Monday, March 27, 2017

MLM SHAKLEE PATUH SYARIAH. KETAHUI 9 ASAS MLM PATUH SYARIAH

10:02 PM 0 Comments
Assalamualaikum..

Tergerak hati nak kongsikan mengenai MLM yang patuh Shariah ni. Semua sedia maklum Shaklee merupakan syarikat suplimen yang berkonsepkan MLM juga. Jadi shaklee ni patuh Shariah ke tidak?

Perkongsian Ustaz Zaharuddin mengenai Isu Syariah Dalam Perniagaan MLM ada penjelasan lanjut.

Seriously, memula join shaklee dulu Kak Fiza tak tau pun Shaklee adalah MLM. Apa yang akak nampak cuma jenama Shaklee. Means produk Shaklee itu sendiri.


9 Asas di Yakini Bahawa Shaklee Patuh Shariah:

1. PRODUK
Mana-mana syarikat MLM yang patuh shariah perlu ada produk yang nyata. Kita nampak produk yang dihasilkan dan produk tersebut mestilah berkualiti, bermanfaat, membawa kebsikan kepada pengguna akhir dan juga HALAL.

Shaklee ada semua tu dan terbukti produk shaklee HALAL.

Produk yang dihasilkan juga dibangunkan bersungguh-sungguh. Terbukti juga shaklee bukannya produk belakang rumah je tau. Pengeluaran produk shaklee terkawal, bermutu tinggi, selamat digunakan dengan ujian yang dijalankan berkali-kali.

Shaklee juga melaburkan berbillion untuk mengawal dan mengkaji setiap pengeluaran produknya dan dihasilkan melalui kajian santifik oleh barisan Saintis terkemuka.

Kekuatan Shaklee adalah pada PRODUK nya.

2. PRODUK BUKAN EMAS DAN PERAK
MLM yang patuh shariah TIDAK BOLEH menjual produk berasaskan EMAS dan PERAK.

Jadi tentunya Shaklee MLM yang patuh shariah.


3. KOMISEN DIBERI MESTI JELAS
Pasti komisen yang kita terima jelas dan kita tahu berapa nilai yang patut kita dapat. Syarikat bertanggungjawab menjelaskan kepada Ahlinya.

Setiap pengedar Shaklee jelas berapa Komisen yang patut kami dapat. Setiap produk mempunyai nilai keuntungan sehingga 25%. Peratus komisen daripada jualan juga sangat jelas peratusnya dari 5 -21%.

4. KOMISEN BUKAN BERDASARKAN BILANGAN TAJAAN / KEPALA
Bila ada ahli baru register, kami tak dapat apa pun. Tiada KOMISEN tajaan dan sebagainya. Just tolong registerkan. Kadang2 tu kena keluar duit minyak lagi kot bila pi COD barang dekat ahli baru..tapi memang best la sebab makin ramai sukakan shaklee.

5. TIADA SYARAT MINIMA UNTUK AHLI
Tiada paksaan untuk menjadi ahli dan tiada syarat pembelian minima untuk jadi ahli. Bayar rm68.90 + pos rm10.60 untuk keahlian..DONE. Nak bayar untuk keahlian sahaja pun boleh. Nak sekalikan beli barang pun boleh.

Tapi yang bestnya, bila dah minat nak join ahli dan tiba-tiba terbeli lebih 200uv (RM700 +-), dapat lah keahlian percuma.

Bulan2 berikutnya tak nak beli pun tak jadi masalah. Dan berkuatkuasa hujung tahun lepas shaklee letak syarat 'renew keahlian' untuk membendung ahli tak aktif.

Tak aktif..means langsung tak membeli dalam setahun. Dah kenapa join ahli kalau tak nak beli. Kan dah rugi.

Renew keahlian pun still dapat kelebihan pada ahli sendiri. Contoh tahun ni boleh renew dengan RM30 diberi dalam bentuk voucher yang boleh diguna semula. Untung kan..

6. UPLINE (ORANG ATAS) MESTI MENARUH USAHA ATAS JUALAN DOWNLINE (ORANG BAWAH)
Point ni sangat penting dari sudut syariah.

Upline mestilah menyumbang khidmat, tenaga, motivasi, pembelajaran dan bimbingan kepada Downline.

Jika tiada bimbingan diberikan kepada Downline bermakna Upline tersebut yang tak bertanggungjawab pada orang bawahnya dan bimbang hasil yang dapat nanti adalah hasil yang syubhah.

Konsep di Shaklee sangat mudah. TIADA HASIL TANPA USAHA dan KOMISEN diberikan sehingga level ke 6 sahaja. Jadi, leader mesti dan wajib bimbing Downline hingga level 6.

