Sunday, December 11, 2016

# EXTRA INCOME # GENERAL INFO

IMPIAN 2017

Alhamdulillah..kita dah sampai penghujung 2016. Mesti apa yang dirancang sepanjang tahun ini telah tertunai kan. Kalau ada yang belum, masih ada masa lagi untuk kita. Saya sendiri masih banyak yang belum tertunai untuk 2016 ni. Terasa begitu banyak dugaan dan halangan sepanjang tahun ini. Bersama shaklee pun masih ada target yang belum tercapai. InsyaAllah 2017 pasti termakbul.


Hari ini, 11 December nak sambung shopping barang-barang sekolah anak. Anak sulung Along dah nak masuk tahun 1. Semakin membesarnya anak-anak, makin menyedari pertambahan usia yang kini dah pun masuk pertengah 30an.
Harapan hanya satu..dapat membesarkan mereka dengan penuh ilmu dunia dan akhirat. 
Impian 2017 nak bawa anak-anak makan angin. Kita pergi holiday yer. Tahun lepas sempat ke Pangkor ramai-ramai dengan ipar duai. Tahun depan pun insyaAllah. Acara wajib untuk family.
Impian bersama shaklee..sedang berusaha sekurang-kurangnya dapat genggam satu anak tangga bersama rakan seperjuagan yang lain. Moga dimakbulkan. Amin.
Semoga impian 2016 rakan yang lain telah tertunai hendaknya. Jom kongsi harapan dan impian 2017. Beberapa hari saja lagi ni.




1 comment:

Jalal Youth said...

Semoga anda berjaya bagi 2017 ini. Sama-sama kita kerja impian 2017 ini. Jangan lupa singgah di blog saya tentang REALISASIKAN IMPIAN 2017 http://jywrite.blogspot.my/2017/01/realisasikan-impian-2017.html ...

POPULAR POSTS

Follow Me