Saturday, August 26, 2017

SAKIT TUMIT KAKI ATAU PLANTAR FASCIITIS

6:46 PM 0 Comments
Assalamualaikum...

Rasanya ramai yang sering mengalami sakit pada tapak kaki, terutamanya apabila baru bangun tidur, terpijak lantai akan rasa menikam jer dan rasa sakit yang teramat.

Sakit pada tumit kaki atau nama lainnya Plantar fasciitis biasanya sering terjadi pada orang dewasa terutamanya warga emas. Tetapi, sekarang ni dah tak kira usia dah. Ramai yang terkeliru dan berpendapat plantar fasciitis dan heel spurs adalah sama tetapi sebenarnya ada bezanya.


Plantar fasciitis merujuk kepada sindrom sakit pada tumit kaki yang terjadi akibat radang atau kecederaan pada tisu plantar yang membentuk lengkok pada tapak kaki, dan ‘heel spur’ pula adalah tulang berbentuk duri pada tulang tumit (calcaneum) di mana tisu plantar melekat. 

Kebanyakkan pesakit yang ada masalah plantar fasciitis mempunyai ‘heel spur’ dalam X-ray kaki mereka.

Apa yang menyebabkan sakit tumit atau planar fasciitis?

Berat Badan Berlebihan
Apabila berat berlebihan akan memberikan tekanan berlebihan dan menyebabkan regangan di bahagian kaki.
Apabila berdiri dan berjalan berat akan diedarkan sama rata di bahagian kaki (tulang dan tisu). Bahagian kaki kita cuma dapat menampung berat tertentu sahaja. Akibatnya risiko kecederaan pada tisu plantar adalah lebih tinggi. Dan tekanan berulangan tersebut akhirnya menyebabkan rasa sakit pada tumit dan tapak kaki.

Penuaan
Proses penuaan menyebabkan lapisan lemak dan tisu mula mengecut dan kurang fleksibel dan menyebabkan tisu plantar mudah tercedera

Aktiviti fizikal yang aktif
Ahli sukan terutamanya lebih terdedah kepada plantar fasciitis. Contohnya, dalam kes berlari, plantar fasciitis terjadi akibat kecederaan tisu plantar pada tapak kaki kesan beban hentakan berulang-ulang ketika berlari.

Simptom plantar fasciitis selalunya teruk pada waktu pagi selepas bangun tidur. Ini kerana semasa tidur tisu dan otot di bahagian tapak kaki berada dlm posisi ‘rehat’ , otot betis dan fascia di tapak kaki akan memendek dan kekal dalam posisi tersebut selama beberapa jam.

Apabila bangun pagi dan meletak tapak ke lantai serta mula memijak, tekanan daripada berat badan akan menyebabkan regangan pada tisu fascia secara tiba-tiba. Ini boleh menyebabkan kecederaan dan mungkin luka pada tisu tersebut. Bagaimanapun tisu tersebut akan mula meregang sedikit demi sedikit apabila kita terus menapak menjadikannya kurang tegang dan sakit juga akan semakin berkurangan.


Bagaimana nsk merawatnya dan sekaligus mengurangkan rasa sakit. InshaAllah akan Kak Fiza kongsikan pada entry akan datang.

Semoga bermanfaat untuk semua..😘😘

Wednesday, August 23, 2017

FUNGSI KALSIUM UNTUK KESIHATAN TULANG

9:59 PM 0 Comments
Assalamualaikum..

Bila masuk part kalsium ni, memang Kak Fiza suka sangat nak kongsi dengan semua kalsium pilihan hati. OsteMatrix shaklee memang antara yang terbaik pernah akak cuba.



Jom kita kenali OsteMatrix shaklee ni.

Sebut Oste, mesti terbayang osteoporosis plak kan. Sebab kaitannya dengan tulang.

Matrix pula merujuk pada satu kandungan di dalam sel tulang yang berbentuk kolagen. Matrix ini terbina daripada gabungan kalsium dan magnesium yang tinggi dengan tujuan untuk menguatkan tulang-tulang.

Kandungan OsteMatrix 
Mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D sebagai bahan utama.

Juga mengandungi Zinc, Copper, Manganese, dan Boron tapi dalam peratus yang amat sedikit.

Apa Fungsi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D dalam OsteMatrix?

Sebut Kalsium je memang semua dah tahu kaitannya dengan membina tulang yang kuat dan gigi yang sihat.  Kalsium bukan sahaja untuk tulang, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. 

Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang yang merupakan salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain

Satu kajian telah dibuat dan mendapati ia membantu mengurangkan sakit kepala dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing. 

Tanpa vitamin D, badan tidak dapat mendapat cukup 'hormone calcitriol' (dikenali sebangai Vitamin D aktif). Bila tidak cukup hormon ini, badan akan mengambil kalsium dari rangka yang sedia ada, yang mana akan melemahkan tulang-tulang kita sekaligus penyebab utama Osteoporosis.

Sebab tu nak pilih Kalsium, pilih yang lengkap dengan kandungan Magnesium dan Vitamin D.



Kandungan lain dalam OsteMatrix
  • 1000mg kalsium ialah kandungan sumber semulajadi yg mudah diserap.
  • 400mg magnesium pula membantu menggabungkan kalsium dalam tulang dan menguatkannya.
  • 400 iu vitamin D meransangkan penyerapan kalsium.
  • manganese,kopper dan zink berperanan mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.
  • manakala Boron pula bantu dalam metabolisma tulang.

Siapa yang boleh amalkan OsteMatrix?
  1. Ibu menyusu, mengandung. OsteMatrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.
  2. Suami/isteri bekerja yang selalu kepenatan dengan kerja
  3. Warga emas
  4. Wanita yang mengalami masalah PMS - sakit semasa datang bulan
  5. Mereka yang mengalami kekejangan otot
  6. Migrain

Elakkan mengambil Vitalea dan OsteMatrix secara serentak kerana iron dan zat besi boleh menggangu penyerapan kalsium.

Cara Makan OsteMatrix

Dicadangkan kepada umum, sebaiknya diamalkan 2 kali sehari. 2 tablet selepas makan. Jadi, 4 tablet sehari.

