Wednesday, November 15, 2017

4 TAHUN MENANTI ZURIAT PART III

Assalamualaikum...

Nak sambung kisah semalam..tak habis la tb cerita dulu2 ni. Pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan sampai bila2 pun..


Second opinion dari pakar Pakar kat Pusrawi KL. Ulang procedure HSG sebab Doktor nak tengok lepas pada Hydrotubation dengan Doktor Hamid sebelum ni. Lepas dapat result lagi sekali jumpa Doktor kat Pusrawi ni. Tiub kanan masih blocked dan yang ok hanya tiub kiri. Ada perubahan daripada HSG yang lepas

Kak Fiza hampa dan kecewa juga la sebab Pakar ni terus suggest Laparscopy sebab katanya Clomid dah ambil dan tak berjaya, jadi last choice dah la. Lepas pada tu dah tak set appoitment dengan dia dah. Dengan Dr Hamid pun stop kejap sebab ingat nak rehat dari sebarang rawatan. Lagipun suami masih dekat Indon.

Lepas pada tu ada kawan suggest jumpa Dr Julia kat Kajang. Pusat Perubatan Julia. Menarik jugak kan...sorang2 dari Kota Damansara ke Kajang jumpa Doktor Julia ni.




Menangis terus depan Dr Julia bila dia scan..dia cakap Kak Fiza pregnant dalam 5/6 week Ada storynya di SINi. Semuanya indah dan hepi sangat kami suami isteri sampai la 17 julai 2009 janin tak dapat diselamatkan. Sebelum tu pun kerap sangat bleeding. Tak boleh nak gerak langsung mesti bleeding. Pakar cakap kandungan tak sihat. Tiada dengupan jantung baby walaupun dah nak cecah 8/9week.

Admit Hospital Sungai Buloh untuk DnC tapi janin dah complete keluar so tak jadilah DnC. Balik rumah cuti seminggu dan bila masuk kerja semula majikan buat hal nak tolak gaji bila Kak Fiza tunjuk MC tu. Memang bigg boss ni problem ckit dan sangat kedekut. Terus Kak Fiza bagi notis berhenti 3bulan..hehe

Dan rezeki kami datang lagi..betul2 masuk Ramadan 2009 bila disahkan mengandung lagi 6week. Alhamdulillah dan terus check up dengan Dr Idris dari Pantai (klinik area TTDI). Belakang ofis je klinik Dr Idris ni kat Hospital Pantai. Pakar Sakit Puan jugak Doktor ni. Dibekalkan segala ubat kuat rahim sebab ada kes keguguran kan..

Alhamdulillah..Kak Fiza mengandung naturally tanpa apa2 prosedure pun. Dan ada juga la amalkan Vitamin dari Doktor Hamid dan yang Doktor Julia bekalkan.

Cinta hati sulung kami selamat lahir 27 April 2010. Sehari selepas bithday Kak Fiza. Kisahnya banyak kat SINi

fuhhhh..panjang entry last ni. Banyak nak cerita tapi terpaksa dipendekkan..risau korang bosan plak dah 3 entry ni kan....hehe

KakFiza
SungaiPetani

2 comments:

OKje said...

Indahnya saat itu bila di kenang ye Fiza..... Rezeki dari Allah tu kan.
Yelah.... ujian Allah bagi tu masing masing, ada yg cepat dpt zuriat ada yg tak...
Alhamdulillah, akhirnya allah bagi peluang ....

Fiza Hasan said...

Alhamdulillah sis hainom. Akhirnya rezeki kami

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...