7. TIDAK GUNA SKIM PIRAMID
Tiada istilah SIAPA JOIN DULU, DIA UNTUNG BERGANDA!.

Shaklee bagi peluang sama rata pada semua ahlinya. Siapa usaha lebih, dia yang dapat lebih. Downline boleh terus atasi Upline.

Ada yang pangkat Downline lebih tinggi dari Upline nya. Tiada yang mustahil sebab bila kita usaha..kita yang dapat.

Sememangnya tiada penindasan berlaku.

8. KOMISEN DAN BONUS YANG TELUS
Semua ahli tahu setiap sen yang bakal diterima dan bila jadi ahli memang wajib tahu cara kira bonus sendiri. Sebab kita sendiri tahu berapa % kita patut dapat hasil usaha kita.

9. MENSTRUKTUR PLAN PEMASARAN ANTARA AHLI DAN ORANG BAWAHAN SECARA MUSYAKARAH
Perkongsian untung rugi berdasarkan jualan masing-masing dengan nisbah keuntungan yang telah ditetapkan dari awal.

Shaklee dah tetapkan berapa bonus yang kita dapat. 150uv ada % yang tetap. 300uv pun ada % dan % tersebut tetap tidak berubah. Nak dapat 21% kena usaha dapatkannya.

Jadi, ahli shaklee memang merujuk pada % ni untuk dapatkan bonus. Macam mana nak dapat?
Kena lah usaha kan.

Sangat jelas kan bahawa Shaklee memang patuh shariah. Masih lagi ragu dengan shaklee, boleh terus hubungi Kak Fiza untuk keterangan lanjut.

https://www.wasap.my/60124513311

RESVERATROL MEMBANTU PESAKIT ALZHEIMER

5:03 PM 0 Comments
ALZHEIMER @ NYANYUK

Penyakit yang sering dialami Lelaki dan wanita berusia ini boleh dikurangkan dengan pengambilan Anggur. Resveratrol adalah sejenis polyphenol didapati dapat menurunkan Beta Amyloid pada pesakit Alzheimer. Anggur juga dikatakan baik untuk kesihatan otak manusia.

Sebelum ini ada Kak Fiza kongsikan bagaimana Alzheimer ini terjadi. Ia disebabkan kemerosotan sel neuron pada bahagian otak.

Sel neuron ni merupakan asas bagi sistem saraf. Apabila sel saraf neuron rosak, ia tidak mampu untuk menghantar signal (pesanan) daripada otak ke seluruh bahagian badan yang lain.


Keadaan inilah yang menyebabkan pengidap alzheimer lambat untuk bertindak balas apabila diajukan soalan atau perlu untuk mengingati sesuatu.

Bagaimana Resveratrol Membantu Pesakit Alzheimer?

Apabila pesakit alzheimer mengambil resveratrol, maka, di sinilah resveratrol akan mula memainkan peranan untuk membaiki dan memulihkan kembali DNA sel yang rosak.

Di samping itu, resveratrol juga turut membantu penghasilan sel baru yang sihat.

Resveratrol ni paling mudah untuk diperolehi daripada Vivix.

Kajian juga mendapati dengan memberikan Resveraterol dalam dos yang tinggi kepada pesakit Alzheimer’s tahap kemererosotan fungsi otak semakin berkurangan dan ada yang terus berhenti.

Pesakit diberikan Resveraterol yang bersamaan dengan 1000 botol wine setiap hari dan keadaan pesakit Alzheimer tidak menjadi semakin kronik malah bertambah sihat.

Didapati bahawa kadar protein beta amiloid kekal pada tahap yang sama dan tidak berkurangan sepertimana terjadi kepada pesakit lain.

Pengambilan awal Vivix secara konsisten mampu melindungi sel-sel kita dari lebih teruk sekaligus mengelak penyakit Alzheimer terjadi.

Hadiahkan buat ibu dan ayah agar mereka dapat menikmati hidup yang lebih baik. Supaya mereka dapat beribadah dengan tenang dan dapat bermesra dengan jiran tetangga tanpa ada sebarang penyakit.

