Thursday, October 27, 2016

# RESEPI

HOME MADE NUGGET TEMPURA

Petang ni akak nak share satu resepi yang memang best la. Dalam minggu ni akak cedok resepi ni dalam FB tapi akak ada olah sikit.

Ptg semalam dah try tapi blom sempat snap gambar semuanya habis masuk perut anak2 tersayang. Sedap kata mereka.

Gambar google

Ok..jom kita tengok bahan2nya.
  • 1 biji telur
  • 3 ketul dada ayam
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk lada hitam (bagi yang suka pedas)
  • 2biji bawang besar
Kesemua bahan di atas diblender. Dah tak perlu masukkan air sebab dah ada telur kan. Kalau perlu pun letak sikit jer.

Dah siap diblender, masukkan dalam bekas kemudian kukus lebih kurang 10minit. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk tempat beku tu. Bila dah keras boleh la potong ikut suka hati.

Sebelum menggoreng..boleh celupkan dengan telur...taraaaa..siap di mkn.

Cara ke2 ni tak perlu kukus yer.
Kalau tak nak masuk peti sejuk pun boleh sebab dah boleh bentuk ikut mcm mana kita nak. Ikut kreativiti masing2. Agak melekit sikit la tapi masih boleh dibentuk. Dah siap bentuk celup dalam telur then golek2 dalam tepung sikit. Boleh juga golek2 dalam serbuk roti kemudian goreng.

Mudah sangat2 kan. Sendiri proses dijamin selamat. Sedap pun sedap. Sangat2 sedap kata anak2 akak.

Selamat mencuba...😃


No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me