Monday, March 27, 2017

# KEAHLIAN # PATUH SYARIAH

MLM SHAKLEE PATUH SYARIAH. KETAHUI 9 ASAS MLM PATUH SYARIAH

Assalamualaikum..

Tergerak hati nak kongsikan mengenai MLM yang patuh Shariah ni. Semua sedia maklum Shaklee merupakan syarikat suplimen yang berkonsepkan MLM juga. Jadi shaklee ni patuh Shariah ke tidak?

Perkongsian Ustaz Zaharuddin mengenai Isu Syariah Dalam Perniagaan MLM ada penjelasan lanjut.

Seriously, memula join shaklee dulu Kak Fiza tak tau pun Shaklee adalah MLM. Apa yang akak nampak cuma jenama Shaklee. Means produk Shaklee itu sendiri.


9 Asas di Yakini Bahawa Shaklee Patuh Shariah:

1. PRODUK
Mana-mana syarikat MLM yang patuh shariah perlu ada produk yang nyata. Kita nampak produk yang dihasilkan dan produk tersebut mestilah berkualiti, bermanfaat, membawa kebsikan kepada pengguna akhir dan juga HALAL.

Shaklee ada semua tu dan terbukti produk shaklee HALAL.

Produk yang dihasilkan juga dibangunkan bersungguh-sungguh. Terbukti juga shaklee bukannya produk belakang rumah je tau. Pengeluaran produk shaklee terkawal, bermutu tinggi, selamat digunakan dengan ujian yang dijalankan berkali-kali.

Shaklee juga melaburkan berbillion untuk mengawal dan mengkaji setiap pengeluaran produknya dan dihasilkan melalui kajian santifik oleh barisan Saintis terkemuka.

Kekuatan Shaklee adalah pada PRODUK nya.

2. PRODUK BUKAN EMAS DAN PERAK
MLM yang patuh shariah TIDAK BOLEH menjual produk berasaskan EMAS dan PERAK.

Jadi tentunya Shaklee MLM yang patuh shariah.


3. KOMISEN DIBERI MESTI JELAS
Pasti komisen yang kita terima jelas dan kita tahu berapa nilai yang patut kita dapat. Syarikat bertanggungjawab menjelaskan kepada Ahlinya.

Setiap pengedar Shaklee jelas berapa Komisen yang patut kami dapat. Setiap produk mempunyai nilai keuntungan sehingga 25%. Peratus komisen daripada jualan juga sangat jelas peratusnya dari 5 -21%.

4. KOMISEN BUKAN BERDASARKAN BILANGAN TAJAAN / KEPALA
Bila ada ahli baru register, kami tak dapat apa pun. Tiada KOMISEN tajaan dan sebagainya. Just tolong registerkan. Kadang2 tu kena keluar duit minyak lagi kot bila pi COD barang dekat ahli baru..tapi memang best la sebab makin ramai sukakan shaklee.

5. TIADA SYARAT MINIMA UNTUK AHLI
Tiada paksaan untuk menjadi ahli dan tiada syarat pembelian minima untuk jadi ahli. Bayar rm68.90 + pos rm10.60 untuk keahlian..DONE. Nak bayar untuk keahlian sahaja pun boleh. Nak sekalikan beli barang pun boleh.

Tapi yang bestnya, bila dah minat nak join ahli dan tiba-tiba terbeli lebih 200uv (RM700 +-), dapat lah keahlian percuma.

Bulan2 berikutnya tak nak beli pun tak jadi masalah. Dan berkuatkuasa hujung tahun lepas shaklee letak syarat 'renew keahlian' untuk membendung ahli tak aktif.

Tak aktif..means langsung tak membeli dalam setahun. Dah kenapa join ahli kalau tak nak beli. Kan dah rugi.

Renew keahlian pun still dapat kelebihan pada ahli sendiri. Contoh tahun ni boleh renew dengan RM30 diberi dalam bentuk voucher yang boleh diguna semula. Untung kan..

6. UPLINE (ORANG ATAS) MESTI MENARUH USAHA ATAS JUALAN DOWNLINE (ORANG BAWAH)
Point ni sangat penting dari sudut syariah.

Upline mestilah menyumbang khidmat, tenaga, motivasi, pembelajaran dan bimbingan kepada Downline.

Jika tiada bimbingan diberikan kepada Downline bermakna Upline tersebut yang tak bertanggungjawab pada orang bawahnya dan bimbang hasil yang dapat nanti adalah hasil yang syubhah.

Konsep di Shaklee sangat mudah. TIADA HASIL TANPA USAHA dan KOMISEN diberikan sehingga level ke 6 sahaja. Jadi, leader mesti dan wajib bimbing Downline hingga level 6.

7. TIDAK GUNA SKIM PIRAMID
Tiada istilah SIAPA JOIN DULU, DIA UNTUNG BERGANDA!.

Shaklee bagi peluang sama rata pada semua ahlinya. Siapa usaha lebih, dia yang dapat lebih. Downline boleh terus atasi Upline.

Ada yang pangkat Downline lebih tinggi dari Upline nya. Tiada yang mustahil sebab bila kita usaha..kita yang dapat.

Sememangnya tiada penindasan berlaku.

8. KOMISEN DAN BONUS YANG TELUS
Semua ahli tahu setiap sen yang bakal diterima dan bila jadi ahli memang wajib tahu cara kira bonus sendiri. Sebab kita sendiri tahu berapa % kita patut dapat hasil usaha kita.

9. MENSTRUKTUR PLAN PEMASARAN ANTARA AHLI DAN ORANG BAWAHAN SECARA MUSYAKARAH
Perkongsian untung rugi berdasarkan jualan masing-masing dengan nisbah keuntungan yang telah ditetapkan dari awal.

Shaklee dah tetapkan berapa bonus yang kita dapat. 150uv ada % yang tetap. 300uv pun ada % dan % tersebut tetap tidak berubah. Nak dapat 21% kena usaha dapatkannya.

Jadi, ahli shaklee memang merujuk pada % ni untuk dapatkan bonus. Macam mana nak dapat?
Kena lah usaha kan.

Sangat jelas kan bahawa Shaklee memang patuh shariah. Masih lagi ragu dengan shaklee, boleh terus hubungi Kak Fiza untuk keterangan lanjut.

https://www.wasap.my/60124513311

No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me