Thursday, December 14, 2017

AKHIRNYA SEMBUH DARI BATUK KERING

9:37 PM 0 Comments
Sebelum ni kita dah tengok dan faham apa itu penyakit tibi dan tanda-tandanya. Rawatan segera juga perlu bagi mengelak keadaan lebih buruk terjadi.

Jom kita tengok feedback pelanggan yang konsisten menggunakan Vitamin shaklee.




Segeralah berjumpa pakar untuk pemeriksaan dan langkah pencegahan sekiranya anda ada tanda-tanda yang membimbangkan. Tindakan segera mampu mengelak sesuatu yang lebih serius terjadi.

InshaAllah next entry KakFiza akan kongsikan pantang larang bab makanan untuk pesakit tibi. Haaa..bukan sebarangan makanan je tau boleh makan..

Nak tahu lebih lanjut mengenai produk ni boleh je terus hubungi KakFiza 0124513311. InshaAllah, konsultasi terbaik akak berikan nanti.


Atau boleh klik link dibawah untuk pembelian terus di website Shaklee yang mana sangat mudah.


Sekiranya anda berminat menjadi Pengedar Shaklee terus hubungi 0124513311. Kak Fiza memerlukan pengedar di Seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kehadiran anda sangat diperlukan.

Wednesday, December 13, 2017

KHASIAT POKOK DUKUNG ANAK SEBAGAI IKHTIAR UNTUK HAMIL

8:49 PM 0 Comments
Hari ni KakFiza nak kongsi khasiat pokok dukung anak ni. Korang pernah tengok tak? Area rumah akak ni banyak sangat sebelum pihak sekolah depan ni ratakan tanah. Sekarang ni dah tak nampak pokok ni tumbuh dah. Sayang sangat.


Terpanggil nak buat entry ni pun sebab tiba-tiba tadi ada jiran dalam group wsap tanya mana nak cari pokok ni sebab dia nak ikhtiar untuk hamil.

Betul...pokok ni memang bangus dan digunakan untuk pelbagai rawatan dan antaranya untuk mereka yang ingin hamil. Pernah guna akarnya untuk Jaundis baby baru lahir.

Pokok dukung anak atau nama saintifiknya Phyllanthus adalah spesies tumbuhan herba yang boleh dijumpai di kawasan beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand serta di negara China dan Amerika Selatan. Ia biasa tumbuh di kawasan tanah yang agak keras seperti di celah retakan simen. Ia banyak ditemui di tanah terbiar, tepi jalan atau di kebun sayur serta kawasan rumah termasuk di dalam pasu bunga.

Pokok dukung anak selalunya tumbuh meliar di pinggiran batas tanaman dan dianggap sebagai rumpai yang sukar dikawal. Walaupun dianggap sebagai rumpai, tumbuhan ini mempunyai pelbagai nilai perubatan dan diiktiraf dalam kalangan pengamal perubatan herba tradisional tempatan.

Akar, daun, buah dan keseluruhan pokok dukung anak mempunyai pelbagai nilai perubatan. Ia sangat popular di India dan banyak digunakan dalam perubatan Ayurveda sama ada dikeringkan menjadi serbuk atau digunakan segar.

Di Malaysia, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat penyakit berkaitan buah pinggang dan hati seperti jaundis dan hepatitis B.

Kat rumah akak ni, pokok ni tumbuh meliar dikawasan tanaman kelapa sawit. Banyak sangat sebelum ni. 

Bagaimana cara gunakan daun ni sebagai ikhtiar untuk hamil?

Korang rebus je daun dan akarnya sambil selawat. Sebelum itu, daunnya dibasuh bersih2 dengan 2 cawan air.
Rebus sampai airnya menjadi kuantiti utk 1 cawan air.
Lepas tu minum dan selawat dan berdoa.

Kita usaha selebihnya DIA yang berkuasa kan.

KakFiza
SungaiPetani

Tuesday, December 12, 2017

HOMEMADE AISKRIM KESUKAAN ANAK-ANAK

7:01 PM 0 Comments
 Assalamualaikum..selamat petang..

Rasa macam dah lama cuti sekolah kan? Sindrom mak-mak yang dah tak larat nank ngadap anak-anak yang suka gaduh..hihi

Hari ni Along request nak aiskrim macam ibu buat dulu. Terjadilah aiskrim pelbagai perisa ni. Resepinya senang sangat..



1 tin susu pekat
1/2 tin susu cair
1 1/2 tin air
Tepung jagung
1 sudu penuh ovalete
1 sudu penuh serbuk vanila

Caranya mudah sangat. Mulanya korang campurkan susu pekat, susu cair, air dan jagung ke dalam periuk. Masak jap atas api sambil kacau. Kejap je tau agak2 panas. Kemudian sejukkan dan masukkan dalam mixer. Campurkan ovalete dan serbuk vanila. Mix hingga kembang dan adunan menjadi putih gebu.

Bolehlah dipelbagaikan perisa..

Selamat mencuba..

Monday, December 11, 2017

CARA MERAWAT DAN MENCEGAH PENYAKIT TIBI

7:25 PM 0 Comments
Penyakit Tibi boleh dicegah dari awal sebenarnya dan dari awal sejak lahir lagi bayi diberi suntikan BCG. Ini adalah salah satu langkah pencegahan Tibi.
  • Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberi suntikan imunisasi BCG
  • Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada kesan parut dan pada umur 12 tahun
  • BCG diberikan secara percuma di semua Hospital serta Klinik Kesihatan Kerajaan untuk mereka yang berumur 20 tahun ke bawah
  • Sekiranya batuk berterusan lebih daripada dua minggu, segeralah berjumpa doktor untuk menguji kahak anda
  • Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pesakit Tibi dalam tempoh yang lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan

KAEDAH RAWATAN PENYAKIT TIBI
Terdapat 4 jenis ubat yang khas yang sering digunakan untuk merawat penyakit Tibi.
  • Rifampicin (RIF)
  • Isoniazid (INH)
  • Pyrazinamide (PZA)
  • Ethambutol (EMB)
Rawatan biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan walaupun pesakit berasa sihat dalam tempoh berkenaan. Pada 2 bulan pertama, pesakit diberi rawatan rapi dimana ia dikehendaki memakan ubat setiap hari yang disaksikan oleh Pengamal Perubatan (Doktor) atau orang lain yang dilantik sebagai penyelia.