Untuk masalah haid, hamil, stress, kejang dan kebas-kebas.
Boleh ambil dua kali sehari 3 biji setiap kali selepas makan.

Untuk masalah tulang Retak 
Ambil 3 kali sehari, atau 4 biji setiap kali lepas makan.

Apa perbezaan OsteMatrik shaklee berbanding jenama lain dipasaran?

Alahhh, sama je kan. Yang mana dah tulis Kalsium tu boleh je beli..

Tidak untuk OsteMatrix!

Seperti yang dah Kak Fiza nyatakan kat atas tu, OsteMatrix shaklee membekalkan Kalsium, Magnesium dan lengkap dengan Vitamin D untuk kadar penyerapan yang lebih baik di dalam tubuh badan.

Pil-pil ini terdiri daripada pelbagai jenis antaranya calcium carbonate, calcium lactate, calsium citrete, calcium gluconate. Itu pun pil kalsium sahaja tidak mencukupi kerana ia memerlukan vitamin D untuk penyerapan yang lebih baik.

Apabila kalsium diambil bersama vitamin D, akan menghasilkan tulang dan gigi yang kuat.



Jika kalsium tidak cukup?

Maka tulang yang kuat perlu "melekat" antara satu sama lain. Oleh itu, ia memerlukan mangan, boron, copper dan sebagainya sebagai simen. 

Untuk mendapatkan vitamin kalsium yang optimum dalam badan dan untuk memastikan tulang ‘melekat’ dengan baik antara satu sama kombinasi kalsium, vitamin D dengan magnesium sangat diperlukan untuk memastikan tulang dan gigi mendapat nutrient sepatutnya.


PASTIKAN setiap pil kalsium yang anda ingin beli lengkap untuk membantu kadar penyerapan.

Banyak lagi Manfaat OsteMatrix ada Kak Fiza kongsikan pada entry yang lepas.

Nak cuba OsteMatrix yang power ni? 
Meh wsap Kak Fiza 0124513311 atau boleh klik link dibawah untuk pembelian terus ke website shaklee.

Monday, August 21, 2017

KAYAP KERING DENGAN NUTRIFERON

5:34 PM 0 Comments
Kalau anak2 demam bagus sangat ada Nutriferon ni. Boleh kuatkan imun diaorg dan demam pun cepat je kebah. Kalau dulu stok ibu memang tak pernah putus tapi bila abang2 dah besar, dah kurang demamnya..ibu pun dah tak simpan stok untuk guna sendiri...sesekali demam bawak amik ubat kat klinik jer...huhu


Tapi..baru2 ni Abang Ngah Haziq kena Kayap plak. Dah cuba rawatan traditional. Dan..ibu terpaksa restok semula Nutriferon ni. Mahal ckit jer tapi berbaloi...☺

Sebab apa tau?
Bila terjadinya Kayap dikalangan kanak2 ni, terbukti sistem imun mereka sangat lemah untuk melawan serangan Virus tu. Jadinya, Nutri ni memang suplimen tepat untuk mereka. Selain Nutri ni, chewable pun dia makan jugak..

Semangnya Nutriferon terkenal sebagai imun booster sebab ia mampu menguatkan sistem ketahanan badan dan membantu pesakit melawan penyakit yang sedang menyerang. InshaAllah boleh lawan serangan Virus.

Alhamdulillah...dah masuk 2minggu, Kayap pun dah kering. Nanti akak up testimoni yer. Susah nak snap gambar dia sebab jadi kat tempat yang agak sulit...πŸ™ŠπŸ™ŠπŸ™Š. Bila pegang phone je nak snap terus dia larikkk...πŸ˜‚πŸ˜‚


Yang kat atas tu gambar snap lepas seminggu dah jadi. Memula jadi atas bahu. Ingatkan ruam biasa je, dok sapu Herbal Blend je lah...tengok2 melarat plak. Sebab akakemang tak biasa dengan kayap2 ni, so tak tau la..huhu

Gambar terkini cuma tinggal parut2 hitam jer. Kat bahu cepat je parut hilang. Tempat lain tu kan berlipat ckit, makan masa la...



#gmffighter
#tsunamigmf

Saturday, August 19, 2017

APAM MEKAR RESEPI IBUNDA

11:57 PM 0 Comments
Assalamualaikum...

Hari ni Kak Fiza nak sharing Apam Mekar resepi dari mak akak. Ni lain dari yang lain ckit tau..


Jom kita cikidot resepinya:
2 cawan tepung beras cap Gajah sekor tu
1 cawan tepung beras cap gajah laut
1 cawan gula ( tapi korang jgn penuhkan)
3/4 cawan *tapai nasi
2 cawan air
1 sudu teh eno (penuhkan)

* tapai nasi
Nasi sejuk digaulkan dengan ragi. Gaulkan dan biarkan kat suhu bilik semalaman. Contohnya, korang buat pagi ni..jadinya, pagi esok dah boleh nampak tapai tu berair dan barulah disimpan peti sejuk. Buat banyak2 pun ok.

Bahan2 kat atas tu korang campurkan semua sekali masuk dan blender. Blend agak sebati.

Kemudian, tapis masuk dalam bekas lain. Kena biarkan lebih kurang 4-6jam pun dah ok.

Kalau korang blend malam, pagi esoknya boleh kukus. Panaskan kukusan. Masukkan eno dalam bancuhan dan kacau sebati.

Kukus dalam 15minit. Kalau nak mekar tu cantik, api kena besar.

Kalau dah tak de tepung beras gajah laut tu (biasanya area perlis senang cari), pakai tepung gajah sekor tu jer. Masuk terus 3 cawan tapi kurangkan ckit air.

Ni resepi turun temurun tau. Kenapa akak pakai 2 jenis tepung berbeza? Gebunya memang tak jemu lah nak makan. Tak melekat dijari tau..πŸ˜ƒ

Semoga bermanfaat...

Friday, August 18, 2017

MASAK LEMAK CILI API TELUR AYAM

10:27 PM 0 Comments
Assalamualaikum..

