Monday, December 19, 2016

# GENERAL INFO # LANDMARK STUDY

SUPLEMEN BUKAN PENGGANTI MAKANAN

Saya dah makan buah-buahan, semua jenis sayur saya dah makan. Perlu ambil Vitamin lagi ke?


Ok..meh baca..

Sangat bagus amalkan buah dan sayuran sebab ianya adalah sumber semulajadi yang terbaik dalam membekalkan vitamin dan mineral penting untuk kesihatan tubuh kita. 


Tetapi, tahu tak..buah dan sayuran segar yang kita makan tu mengandungi racun perosak (pesticide). Ini memberi kesan sampingan dalam jangka masa panjang, seperti kanser, tumor dan penyakit kronik lain. 

Apa itu Pesticide?
Pesticide adalah sejenis bahan kimia yang digunakan sebagai agen perosak dengan membunuh atau mengawal perosak atau patogen yang merbahaya kepada tanaman, manusia dan juga struktur bangunan. Penggunaan racun perosak kini menjadi pilihan utama dalam mengawal perosak kerana ianya cepat bertindak, berkesan, mudah digunakan dan kesan racun yang mudah dilihat. 

Sebab tu kita dapat tengok sayur dan buah yang kita beli tu segar-segar je kan. Racun perosak ni banyak diguna oleh petani untuk menjaga kualiti buah dan sayuran dari serangan hama dan serangga bagi mendapatkan keuntungan yang maksimum.   

Penggunaan pesticide bukan sahaja memberi kesan negatif kepada manusia, tetapi mampu merosakkan kitaran ekologi. Antara lain, tercemarnya air tanah serta perubahan pada sistem hormon haiwan ternakan mamalia serta ikan. Jadi, bukan hanya sayuran dan buah, ikan serta haiwan ternakan yang kita consume juga  turut tercemar dengan pesticide

Berdasarkan fakta di atas, adakah anda masih yakin, buah-buahan dan sayur-sayuran yang anda makan adalah bebas toksik sepenuhnya? 

Jadi disini, Suplemen (makanan tambahan) memainkan peranan penting. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang kita perolehi daripada makanan. 

Contohnya Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi dari makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan. 

Zat makanan juga mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C contohnya mudah dimusnahkan oleh haba tinggi semasa dimasak.

Bagi wanita hamil, mereka perlu mengambil asid folik (sejenis Vitamin B) dan asid lemak perlu (EFA) bagi membantu proses pembentukan otak dan saraf anak serta mengelakkan risiko kecacatan.

Seperkara yang perlu difahami juga, suplemen bukanlah pengganti makanan tetapi melengkapkan khasiat yang tidak dapat dibekalkan kepada badan. Apatah lagi bahan-bahan makanan yang telah tercemar dengan racun perosak. 

Oleh itu, anda sebagai pengguna mesti pastikan produk suplemen atau makan tambahan yang anda ambil itu adalah bebas dari segala racun. 

Dan..

Semua produk Shaklee adalah 100% dihasilkan dari bahan semulajadi yang bebas dari bahan merbahaya termasuk semua botol-botol yang digunakan untuk menyimpan semua produk Shaklee adalah bebas toksik.

Jadilah pengguna bijak..

Afriza
0124513311






No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me