Kemudian pada 4 bulan seterusnya ia dikehendaki memakan ubat tiga kali seminggu, juga dibawah penyeliaan. Jika rawatan ini diikuti secara tetap, pesakit berkenaan boleh di sembuhkan.

Shaklee dan TIBI


Setiap Vitamin ini boleh menguatkan sistem imun badan untuk melawan kuman tibi dan melindungi sel daipada rosak.

Jom kita tengok feedback pelanggan yang konsisten menggunakan Vitamin shaklee.

Segeralah berjumpa pakar untuk pemeriksaan dan langkah pencegahan sekiranya anda ada tanda-tanda yang membimbangkan. Tindakan segera mampu mengelak sesuatu yang lebih serius terjadi.

InshaAllah next entry KakFiza akan kongsikan pantang larang bab makanan untuk pesakit tibi. Haaa..bukan sebarangan makanan je tau boleh makan..

Nak tahu lebih lanjut mengenai produk ni boleh je terus hubungi KakFiza 0124513311. InshaAllah, konsultasi terbaik akak berikan nanti.


Atau boleh klik link dibawah untuk pembelian terus di website Shaklee yang mana sangat mudah.


Sekiranya anda berminat menjadi Pengedar Shaklee terus hubungi 0124513311. Kak Fiza memerlukan pengedar di Seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kehadiran anda sangat diperlukan.


Sunday, December 10, 2017

BAHAYA PENYAKIT TIBI

8:51 PM 0 Comments
BATUK BERDARAH DAN RISIKO TIBI

Apa itu Tibi?
Penyakit Tuberculosis atau TB disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria yang bernama ‘Mycobacterium tuberculosis’. Ia juga dikenali sebagai Batuk Kering.




Bakteria adalah punca kepada penyakit Tibi ini merebak melalui cecair yang terlepas ke udara apabila batuk atau bersin.
  • Paru-paru adalah organ utama yang selalu dijangkiti.
  • Batuk kering yang menyerang paru-paru dikenali sebagai (pulmonary tuberculosis) TB Pulmonari.
  • Boleh dikatakan, semua organ di dalam badan boleh dijangkiti termasuk otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit.

APAKAH GEJALA/TANDA-TANDA?
  • Batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih
  • Batuk berdarah
  • Demam dan berpeluh pada waktu petang atau malam
  • Hilang selera makan atau turun berat badan
  • Sakit dada semasa batuk atau bernafas secara dalam
  • Mudah letih dan lemah
  • Serak suara

Siapa yang berisiko terkena Tibi?
Tibi menyerang sesiapa sahaja dan golongan yang berisiko adalah:
  • Mereka yang dijangkiti AIDS (Virus HIV)
  • Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan penyakit Tibi yang tinggi
  • Mereka yang kekurangan zat dan vitamin
  • Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV
  • Pesakit kronik seperti SLE, DIABETES
  • Mereka yang menjalani kemeoterapi dan dialisis
  • Warga tua 

Tibi boleh dirawat ke?
Sebelum itu, anda perlukan pemeriksaan untuk pengesahan penyakit dan rawatan batuk kering yang terdapat di mana-mana klinik kesihatan dan hospital kerajaan.
  • Ujian kahak yang dilakukan di klinik kesihatan atau hospital
  • X-ray dada

Bahaya kan penyakit Tibi ni. InshaAllah next entry KakFiza kongsikan jenis rawatan untuk pesakit Tibi.

KakFiza
SungaiPetani

Saturday, December 9, 2017

RESEPI KEK PISANG GEBU

6:44 PM 0 Comments
Assalamualaikum...

Hari ni KakFiza nak share satu resepi kek pisang ni. Mudah sangat cuma guna blender je. Rugi tak cuba tau. Resepi ni KakFiza pergi belajar dengan cikgu tau..tak google pun..jom cikidot...

Bahan-bahan:
3 biji telur gred A (masuk 1 persatu buang dia punya mata tu)
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula (boleh kurangkan)
3/4 sdt soda
1 sdt baking powder (penuh)
1 sdt ovelate

2 cwn tepung gandum (ayak)
5 1/2 biji pisang

Cara-caranya:
3biji telur masuk satu persatu dalam blender.
Masukkan 1cwn minyak
Masukkan 1cwn gula
Masuk soda dan baking
Masuk ovalete

Blend kan semua sekali...kemudian masukkan pisang 1 persatu. Kemudian tuangkan dlm bekas tepung. Blend hingga sebati.

Oleskan acuan atau alas dengan baking paper. KakFiza guna acuan 8 x 8 dan bakar dalm 50minit (ikut oven masing2 ya)


Taraaaa...dah siap untuk minum petang..yang ni dah di taburkan cheese...sedap tau. Tak sempat simpan esok dah habis..

Selamat mencuba..

KakFiza
SungaiPetani

Friday, December 8, 2017

TIADA LAGI MASALAH BUASIR

8:27 PM 0 Comments
Hari ni KakFiza nak kongsi satu lagi testimoni buasir untu anda. Hanya dengan mengamalkan Ostematrix shaklee, tiada lagi buasir yang dialaminya selepas bersalin.