Kak fiza
012 4513311

Wednesday, March 22, 2017

TIPS KEKAL SIHAT DIMUSIM PANAS

11:27 AM 0 Comments
Assalamualaikum semua. Dah cuti sekolah kan. Ada yang bawa anak-anak pergi holiday/makan angin..tapi pastikan kesihatan jangan terabai. Sekarang ni musim panas. Anak-anak la yang mudah jatuh sakit. Mehh..kak fiza cadangkan Tips kekal sihat dimusim panas:




1. Banyakkan minum air kosong. Penting ni untuk anak2 pun. Pastikan mereka banyak minum
2. Gunakan kipas / aircond untuk sejukkan badan
3. Lebihkan banyak masa dirumah. Kalau boleh elakkan la keluar kalau tak de hal penting kan. Jangan keluar diwaktu panas terik
4. Pakai pakaian yang longgar / berwarna terang. Jangan pakai warna gelap nanti bertambah panas.
5. Elakkan minuman ber kafien, alkohol dan bergula
6. Pakai losyen untuk lembapkan kulit.
7. Elakkan berada didalam kenderaan yang tiada penghawa dingin.
8. Minum minuman ISOTONIK
9. Pakai topi / guna payung untuk melindungi pancaran haba.

Korang ada tips lain?..meh sharing dengan kak fiza..😘😘

Kak fiza
012 4513311

Tuesday, March 21, 2017

RESVERATROL MEMBANTU MELINDUNGI SEL SARAF

2:09 PM 0 Comments
Terlalu banyak radikal bebas menjadikan otak kita mengalami oxidative stress sekaligus menggalakkan berlakunya penuaan otak dan penyakit Neurodegeneration seperti alzheimer, masalah kognitif misalnya sukar mengigat, sukar fokus dsb.



Peranan Vivix dan Resveratrol dalam membantu kesihatan Neuro:

Risiko penyakit Neurodegeneration seperti Alzheimer ni meningkat dengan usia dan sehingga kita sememangnya tiada rawatan dan penawar untuknya.

Alzheimer melibatkan fungsi otak dan kerosakan pada neuron. Apabila neuron rosak, ia akan gagal menghantar isyarat dari otak ke seluruh tubuh sekaligus mengakibatkan pengidap Alzheimer lambat respons terhadap sesuatu dan menghadapi kesukaran untuk mengingat.

Dalam kajian, didapati resveratrol berupaya melindungi neuron dari kerosakan (pelindung saraf).

Resveratrol membantu untuk melambatkan perkembangan Alzheimer.

Pencegahan adalah lebih penting. Sebab itu kita disarankan untuk mula mengambil Vivix pada usia 35 tahun sekurang-kurangnya. 

Nak cuba Vivix boleh hubungi Kak Fiza 0124513311

Monday, March 20, 2017

PENTINGNYA NUTRIEN YANG CUKUP UNTUK KESIHATAN OTAK

7:55 AM 0 Comments
Selalu je dengar SEL OTAK BERHUBUNG kan? Kalau ada yang tak betul ckit mula la kita cakap.."haaa..tu sel otak tak berhubung la tu"..😃

Bagaimana Otak kita berhubung?
Sel-sel otak kita ni tak bersambung secara terus ( tak direct).

Antara Sel-sel otak kita iaitu "NEURON" ada satu ruang namanya SYNAPSE. Jadi, di Synapse ini lah berlakunya pemindahan NEUROTRANSMITTER dari satu Neuron ke Neuron yang lain.

Boleh terganggu ke Synapse ni? Kot2 la tak boleh lepasi Neuron yang lain.

Memang boleh sangat2. Macam gangguan telefon la. Tengah2 dok cakap tiba2 line terganggu..dok Helo helo tapi tak dengar suara orang. Line internet pun yer jugak..tengah2 dok transfer duit maybank2u tiba2 tak leh nak proceed...hihi

Macam tu juga bila ada gangguan terhadap Aliran Neurotransmitter kita. Bila sel otak tak berhubung, kita pun jadi tak betul. Emosi terganggu, stress dan macam2 emotion la.

Macamana nak pastikan aliran neurotransmitter kita lancar?
Semestinya dengan membekalkan otak kita dengan NUTRIEN yang cukup. Jangan jaga perut je..otak pun kena jaga jugak..kena cukup Nutrien.

Meh Kak fiza nak suggest Nutrien yang boleh jaga Otak kita secara keseluruhannya.


1. Protein (ESP) --> protein membina neuron & neurotrnsmitter. Asid Amino yang ada dalam ESP dapat jaga Neuron dan saraf kita supaya sentiasa alert.

2. B Complex --> Vitamin B merupakan elemen asas untuk mengaktifkan enzim dalam tubuh badan manusia yang mana secara tidak langsung ia akan memastikan badan fungsi dengan baik. B Complex juga sudah diketahui umum bagus untuk kesihatan saraf dan bertindak sebagai anti-stress dan boleh menjaga kesihatan neurotransmitter.

