Wednesday, October 19, 2016

KANSER LYMPHOMA

Apa itu Lymphoma

Lymphoma adalah barah yang dihasilkan daripada sistem limfatik badan. Sistem limfatik termasuk noda limfa (juga dikenali sebagai kelenjar limfa), thymus, limpa, tonsil, adenoids dan sum-sum tulang serta saluran yang menghubungi dipanggil limfatik atau saluran limfa. Walaupun banyak jenis barah yang akhirnya merebak ke bahagian sistem limfa, lymphoma adalah yang paling ketara kerana ianya berasal daripada tempat tersebut.





Dalam lymphoma, sebahagian sel dalam sistem limfatik ini yang dikenali sebagai limfosit, membiak tanpa kawalan. Lymphoma yang berlainan dikategori mengikut jenis sel yang merebak dan gejala yang ditunjukkan.



15% barah daripada kalangan kanak-kanak adalah lymphoma. Ianya jarang terdapat dikalangan kanak-kanak di bawah usia 3 tahun. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung mendapat penyakit ini daripada kanak-kanak perempuan.


Lymphoma terbahagi kepada 2jenis:

Ianya bergantung kepada bentuk sel barah. Ianya dikenali sebagai Hodgkin’s Lymphoma (HL) atau Hodgkin Disease (HD) dan non-Hodgkin Lymphoma (NHL).

Gabungan kedua-dua barah ini menjadikannya penyakit barah ke 3 dikalangan kanak-kanak.

Hodgkin’s Lymphoma
Jenis ini biasa terdapat pada kanak-kanak lebih tua atau remaja. Ianya jarang berlaku pada kanak-kanak kurang daripada 5 tahun. Lymphoma jenis ini di definisikan dengan kehadiran sel barah yang spesifik, yang dipanggil sel Reed-Sternberg, di dalam noda limfa atau organ yang terlibat.

Non-Hodgkin’s Lymphoma.
Berlaku dikalangan kanak-kanak hingga remaja. Dalam non-Hodgkin’s Lymphoma terdapat pertumbuhan sel limfosit yang spesifik (iaitu sejenis sel darah putih yang terdapat di kelenjar limfa). Pertumbuhan sel limfosit malignant ini juga dilihat dalam barah darah Leukemia ( ALL), yang kadang-kala menyebabkan kesukaran membezakan antara Lymphoma dan Leukemia dikalangan kanak-kanak.

Secara umumnya, bagi pesakit yang menghidap limfoma, tiada penglibatan sum-sum tulang atau penglibatan minima, sementara bagi pesakit Leukemia penglibatan sum-sum tulang adalah secara meluas.

Kedua-dua jenis ini terjadi daripada sistem limfa,tetapi berbeza daripada segi kesan terhadap badan, cara penyebaran serta tindak balas terhadap rawatan.

Hodgkin dan limfoma bukan Hodgkin seterusnya dibahagikan kepada sub-jenis berdasarkan kepada jenis spesifik sel yang terjejas, tahap kematangan yang dicapai oleh sel-sel dan penampilan mereka di bawah mikroskop. Sub-jenis ini boleh membantu doktor menentukan rawatan yang paling berkesan.

Sumber: myhealth.gov

Sungguh..inilah kali pertama dengar mengenai kanser limfoma ni. Terima kasih juga kepada sahabat shaklee yang sudi berkongsi kisah anaknya sebagai testimoni pengguna Vivix.

Sekiranya anda inginkan maklumat lanjut, boleh hubungi saya.


🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI

No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...