Untuk testimoni lain boleh rujuk pada entry yang lepas. Ini hanya sebahagian kecil masalah buasir yang dialami aitu sebesar 1cm. Ada lagi yang lebih teruk tau. Nak.cuba supliment lain boleh hubungi KakFiza 0124513311 yer..

Thursday, December 7, 2017

CARA SELAMAT MELEGAKAN BENGKAK BUASIR

4:48 PM 2 Comments
Sakit disebabkan buasir? Bertindak segera tau. Jangan biarlah masalah buasir anda melarat dan menjadi lebih teruk. Kalau sebelum ini, kita dah pun tahu apa penyebab berlakunya buasir. Kali ini, KakFiza nak kongsi cara selamat untuk melegakan bengkak buasir anda.


Jauhi sembeli dengan mengamalkan:
  • pemakanan seimbang dan banyakkan pengambilan serat dalam diet harian anda.
  • Banyakkan minum air
  • Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit – birit dan memburukkan lagi keadaan.

Untuk mengurangkan kesakitan:
  • Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan
  • Sekiranya ada bengkak dibahagian tersebut, gunakan ais untuk surutkan bengkak atau duduk di dalam besen yang berisi air garam.
  • Ambil pil untuk mengurangkan sakit seperti paracetamol, aspirin atau ibuprofen

Amalkan pengambilan Suplimen Semulajadi
Pengambilan Set Buasir dari shaklee ini akan memberi kelegaan sekaligus mengurangkan bengkak buasir anda. Mengamalkan secara konsisten boleh melegakan buasir.

Set ini bagus untuk membaiki luka dan sel dari bahagian dalaman.

1. Vivix - memperbaiki sel, DNA

2. Alfalfa Complex - menjaga kebersihan usus dan mengurangkan tekanan pada rektum

3. B Complex - memperbaiki sistem pencernaan agar rektum tidak stress

4. Ostematrix - membantu melembutkan najis

5. Vitamin C - Membantu dalam pemulihan dan pembekuan darah

6. Peppermint Ginger Plus - memberi kelegaan. Boleh diminum seperti teh

Nak tahu lebih lanjut mengenai produk ni boleh je terus hubungi KakFiza 0124513311. InshaAllah, konsultasi terbaik akak berikan nanti.


Atau boleh klik link dibawah untuk pembelian terus di website Shaklee yang mana sangat mudah.


Sekiranya anda berminat menjadi Pengedar Shaklee terus hubungi 0124513311. Kak Fiza memerlukan pengedar di Seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kehadiran anda sangat diperlukan.

Wednesday, December 6, 2017

BAHAYAKAH BUASIR? BAGAIMANA IANYA TERJADI?

7:26 PM 1 Comments
Buasir amat menyakitkan, pedih, perit dan tidak selesa. Adakah anda sering mengalami keadaan ini?

Jika YA...rawatlah segera..

Jangan segan atau malu bila ada masalah buasir ni. Ia perlu dicegah sebelum terlambat.


Apa itu Buasir?
Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.

Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.


Terdapat 2 jenis buasir
1. Buasir dalaman
Selalunya tak sakit dan gatal sebab kat dalam kan. Jadi tak la rasa cuma bila kita meneran atau ada gangguan dekat laluan najis waktu buang air besar, ianya boleh cederakan permukaan buasir dan boleh sebabkan pendarahan. Titisan merah cerah akan kelihatan.

2. Buasir luaran
Yang ni yang selalu kita dengar sakit, pedih dan gatal kat bahagian dubur. lagi teruk kalau buasir ni tersepit dan bekalan darah akan terputus menyebabkan bekuan darah akan terjadi didalamnya. Jika ni terjadi, memang sangat azab lah sakitnya. Buasir jenis ni juga ada potensi utk berulang lagi walaupun dah dirawat.

Punca atau penyebab Buasir


Tanda-tanda Buasir

Jangan tunggu sehingga melarat tau. Dapatkan rawatan segera dan amalkan suplimen yang boleh membantu masalah buasir anda.

InshaAllah pada entry akan datang nanti, kakfiza akan kongsikan suplimen yang boleh membantu anda.

KakFiza
SungaiPetani

Tuesday, December 5, 2017

RESEPI ACAR REBUNG BEST

6:34 PM 2 Comments
Assalamualaikum...

Hari ni KakFiza nak share acar rebung mak yang memang sedap. Tiap kali kenduri memang akan ada tempahan tau. Sedap sangat...hihi



1kg rebung madu yang siap direbus
1 cawan Lobak Masin
15- 20 ulas Bawang Putih (sebijik2 pun ok)
4 - 5 biji Bawang besar (potong 4)
Sediit Cuka
** 4 bahan ni direbus bersama sedikit cuka hingga mendidih dan ditoskan.

Kismis
Kurma
Buah-buahan (limau kering/ ceri dsbnya)

20 tangkai cili kering dipotong dan digoreng seketika
Sedikit rempah ratus

Cili kering dan rempah ratus dikisar sehingga halus.

Minyak untuk menumis dan halba campur.
Daun kari
Gula 10 sudu besar
Sedikit garam

1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari serta halba. Kemudian masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak (orang utara cakap).

2. Setelah cili masak boleh la masukkan bahan yang direbus tadi.

3. Bila dah agak masak atau sekali mendidih boleh terus masukkan buah-buahan tadi (kurma, kismis dll)

4. Masak sehingga agak kering, kuah pekat melekat..hihi. dan boleh la rasa.

Kalau kurang manis, boleh la ditambah gula. 200gram boleh dijual rm6 dan untuk 1kg rm30.

Mesti cuba tau..

KakFiza
SungaiPetani

Monday, December 4, 2017

CARA BERKESAN ATASI GASTRIK

12:16 PM 0 Comments
Assalamualaikum...