3. Omega Guard --> terdapat kandungan DHA dan EPA yang bagus untuk meningkatkan fungsi otak dan juga mengurangkan risiko otak mengecut. Haha..tiba2 otak mengecut pulak kan. Sebab tu anak2 kena cukup makan omega ni.

4. Performance Drink --> melancarkan lompatan neurotransmitter dari satu sinaps ke sinaps yang lain.

5. Lecithin --> mengandungi phosphatidylcholine iaitu prekursor untuk pengahasilan salah satu jenis neurotransmitter iaitu acetylcholine.  Ini akan membantu perpindahan neurotrasmitter dengan lebih cekap.

Jadinya, bila dah rasa otak kita macam orang tak betul..😃😃
Boleh la cuba produk2 di atas. Tak cukup dos yang disyorkan boleh la up lagi extra dos..

Dan yang penting sebagai umat Islam, kita mesti Istiqamah dalam melakukan amalan kerohanian yang boleh mendekatkan diri kepada kepadaNYA. Diri pun lebih tenang dan perjalanan hidup menjadi lebih teratur. Begitu juga rakan yang lain mengikut kepercayaan masing2 kan.

Betapa pentingnya keseimbangan amalan rohani kita dengan pengambilan Nutrien yang cukup untuk tingkatkan keyakinan diri kita.

Nakkan maklumat lanjut boleh hubungi Kak fiza yer 0124513311

Thursday, March 16, 2017

RAGAM ANAK DARA QISYA AZZAHRA

11:41 PM 4 Comments
Assalamuakaikum...

Lamanya ibu tak story pasal anak2 kan. Mesti rakan blogger ibu bosan asyik entry pasal shaklee jer. 😃
Sebenarnya mood nak taip entry ni datang dan pergi. Kadang sampai tak tau nak story apa.



Terbaru..kisah anak dara ibu ni la. 9 bulan dah pun. Akal pun dah macam2 dah. Tapi biasa lah anak2 ibu semuanya lambat berjalan. Qisya ni pun belum boleh merangkak. Eksen angkat badan dah 3bulan lebih dah tapi asyik nak memanjat je. Panjat dekat orang la..tempat lain tak berani dia..hihi


Alhamdulillah, semua anak2 ibu sihat. Along dan Angah pun pandai jaga adik. Along dok request nak balik kampung. Tak sabar nak jumpa kawan kat rumah tok wan. Dah siap kira berapa hari dia cuti sekolah..

☺☺☺☺

Kak fiza
11.40pm

Wednesday, March 15, 2017

OXIDATIVE STRESS, RADIKAL BEBAS DAN ANTIOKSIDAN

10:41 AM 2 Comments
Lambakan radikal bebas dalam badan kita menjadikan sel-sel kita 'berkarat' kerana tindakan oxidative stress.

Apa tu Oxidative Stress?

Oxidative stress adalah ketidakseimbangan antara jumlah radikal bebas dengan jumlah antioksidan. Sebab tu bila tidak seimbang boleh membawa kerosakan dan menjadikan sel badan kita berkarat dan boleh merebak ke organ. Ini jugak yang menyebabkan berlakunya penyakit kronik seperti Kanser, Strok, Diabetes dan lain-lain tu. 




Radikal Bebas?
Untuk mudah faham, Radikal Bebas merupakan molekul tidak stabil yang terhasil dari proses pengoksidaan yang merosakkan tubuh badan kita. Molekul ini bertindak jahat dengan memusnahkan sel2 baik yang lain. Ia bertindak seperti parasit yang memusnahkan orang lain.

Bagaimana terjadinya radikal bebas dan bagaimana ia boleh menyerang sel dalam badan kita? 
Sebenarnya banyak punca radikal bebas di sekeliling kita dan dari tubuh badan kita sendiri seperti Sinaran UV, rokok, asap rokok, radiasi, asap, pencemaran antara punca terjadinya radikal bebas. Di dalam badan kita, radikal bebas terjadi bersama-sama dengan proses metabolisma dan pernafasan. Dalam keadaan jerebu seperti sekarang, tahap pencemaran berada pada paras kronik dan menyebabkan lebih banyak radikal bebas terhasil.

Radikal bebas yang berlebihan boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit termasuk mempercepatkan proses penuaan. 

Dan kedua-dua masalah ini dapat dinyahtoksikan atau dapat dilawan dengan Antioksidan.


Apa pula Antioksidan?
Tubuh badan manusia berupaya untuk menghasilkan antioksidan dan pada waktu yang sama melalui proses metabolism badan serta keradangan, sel badan juga menghasilkan radikal bebas. 