Jarang-jarang sekali Kak Fiza up resepi kan..hehe

Sebenarnya tengahari tadi kat taman akak ni, kami geng2 pompuan buat potluck. Masak la sorang sikit kan. So, Kak Fiza decide masak apa yang ada je lah. Terjadilah masak lemak cili api teloq ayam ni haa..

Masak Lemak Cili Api Telur

1 biji kelapa parut (boleh je guna kotak punya)
2 batang serai
Asam Keping
Garam secukup rasa
** 2 ulas Bawang Besar (tapi tak la besar sangat. Guna Bawang merah lagi sedap)
** 2 ulas Bawang Putih
** 1 inci kunyit hidup
** Cili padi (agak2 korang la nak pedas mana)
Daun Kunyit

Cara-caranya:
Blendkan cili padi, bawang besar, bawang putih dan kunyit hidup

Korang ambil la periuk masukkan santan dalam tu then letak atas dapur dan buka api yer...πŸ˜ƒ

Masukkan serai yang dititik, asam keping dan bahan blend. Kalau agak tak kuning, masukkan serbuk kunyit ckit.

Dah agak mendidih masukkan telur sebijik demi sebiji. Jangan dikacau telur nanti pecah lak. Biar je..baru la nanti nampak sebiji2 gitu...haaa kan lawa..πŸ˜†

Masuk la garam secukup rasa yer..

Taraaaaa..dah siap..

Masak lemak Kak Fiza tak sah kalau takde hirisan daun kunyit. Wangi tau bila letak daun kunyit. Hiris halus letak je dalam masakan tu. Lepas dah tutup api pun ok..

Simple, senang dan mudah kan. Mesti cuba tau!

Maaf..masak tadi tak sempat nak snap pic masak kemak jer. Yang ada ni haaa..menu kami berpotluck tadi. Makan ramai2 tak sedar bertambah2..


Nampak dalam tupperware kuah kuning tu. Itulah menu akaknya...πŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Tuesday, August 15, 2017

JALANI HIDUP YANG NORMAL DENGAN MENGAWAL ANXIETY DISORDER

2:41 PM 0 Comments
Alhamdulillah..makin rajin Kak Fiza berkongsi cerita sejak dua menjak ni kan...πŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Ok..nak sambung entry yang lepas mengenai Anxiety Disorder. Menurut Pakar sendiri, amalan kerohanian sepatutnya diterapkan oleh mereka yang mengalaminya dan kita sebagai orang terdekat patut bagi sokongan.




Pengambilan ubat-ubatan (drugs) digunakan bagi mengurangkan simptom anxiety disorder termasuklah antidepressant (agen antimurung), antipsikotik dan sebagainya.

Selain ubatan, rawatan psikoterapi adalah perlu. Kaunseling dibuat untuk membantu tindakbalas emosi dan masalah mental mereka. Salah satunya adalah Terapi kelakuan kognitif iaitu slejenis psikoterapi untuk membantu penghidap anxiety disorder untuk mengenalpasti dan mengubah cara berfikir serta kelakuan yang membawa kepada gangguan perasaaan.

Pengidap Anxiety Disorder juga boleh mengamalkan Relaxation therapy dimana boleh membantu mereka lebih relax dan dapat mengawal emosi dan gaya hidup.

Bagaimana pengambilan Suplimen membantu?
Suplimen juga boleh diamalkan oleh mereka yang mengidapnya. Antara Suplimen yang boleh diamalkan ialah:



Vitamin B
Vitamin B adalah vitamin terbaik untuk Anxiety. Mempunyai kesan positif kepada sistem saraf. Vitamin B juga membantu dalam menstabilkan paras hormon dan mood dalam tubuh kita.

Kekurangan vitamin B12 di dalam tubuh akan menyebabkan kita mudah berasa tertekan. Asid folik membantu meningkatkan kadar tindakbalas antikemurungan yang sangat baik kepada pesakit.

Vitamin C
Suplimen yang sangat penting dalam fungsi kimia otak dan kelenjar adrenal. Ia akan memberi efek penenang yang boleh mengurangkan Anxiety.

Vitamin E
Vitamin E penting kerana ia dapat membantu untuk mengangkut oksigen kepada otak. Otak yang kekurangan oksigen akan mengalami gangguan dan akhirnya membawa kepada pelbagai masalah termasuklah anxiety.

Sumber Mineral
Magnesium dan kalsium yang cukup dalam badan boleh mencegah ketegangan saraf.

Magnesium mempunyai peranan yang penting di dalam fungsi neurologi. Ia juga terlibat di dalam banyak tindakbalas kimia otak. Kekurangan magnesium telah dikaitkan dengan simptom kebimbangan dan kemurungan.

Kalsium pula sangat penting untuk memastikan tubuh kita berfungsi dengan baik. Ia sangat penting untuk fungsi otak. Kekurangan kalsium akan menyebabkan kebimbangan dan emosi yang tidak menentu.

Apabila terjadi kekurangan kalsium pada sistem saraf, peluang untuk terjadinya serangan kebimbangan dan emosi yang tidak menentu akan meningkat dengan mendadak.

Kekurangan kalsium juga akan menyebabkan kekejangan otot, menggigil, kebas kaki dan jari, dan jantung berdebar.

Omega 3
Asid lemak omega 3 telah terbukti dalam memelihara kesihatan otak. Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA dalam minyak ikan mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hyperaktif dan penyakit schizophrenia. Jadi, ia memainkan peranan yang sangat penting bagi penghidap anxiety disorder untuk membantu mengawal fungsi otak.


Sekiranya nak dapatkan set ni atau sebarang info produk atau apa sahaja, boleh hubungi Kak Fiza 0124513311 atau kalau segan nak whatsapp akak, korang boleh terus beli kat link dibawah..




Konsultasi percuma tau...πŸ˜ƒ

BEBASKAN DIRI ANDA DARI ANXIETY DISORDER

12:59 PM 0 Comments
Assalamualaikum...

Pernah tak alami perasaan cemas, bimbang..takut yang melampau? Ataupun pernah menhadapi trauma dalam terhadap sesuatu kejadian?

