Sunday, October 16, 2016

4 SIMPTOM PENGIDAP GOUT

Entry sebelum ini kita telah pun tahu apa punca utama Gout menyerang. Asid urik yang tinggi dalam badan. Terdapat banyak tanda-tanda Gout yang boleh dikenalpasti:






4 Simptom Anda Penghidap Gout:



1. Sakit sendi yang melampau

  • Penghidap gout biasanya akan mengalami kesakitan pada bahagian sendi ibu jari kaki, tapi ia juga boleh berlaku pada bahagian kaki, buku lali, siku, tangan, dan juga pergelangan tangan. Sakit yang paling teruk sekali adalah pada 4-12 jam yang pertama.

2. Ketidakselesaan yang berpanjangan.
  • Selepas rasa kesakitan yang paling teruk tu reda, anda akan rasa tidak selesa selama beberapa hari dan kadangkala berminggu-minggu. Serangan gout kali kedua dan seterusnya akan menjadi lebih sakit, lebih lama dan melibatkan lebih banyak sendi
3. Keradangan dan kemerah-merahan
  • Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi kemerah-merahan, bengkak dan sakit walaupun hanya disentuh dengan lembut.
4. Pergerakan yang terhad
  • Penghidap gout akan mengalami kesukaran untuk bergerak berikutan kesakitan yang dialami.

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas, segeralah berjumpa dengan doktor. Gout yang tidak dirawat akan menyebabkan sakit yang semakin teruk dan kerosakan pada sendi.

Sekiranya anda demam, sendi terasa panas dan berlaku keradangan. Ini menunjukkan bahawa telah berlaku jangkitan pada bahagian yang terkena gout.

Anda juga boleh cuba beberapa rawatan semulajadi yang akan saya kongsikan nanti.

🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI

No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...