Antioksidan berfungsi meneutralisasi kesan radikal bebas yang berlebihan di dalam badan. Radikal bebas boleh juga diperolehi daripada alam sekitar termasuk radiasi. 

Badan perlu mempunyai keseimbangan di antara bahan reduksi dan bahan oksidasi dan kedua-dua antioksidan serta radikal bebas mewakili kedua-dua bahan ini. Jika salah satu daripadanya berlebihan, ia akan memudaratkan kesihatan badan dan boleh mendedahkan badan kepada pelbagai jenis penyakit. 

Badan boleh terus menghasilkan antioksidan secara berterusan bergantung kepada keperluan. Terdapat dua cara bagaimana antioksidan bertindak :


  1. Merencat pembiakan radikal bebas
  2. Mencegah pembentukan radikal bebas dari peringkat awal



Antioksidan boleh diambil daripada sumber makanan segar seperti buah-buahan dan sayuran, ia juga boleh didapati di dalam bentuk suplemen

Kita boleh membantu tubuh kita dengan cara:
  • Menjaga pemakanan, 
  • Mengawal diri dari stress minda serta
  • Mengamalkan Supplemen yang terbukti berkesan mengurangkan kesan oxidative stress.
Buah buahan seperti berries dan anggur merupakan antara yang tinggi kandungan antioksidannya dan banyak lagi sumber makanan yang tinggi antioksidan yang boleh kita ambil untuk menentang radikal bebas. 

Tapi, bolehkah kita mengambil makanan ini setiap hari dan konsisten? Kita sendiri sedar kebanyakkan buah dan sayuran hari ini tinggi bahan kimia dan racun. Nak dapatkan yang betul2 semulajadi memang susah la kan. Kalau boleh tanam sendiri boleh la. 

Jadi, apa pilihan yang kita ada?
Shaklee merupakan Vitamin / Suplemen alternatif yang semulajadi lagi berkesan. Betul ke semulajadi? Landmark Study dan kajian saintifik telah membuktikan.





VIVIX mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi yang dapat mengurangkan kesan oxidative stress ini.

Untuk mendapatkan kesihatan berpanjangan, amalkan makanan seimbang, ambil banyak sayuran serta buahan, lakukan senaman secara tetap, dapatkan berat badan yang ideal, lakukan ujian saringan dan elakkan gayahidup tidak sihat seperti merokok, meminum alcohol dan stress.


Nak cuba Vivix, boleh hubungi Kak Fiza 012 4513311. InshaAllah yang terbaik kak fiza berikan untuk anda.

Thursday, March 9, 2017

OMEGA 3 MEMBANTU MENGAWAL KERADANGAN ATAU INFLAMASI

11:43 AM 0 Comments
Keradangan atau Inflamasi ni penting untuk kita dan ianya adalah normal sebab ia adalah tindakbalas semulajadi sistem pertahanan badan terhadap sebarang bentuk ancaman atau kerosakan pada tubuh kita.

Contoh terdekat seperti terkena jangkitan Virus, toksin, bahan kimia atau bakteria. Biasanya orang yang mengalami alahan akan mengalami keradangan seperti bengkak, nak ruam dan sebangainya. Kadangkala apabila anggota badan kita tercedera atau terluka, proses keradangan berlaku bagi percepatkan proses penyembuhan.




Tapi sekiranya keradangan ini berpanjangan dan tidak terkawal ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik seperti jantung, strok, artritis, kanser dan lain2 yang boleh mengancam nyawa.

Bagaimana Omega-3 ni membantu?
Asid lemak Omega-3 adalah blok binaan kepada eicosanoids yg mana merupakan super hormon yg mempunyai pelbagai fungsi dan salah satunya ialah anti-radang.

Omega-3 merupakan asid lemak yang diperlukan untuk memastikan badan kita berfungsi dengan baik. Pelbagai kajian telah dilakukan dan antara kajian membuktikan bahawa Omega-3 dapat membantu mengurangkan keradangan. Dan sekaligus, ini juga dapat membantu mengurangkan risiko penyakit yang disebabkan oleh proses keradangan seperti penyakit jantung dan athritis. 

Omega-3 boleh didapati melalui makanan semulajadi atau pun suplemen seperti Omega Guard Shaklee.

Omega Guard dihasilkan dengan menggunakan teknologi terkini iaitu kaedah ultratulen bergred farmaseutikal. Ia di hasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen di dunia dan paling semulajadi.

Di mana di dalamnya terdapat kesemua 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi yang diperlukan oleh tubuh kita iaitu EPA, DHA, ALA, ETA, HPA, SDA dan ETA. 



  • Asid lemak-omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, sumber Omega-3 adalah dari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan.