Hari ni kak fiza nak kongsi cara mudah untuk legakan gastrik anda. Pada entry sebelum ini kita dah pun tahu tanda-tanda gastrik kan. Jadi, kenali tanda tersebut jika anda pernah mengalaminya.


Kalau dah ada tanda-tanda tersebut, rawatan seger perlu diambil. Jangan ambil mudah tau.

Jom kita tengok supplimen yang boleh menghilangkan gastrik:


1. ESP
Minuman paling disukai ramai ni. ESP meneutralkan keasidan dalam perut disebabkan jus gastrik. ESP ni bersifat alkali dan apabila bercampur dengan asid perut ia akan mengurangkan hakisan pada dinding perut. Kemudian zat asid amino dalam ESP akan membina sel dan tisu baru pada dinding perut.

2. Ostematrix
Vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin DMembantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.Kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sesiapa yang memang gemar minum susu adalah jarang untuk mendapat gastrik.

3. B Complex
Bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda. Melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita. Berlainan sifat dengan pain killer yang hanya bersifat menghilangkan kesakitan yang sementara. Jadi tak perlulah makan pain killer lagi dah.

4. Vitamin C
Vitamin C bertindak sebagai anti-histamin tanpa memberi kesan sampingan seperti drugs anti-histamin. Ia mengawal pengeluaran histamin dalam tubuh. Ia mengelak masalah alergi dari berterusan.

5. Vivix


Testimoni:

"Lebih 10 tahun saya menghidap gastrik yang agak kronik. Bila saya rasa pedih-pedih ulu hati tu, saya dah start cuak, sebab mesti gastrik datang. Bila gastrik tu datang, saya nak makan pun muntah, saya nak bangun berdiri dengan betul pun tak boleh, sebab sangat sakit! Saya terpaksa jalan bongkok-bongkok, baring dalam 2-3 hari, pergi jumpa doktor, pergi berurut semua.. Terpaksalah..!

Selepas saya bersalinkan anak nombor 2, saya berkenalan dengan Shaklee… Lebih 10 tahun saya menghidap gastrik yang agak kronik. Bila saya rasa pedih-pedih ulu hati tu, saya dah start cuak, sebab mesti gastrik datang. Bila gastrik tu datang, saya nak makan pun muntah, saya nak bangun berdiri dengan betul pun tak boleh, sebab sangat sakit! Saya terpaksa jalan bongkok-bongkok, baring dalam 2-3 hari, pergi jumpa doktor, pergi berurut semua.. Terpaksalah..!

Selepas saya bersalinkan anak nombor 2, saya berkenalan dengan Shaklee…"

Apa yang berlaku pada Ana selepas mengamalkan produk shaklee? Jom kita tonton video ni..
Amalkan set berpantang, sekali dengan gastrik pun boleh hilang. Pada anda yang nak cuba sekurang-kurangnya Set Asas Gastrik boleh terus hubungi Kak Fiza 0124513311

Thursday, November 30, 2017

TANDA-TANDA GASTRIK YANG PERLU ANDA TAHU

10:29 PM 0 Comments
Gastrik umumnya terbahagi kepada 2 iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapisi dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk daripada gastritis).


Untuk membezakan kedua-dua jenis gastrik ini ialah apabila seseorang mengalami sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak di dalam perut (keasidan tinggi) manakala apabila seseorang mengadu sakit perut selepas makan maka ia mungkin menunjukkan masalah ulser perut atau lapisan mukosa sudah menipis atau lemah.


Asid hidroklorik dihasilkan secara semulajadi oleh sel perut dengan pH1 hingga pH2 berfungsi untuk mencernakan makanan. Tahap keasidan ini adalah yang paling tinggi dan mampu menghakis sekiranya terkena kulit. Namun begitu, perut dilindungi oleh mukosa sebagai lapisan pelindung daripada kesan asid hidroklorik ini.

Gastrik berlaku apabila kandungan asid hidroklorik di dalam perut tidak stabil semasa proses pencernaan. Rembesan asid hidroklorik yang tinggi akan melemahkan lapisan pelindung atau mukosa. Sekiranya ini berlaku, ia akan menyebabkan ulser di mana kesan asid hidroklorik akan sampai kepada sel dan menyebabkan keradangan.


Apakah Tanda-tanda Gastrik?
Ramai yang ambil mudah tentang corak pemakanan dan ramai juga lupa untuk amalkan cara hidup sihat. Dengan cara pemakanan, rutin harian, tekanan persekitaran dan faktor-faktor lain serba sedikit mengundang pelbagai penyakit dan salah satunya adalah penyakit gastrik. Antara tanda-tanda penyakit gastrik adalah:
  • Sakit pada bahagian atas perut atau abdomen
  • Rasa senak, berangin dan pedih ulu hati
  • Kerap kentut dan sendawa selepas makan, kembung
  • Rasa loya dan muntah
  • Hilang selera makan
  • Penurunan berat badan (pada peringkat gastrik yang teruk)

Pada tahap gastrik yang teruk, ulset perut akan menyebabkan berlakunya pendarahan dan boleh dikesan melalui 2 tanda iaitu:
  1. Muntah yang pekat mwngandungi darah atau warna gelap seperti kopi
  2. Najis menjadi hitam dan gelap seperti tar.

Siapa Yang Berisiko Menghidap gastrik?
Gastrik boleh menyerang sesiapa sahaja dan lelaki lebihbberisiko. Kebiasaanya ia disebabkan oleh faktor risiko dan gaya hidup seperti:
  • Pengambilan ubat tahan sakit seperti ubat sakit jantung untuk mencairkan darah.
  • Merokok
  • Pengambilan minuman beralkohol
  • Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori)
  • Pengambilan ubat tradisional yang telah dicampur dengan steroid.
  • Tekanan emosi atau stress.
  • Makanan yang pedas dan masam
  • Makanan bergoreng dan terlalu berminyak
  • Minuman berkafein seperti teh dan kopi
Selain dari mengambil ubat yang juga memberi kesan sampingan terhadap kesihatan, cara yang terbaik adalah dengan mengubah cara hidup dan pemakanan yang sihat.

