Tuesday, November 21, 2017

# BATU KARANG

BAHAYA BATU KARANG

Bila sakitnya datang, sakit teramat sangat. Kencing berdarah dan sakitnya bukan kepalang. Serba tak kena jadinya kan. Itulah batu karang.

Ramai juga dikalangan kita mengidapnya terutama lelaki. Macam mana agaknya rupa batu karang tu?



Buah pinggang kita berperanan sebagai alat penapisan bahan toksik. Mineral dan garam asid dalam air kencing boleh termendap di dalam organ berkenaan. Apabila tubuh kita kekurangan air, bahan ini boleh membentuk kristal dan seterusnya menjadi batu karang.

Biasanya seseorang rasa sakit disebabkan:
  • Batu karang besar yang menyumbatkan buah pinggang
  • Buah pinggang tersumbat disebabkan batu yang tersangkut di saluran buah pinggang
  • Kencing kotor yang bertukar menjadi nanah apabila berkumpul dengan lama dalam buah pinggang yang tersumbat.

Jenis batu karang
  • kalsium
  • asid urik
  • struvite (batu magnesium ammonium fosfat)
  • Cystine

Batu karang yang boleh dikesan sinaran X ialah batu kalsium fosfat, batu kalsium oxalate dan batu struvite. Ada batu karang yang tidak dapat dikesan dengan sinaran X tetapi biasanya dapat dikesan dengan ultrasound atau CT scan, misalnya batu asid urik dan batu cystine.

Satu daripada 20 orang dijangka menghidap penyakit batu karang. Lelaki lebih cenderung menghidap penyakit ini berbanding wanita dengan nisbah 3:1. Ini disebabkan hormon lelaki boleh meningkatkan bahan mineral yang membentuk batu.

Kejadian batu karang kerap terjadi pada individu berusia antara 20 hingga 50 tahun dan penyakit ini biasanya berulang.

Faktor risiko
  • Faktor Genetik
  • Kerap berada di Negara bercuaca Panas
  • Gaya hidup yang kurang aktif
  • Dehidrasi (minum air kurang 1,200 mililiter sehari)
  • Pemakanan tinggi protein haiwan, tinggi sodium/garam, dos vitamin C dan D yang tinggi
  • Jangkitan kuman saluran kencing yang berulang. Bakteria yang menghasilkan urease (enzim yang memangkinkan hidrolisis urea kepada amonia dan karbon diaoksida) membuatkan seseorang cenderung kepada pembentukan batu karang

Pembentukan batu karang boleh dicegah dengan banyakkan minum air serta kurangkan makanan yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang.

Gejala
  • Kencing berdarah
  • Sakit belakang/kawasan pundi kencing
  • Wujud butiran pasir di dalam air kencing
  • Jangkitan saluran kencing (batu karang ialah punca jangkitan)
  • Demam dan badan menggigil
  • Kecing kotor

1 comment:

hainom OKje said...

Tengok gambar takut pulak FH.
Sakit satu hal, nak kena duk sepital satuu hal. Tapi tulah.... bila makan tak ingat dunia, exercise tak mau pulak

POPULAR POSTS

Follow Me