Berkemungkinan anda berhadapan dengan Anxiety disorder yang mana ia adalah sejenis penyakit berkaitan emosi. Timbul perasaan cemas, bimbang dan ketakutan yang melampau atau boleh dikatakan melebihi daripada perasaan bimbang orang yang normal.

Ia juga berpunca daripada trauma terhadap sesuatu kejadian buruk yang pernah dialami. Samada berpunca daripada tekanan atau keturunan yang mana mungkin pernah menhadapi penyakit yang sama.


65 perkara tentang Anxiety Disorder dan mereka yang menghidapinya.
  1. Anxiety akan menjadi satu pemikiran yang super duper kreatif mereka-reka sesuatu. 
  2. Pemikiran boleh menguasai pesakit anxiety.
  3. Anxiety akan membuatkan pesakit risau untuk perkara yang tiada sebab. 
  4. Anxiety akan menimbulkan perasaan rasa takut akan kematian dan akan berfikir2 tentang itu.
  5. Ianya akan berlaku tiba2 jantung berdegup laju dan pesakit akan berfikir terkena serangan jantung.
  6. Pesakit anxiety akan selalu mengatakan doktor seperti mempermainkan mereka kerana mengatakan mereka tidak mempunyai sakit yang kronik.
  7. Pesakit akan sering pergi klinik atau hospital untuk membuat medical check up. 
  8. Pesakit akan berasa seperti tidak boleh bernafas ( dada ketat, merasa dada seperti penuh)
  9. Bukan semua yang ada anxiety tahu mereka ada anxiety dan menganggapnya perkara biasa.
  10. Dada adakalanya seperti dicucuk dengan benda tajam dan kadang2 ianya merasa nyilu dan nyeri.
  11. Kepala akan merasa melayang dan pesakit akan merasa seperti akan hilang kawalan dan akan pengsan.
  12. Pesakit anxiety adakalanya tidak boleh berada dalam kelompok ramai dan akan berusaha lari daripada keadaan itu.
  13. Pesakit anxiety akan merasa bersendirian itu lebih baik dan menenangkan.
  14. Orang takkan dapat menenangkan pesakit bila anxiety menyerang. Serangan akan terjadi sekurang2 10 min atau 1 jam.
  15. Orang yang tidak mempunyai anxiety tidak faham apa yang dialami oleh pesakit anxiety.
  16. Pesakit anxiety akan selalu mengkaji, mencari tentang penyakit ini dan mereka akan rasa takut bila membacanya.
  17. Berjumpa dengan psikiatri adalah masa yang ditunggu untuk bertanya berbagai2 soalan .
  18. Pesakit anxiety adakalanya akan menangis tanpa sebab.
  19. Pesakit akan bercerita kepada orang lain dan mahu orang lain turut merasai tetapi sebenarnya tak boleh kerana orang yang tiada anxiety tidak akan faham.
  20. Orang yang mendengar masalah yang diceritakan oleh pesakit anxiety akan memberi nasihat tetapi pesakit anxiety tidak mempedulikan nasihat itu jika nasihat itu tidak dapat membuat mereka tenang.
  21. Pesakit anxiety akan menjadi sensitif dengan semua perkara. 
  22. Ianya juga akan membuat pesakit menjadi pelupa.
  23. Pesakit akan merasa badan mereka twicth ( berdenyut-denyut ) 
  24. Pesakit akan berasa letih walaupun tidak membuat sebarang kerja.
  25. Pesakit juga adakalanya akan diserang sakit kepala yang mana rasanya seperti diikat ketat menggunakan headband. 
  26. Pesakit akan berasa takut untuk travel or berjalan jauh kerana fikir itu akan mendatangkan bahaya. 
  27. Pesakit anxiety akan berasa lega dan seronok bila dapat share masalah dengan orang yang sama menghidapi anxiety
  28. Akan terjadinya tekanan kepada pesakit. 
  29. Pesakit anxiety selalunya akan memerlukan orang lain untuk membantu mereka. 
  30. Setiap hari, pesakit anxiety akan berfikir dan berharap dapat menjadi diri mereka yang dulu.
  31. Kadang2, pesakit akan berfikir kenapa ianya terjadi kepada mereka.
  32. Pesakit akan mengigil dan mengeletar tanpa sebab.
  33. Anxiety akan membuatkan pesakit merasa sunyi, terkejut, takut, risau, kecewa, tekanan dan basically everything . 
  34. Anxiety tidak membuatkan pesakit itu menjadi gila. 
  35. Anxiety akan membuatkan fikiran pesakit terganggu.
  36. Tekanan yang diberi oleh orang lain kepada pesakit anxiety sangat memberi kesan kepada mereka. 
  37. Bersosial seperti makan di luar, lepak di luar selain rumah adalah perkara yang tidak menyeronokkan bagi pesakit anxiety.
  38. Pesakit anxiety akan merasakan tiada hari yang dilaluinya tanpa anxiety.
  39. Pesakit anxiety akan risau terhadap perkara yang remeh.
  40. Pesakit akan selalu merasa seperti hendak membuang air dan kerap ke tandas.
  41. Pesakit anxiety akan berusaha untuk mencari treatment untuk sembuh dari anxiety.
  42. Hilang keyakinan diri.
  43. Boleh menyebab berlakunya kemurungan.
  44. Setiap perkara yang dianggap negatif kepada pesakit anxiety akan menjadi trigger untuk anxiety datang menyerang.
  45. Akan merasa sesuatu keadaan seperti tidak nyata dan seperti bermimpi.
  46. Anxiety tiada ubat dan ianya boleh dikawal oleh pesakit itu sendiri.
  47. Anxiety adalah penipuan semata-mata dan ianya hanya pemikiran semata-mata.
  48. Insomnia adalah perkara biasa yang terjadi kepada setiap pesaki anxiety. Ini kerana pemikiran yang takut sesuatu terjadi semasa mereka tidur. 
  49. Pesakit anxiety akan mengalami sakit ulu hati, gastrik, dan masalah berkaitan dengan perut.
  50. Pesakit anxiety juga akan merasa seperti perut sebu atau kembung dan seperti ada sesuatu di dalam perut mereka.
  51. Kaki akan merasa kebas dan mereka akan terfikir seperti akan terkena strok.
  52. Penglihatan akan menjadi kabur.
  53. Jantung akan berdebar laju tanpa sebab.
  54. Ada sesetangah pesakit anxiety yang akan menjadi agrophobia seperti takut untuk memandu .
  55. Tidak boleh berseorangan dan sering memerlukan teman.
  56. Badan akan merasa sakit dan lenguh seperti selepas membuat kerja berat.
  57. Menjadi seseorang yang peka terhadap bunyi.
  58. Anxiety juga boleh memusnahkan sebuah perhubungan.
  59. Pesakit akan berasa putus asa dan kurang bersemangat.
  60. Berlaku perbuahan drastik terhadap kelakuan atau perangai pesakit anxiety.
  61. Segalanya tentang kehiudpan anxiety akan berubah.
  62. Pesakit akan banyak menghabiskan masa dengan membaca dan mencari maklumat tentang anxiety.
  63. Akan selalu berfikir bahawa diri mereka menghidapi sakit kronik.
  64. Mood akan berubah bila pemikiran tiba2 datang memikirkan perkara yang bukan2 dan menakutkan.
  65. Ubat yang diberi hanya untuk menenangkan anxiety buat seketika.
Pakar perubatan pernah menyarankan pengambilan Suplimen dan amalan kerohanian untuk mereka yang mengalaminya..


