Saturday, July 9, 2016

# GENERAL INFO # TIPS KEHAMILAN

TIPS ATASI SEMBELIT KETIKA HAMIL

Antara masalah popular yang selalu berlaku dalam kalangan ibu mengandung adalah sembelit. Kenapa jika dulu sebelum mengandung, tiada masalah untuk buang air besar tetapi sejak beberapa bulan mengandung, mesti bermasalah apabila hendak membuang air besar?
Masalah sembelit disebabkan oleh tekanan oleh uterus ibu yang semakin membesar ke atas rektum, serta hormon-hormon kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman. Sesetengah suplemen zat besi juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.
Ia memang membuatkan ibu tidak selesa. Apa tindakan yang sepatutnya ibu lakukan untuk mengurangkan masalah sembelit?
  1. Disiplinkan diri untuk membuang air besar seawal pagi. Bila anda sudah membiasakan perut untuk membuang air besar setiap pagi, tentu ia menjadi amalan yang biasa.
  1. Minum segelas air suam sebaik bangun dari tidur. Ia memudahkan untuk anda membuang najis.
  1. Pastikan minum lapan gelas air sehari untuk membuatkan anda mudah lawas.
  1. Makan makanan yang tinggi kandungan serat, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  1. Amalkan minum jus prun kerana ia dipercayai memudahkan pengeluaran najis.
  1. Rajin bersenam seperti banyak berjalan, berenang, menunggang basikal senaman dan yoga kerana ia membantu mengurangkan sembelit, selain membuatkan anda berasa lebih cergas dan sihat.
Masalah sembelit tidak berbahaya kepada ibu hamil tetapi ia boleh membuatkan ibu berasa tidak selesa dan berisiko untuk mendapat masalah buasir pula. Jadi, ambil tindakan segera sebelum penyakit lain pula menyerang anda.

No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me