Wednesday, November 29, 2017

PENJAGAAN ANAK BERSUNAT

5:01 PM 0 Comments
Alhamdulillah, selesai sudah majlis bersunat anak-anak Kak Fiza ahad lepas. Diaorang bersunat hari sabtu 25/11. Along doktor buat cara laser sebabnya dia terlalu meronta-ronta sampai terpaksa dibantu kiri kanan. Angah pula cara biasa guna gunting katanya.



Bila balik rumahnya kedua-duanya tersedu sedan...alahai sedehnya..

Sebelum ni yang bersungguh nak sunat sebenarnya Angah sebab ada bestfrend dia kat Pasti sunat. Along tak berapa sangat..huhu

Penting untuk kita terangkan proses bersunat pada mereka biar mereka faham kenapa perlu bersunat dan sebab tu juga la kami buat sedikit kenduri doa selamat untuk raikan mereka. Walaupun orang cakap kenduri ni tak wajib kan..

Part nak cuci dan bersihkan lagi satu hal. Along langsung tak bagi kita cuci dan tengok dia punya tu. Terpaksa la curi-curi time dia tidur. Angah pula masuk hari ke 5 dah boleh pakai seluar walaupun tempat jahit belum pulih sepenuhnya. Adik yang senang nak jaga dari Abang...huhu

Bab makan memang kena berpantang la kan. Jadi, macam mana Kak Fiza makan time berpantang bersalin dulu, macam tu lah masak untuk mereka. Disamping tu, kak fiza bagi diaorg vitamin c shaklee untuk bagi luka cepat sembuh.

InshaAllah, sekarang ni cepat je lega. Yang penting jaga makan dan jaga tempat luka tu..

KakFiza
SungaiPetani

Tuesday, November 28, 2017

BERPANTANG SENDIRI SELEPAS BERSALIN

5:41 PM 0 Comments
BERPANTANG SENDIRI SELEPAS BERSALIN

Mesti ramai yang dah ada pengalaman berpantang sendiri kan? Kak Fiza pun terpaksa berpantang sendiri untuk anak ke2 dan ke3.



Berpantang anak no 2, cabarannya sangat besar memandangkan anak sulung Hadif baru 1y3m je waktu tu. Hadif pun kecil lagi dan memangbtak faham apa-apa lagi la kan.

Alhamdulillah suami banyak mmbantu. Dalam keadaan macam ni peranan suami penting. Nak anak tapi tak nak jaga..susah la kan. Jadi sama-sama jaga dan saling membantu.

Minggu pertama berpantang memang akan bizi dengan ulang alik klinik untuk check kuning kan tapi Kak Fiza curi juga masa dalam minggu pertama tu untuk berurut. 3 hari berurut dah settle.

Minggu ke2, suami dah start kerja..awal pagi dia dah cari lauk untuk dimasak. Masak simple pun dah ok. Hari-hari telan sayur sawi..ikan bakar. Sekarang dah senang nk bakar ikan..guna pemanggang ajaib je kan.

Makanan untuk anak sulung memang suami dah siap sediakan. Alhamdulillah, walaupun kedua2 boy..mereka behave sangat2.

Berpantang anak ke3 pula, anak-anak bujang dah besar 6 dan 5 tahun. Diaorg pun dah sekolah. Nasib baik sekolah Pasti belakang rumah je. Senang sangat.

Yang penting, kita sendiri jaga pemakanan. Jangan kerja berat sangat. Membasuh tunggu suami balik kerja. Masak simple pun dah cukup sekali anak boleh makan kan.

Yang penting, pengambilan Vitamin kena cukup. Anak ke3 Kak Fiza amalkan Shaklee sejak dari awal kehamilan. Memang ketara perbezaannya bila amalkan supplimen. Badan pun sentiasa cergas je. Ada tips berpantang sendiri pernah Kak Fiza kongsi

Korang ada pengalaman? Meh la share..☺☺

KakFiza
SungaiPetani

Monday, November 27, 2017

RESEPI KEK COKLAT MUDAH DAN SEDAP

6:29 PM 0 Comments
Assalamualaikum..

Hari ni kak fiza ingat nak share resepi kek coklat mudah ni. Dah tak ingat siapa punya tuan resepinya..(kalau terbaca minta halal yer..😊)

Kek Coklat
3 bji telur
1 cawan minyak
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar hingga sebati..lebih kurang 5minit

Jangan gelak tau...tulisan happy birthday tu kak fiza pakai filling jer sbb dah malas nak pikir..haha..


Bahan-bahan ayak:
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Masukkan adunan yang telah dikisar ke dalam tepung dan kaup balikkan...5api kak fiza pakai mixer..kejap jer..
Tapis dan masuk dalam loyang...
Kukus 45 mnit @ bakar 180°c 45 minit
Api atas bawah..

Versi bakar lebih sedap (bagi kak fiza la)

 Topping coklat:
Cairkan coklat guna teknik double boil... boleh letak butter sikit.

Boleh la dihias ikut suka hati...

Memang sedap..selalu buat kek coklat follow resepi ni. Memang best..

Kak Fiza
SungaiPetani

Sunday, November 26, 2017

Saturday, November 25, 2017

AKHIRNYA SEMBUH DARI DERITA BATU KARANG

10:16 AM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Nor Suhaila Abdul, dikenali sebagai Kak Su. Saya berusia 40 tahun. Saya ingin berkongsi cerita tentang pengalaman saya menggunakan produk Shaklee.



