penyakit kencing manis dan penyakit metabolik yang lain. Orang yang pernah terkena penyakit batu karang juga perlu berhati-hati kerana risiko untuk berulang adalah tinggi.

3.Umur – Kes batu karang paling tinggi dikalangan orang berusia 20 hingga 70 tahun.

4.Jantina – Lelaki lebih mudah mengalami penyakit batu karang berbanding wanita.

5.Penyakit lain – Penyakit-penyakit metabolik seperti hyperparathyroidism (kelejar yang terlibat dalam metabolisme kalsium terlebih aktif), hyperthyroidism (kelenjar thyroid terlebih aktif menyebabkan pengeluaran mineral daripada tulang dan pengumpulan kalsium) sistinuria (penyakit metabolik yang diwarisi yang menyebabkan sistin berlebihan dalam tubuh dan menyebabkan batu jenis sistin).

5.Suplemen vitamin D berlebihan dan tidak seimbangkan dengan kalsium dan magnesium.
Malahan penghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi turut berisiko untuk mendapat penyakit ini terutama mereka yang menghidap Cushing Syndrome (masalah berkaitan hormon)

6.Kesan sampingan ubat – Ubat-ubat seperti diuretik meningkatkan pengeluaran air kencing, lalu menyebabkan kencing semakin pekat.

7.Pemakanan – Makanan yang tinggi protein purin seperti hati, jantung, limpa, daging merah dan makanan laut yang bercengkerang. Daging merah khususnya mengandungi kandungan fosforus yang tinggi, jadi menyebabkan lebih banyak kalsium dikeluarkan melalui air kencing. Selain itu alkohol dan diet kurang serat turut memberi kesan yang sama.

8.Kurang aktif – Individu yang kurang aktif atau terlantar sakit adalah lebih berisiko kerana tulang membebaskan kalsium ke dalam salur darah dalam individu ini.

Jadi, mestibamalkan gaya hidup sihat untuk elak sebarang penyakit. InshaAllah ada rawatannya untuk sakit batu katang ni dan kak fiza akan share lagi nanti..

KakFiza
SungaiPetani

No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...