InshaAllah pada entry akan datang, KaknFiza akan sharing Suplimen yang boleh diamalkan oleh mereka yang berhadapan dengan penyakit ini.

☺☺☺☺

Sunday, August 13, 2017

CEGAH SAKIT KAYAP SEBELUM MELARAT

11:48 PM 0 Comments
Kayap ohhhh Kayap..

Sebabkan Angah terkena Kayap, ibu pun ada idea nak menulis pasal Kayap. Hehee

Kak Fiza dah pun cuba cara Traditional. Alhamdulillah dah kering Kayapnya. Disamping Angah amalkan Vitamin C setiap hari, baru hari ni Kak Fiza dapat beri dia Nutriferon. Tengok pada testimoni kawan-kawan lain, bagus sangat amalkan Nutriferon ni.



Disebabkan Kayap ni adalahbsejenis Virus, jadi kita perlukan Suplimen yang boleh boost imun sistem Angah. Sebab Kayap bukan sahaja kita tengok luar je sakit..naik biji2 tu tapi sakitnya dibahagian dalam selagi masih ada virus yang serang saraf.

Tempoh penyembuhan kayap memakan masa, jadi langkah terbaik adalah mengawal kayap secara dari dalaman tubuh seperti menjaga pemakanan. Pantang larang orang lama jangan diabai.

Sistem imun yang lemah penyebab kayap menjadi semakin teruk serta berpanjangan dan boleh berjangkit pada bahagian lain pula. Jadi, pemakanan yang sihat dapat meningkatkan kekuatan sistem imun tubuh untuk mengelakkan penyebaran kayap.


Suplimen untuk Kuatkan Imun Sistem Pesakit Kayap

Nutriferon
Memang popular sebagai imun booster.
Mampu menguatkan sistem ketahanan badan dan membantu pesakit melawan penyakit yang sedang menyerang. InsyaAllah, Nutriferon membantu menaikkan sisten imun anda dan melawan semua virus yang ada.

Vitamin C
Meningkatkan sistem pertahanan badan kerana ia terlibat di dalam produksi antibodi, aktiviti dan tinggi sel darah putih yang sangat penting terlibat dalam penghasilan interferon

Garlic Complex
Bertindak sebagai antibiotik semulajadi. Ia bersifat antivirus untuk menghalang serangan jangkitan virus, bakteria dan kaum bagi memastikan penyakit tidak merebak menjadi lebih teruk.

Vivix
Vivix bertindak membuang segala sel-sel rosak dan cacat akibat serangan kayap kemudian menggantikannya semula dengan sel-sel baru yang sihat. Vivix membantu memulihkan sistem saraf yang rosak dan memingkatkan daya tahan tubuh melawan penyakit.

Jom tengok beberapa Testimoni mereka yang diserang penyakit Kayap ni..


Pada mereka yang ingin mendapatkan Set Kayap ni atau sebarang info produk atau apa sahaja, boleh hubungi Kak Fiza 0124513311 atau kalau segan nak whatsapp akak, korang boleh terus beli kat link dibawah..


Tapi..tak payah nak segan2 la tau. Bila2 masa je akak boleh layan korang...☺☺

RAWATAN PENYAKIT KAYAP

11:16 PM 0 Comments
Assalamualaikum..

Dua hari ada bercerita si Angah terkena Kayap. Menurut Maktok tempat ambil air penawar tu katanya Kayap biasa je lah.

Gigih la ibu cari info pasal Kayap sebab memang tak pernah ada pengalaman lansung.


Sedikit info yang Kak Fiza ambil dari portal MyHealth.

Dalam istilah perbutannya disebut atau dikenali sebagai herpes zoster. Ianya sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). 

Risiko-risiko utama penyakit ini adalah:
  • Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan; dan
  • Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).

Sepanjang hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan menghidapi penyakit ini.

Penyebab penyakit kayap adalah pengaktifan virus varicella zoster. Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila dia menghidapi penyakit cacar air (chickenpox). Selepas cacar air sembuh, virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, ia menjadi aktif semula. Ia menyerang urat saraf dan manyebakan keradangan saraf tersebut.

Gejala dan Tanda
Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).

Tanda terawal penyakit ini adalah:


  • rasa sakit, 
  • kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat, 
  • demam, 
  • keletihan dan sakit kepala. 
Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit timbul. Ia lazimnya dialami oleh 80% pesakit. Ia akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.

Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tanda pertama adalah tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. 


Selepas 1 hingga 2 hari, timbul gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.

