Friday, July 7, 2017

# COOKIES # RESEPI

RESEPI BISKUT SEMPERIT RINGKAS DAN SEDAP

Assalamualaikum...

Wahhh..lamanya Kak fiza biarkan blog bersawang yer. Biasalah kadang-kadang mood ni on off..hihi

Ok lah..memandangkan kita masih menyambut Aidilfitri, Kak fiza nak ambil peluang jugak la..nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin pada rakan-rakan blogger.

Hari ni cuma nak kongsikan resepi semperit ni. Sebenarnya sepangjang Kak fiza dah jadi mak pada 3orang anak ni, sepanjang hidup belum pernah buat cookies tau. Pernah cuba tapi asyik tak menjadi dan lama2 give up terus tak pernah buat. So sebelum puasa, akak ada beli Oven kat Lazada. Niatnya cuma nak baking kek je lah sebab anak2 suka makan. Asyik kukus jer kan..nak la bakar pulak..

Bila dah ada Oven niat nak cuba buat cookies ni..mana tau raya ni tak payah beli. So cubalah resepi paling senang ni iaitu Semperit. Seriusly tak ingat dah mana ambil resepi ni tapi yang ingat kat Group di FB. Kalau tuan punya resepi terbaca entry Kak Fiza ni boleh la komen yang murni-murni yer..


Jom cekedok resepinya;

1 buku Buttercup
1 cawan Gula Aising
2 biji Kuning Telor
1 cawan Tepung Jagung
1 1/2 cwan Tepung Kastad
2 1/2 cawan Tepung Gandum
Esen vanila..

Satukan gula, butter, kuning telor dan esen vanilla. Kacau guna senduk je. Kemudian masukkan pula tepung dan uli jadi doh. 

Tepung gandum boleh masukkan last sekali. Masuk sikit2..agak doh dah tak melekat. 

Senang sangat. Masuk mulut memang tak melekat. Cair dimulut gitu..

Alhamdulillah dengan resepi ni jugak Kak fiza berjaya buat bisnes tau. Tak terkira berbalang2 akak jual hari tu. 

Sharing with love...😘😘

No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me