  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok- DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. Ia efektif membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori- DHA adalah nutrien utama untuk otak janin semasa dalam kandungan. Ia memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migraine.
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru- mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE dan penyakit buah pinggang.
  • Menentang cancer - kajian menunjukkan yang Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) - Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif
  • Mencegah Imsomnia dan membantu mengurangkan tekanan - EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety). neurasthenia, insomnia, autism, kanak2 hiperaktif dan penyakit schizophrenia.


Inginkan maklumat lanjut dan pembelian Omega Guard atau lain-lain produk shaklee boleh hubungi kak fiza 012 4513311

Shaklee Sungai Petani, Kuala Ketil, Padang Serai dan kawasan sekitar.

Tuesday, March 7, 2017

DAH LETIH CUCUK INSULIN SETIAP HARI

11:05 AM 0 Comments
Assalamualaikum semua. Makin rancak Kak fiza mengupdate blog yer. Nak sambung lagi cerita pasal Asid Amino. Dah tau yang mana perlu dan mana yang tak perlu kan.

Tapi pagi ni nak cerita pasal kesan ke atas pesakit Diabetes dan bagaimana Asid Amino ini membantu.



Letih dah nak kena cucuk Insulin setiap hari?

Sel badan pesakit Diabetes mempunyai masalah tidak dapat menyerap insulin dengan baik akibat sel mereka kehilangan sensitiviti terhadap hormon insulin. 

Satu kajian yg dijalankan menunjukkan bahawa Asid Amino Arginine memberi kesan positif terhadap sensitiviti sel terhadap insulin. Kajian juga menunjukkan Arginine membantu meningkatkan metabolisma glukosa dalam darah. Oleh itu ia amat baik untuk pesakit diabetes.



Sebelum tu kita dah tahu terdapat 20 jenis Asid Amino yang menghasilkan protin berbeza iaitu Asid Amino Essential (perlu) dan Non Essential. Essential ni penting untuk badan tapi sayang sebab badan kita tak mampu produce.

Arginine pula dalah sejenis Asid Amino yang sangat baik untuk kesihatan. Badan kita dapat menghasilkan Arginine dengan sendiri tapi malangnya pula ia tidak lengkap tanpa Asid Amino Perlu (essential) ini. 

Bagaimana ESP Shaklee membantu?
ESP Shaklee mengandungi kesemua Asid Amino yang diperlukan. Membuatkan Arginine berfungsi dengan baik kerana saling melengkapi dengan kesemua Essential Asid Amino. Jadi ia dapat berfungsi dengan lebih baik sekaligus meningkatkan sensitiviti terhadap penyerapan insulin.

Mereka yang mempunyai masalah bacaan gula dalam darah yang tinggi sangat memerlukan ESP ni sebagai makanan tambahan. Untuk ibu-ibu yang mengalami GDM juga sangat disarankan.

InsyaAllah boleh kita amalkan untuk kesihatan yang lebih baik.

Kak fiza
012 4513311

ASID AMINO LENGKAP DIPERLUKAN UNTUK KELANGSUNGAN HIDUP

9:09 AM 0 Comments
Assalamualaikum. Hari ni nak share sikit pasal Asid Amino.

Asid amino ni macam blok binaan untuk kehidupan. Jadi, sangat diperlukan untuk kelangsungan hidup. Tubuh kita dibangunkan oleh blok-blok binaan ini. Setelah diserap ke dalam badan, asid-asid amino ini akan digunakan untuk membentuk pelbagai jenis protein yang diperlukan badan seperti hemoglobin, enzim, hormon, dan otot.

Badan kita..lebih spesifik lagi, hati manusia menghasilkan 80% asid amino manakala 20% lagi perlu diambil dari diet seharian kita.

Asid Amino yang dihasilkan oleh badan, kita sebut sebagai 'Nonessential amino acids' dan dari diet, kita sebut sebagai 'Essential amino acids'.

Asid Amino Perlu (Essential)
Asid Amino yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Perlu diambil dari diet pemakanan kita seharian seperti daging,susu, sayuran,buah-buahan dan bijirin.