Gelembong-gelembong air pada bahagian kiri dada dan belakang mengikut urat saraf. Selalunya doktor akan dapat mengenali penyakit kayap sekiranya pesakit datang dengan tanda-tanda yang lazim bagi penyakit ini termasuk gelembong-gelembong air pada urat saraf di satu bahagian badan. Namun demikian, jikalau pesakit datang dengan tanda terawal tanpa tanda-tanda pada kulit, doktor mungkin mengalami kesulitan untuk membuat diagnosa penyakit ini.

Komplikasi
Komplikasi awal semasa adanya tanda-tanda kulit termasuk jangkitan kuman bakteria pada gelembong-gelembong air pada kulit dan pendarahan di dalam gelembong-gelembong tersebut. Kadang-kadang gelembong-gelembong tersebut mungkin merebak ke kawasan yang lain. Ini selalunya berlaku pada pesakit-pesakit yang mengalami kelemahan sistem imun. Pesakit-pesakit tersebut juga mungkin mengalami tanda-tanda kulit untuk jangka masa berpanjangan.

Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). Kadang-kadang, kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) and usus (enterocolitis).

Setelah tanda-tanda kulit sembuh, bahagian kulit tersebut mungkin akan menjadi parut. Komplikasi kronik yang lain lazimnya adalah post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi tersebut selalunya dialami oleh pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun). Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Komplikasi kronik yang lain termasuk komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).

Rawatan
Tujuan-tujuan utama rawatan adalah untuk:

  1. Meredakan kesakitan
  2. Mengurangkan tempoh masa penyakit tersebut dan
  3. Mengelakkan komplikasi penyakit terutamanya ‘post herpetic neuralgia’.

Beberapa kaedah meredakan kesakitan penyakit ini termasuklah:
  1. Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air
  2. Menggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) 

Kalau memula dengar kayap tu, ingatkan biasa2 je lah kan. Rupanya memang kena alert juga akan bahaya dan risiko yang bakal dialami. Tambahan pula terjadi pada kanak-kanak.

Ok..next entry Kak Fiza akan sharing pasal Vitamin yang boleh diambil untuk legakan Kayap.

Friday, August 11, 2017

PETUA TRADITIONAL MERAWAT KAYAP

1:14 PM 0 Comments
Bila kayap menyerang!

Kak Fiza belum pernah berdepan dengan orang yang kena kayap ni tapi dalam seminggu ni perasan belakang badan Abang Ngah Haziq naik biji-biji macam ada air bisa gitu la. Mula tu ingatkan ruam biasa je. Sapu Herbal Blend je lah. Lepas 3 hari Haziq mengadu makin banyak..macam dah melarat. Yang sebelum ni macam dah kering sikit. Dah melarat hingga ke tengah badan dan kat lengan sikit.


En. Suami balik rumah dia cakap kayap. Macam mana ibu tak perasan kan..huhu. Belum jumpa Doktor lagi la tapi bila google dah memang serupa kayap dah tu. Sian dia. Yang ada kat rumah cuma Herbal Blend dengan Chewable Vita C je lah. Agak ralat sebab stok Nutriferon dah lama tak restok. Keadaan macam ni lah perlu sangat2 Nutri tu untuk boost antibodi sekaligus kuatkan imun anak2.


Sementara Nutriferon tak de stok kat rumah, kita cuba cara traditional la. Tadi dah gi jumpa Makcik area taman ni untuk minta air penawar, jadi balik dia suruh sapu daun bunga melur yg diramas/giling halus campur dengan bedak sejuk kat tempat terkena Kayap tu.


Boleh juga guna daun sireh cina yang tumbuh liar kat dalam pasu bunga tu. Untuk penyejuk badan. Nak bagi kurang rasa gatal2. Sama jugak la..boleh ramas2 campur dengan bedak sejuk. Banyak petua dulu2 yang kita boleh jadikan panduan.

Semoga tak melarat la kayapnya nanti. Aktif sungguh la. Dah sapu daun + bedak pun tak reti nak dok diam...huhu

Pentingnya imun booster seperti Nutriferon tu jika terjadinya kes macam ni. Kalau nak tau apa manfaatnya dalam mengatasi kayap, insha Allah Kak Fiza story pada next entry..


Thursday, August 10, 2017

6 TIPS MUDAHNYA BERPANTANG SENDIRI

8:42 PM 0 Comments
Assalamualaikum...

Kak Fiza baru jer balik dari melawat kawan lama lepas bersalin dan masih berpantang. Masih segar bau harum baby tu. Sukan sangat bau baby ni. Qisya pun dah setahun lebih. Macam cepat sangat dia membesar dan terasa diri ini dah makin T_a. Haha

Berbalik kes berpantang tadi..memang Kak Fiza kagum dengan member ni. Sebenarnya dia terpaksa berpantang sendiri sebab mak ayah dan mertua pun dah tiada. Dari anak sulung hinggalah yang ke3 ni. Alhamdulillah, suami dia pun banyak support. 2 minggu pertama memang cuti la sebab nak bagi wife tersayang ni betul2 sihat. Loving couple sangat.

Apa yang Kak Fiza boleh kongsi disini adalah kerjasama dan tanggungjawab masing2. Suami kena main peranan dan cuba pastikan yang terbaik untuk isteri dan anak.


Nak kongsi sedikit tips yang Kak Fiza amalkan sepanjang berpantang sendiri tahun lepas.

1. Perlu ada perancangan
Sebelum bersalin lagi dah mesti ada perancangan teliti dari semua aspek berpantang. Seperti barang keperluan ibu dan baby. Paling penting perancangan seharian ketika berpantang. Kalau boleh, suami tolong la isteri masak lauk dulu sebelum pergi kerja.

Nanti kurang sikit kerja isterinya. Pendek kata siapkan semua yang patut. Suami perlu tahu, ibu dalam pantang memang tak boleh buat kerja dan banyak bergerak.


2. Berurut dan bertungku
Haaaa...ini selalu terjadi bila berpantang sendiri. Tak de tukang urut lah. Tak sempat bertungku lah. Sekurang2nya mesti berurut 3hari berturut2 tau. Urat2 semua nak kena betulkan. Nak betulkan @ naikkan rahim..hihi

Bertungku paling Kak Fiza suka. Jangan cakap tak de masa tau. Curi sikit masa time lepas mandi pagi dan petang. Best sangat urut ni.