Masalah Jerawat

Sebelum ini kulit saya tidak pernah mengalami masalah sehinggalah saya melahirkan anak yang ke 3. Muka saya dipenuhi jerawat dan kulit saya mulai kusam dan kering. Jeragat mulai naik di pipi dan juga di bahagian hidung.Saya memang pernah mencuba berbagai produk kecantikan dan suplimen tapi semuanya tak pernah kekal. Sehinggalah saya diperkenalkan oleh adik ipar saya iaitu kolegen Shaklee.Saya mencuba sebanyak sekotak. Tapi selepas itu saya stop sebab saya memang tak konsisten makan kolegen tersebut.

Batu Karang

Suatu hari saya diserang sakit dibahagian pinggang sebelah kiri sehinggakan saya tidak dapat bangun dan sakit yang amat sangat. Selepas mendapatkan rawatan doktor, disahkan bahawa dibahagian kiri buah pinggang saya terdapat Batu Karang. Doktor memberikan saya ubat pecahkan batu karang. Saya makan sampai habis ubat tersebut tetapi rasa sakit dan kencing tidak lawas masih saya alami. Disamping masalah batu karang saya juga mengalami masalah tekanan darah rendah serta sering pening dan juga period yang tidak datang selama setahun lebih.

Vivix Shaklee

Selepas bertanyakan kepada adik ipar dan membaca tentang testimony suplimen Shaklee, saya bertekad ingin mencuba VIVIX. Selepas mencuba vivix selama sebulan secara konsisten, perkara pertama yang menggembirakan saya ialah, saya sudah datang period dan kali ini period adalah selama 9 hari dimana sejak anak dara period saya hanya 4 hari sahaja. Setiap bulan period saya datang dengan konsisten selama 9 hari. Tanpa saya sedari, rasa sakit dulu sudah tidak dirasai lagi .Saya tidak lagi mengalami sakit dibahagian buah pinggang kiri,tiada lagi masalah kencing kotor serta tidak lagi mengalami sakit kepala keterlaluan seperti dulu. Malahan jarang sekali berjumpa doctor untuk rawatan.. Saya ni memang tidak konsisten makan vitamin, tapi dengan vivix, boleh dikatakan saya akan minum setiap hari sebelum tidur tanpa terlupa.Kesan lain yang saya rasai pada badan adalah sangat berbeza dari dulu.Saya tidak mudah letih menguruskan 5 anak di rumah dan mengurus anak murid disekolah. Minum vivix asalnya sebab nak sembuhkan sakit batu karang.Tapi banyak pula yang lain yang dapat kesan tip top.


Kulit Cantik

Dan yang paling memeranjatkan saya ialah gambar ini. Saya sendiri tidak menyedari perubahan pada kulit muka dan wajah sendiri sehinggalah saya menjumpai gambar lama ini. Kesan jeragat dan kulit kusam mulai pudar dan tona kulit semakin sekata. Dan kini saya mula konsisten semula pengambilan kolegen shaklee bagi mendapatkan hasil yang lebih umphhh….

Amalkan Produk Shaklee

Sehingga ke hari ini bukan saya sahaja yang mengamalkan produk Shaklee malahan seisi rumah saya mulai dari si kecil yang berusia 3 tahun sehinggalah suami saya. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan Shaklee kerana dengan usaha saya mengamalkan Shaklee dan dengan izinNya kesihatan saya semakin baik.Alhamdulillah. Sehingga kini saya adalah pengguna tegar VIVIX…I love vivix very much…muahhh ckit…

Pada anda yang masih lagi tercari2 suplemen yang sesuai, meh pm Kak Fiza 0124513311

Friday, November 24, 2017

CARA HILANGKAN BATU KARANG DARI BERULANG

9:59 AM 0 Comments
Bila google, macam-macam petua atau tips yang kita dapat untuk hilangkan batu karang ni samada traditional ataupun moden.


Antaranya ialah;
1. Jus Lobak Putih - boleh diamalkan setiap pagi

2. Serbuk Jintan Hitam - 1 sudu teh serbuk jintan hitam dicampur sengan segelas air panas dan 3 sudu madu asli. Kacau dan minum

3. Empulur Jagung - Ambil 7 tongkol jagung yang dibuang isinya terlebih dahulu. Rebus empulur jagung tersebut dengan 5 gelas air sehingga menjadi 2.5 gelas. Minum air tersebut 3 kali sehari.

4. Jus lemon, olive oil dan cuka epal.

5. ambil jus delima

6. ambil vitamin sumber magnesium

7. Jauhkan makanan berproses dan makanan segera. Jangan minum air berkarbonat

Tetapi kalau nak cepat boleh jer cuba Vivix. Pilihan paling mudah untuk menghilangkan batu karang. Vivix mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi yang mampu membantu pesakit batu karang. Vivix ni menjadi Vitamin Semulajadi Yang Bantu Pesakit Batu Karang.


Nak cuba Vivix ni?
Boleh je hubungi Kak Fiza 0124513311

Thursday, November 23, 2017

KENALI GEJALA & SIMPTOM BATU KARANG

8:21 PM 0 Comments
Bagaimana kita nak tau gejala & simptom batu karang ni?

Biasanya pemeriksaan fizikal perlu dilakukan untuk mengesan terjadinya batu karang. Pesakit perlu menjalani ujian darah dan air kencing bagi memastikan sama ada terdapat sel-sel darah merah atau nanah yang terdapat untuk menunjukkan kewujudan penyakit ini.


Ujian Ultra Sound dapat memberi gambaran terhadap imej batu karang yang terbentuk terutamanya apabila buah pinggang membengkak. Manakala ujian intravenusurography pula dapat memberi imej yang lebih mengenai kedudukan, jenis, lokasi dan saiz batu karang.

TANDA-TANDA PENYAKIT BATU KARANG.

Kadang-kadang sakit batu karang ni tiada signal pun sampai dah sakit sangat-sangat dan tak mampu bergerak.

