Wednesday, December 7, 2016

SAMSUNG A7 PILIHAN HATI

Assalamualaikum..
Bersiaran selepas si kechik Qisya tidur ni. Nak kongsi kisah Smartphone idaman ni. Mesti sahabat maya semua pun ada gadget yang berkenan dihati kan??

Secara jujurnya, saya memang tak pandai langsung bab-bab gadget ni. Tak reti pun apa-apa pasal dia punya spec apa semua tu. Yang pastinya, sebab saya ni online seller so memang nak mencari yang boleh buat semua benda dari A to Z macam sekarang. Berblog puna guna phone. Senang kan?

Smartphone pilihan? Ermmm..berkenan sangat dengan iphone tapi tak mampu dik oiii. Jadinya kita pilih Samsung A7 jer. Pertama kali pandang dah jatuh cinta tapi sampai sekarang belum dapat dimiliki. Hanya J5 masih setia disisi.


Kenapa Samsung A7? Tengok review yang ada, semua cakap gambar cantik. Tengok la camera pun 13mp. Harga mampu milik la tapi nak tunggu harga murah lagi la kot..hihi


Key Specifications
  • Display: 5.5 inch Super AMOLED 1920 x 1080 (FHD)
  • Processor: 1.6GHz Octa-Core
  • Memory: 3GB RAM + 16GB Storage (Micro SD Slot up to 128GB)
  • Camera : Rear 13MP, Front 5MP
  • OS : Android 5.1 (Lollipop)
  • Sim Slot: Dua
Apa yang penting ianya nanti lagi bagus dari J5 yang ada ni. Sekarang pun semuanya guna phone ni. Menaip entry ni pun guna J5 tau sejak notebook jem dah tak boleh buka dihempap powerbank. Sedeh kan..huk huk

Harga bukan ukuran pun. Macam yang sekarang boleh je buat semuanya. Jadinya..idaman hati tu kita tolak tepi dulu la. Utamakan yang lebih penting. InsyaAllah ada rezeki lebih harus ku miliki. Harus tau! bukan wajib pun..hehe

Sahabat semua macam mana? Ada idaman hati? Meh la kita sharing..mana tau terbekenan plak nanti bila tengok.

No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...