Mudah dah sekarang ni. Tukang urut berpengalaman masih ramai. Perancangan awal sediakan bajet jer. Tak susah pun. Juga boleh lihat entry Amalan Ketika berpantang

3. Tolonglah pakai Bengkung
Part ni Kak Fiza pun kekadang skip jugak...tapi korang jangan skip2 tau. Mesti pakai kalau nak perut maintain slim...hihi

Macam2 jenis bengkung dijual kat pasaran sekarang ni. Boleh je beli online. Pentingnya bengkung untuk kecutkan rahim juga seperti bertungku. Selain betulkan peranakan, ia juga boleh membantu baiki postur badan.

4. Pakai Stokin
24jam mesti berstokin..tapi nak mandi kau bukak la kan. Nanti tak pasal2 urat kembang la..angin masuk la..mak akak la cakap..

5. Pemakanan
Sebabkan pantang sendiri, suami pun terkejar2 nak masak time pagi..jadinya menu memang simple sangat. Sayur sawi, ikan bakar. Itu je lah hari2nya time tengahhari. Malam la boleh upgrade sikit bagi nampak sedap...hehe

Tolong la jangan makan sesuka hati..tambahan pulak kita menyusu baby kan. Boleh google apa yang boleh dan tak boleh atau boleh tanya pada mereka yang berpengalaman..

Kalau mampu, order je pakej berpantang yang ada urut dan makan tu. Lagi best..

6. Jamu / Vitamin / Set Pantang
Macam2 pilihan sekarang ni. Kak fiza fokus pada Vitamin sebab tak menganggu penyusuan susu ibu. Menariknya sebab bagus untuk berpantang dan baik pulih luka dalaman, emosi, fizikal dan mental.

Dan..paling penting jangan buat banyak kerja. Tak payah nak sibuk2 kemas rumah bagai. Biarlah bersepah pun. Pejam mata untuk 44hari sahaja.

Banyak lagi nak mengomel ni tapi rasanya dah panjang lebar kan. Cukup sampai sini nanti kita sambing lagi yer. Jangan pernah jemu skodeng update terkini dari akak...😚😚


Tuesday, August 8, 2017

TIADA LAGI KAKI KEJANG SEMASA HAMIL

10:02 PM 0 Comments
Assalamualaikum..

Anak-anak dah tidur..mata belum nak lelap so masa untuk menulis. Petang tadi dapat call customer yang bertanyakan pasal Set Bersalin Shaklee. Dari A to Z la akak story..then lastly dia say thanks. Katanya dia dah beli full set tapi tak tau khasiat setiap satunya dan cara makannya.

Ok..sebagai insan yang dilahirkan banyak sifat sabar..kita sabar je lah yer. Beli dengan orang lain tapi carinya orang lain untuk penerangan. Semoga murah rezeki akak lepas ni. Amin

Ada ke yang dah cuba Set Bersalin /Berpantang Shaklee ni? Manfaatnya ada akak kongsikan pada entry sebelum ini. Apa yang akak boleh kongsikan memang tersangat best guna set ni.

Bukan promot sebab akak jual tapi memang betul. Kita kongsi apa yang kita rasa.

Hero ada 2orang kat rumah ni. Sorang 7 tahun dan sorang lagi 6 tahun. Bayangkan lasaknya macam mana. Suami pulak jauh..jarang-jarang sekali balik. 100% akak handle sorang-sorang.



Kalau sebelum ni..malam tiba je mesti kaki cramp tapi Alhamdulillah Ostematrix penyelamat akak. Langsung tiada cramp. Memang berbaloi sangat amalkan Ostematrix shaklee ni. Bila suami balik je siap tanya tak nak urut kaki ke? Haha. Pengalaman 2 anak sebelum ni memang dia ingat. 

Sebab itu pentingnya Kalsium sepanjang kehamilan kita. Apa yang kita makan, semuanya diserap oleh baby dan kalsium juga. Itu yang kadang2 ada yang sakit gigi kan.

Tak perlu lagi korang nak beli susu tin ke...susu HL ke. Makan je Ostematrix ni 4tab setiap hari. Memang bertenaga. Kak fiza juga pernah kongsikan tips atasi kaki kejang pada entry yang lepas.

Nak tau lagi pasal Ostematrix best ni? Boleh klik story Kak Fiza sebelum ni. Banyak sangat.




Nak terus beli pun boleh. Wsap je Kak Fiza 012 4513311 atau beli sendiri dengan klik link di bawah yer.




Happy shopping yer..muahhhh

Saturday, August 5, 2017

KETAHUI KHASIAT BIJI LABU UNTUK KESIHATAN SEKELUARGA

10:31 PM 0 Comments
Assalamualaikum..

Malam ni nak bercerita pasal biji labu. Mesti korang pernah makan buah labu kan? Sedap buat sayur lemak. Kalau kat baby boleh buat puree labu. Sedap tu..☺☺

Biji labu ni adalah salah satu kandungan utama di dalam satu-satunya penggalak interferon semulajadi dunia iaitu NutriFeron.



Antara kebaikan biji labu adalah

1. Biji labu tinggi kandungan asid amino tryptophan yang ditukarkan kepada serotonin di dalam badan dan ini memastikan tidur yang lebih lena;

2. Biji labu juga tinggi dalam mineral penyembuhan jantung iaitu magnesium, yang juga merupakan penenang alam semulajadi;

3. Biji labu mempunyai tahap protein yang tinggi yang mudah dihadam untuk membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah apabila dimakan sebagai snek sepanjang hari. Gula dalam darah yang stabil bermakna berat badan boleh dikurangkan.

4. Tinggi di Omega 3, minyak biji labu telah ditunjukkan dalam kajian untuk mengurangkan insiden benign prostatic hypertrophy (BPH) - satu keadaan di mana kelenjar prostat menjadi besar.

5. Biji labu juga tinggi dalam zink, mineral yang melindungi prostat lelaki, membuatkan biji labu sebagai snek yang muktamad untuk kesihatan lelaki.