Yang biasa adalah penghidap akan merasa sakit pada bahagian abdomen iaitu pada sisi kanan dan kiri pinggang. Bagaimanapun, bagi mengenal pasti samada seseorang itu menghidap penyakit batu karang, ia bergantung kepada tanda-tanda yang dihidapi antaranya;
• Pesakit akan merasa kesakitan seperti berdenyut-denyut, berat dan sakit melilit yang amat sangat seolah-olah hendak bersalin.
• Loya-loya, hendak muntah dan berpeluh-peluh
• Serangan yang datang secara tiba-tiba.
• Tidak boleh kencing ( bergantung di mana letaknya batu karang tersebut )
• Kencing berdarah.

Pada peringkat yang lebih serius, jangkitan kuman akan berlaku dimana pesakit akan demam, menggigil dan jika disentuh pada bahagian tersebut penghidap akan merasa sakit yang teramat sangat. Ia kemudianya bernanah, menandakan bahawa adanya jangkitan kuman yang parah. Dalam keadaan tertentu, pesakit mungkin akan mengalami kencing yang bercampur nanah.

Pada peringkat yang kronik, pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan dengan gejala buah pinggang telah rosak, keadaan tubuh menjadi lemah, muka menjadi pucat akibat kekurangan darah di samping muka menjadi sembab serta kulit menjadi kering. Bagaimanapun, kesakitan atau tanda yang boleh dikenalpasti bergantung kepada;
• Lokasi di mana terbentuknya batu karang samada di saluran pundi kencing atau buah pinggang.
• Saiz batu karang samada kecil atau besar juga memainkan peranan.
• Keadaan dan umur pesakit, biasanya batu karang dihidapi oleh mereka yang berusia 25 tahun ke atas.
• Jenis batu tersebut.

Oleh itu, sentiasalah jaga pemakan kita. Banyakkan minum air tau. Kalau ada sejarah keluarga sering mengalami batu karang, anda juga mungkin boleh berisiko mengidapnya.

Sumber: jknperlis.mohgov.my

Wednesday, November 22, 2017

FAKTOR PENYEBAB BERLAKUNYA BATU KARANG

7:23 PM 0 Comments
Faktor penyebab berlakunya batu karang.

Orang dulu-dulu selalu cakap jangan tahan kencing nanti jadi batu karang. Air pun kena minum banyak sebab kalau kurang, air kencing menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang boleh membentuk batu karang.


Ada logiknya jugak kan...

Apa punca sebenarnya?
1.Kurang minum air – Jika kurang minum air, kencing akan menjadi lebih pekat. Jika kencing lebih pekat, mudahlah untuk pembentukan kristal yang akhirnya akan menjadi batu.

2.Sejarah keluarga atau diri-sendiri – Ini tak lain tak bukan masalah pemakanan yang sama dalam keluarga, seperti juga penyakit kencing manis dan penyakit metabolik yang lain. Orang yang pernah terkena penyakit batu karang juga perlu berhati-hati kerana risiko untuk berulang adalah tinggi.

3.Umur – Kes batu karang paling tinggi dikalangan orang berusia 20 hingga 70 tahun.

4.Jantina – Lelaki lebih mudah mengalami penyakit batu karang berbanding wanita.

5.Penyakit lain – Penyakit-penyakit metabolik seperti hyperparathyroidism (kelejar yang terlibat dalam metabolisme kalsium terlebih aktif), hyperthyroidism (kelenjar thyroid terlebih aktif menyebabkan pengeluaran mineral daripada tulang dan pengumpulan kalsium) sistinuria (penyakit metabolik yang diwarisi yang menyebabkan sistin berlebihan dalam tubuh dan menyebabkan batu jenis sistin).

5.Suplemen vitamin D berlebihan dan tidak seimbangkan dengan kalsium dan magnesium.
Malahan penghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi turut berisiko untuk mendapat penyakit ini terutama mereka yang menghidap Cushing Syndrome (masalah berkaitan hormon)

6.Kesan sampingan ubat – Ubat-ubat seperti diuretik meningkatkan pengeluaran air kencing, lalu menyebabkan kencing semakin pekat.

7.Pemakanan – Makanan yang tinggi protein purin seperti hati, jantung, limpa, daging merah dan makanan laut yang bercengkerang. Daging merah khususnya mengandungi kandungan fosforus yang tinggi, jadi menyebabkan lebih banyak kalsium dikeluarkan melalui air kencing. Selain itu alkohol dan diet kurang serat turut memberi kesan yang sama.

8.Kurang aktif – Individu yang kurang aktif atau terlantar sakit adalah lebih berisiko kerana tulang membebaskan kalsium ke dalam salur darah dalam individu ini.

Jadi, mestibamalkan gaya hidup sihat untuk elak sebarang penyakit. InshaAllah ada rawatannya untuk sakit batu katang ni dan kak fiza akan share lagi nanti..

KakFiza
SungaiPetani

Tuesday, November 21, 2017

BAHAYA BATU KARANG

8:46 PM 1 Comments
Bila sakitnya datang, sakit teramat sangat. Kencing berdarah dan sakitnya bukan kepalang. Serba tak kena jadinya kan. Itulah batu karang.

Ramai juga dikalangan kita mengidapnya terutama lelaki. Macam mana agaknya rupa batu karang tu?



Buah pinggang kita berperanan sebagai alat penapisan bahan toksik. Mineral dan garam asid dalam air kencing boleh termendap di dalam organ berkenaan. Apabila tubuh kita kekurangan air, bahan ini boleh membentuk kristal dan seterusnya menjadi batu karang.

Biasanya seseorang rasa sakit disebabkan:
  • Batu karang besar yang menyumbatkan buah pinggang
  • Buah pinggang tersumbat disebabkan batu yang tersangkut di saluran buah pinggang
  • Kencing kotor yang bertukar menjadi nanah apabila berkumpul dengan lama dalam buah pinggang yang tersumbat.

