Sunday, November 20, 2016

# My Family

MAJLIS IHTIFAL PASTI NURUL IMAN BANDAR UTAMA SUNGAI PETANI

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..bangun pagi ni kembali segar selepas penat sehari suntuk semalam. Penat ke? Tak de buat apa pun..😅

Untuk majlis semalam, ada akak buat kueh samosa. Tak sempat nak snap gambar. Siap goreng terus hantar gi pasti. Laku keras plak tu..cepat je habis..


Abang Long dan Abang Ngah paling happy semalam sebab dapat hadiah banyak.



Abang Long 3 kali nama kena panggil yer. Anugerah tempat ke2 dalam kelas 6tahun, hadiah buku sebab dapat habiskan buku membaca 1,2,3 dan hadiah tafsir Al Quran sebab berjaya tamatkan Iqra' dengan cemerlang. Tahniah Abang Long.


Abang Ngah pula dapat tempat ke3 dalam kelas 5tahun. Alhamdulillah..kedua-dua anak ibu dapat hadiah. Ibu dan abah bangga dengan anak ibu.



Hadiah bukanlah pengukur kejayaan tapi lebih kepada nak gembirakan hati anak-anak kan. Semoga semua anak ibu cemerlang di dunia dan di akhirat...Aminn

No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me