Friday, October 7, 2016

RAWATAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN UNTUK HEPATITIS B

Sekiranya keputusan hepatitis B anda positif lebih daripada 6 bulan, ini menandakan anda menghidapi jangkitan hepatitis B kronik (jangka panjang). Kebanyakan individu yang menghidap jangkitan hepatitis B kronik dapat menjalani hidup normal. 

Walau bagaimanapun, adalah amat penting untuk mengetahui bagaimana untuk mengelak daripada menjangkiti orang lain- anda harus memberitahu kenalan rapat (ahli keluarga dan pasangan seksual) supaya mereka boleh mendapat imunisasi untuk perlindungan masing-masing.



Rawatan bagi Hepatitis B wujud tetapi bukan setiap individu yang dijangkiti hepatitis B perlu dirawat. Virus Hepatitis B tidak aktif dalam pesakit kronik Hepatitis B dan tidak menyerang hepar pesakit. Walau bagaimanapun terdapat beberapa individu yang mempunyai virus yang sangat aktif dan ia akan mereplikasi di dalam badan dengan kadar tinggi sambil menyerang hepar. Individu yang mempunyai aras virus Hepatitis B tinggi dan/atau kerosakan hepar harus berjumpa dengan pakar hepar untuk menerima rawatan antivirus.

Rawatan ini tidak dapat menyembuh Hepatitis B. Ia hanya mampu menyekat aktiviti virus dalam badan, menghalang replikasi virus dan memperlahankan kerosakan hepar. Doktor juga akan memantau fungsi hepar dan menyaring untuk komplikasi seperti barah hepar.

Langkah-langkah yang perlu diambil setelah dijangkiti hepatitis B
  1. Jauhi minuman beralkohol atau ubat yang mungkin merosakkan hepar.
  2. Amalkan diet rendah lemak. Lakukan senaman secara konsisten dan sasarkan berat badan optimum.
  3. Berhenti merokok.Lakukan hubungan seksual secara selamat (gunakan kondom!)Berhati-hati sekiranya terluka (pastikan anda membersihkan sebarang darah yang menitik)
  4. Pastikan kelaurga anda divaksin 

Siapakah yang Berisiko?
  • Individu-individu yang menghadapi risiko untuk dijangkiti hepatitis B adalah:
  • Mereka yang tinggal bersama atau melakukan hubungan seksual dengan seseorang yang telah dijangkiti
  • Lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki
  • Mereka yang mempunyai lebih daripada seorang pasangan seks
  • Pengguna dadah suntikan
  • Pendatang asing dan anak-anak mereka dari kawasan-kawasan yang mempunyai kadar hepatitis B yang tinggi
  • Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang telah dijangkiti
  • Pekerja penjagaan kesihatan
  • Pesakit hemodialisis
  • Mereka yang menerima pemindahan darah atau produk darah sebelum 1987, sebelum ujian-ujian saringan yang lebih baik bagi penderma darah diperkenalkan
  • Mereka yang pergi ke luar negara

Pencegahan
Vaksin hepatitis B menawarkan perlindungan yang berkesan daripada jangkitan. Imunisasi bagi hepatitis B terkandung di dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP). Ia diberikan secara percuma kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia melalui 3 dos dengan dos pertama ketika lahir dan dos-dos seterusnya pada usia 1 bulan dan 6 bulan. Ia diperkenalkan pada 1989. Ini bermakna bahawa mereka yang dilahirkan sebelum itu menghadapi risiko mendapat jangkitan hepatitis B.

Para remaja dan orang dewasa yang menghadapi risiko tetapi belum mendapatkan imunisasi disarankan untuk mendapatkan 3 dos imunisasi bagi hepatitis B. 


Langkah Pencegahan Dari Penghidap Hepatitis B
  • Sekiranya anda disahkan menghidapi Hepatitis B, perkara yang anda perlu lakukan supaya anda dapat melindungi keluarga anda ialah:
  • Maklumkan kepada keluarga, pasangan seks dan teman serumah supaya mereka dapat menjalani ujian saringan Hepatitis B
  • Pastikan anda tidak berkongsi peralatan seperti jarum suntikan, berus gigi, pengetip kuku, gunting dan pisau cukur
  • Sekiranya anda tercedera, pastikan anda mengelap sendiri luka anda dengan menggunakan bahan peluntur. 
  • Pastikan juga kain yang anda gunakan untuk membersihkan luka diletakkan dalam plastik dan dibuang. Elakkan luka dari terdedah dengan menutupnya menggunakan plaster 
Mencegah itu lebih baik dari merawat kan..Anda boleh mendapatkan vaksin Hepatitis B bagi mengelak anda dijangkiti. Amalkan hubungan seks yang sihat dan lakukan ujian saringan Hepatitis B untuk pengesahan dan untuk mendapatkan rawatan lebih awal sekiranya anda disahkan positif. Tanda-tanda Hepatitis B yang sering terjadi boleh dielakkan sekiranya langkah awal diambil.

Entry akan datang..insyaAllah saya akan kongsikan pula Supplemen yang sesuai untuk pesakit Hepatitis B.



🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan


INFO KEAHLIAN ➡ AHLI

No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...