Jenis batu karang
  • kalsium
  • asid urik
  • struvite (batu magnesium ammonium fosfat)
  • Cystine

Batu karang yang boleh dikesan sinaran X ialah batu kalsium fosfat, batu kalsium oxalate dan batu struvite. Ada batu karang yang tidak dapat dikesan dengan sinaran X tetapi biasanya dapat dikesan dengan ultrasound atau CT scan, misalnya batu asid urik dan batu cystine.

Satu daripada 20 orang dijangka menghidap penyakit batu karang. Lelaki lebih cenderung menghidap penyakit ini berbanding wanita dengan nisbah 3:1. Ini disebabkan hormon lelaki boleh meningkatkan bahan mineral yang membentuk batu.

Kejadian batu karang kerap terjadi pada individu berusia antara 20 hingga 50 tahun dan penyakit ini biasanya berulang.

Faktor risiko
  • Faktor Genetik
  • Kerap berada di Negara bercuaca Panas
  • Gaya hidup yang kurang aktif
  • Dehidrasi (minum air kurang 1,200 mililiter sehari)
  • Pemakanan tinggi protein haiwan, tinggi sodium/garam, dos vitamin C dan D yang tinggi
  • Jangkitan kuman saluran kencing yang berulang. Bakteria yang menghasilkan urease (enzim yang memangkinkan hidrolisis urea kepada amonia dan karbon diaoksida) membuatkan seseorang cenderung kepada pembentukan batu karang

Pembentukan batu karang boleh dicegah dengan banyakkan minum air serta kurangkan makanan yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang.

Gejala
  • Kencing berdarah
  • Sakit belakang/kawasan pundi kencing
  • Wujud butiran pasir di dalam air kencing
  • Jangkitan saluran kencing (batu karang ialah punca jangkitan)
  • Demam dan badan menggigil
  • Kecing kotor

Monday, November 20, 2017

FASA LUTEAL - SEGALANYA BERMULA

7:36 PM 2 Comments
Fasa Luteal

Sebenarnya ni lah 1st time dengar term ni. Sebelum ni walaupun banyak terlibat dengan treatment kesuburan tak plak Doktor sebut fasa luteal ni..hehe


Apa Itu Fasa Luteal?
Kitaran haid kita wanita ni ada 2 Fasa
  1. Fasa Folikel – Bermula dari hari pertama haid hingga ovulasi
  2. Fasa Luteal – Selepas ovulasi sehingga haid berikutnya

Dan antara fasa folikel dan fasa luteal itu adalah haid dan ovulasi.
Fasa luteal berlaku lepas ovulasi. Juga dikenali sebagai Days Past Ovulation (DPO). Sebagai contohnya kitaran haid normal wanita sekitar 28-30hari. Hari subur (ovulasi) jatuh pada hari ke 14, 15 dan mungkin ada yang hari ke 16 baru subur. Kiraan dari hari pertama period tau. Jadinya selepas ovulasi itu adalah Fasa Luteal dan tempohnya antara 12-14hari sehingga berlakunya period berikutnya.

Pada yang ingin hamil, waktu inilah mereka perlu berjaga-jaga dan mengharapkan berlakunya penempelan yang kukuh. Pada waktu ini hormon progesterone dan suhu badan akan meningkat tinggi. Dengan penuh debaran mengharapkan kandungan HCG juga meningkat sekaligus boleh menghasilkan 2 garisan yang mengembirakan.

Bayangkan setiap kali nampak 1 garisan..Allahuakhbar, perasaan sedeh muncul sampai menitik air mata. Itulah perasaan kami yang penuh harapan ni..

Apa yang menyebabkan Gangguan Fasa Luteal ni?
InshaAllah Kak Fiza kongsikan pada entry akan datang.

Untuk mereka yang merancang untuk hamil, kenali kitaran haid anda. Hari subur dan ovulasi hari ke berapa. Penting untuk kita ambil tahu semua tu. Tapi, kalau kitaran haid tak normal macam Kak Fiza ni memang terus jammed la kan. Penyudahnya terpaksa beli ovulation test strip. Lepas period memang dah standby strip tu sebab nak tau bila time ovulasi.

Panjang lagi cerita mengenai Fasa Luteal ni tapi kak fiza pun tak reti sangat nak story. Lain kali kita sambung yer. InshaAllah next entry

Sunday, November 19, 2017

KELAS HOMEMADE AISKRIM

5:13 PM 1 Comments
Hari ni kak fiza balik kampung jap..tinggal si kecik Qisya dengan Abahnya untuk attend kelas homemade Ais krim..

Bila kawan FB buka kelas, excited pulak kak fiza nak join.



Cantikkan rupanya. Rasanya memang sedap kalah ais krim kita beli kat kedai tu. Tak sabarnya nak buat sendiri..

Nanti free..kak fiza share caranya yer..

Diakhir kelas, cikgu Ana bagi resepi mudah kek pisang moist. Senangnya nak buat tapi rasanya memang gebu dan sedap...



Kakfiza
SgPetani

Saturday, November 18, 2017

MAJLIS IHTIFAL PASTI BANDAR UTAMA SUNGAI PETANI

11:09 AM 0 Comments
Assalamualaikum..

Hari ni kami ada program sekolah Abang Ngah dekat Permatang Berangan.


Alhamdulillah..tahun depan dah masuk tahun 1. Balik sekolah 2hari lepas dia cakap 'Angah dapat no.2 la ibu..nanti cikgu bagi hadiah'. Seronok la tu dapat hadiah nanti..


Semoga tahun depan dan seterusnya akan lebih cemerlang dan berjaya dunia akhirat. InshaAllah

KakFiza
SungaiPetani

POPULAR POSTS

Follow Me