Terdapat 9 asid amino perlu iaitu:
  1. Histidine Dianggap sebagai metalloprotein iaitu asid amino yang boleh membawa bahan logam zat besi dan kuprum dalam darah. Meningkatkan tahap penyerapan kalsium, menurunkan paras hormone histamine dan mengawal diarrhea atau cirit -birit.
  2. Isoleucine Mengawal gula dalam darah untuk sintesis hemoglobin bagi menghasilkan tenaga.
  3. Methionine Menghasilkan sulfur untuk metabolism normal tubuh badan. Melakukan sintesis hemoglobin dan gluthathione untuk melawan radikal bebas.
  4. Lysine Melakukan sintesis karnitin yang menukarkan asid lemak kepada tenaga. Berperanan menghasilkan hormon, antibodi dan enzim.
  5. Leucine Antara tiga asid amino yang berfungsi meningkatkan fungsi jisim otot dan membantu memulihkan otot selepas bersenam. Mengawal gula dalam darah untuk sintesis hemoglobin bagi menghasilkan tenaga.
  6. Phenylalanine Terdiri dari tiga jenis:D Phenylalanine, L-Phenylalanine dan DL-Phenylalanine. Asid amino ini merangsang penghasilan hormon catecholamine yang bertindak mengawal sistem saraf pusat dan saraf periferal.
  7. Threonine Asid amino yang diperlukan untuk menghasilkan asid amino lain bagi membantu penghasilan kolagen. Turut menghasilkan antibodi.
  8. Valine Penting untuk metabolisme otot dan membaikpulih tisu rosak.
  9. Tryptopan Asid amino terbesar yang berkaitrapat dengan hormon serotonin dan melatonin,bermaksud ia membantu mengawal perasan dan aktiviti tidur.

Asid Amino Tidak Perlu (Non Essential)
Asid Amino yang dapat dihasilkan daripada asid amino yang lain dan tidak diperlukan dari diet pemakanan.

Terdapat 5 jenis asid amino tak perlu:
  1. Alanine Menghapuskan toksin yang dikeluarkan oleh otot ketika bersenam supaya hati dapat melakukan metabolism penyingkiran toksin daripada tubuh. Mengawal paras kolestrol dalam tubuh.
  2. Asparagine Memelihara sistem keseimbangan saraf. Terlibat dalam proses detoksifikasi dan mengawal kadar metabolism.
  3. Asid Aspartic Melawan keletihan dan kemurungan akibat stress. Meningkatkan tahap metabolism. Bertindak dalam sintesis asid amino lain.
  4. Asid Glutamic Meningkatkan metabolism dan fungsi otak. Penukaran kepada glutamine membantu menyingkirkan bahan toksik ammonia dalam tubuh.
  5. Glycine Memastikan perkembangan dan fungsi sel baik. Membantu proses penghadaman. Membantu menghasilkan kolagen untuk kulit kekal elastik dan memelihara penyembuhan sel kulit.

Asid Amino Terkondisi
Tergolong dalam kumpulan asid amino tak perlu, tetapi ianya hanya hadir dalam keadaan tertentu sahaja seperti ketika stress dan sakit.

Terdapat 8 jenis asid amino terkondisi:
  1. Arginine Bertindakbalas dengan nitrik oksida yang penting dalam menggalakkan pertumbuhan rambut. Membantu mengurangkan rintangan insulin dan mengawal paras glukosa.
  2. Cysteine Terlibat dalam detoksifikasi dan antioksidan. Memberi kekuatan pada rambut,kuku dan kulit.
  3. Glutamin Membantu dalam penghasilan gluthatione. Berfungsi dalam antipenuaan,memperbaki fungsi otak dan imunisasi sistem penghadaman. Meningkatkan daya tahan lapar.
  4. Pyrrolysine Sejenis proteinogenic misteri yang terlibat dalam pembentukkan kod genetik.
  5. Proline Membantu regeneratif sel baru bagi mengelakkan kulit berkedut dan sentiasa tegang. Menyokong pembentukkan kolagen dan rawan bagi kelenturan sendi dan otot.
  6. Selenocysteine Bertindak dalam fungsi antioksidan. Diperlukan tubuh dalam membentuk selenium yang berguna untuk menyingkirkan bahan toksik merkuri dan meningkatkan fungsi hati.
  7. Serine Meningkatkan fungsi otak,mengawal kestabilan mental dan emosi. Membantu pembentukkan otot dan sistem imunisasi.
  8. Tyrosine Penting dalam penghasilan hormone tiroid untuk stimulate metabolism sel dan tisu. Terlibat dengan sintesis melanin yang berperanan dengan pigmen kulit, mata dan rambut.
Dan..kalau nak tahu kesemua Asid Amino Perlu tu terdapat dalam ESP Shaklee. Jadi, ESP sememangnya lengkap dan merupakan sumber Protein penting untuk kita semua.




Sebelum ni Kak Fiza dah pun jelaskan apa yang BESTnya pasal ESP ni berbanding soya yang lain. Jadi, pada yang nak dapatkan ESP boleh hubungi 012 4513311.


