Friday, December 9, 2016

# Energizing Soy Protein # RAMBUT GUGUR

7 CARA MERAWAT MASALAH RAMBUT GUGUR

Assalamualaikum semua..
Ada tak dikalangan ibu-ibu yang mengalami masalah keguguran rambut yang teruk selepas bersalin? Saya ada beberapa tips untuk dikongsi bersama. Cara atasi masalah rambut gugur:




1. Minyak Lavender
Minyak lavender juga menggalakan pertumbuhan rambut tau.  Ia sememang nya membantu merawat rambut yang rosak sekaligus mengurangkan keguguran rambut. Sapukan sedikit minyak lavender pada rambut terutama akar rambut dan urut bahagian kulit kepala. Boleh amalkan dua kali sebulan.

2. Minyak Kelapa dan Minyak Zaitun
Hanya perlu campurkan satu sudu minyak zaitun dan satu sudu minyak kelapa. Kemudian sapukan ke seluruh bahagian rambut bermula dari kulit kepala. Urut bahagian kulit kepada secara perlahan. Tutup dengan shower cap dan biarkan untuk lebih kurang lima jam kemudian basuh rambut seperti biasa dengan menggunakan syampu.

3. Makanan Tinggi Protein
Rambut memerlukan protein untuk tumbuh dengan lebat, subur dan sihat. Bila kita mengamalkan makanan yang tinggi kandungan protein, rambut bukan sahaja yang tumbuh dengan lebat tetapi dapat juga mengelak dari berlakunya kerosakan rambut.

4. Santan Kelapa
Petua tradisional yang kerap digunakan untuk perawatan rambut adalah dengan menggunakan santan. Apa yang perlu anda lakukan adalah ambil santan yang pekat dan lumurkan ke seluruh bahagian rambut dan kulit kepala. Urut kulit kepala untuk seketika dan biarkan selama sejam sebelum membasuh rambut seperti biasa. Amalkan petua ini dua kali seminggu untuk melihat hasilnya. Penggunaan santan kelapa bukan sahaja akan melebatkan rambut tetapi ia juga akan membuat rambut kelihatan lebih bersinar dan hitam.

5. Yogurt
Anda hanya perlu melumurkan yogurt ke atas seluruh bahagian rambut seperti masker rambut. Biarkan selama sejam dua sebelum anda membasuh rambut seperti biasa. Amalkan sekurang-kurangnya dua ke tiga kali seminggu.

6. Kacang Hijau
Selain elok untuk kulit muka, kacang hijau juga boleh digunakan untuk merawat rambut. Anda perlu mengambil secawan kacang hijau dan merendamkannnya terlebih dahulu. Rendam semalaman. Tapis kacang hijau tersebut dan ambil airnya. Sapukan air kacang hijau pada seluruh bahagian kulit kepala dan urut perlahan. Amalkan tiga kali seminggu untuk hasil yang berkesan.

7. Limau purut
Limau Purut baik untuk rambut tau. Boleh juga cuba untuk kurangkan keguguran rambut. Buahnya dibelah dua dan jusnya diperah ke atas kepala dan digosokkan ke kulit kepala. Insyallah, jika diamalkan, rambut menjadi sihat, berkilat, dan bersih tanpa kelumumur.

Kebersihan rambut perlu dijaga terutama untuk wanita yang bertudung. Sentiasa cuci rambut dan bilas dengan bersih. Gunakan syampoo dan perapi yang sesuai.

Anda ada tips lagi best? Meh kongsi dengan saya dan rakan-rakan yang lain. Nanti saya nak share pula vitamin untuk kesuburan rambut. Best tau. Mudah sangat. InsyaAllah pada entry akan datang.

Selamat malam..

No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me