6. Mereka merupakan sumber yang baik dalam membina darah dan zat besi yang meningkatkan tenaga.

7. Dalam kajian haiwan, apabila biji labu telah ditambah kepada diet, keputusan anti-radang adalah setanding dengan keberkesanan dadah Indomethacin tanpa kesan sampingan.

8. Sebatian phytosterol dipercayai boleh merendahkan paras kolesterol. Daripada kacang dan benih, biji labu mempunyai jumlah kedua tertinggi sterol (selepas biji bunga matahari dan pistachios ditempat pertama).

9. Biji labu adalah sumber terbaik serat yang membantu menjaga badan secara tetap.

10. Biji labu mengalkalikan pH badan. Banyak makanan snek yang kita makan membentuk asid dalam badan. Keasidan ni telah dikaitkan dengan kesakitan, penyakit, dan juga kanser.


Biji labu juga adalah makanan terpenting untuk kaum lelaki kerana biji labu ada elemen zink dimana mineral zink penting dalam pengeluarkan hormon testosteron untuk lelaki. Juga baik untuk wanita untuk mengekalkan ghairah seksual. 

Selain itu, biji labu juga kaya dengan Omega-3 yang memainkan peranan seperti menambah kekuatan, keinginan dan kesuburan. Juga bagus untuk membakar lemak dalam menurunkan berat badan!

Banyak khasiatnya kan. Sebab itu kami suka sangat dengan NutriFeron Shaklee ni. Wajib ada stok kat rumah untuk kegunaan sendiri tambahan pula ada anak2 yang sedang membesar ni sebab ia juga boleh kuatkan imun mereka.


Kalau ada yang berminat nak cuba Nutriferon ni boleh je terus wsap Kak Fiza 0124513311.

Nak terus beli je pun boleh. Terus klik link ni untuk pembelian terus dengan shaklee.



Happy shopping yer..muahhhh

PROMOSI MINYAK IKAN TERBAIK UNTUK ANDA

1:05 AM 0 Comments
Assalamualaikum...

Semalam Kak fiza dah bagi tips bagaimana nak pilih minyak ikan terbaik. Jadi, hari ni nak share dengan sahabat semua promosi bulan ini dari Shaklee.


Dengan pembelian 5 botol minyak ikan Omega Guard Shaklee ni, boleh dapat e-Voucher RM60. Jimat sangat kan?


Tapi, kena join ahli dulu la sebab e-Voucher ni hanya untuk ahli berdaftar. Join ahli dan dapat beli dengan harga ahli. Pastu dapat Voucher plak tu.

Nak join ahli sekarang? Meh wsap Kak Fiza 012 4513311. 

Nanti kita daftarkan ahli dan boleh terus beli vitamin. Untung2 boleh dapat lagi banyak manfaat keahlian.

Nak terus beli je pun boleh. Terus klik link ni untuk pembelian terus dengan shaklee.

Happy shopping yer..muahhhh

Friday, August 4, 2017

BAGAIMANA NAK PILIH MINYAK IKAN TERBAIK DAN BERKUALITI?

11:57 PM 0 Comments
BAGAIMANA NAK PILIH MINYAK IKAN TERBAIK DAN BERKUALITI?

Semua sedia maklum minyak ikan sememangnya bagus untuk diamalkan oleh semua peringkat umur. Dari kanak-kanak hingga dewasa. Minyak ikan bersifat anti radang yang mampu melawan penyakit. Sebab itu, ia mampu meningkatkan imun kita dan antibodi badan semakin kuat.


Tetapi adakah semua minyak ikan dipasaran tu sama? Banyakkan jenama minyak ikan dipasaran. Jom kita tengok apa patut kita tengok sebelum nak beli minyak ikan.

CHECK LABEL
Korang check label tak? Atau main bedal jer beli asal murah? Hihi. Penting tau sebab semua yang ada dipasaran tak sama kandungannya.

Macam mana nak kira?

Jumlah minyak ikan - minyak omega 3...
@ total fish oil tolak kandungan (EPA & DHA) = Minyak FILLER (minyak pengisi)

Minyak FILLER tu apa pulak?
Minyak filler ni digunakan untuk mengisi softgel tu selepas dah isi Omega 3. Contoh minyak filler ni ialah minyak canola, minyak dari mata, usus, perut ikan yang diproses atau dari kepala ikan, minyak Omega 6 ataupun ada minyak ikan diisi AIR sebagai filler.

Jadi, akan dapat minyak filler atau minyak pengisi saja untuk penuhkan softgel tu.

Jom rujuk jadual dibawah:

Kandungan Omega 3 dalam setiap softgel atau cecair sangat penting. Jumlah kandungan minyak mungkin 1000mg atau 1200mg

Periksa kandungan EPA dan DHA dan jumlahkan.

Contoh Brand 1
Jumlah minyak Omega3
EPA 396mg + DHA 264mg = 660mg

Jumlah Minyak Filler
1200mg - 660mg = 540mg

Contoh Brand 2
Jumlah Minyak Omega3
EPA 180mg + DHA 120mg = 300mg

Jumlah Minyak Filler
1000mg - 300mg = 700mg

Brand Shaklee Omega Guard
Jumlah minyak Omega3
EPA 540mg + DHA 360mg = 900mg

Jumlah Minyak Filler
1000mg - 900mg = 100mg sahaja!!

Kredit: FB Hafiz Sulaiman

Tak nak lah kira semua brand tu. Korang kira sendiri la dan tengok mana yang tercorot dan mana yang terbaik.

Jadi, dah tau nak pilih kan? Mana yang betul-betul minyak ikan. Jangan beli yang penuh dengan air lak...


Apa yang bestnya minyak ikan shaklee ni? Korang boleh la godek2 entry Kak fiza sebelum ini mengenai Omega Guard.

Sekadar berkongsi dari pengalaman. Budak kat bawah ni pun dah pandai kunyah Omega tau..hihi


Tak tau mana nak dapatkan Minyak ikan terbaik, meh wsap Kak fiza 012 4513311.


Kalau segan nak wsap Kak Fiza boleh terus klik link ni untuk pembelian terus dengan shaklee.



Happy shopping yer..muahhhh

POPULAR POSTS

Follow Me