Friday, December 2, 2016

# NUTRIWHITE # Tips Kecantikan

5 CARA YANG BETUL MENCUCI MUKA

Assalamualaikum semua..

Dua tiga hari ni terpaksa la kami anak beranak memerap kat rumah je...sebabnya semalam on the way ke Shaklee seberai Jaya tiba-tiba kereta rosak tengah-tengah highway tu. Dengan anak kecik baru 5bulan..cuaca plak mendung..nasib baik ada abang hensem ajak tumpangkan ke tesco. So akak minta hantarkan terus ke branch shaklee sebab dah dekat kan. Demand kan?. Alhamdulillah jumpa dengan orang yang baik hati. So urusan kereta tunggu en suami..sampai rumah pun dah dekat pukul 9.

Ehhhh..apa kena mengena dengan tajuk di atas? Tiada kaitan langsung kan? Ada kot sipi-sipi jer. So seharian kat luar semua dah rasa rimas dan tak selesa. Settle kan si kecik semua bagi dia tidur. Jom kita masuk bilik air nak basahkan muka dengan Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite. 

Cuci muka pun ada cara ke? Mesti! dan ada caranya. Jom ikuti tips untuk kita sama-sama apply. Nak muka cun kan? 
Hehe



Perasan tak step dalam gambar tu? Sebelum ni agak-agak macam mana kita cuci muka. Macam akak jugak kot main gosok jer. Tapi sekarang macam tak lengkap kalau tak ikut step tu. Pulak tu pakai pencuci Nutriwhite yang best dan tahan berbulan-bulan tu. Lagi best.

Yang penting sebelum mencuci muka pastikan:

1. Cuci tangan sebersih-bersihnya. Pastikan tiada kotoran dan bakteria yang boleh hinggap di muka kita nanti..auchhh..

2. Bersihkan kotoran pada muka dulu..haa inilah kepentingan makeup removal kan. Siapa yang suka mekap tebal-tebal tu memang wajib la cuci bersih-bersih dulu. Akak selalu tempek bedak jer..foundatian pun sejemput..hihi

3. Haa..baru lah guna pencuci muka. Picit sikit jer dah banyak buihnya..kalau Nutriwhite la. Lain-lain ikut la kan. Time ni la kita kena follow macam gambar kat atas tu. Senang je kan?. Mesti utamakan zon T dan dahi.

4. Cuci dan bilas muka sebersih-bersihnya. Lap dengan tuala bersih.

5. Gunalah toner dan pelembap untuk segarkan muka. Kalau dah nak tidur tu boleh la gunakan overnight cream.

Simple kan? Itulah cara mudah akak. Tips bergambar tu pun senang je.

Anda ada cara lain? Meh kita kongsi. Mesti banyak tips best nanti.

No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me