Friday, November 25, 2016

# AKTIVITI # TIPS KESIHATAN ANAK

AKTIVITI MENARIK SEPANJANG CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum..

Jenuh la akak fikir..apa la aktiviti Along dan Angah sepanjang cuti sekolah ni. Ok..untuk hari ni pun dah sakit tekak akak ni..sebabnya, adik Qisya memang asyik-asyik berjaga tak boleh tidur terganggu dek kebisingan abang-abangnya.



Start esok dah kena ada activiti khas untuk diaorg.

1. Aktiviti melukis
Lama jugak fikir ni..apa nak buat kan. Since mereka tersangat la suka melukis so sediakan kertas A4 satu rim la. Kalau tengok kan, macam-macam yang mereka lukis. Dari segala jenis kereta, raksasa, ultraman..haaa semua tu kacang dah..hihi

Yang lain-lain nanti boleh la kita guna cik google nanti. Sambil melukis boleh mewarna.

Beraktiviti dengan clay ni pun best jugak. Belum pernah cuba lagi. Jeng-jeng! Wajib cuba ni.

2. Memasak
Masak? Since Along suka makan kek..apa kata kita buat kek ama-sama nanti. Amboi sukanya dia. Angah tak nak. Angah nak lukis kereta jer. Ermmm itu lah kerja Angah yer.


3. Membaca
Yang ni akak memang akan wajibkan mereka. Dua beradik ni lemah sangat English. Nak kena pergi kedai buku cari buku untuk reading. Memandangkan Along dah nak masuk tahun 1, memang kena struggle ckit la kan. Tapi nak ke mereka ni dengar cakap ibu sebab Along cakap ibu bukan cikgu...haaa sudah..dilema ni.



4. Indoor/outdoor activities
Ok jugak kan untuk mereka. Sambil-sambil boleh buatkan mereka berfikir. Sekali kita leh main sekali kot.


Outdoor..macam biasa la kan. Bawak gi taman je lah petang-petang. Ronda pusing-taman naik basikal. Lagi la suka Along Angah ni nanti.

5. Belajar menulis dan bercerita
Ok..since Along dah nak masuk year 1..kita boleh la mantapkan gaya penulisannya. Tapi dia cakap kat ibu..dia dah pandai..huhu


Ok..itu antara 5 aktiviti yang sememangnya dah pun akak rancang dari bulan lepas lagi untuk mereka. Jadual malam lepas Maghrib hingga Isyak memang mereka ada IQRA'. So malam tiada aktiviti. Tidur awal wajib!

Semestinya semua aktiviti ni untuk perkembangan minda mereka kan. Tak de mereka asyik dengan TV je. 

Macam banyak je aktiviti. Kalau ada yang share aktiviti yang best-best dipersilakan. Mana tau kita boleh kita boleh tukar-tukar pendapat.

No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me