Thursday, October 6, 2016

PUNCA TERJADINYA HEPATITIS B

Sebelum ini kita sudah mengetahui apa itu Hepatitis BApa pula punca yang menyebabkan terjadinya penyakit ini.


Sayangilah HATI kita
Hati ialah organ terbesar dalam badan kita. Fungsi hati antaranya ialah :

  1. Menghasilkan protin
  2. Mengstabilkan gula dalam darah
  3. Mengeluarkan cairan hempedu untuk penghadaman lemak
  4. Pusat penjana tenaga bagi tubuh
  5. Mengawal suhu tubuh semasa darah mengalir melalui bahagian dalaman hati
  6. Mempertahankan tubuh daripada serangan bakteria dan virus

Apabila berlaku pembengkakan hati akibat jangkitan virus hepatitis, sel hepatosit atau sel hati yang sihat akan menjadi bengkak. Terdapat beberapa jenis virus yang boleh menyerang hati dan menyebabkan hepatitis. Virus yang kerap menyebabkan hepatitis ialah virus hepatitis A, virus hepatitis B dan virus hepatitis C.

Tahap serius atau tidak penyakit hepatitis ini bergantung kepada agen yang menyebabkan hepatitis dan jangka masa pendedahan kepada agen penyebab kerosakan hati.


Virus Hepatitis B boleh berjangkit dan ia adalah 100 kali lebih mudah dijangkiti daripada HIV.

Hepatitis B ini merebak melalui jangkitan samaada secara : 
  • Hubungan seks dengan individu yang dijangkiti
  • Hubungan seks dengan berbilang pasangan
  • Lelaki hubungan homoseksual
  • Penyalahgunaan dadah intravena (akibat perkongsian jarum yang dijangkiti)
  • Perkongsian berus gigi, pisau cukur, dan lain-lain
  • Dari ibu yang dijangkiti kepada bayi yang baru lahir
  • Pesakit kegagalan buah pinggang kronik pada Dialisis
  • Tatu, menindik kulit (telinga, bibir, pusat, dll)
  • Prosedur pergigian
  • Prosedur perubatan (termasuk pemindahan darah atau produk darah)
  • Tinggal dengan pesakit kronik Hepatitis B
  • Perjalanan ke negara-negara yang mempunyai kelaziman yang tinggi Hepatitis B


Faktor-faktor lain tersebarnya virus ini ialah :
Hepatitis juga boleh disebabkan oleh parasit dan bakteria, Penyakit sistem imun, sering terdedah kepada bahan kimia berbahaya dan bahan toksik.

Tetapi jangkitan ini jarang berlaku dan jangkitan ini juga tidak terlalu serius.

Hepatitis B TIDAK MEREBAK melalui 

  • Makanan atau minuman
  • Perkakas makanan
  • Pelukan
  • Ciuman
  • Hubungan kasual
  • Batuk
  • Bersin
  • Penyusuan Ibu

Kebanyakan penyakit hepatitis B ini tidak menunjukkan gejala penyakit. Tapi apakah tindakan anda jika tiba-tiba anda tahu anda dijangkiti virus hepatitis ni? Apakah pilihan alternatif cara atasi hepatitis B yang boleh anda pertimbangkan?

InsyaAllah entry akan datang saya akan kongsikan pula simptom/tanda-tanda Hepatitis B untuk dikongsi bersama.



🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI

No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...