Wednesday, February 22, 2017

# Energizing Soy Protein # ESP

6 KEISTIMEWAAN ESP SHAKLEE BERBANDING SOYA YANG LAIN

 SEBAB PENTING ANDA PATUT PILIH ESP SHAKLEE

ESP Shaklee ni bukan sebarangan SOYA yer. BUKAN semata-mata SOYA yang macam kat pasaran tu. Ramai penggemar ESP ni..HOT SELLING lagi lagi kalau ada Promo!



Kenapa lain dari SOYA lain di pasaran?

1. Hidangan Lengkap
ESP sememangnya hidangan lengkap. Setiap hidangan memberikan 14gm protein.
✅berkualiti tinggi yang semulajadi
✅rendah lemak,
✅laktosa semulajadi dan
✅tanpa kolestrol.
Sangat2 berbeza dengan jenama lain yang biasanya haya menyediakan sebanyak 8gm atau 6gm sahaja hidangan protein.

Haaa..itu satu sebab ESP berbeza dengan SOYA lain dipasaran. Ada lain lagi sebab yang penting!

2. Sumber soya non-GMO
ESP adalah sumber soya yang tidak diubah suai secara genetik (non GMO). ESP Shaklee juga merupakan protein soya yang dihasilkan di bawah program pemeliharaan Identiti (IPP). Ini bermaksud sumber kacang soya ini dipantau dan dikawal dengan ketat dari proses penanaman sehingga pemprosesan.

Justeru ESP Shaklee diperbuat daripada bahan organik tanpa hormon tambahan lain. Adalah terlalu sukar untuk mendapatkan kacang soya non GMO pada zaman ini. Hampir 90% kacang soya yang di pasarkan di dunia sebenarnya telah diubah suai atau merupakan GMO.

Nak beli SOYA sila check label dulu. Pastikan soya NON GMO yg jadi pilihan tau!

3. Mengandungi 9 Asid Amino
ESP lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu yang badan anda tidak hasilkan. Jadi pada yang amalkan ESP badan anda akan mendapat protein yang lengkap.

Jika badan tidak mempunyai asid amino yang lengkap, badan anda masih boleh membuat sel-sel baru, tetapi rambut anda mungkin kering, bercabang, manakala kulit anda adalah kulit yang kusam, bermasalah dll.

Haa..sebab tu pengamal ESP kulit muka diorg putih bersih jer..ermmmm xleh jadi ni. Byk jual je..nk kena amalkan juga lah..😃😃

4. Kacang Soya Dibasuh Dengan Air
Proses pembuatan ESP salah satunya adalah menggunakan air untuk membasuh kacang soya bagi mengekalkan keaslian isoflavones seperti genistein dan daidzen.

Kebanyakan jenama lain menggunakan alkohol untuk membasuh kacang soya. Menggunakan air dapat mengekalkan isoflavones serta dapat mengekalkan kehalalan produk.

5. Indeks Glisemik Rendah
ESP mempunyai GI rendah yang memberi tenaga tanpa meningkatkan gula dalam darah. Ini bermaksud ESP dapat memberikan tenaga, anda dapat nutrisi tetapi tidak meningkatkan gula dalam darah.

Contohnya seperti Nasi yg akan memberikan rasa kenyang, pada masa yang sama nasi akan meningkatkan gula dalam darah. Anda juga akan rasa lapar pada satu tahap.

ESP Shaklee sebaliknya memberikan tenaga secara konsisten tanpa meningkatkan gula dalam darah jadi mengurangkan risiko penyakit Diabetes.

6. Penarafan PDCAAS pada kedudukan tertinggi



Shaklee ESP mempunyai PDCAAS (skor penghadaman protein kepada asid amino) skor pada 1.0. Kedudukan ini adalah kedudukan tertinggi yang sama dengan protein haiwan seperti telur dan susu.

Skor ini adalah salah satu cara untuk mengukur kualiti protein dan manfaat yang diberikan sama dengan protein sumber haiwan. Tidak semua protein tumbuhan dapat memberikan 9 jenis amino asid, sebaliknya protein soya boleh. Dan kemampuan manusia meleraikan protein kepada 9 jenis amino asid, sebab itulah ESP mendapat skor tertinggi ini.

Jenama lain mempunyai skor seperti 0.3, o.5. Skor ini bermaksud amino asid dalam badan merosot, tetapi tidak bagi ESP Shaklee.

l

Jadual nilai PDCAAS pelbagai sumber protein.

Jadi..kenapa nak ragu2 lagi. Sememangnya ESP Shaklee adalah sumber protein segera yg terbaik dan memenuhi keperluan tubuh kita.

Hubungi kak fiza untuk keterangan lanjut 012 4513311

No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me