Tuesday, October 18, 2016

# GOUT # TIPS KESIHATAN

7 JENIS MAKANAN PERLU DIELAK OLEH PESAKIT GOUT

Sebelum ini saya ada kongsikan 10 rawatan semulajadi yang boleh diamalkan oleh pengidap Gout.  Ianya lebih tertumpu kepada jenis makanan dan buah-buahan.

Bagi pesakit gout adalah dinasihatkan agar menjaga pemakanan bagi mengelakkan penyakit menyerang dan menjadi lebih kritikal.





Kurangkan pengambilan makanan laut dan daging, terutamanya ketika tengah sakit. Makanan ini kaya dengan purine yang akan diuraikan menjadi asid urik. Cukuplah sekadar pengambilan 4-6 auns sehari.

Ikan Herring
Ada beberapa jenis makanan laut yang boleh dimakan sekali sekala, tapi ada yang perlu dielakkan terus. Ianya seperti ikan herring, tuna dan juga ikan bilis, memang perlu dielakkan.

Namun, makanan seperti udang, udang kara, belut dan ketam masih dalam kategori selamat untuk dimakan. Tapi untuk penghidap gout yang kronik, pengambilan makanan ini juga boleh mengundang gout.

Minuman beralkohol
Pengambilan minuman keras bagi pesakit gout adalah satu pilihan yang kurang bijak (dalam Islam pun tak boleh ambil minuman ini). Ia bukan sahaja meningkatkan tahap asid urik badan anda tapi ia juga memberi beban kepada sistem tubuh untuk membersihkannya.

Daging merah
Kandungan purine dalam setiap jenis daging adalah tidak sama. Daging putih dikatakan lebih rendah kandungan purinenya berbanding daging merah.

Namun, sekiranya anda ingin menikmati hidangan daging merah, pilihlah daging lembu berbanding daging ayam belanda dan kambing

Ayam belanda
Daging ayam belanda dan angsa adalah lebih tinggi kandungan purine berbanding daging lain. Jadi cuba elakkannya. Ayam (selain ayam belanda) dan itik merupakan pilihan yang lebih selamat. Walaubagaimanapun, daging di bahagian kaki adalah lebih baik berbanding bahagian dada dan kulit

Minuman manis
Elakkan pengambilan air manis yang menggunakan sirap jagung tinggi kandungan fruktosa seperti soda dan jus buah-buahan yang dalam kotak atau tin tu. Pengambilan minuman manis ini bukan sahaja menambahkan berat badan anda, ia juga akan menggalakkan badan untuk menghasilkan lebih banyak asid urik

Asparagus
Walaupun asparagus ni sayur yang sangat tinggi khasiatnya, namun ia tergolong diantara sayuran yang tinggi kandungan purinenya termasuklah kubis bunga, bayam dan cendawan. Sayuran ini boleh diambil pada kadar yang sederhana, kerana kandungan purine dalamnya tidaklah setinggi yang ada pada daging merah. 

Diet sayuran sebenarnya membantu anda untuk menyingkirkan purine dari badan, kerana badan lebih mudah menyingkirkan purine dari sumber tumbuhan berbanding yang lain

Hati
Organ dalaman seperti hati, buah pinggang dan hati wajib dielakkan bagi pesakit gout ni.

Sumber: www.health.com

Senarai di atas hanya sebagai panduan kepada anda sekiranya anda pesakit gout. Sebenarnya terdapat banyak lagi makanan yang perlu dielakkan, dan ia bergantung kepada tahap betapa seriusnya sakit gout anda.

Jika keadaan berlarutan, segeralah dapatkan rawatan dan langkah pencegahan. Ia mampu mengelakkan serangan bertambah teruk.


­čî╣ Your Trusted SID ­čî╣
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI





No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me