Thursday, November 16, 2017

6 MAKANAN TINGKATKAN KESUBURAN

Assalamualaikum...

Dah 3hari berturut dok tb balik cerita dolu2 tu kan..haha. Ni Kak Fiza nak kongsi beberapa tips untuk tingkatkan kesuburan.



Faktor pemakanan hari ini banyak menjadi punca ketidaksuburan lelaki dan wanita. Sebab tu bila jumpa je Pakar, mesti perkara utama yang mereka minta kita buat ialah amalkan gaya hidup sihat, amalkan vitamin dan amalkan makan sihat dan seimbang.

Adakalanya stress yang terlampau juga menggangu hormon kita. Doktor selalu pesan jangan stress. Sentiasa fikir positif dan elakkan bebanan kerja yang melampau.

Haaa..itu sebahagian je dari puncanya. Sebab lain memang banyak la kan. Masalah kesuburan lain lagi. Dan..bukan wanita sahaja yang mengalaminya..lelaki juga tau.

Sumber Makananan Tingkatkan Kesuburan.

1. Vitamin D
Fungsi vitamin D adalah membantu menghasilkan hormon seks yang diperlukan sepanjang proses ovulasi.

Terdapat bukti yang kemungkinan wanita yang mempunyai kekurangan vitamin D boleh menurunkan kadar kesuburannya. Ia mungkin memainkan peranan penting dalam masalah PCOS endometriosis, implantasi selepas IVF dan juga pembentukan sperma.
Sumber: drnatashanorfertility.com

Sumber makanan berasaskan Vitamin D ialah Telur, produk tenusu dan pati minyak ikan haruan.

2. Vitamin E
Vitamin feveret ni. Selain bagus sangat untuk kulit cun dan gebu gebas, peranannya dalam kesuburan sangat penting.

Lelaki sepatutnya amalkan Vitamin E ni sebab ia membantu meningkatkan kualiti sperma agar hidup lebih lama. Jadi bila hidup lama, lebih peluang untuknya disenyawakan dengan ovum.

Banyak amalkan sayur bayam, buah zaitun dan juga bunga matahari

3. Vitamin C
Seperti Vitamin E, C juga penting. Kalau tak dapat nak amalkan pemakanan yang lengkap untuk Vitamin C, cuba beli suplemen dan amalkan hari-hari.

Vitamin C bukan saja dapat meningkatkan kualiti kesihatan secara umum, tetapi ia turut menjadikan wanita lebih subur.

Bqnyak sumber berasaskan Vitamin C ni seperti Sayur brokoli, kubis, buah tomato, ubi kentang dan cili merah.

4. Asid Folic
Doktor ada sarankan untuk amalkan Asid Folic 3/4bulan sebelum merancang untuk hamil. Lelaki juga perlu amalkan Asid Folic ni kerana ia berfungsi menghasilkan sperma yang berkualiti.

Lebih mudah ambil dal bentuk pil kan tapi sumber makanan Asid Folic pun banyak sangat dalam sayuran dan buah-buahan.

5. Protin
Sangat penting untuk tingkatkan kesuburan. Makanan yang kaya protin bukan saja dari telur dan daging tetapi boleh juga didapati daripada sayuran dan tumbuhan.

Contoh sayuran dan buah yang berprotein tinggi termasuklah jambu, pisang, manggis, epal, kacang buncis, kurma, kacang ‘almond’. Kalau boleh elakkan protin dari haiwan.

6. Banyakkan minum air putih
Masa TTC, Kak Fiza tak sentuh langsung air manis dan ais2 semua tu. air kosong membantu meningkatkan kandungan cecair serviks dalam badan kita.

Disarankan 3liter sehari atau bergantung pada berat badan iaitu 25kg=1liter air.

Pilihlah makananan yang sihat dan amalkan gaya hidup sihat. Penting juga vitamin dan makanan tambahan supaya kita dapat jalani hidup yang lebih sihat. Apa yang penting, rujuklah pakar kesihatan anda..

KakFiza
SungaiPetani





No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...