Monday, March 6, 2017

CARA PULIHKAN SEL YANG MATI SEBELUM WAKTUNYA

10:55 AM 0 Comments
Assalamualaikum semua. Saja Kak Fiza nak kongsi dengan rakan blogger mengenai Necrosis..haaaa..apa tu? Tak payah pening-pening fikir tau. Jom baca sharing akak yang dari semalam dok memikir.

Necrosis ni dalam term mudah faham adalah sel badan kita yang mati samada akibat cedera, tak sihat ataupun sel yang abnormal.


Setiap hari sel tubuh kita mati dengan sendirinya tau. Apabila dengan sendirinya sel kita mati term biologinya dipanggil Opoptosis (sel mati sendiri).


Sepatutnya memang sel mati dengan sendirinya dan ikut flow, jadi penggantian sel baru lebih natural.

Masalahnya hari ini, pelbagai faktor luar yang menyebabkan sel tubuh kita mati. Biasanya ia dibunuh oleh persekitaran yang tercemar seperti bahan kimia, toksik, radiasi, radikal bebas, trauma, kecederaan dan juga ubatan.

Apabila sel mati, akan menyebabkan berlakunya inflamasi disekitar kawasan tisu sel tersebut. Paling mudah nak tengok pengidap kencing manis la. Sel-sel kulit hitam yang kita nampak pada kaki pesakit diabetes tu dipanggil sel mati (Necrosis)

Macam mana nak elak atau nak pulihkan sel yang mati ni?
Apabila sel DNA rosak dan tidak mati dengan sendirinya (opoptosis), sel inilah yang membiak nenjadi sel kanser. Sebabnya sel ini dah tak boleh dibaiki.

Disinilah pentingnya penggunaan VIVIX sebab Vivix memulihkan sel DNA yang rosak dan baiki kerosakan sel. Kalau masih ingat ada dikongsikan 4 Cara Vivix Bertindak dengan cara baiki sel, pulihkan sel, beri tenaga pada sel dan tingkatkan prestasi sel. Kesemua ni kita perlukan untuk lindungi organ dan sel kita sekaligus pastikan ianya berfungsi dengan baik. Paling penting tiada sebarang penyakit.

Sel yang hidup mesti mempunyai bekalan oksigen yang cukup. Tenaga yang cukup dan seimbang. Jadi bila bekalan oksigen dan tenaga kurang sudah tentu sel kita pun drop dan mati

Sebab tu disarankan minum Vivix hari-hari. Vivix ada Resveratrol yang sangat tinggi. Kebolehan resveratrol yang terkenal termasuk kemampuan menghilangkan radikal bebas, mengaktifkan atau nyahaktif enzim penting / gen / hormon dan kimia tubuh.

Jadi, minum lah Vivix sebab hanya Vivix satu-satunya suplement yang boleh tembusi DNA sekaligus repair sel kita.

Kak fiza
012 4513311
Sungai Petani

Saturday, March 4, 2017

SAKIT LUTUT KEMBALI PULIH

10:03 PM 0 Comments
Selamat berhujung minggu untuk semua. Malam ni kak fiza nak share satu lagi testimoni Vivix.

Alhamdulillah, lepas minum Vivix, sakit lutut ketika solat dah hilang. Kalau sebelum ni terpaksa solat duduk. Sekarang dah ok. Badan pulak rasa ringan je. Paling best, berat badan turun. Wow...best kan.


Pada rakan-rakan yang nak hadiahkan Vivix untuk ibu tersayang, boleh je hubungi Kak Fiza 012 4513311.

Boleh jugak lihat Testimoni yang lain mengenai Sendi di SINI.

Berminat nak join ahli Shaklee boleh terus wsap akak yer.

Friday, March 3, 2017

SEMAKIN SIHAT SELEPAS MENDERITA BATU KARANG

3:48 PM 0 Comments
Assalamualaikum.

Hari ni nak share satu lagi Testimoni Vivix


Selepas pengambilan Vivix botol yg ke 2 & Performance drink tong yg ke 2.

Konsisten minum 1 sudu vivix & PD setiap hari, akhirnya batu karang keluar halus-halus je. Terkini Batu karang keluar seperti dalam gambar

Selain itu, bonus lain yang customer dapat hasil konsisten Vivix:
- badan bertambah sihat, bertenaga
- kepala yg rambut jarang dah naik rambut
- isteri tegur makin handsome

Minum Vivix dalam masa yang sama follow up di hospital.

Alhamdulilah..semakin sihat. Nak cuba Vivix dan dapatkan maklumat lanjut boleh hubungi kak fiza yer.

012 4513311

POPULAR POSTS

Follow Me