Monday, October 17, 2016

10 RAWATAN SEMULAJADI GOUT

Rawatan Semulajadi Untuk Pesakit Gout


Entry sebelum ini telah pun menerangkan bentuk rawatan langkah pencegahan Gout. Terdapat juga rawatan semulajadi yang boleh diamalkan dengan pengambilan makanan yang tertentu.


Apple Cider Vinegar (ACV)






ACV terkenal dalam rawatan sakit kepala dan asid perut juga. Ianya sangat membantu merawat gout dan artritis. Keasidan dalam ACV ni membantu melegakan sakit akut. Boleh ditambah sedikit madu untuk meningkatkan tindakbalas anti-radang. Boleh diminum sebelum waktu tidur.

Campurkan satu sudu teh ACV dalam segelas air dan minum 2-3 kali setiap hari. Jika didapati rawatan ini membantu, boleh la dos ACV ini ditingkatkan kepada 2 sudu besar.

Halia


Ciri-ciri anti-radang dalam akar halia sangat membantu melegakan kesakitan dan keradangan. Pelbagai cara untuk merawat gout dengan menggunakan akar halia ini.

Campurkan jumlah yang sama serbuk halba, serbuk kunyit dan serbuk halia kering (sonth). Ambil 1 sudu daripada campuran ini bersama-sama dengan air suam. Ambil 2x setiap hari.

Boleh juga ditambah akar halia ini dalam masakan atau makan secara mentah. Boleh juga tambah setengah sudu teh akar halia ni dalam satu cawan air mendidih dan kacau sampai betul-betul sebati. Minum sekurang-kurangnya sekali sehari.

Selain dari itu anda juga boleh buat paste akar halia ni dengan sedikit air dan tampal di kawasan yang terkena gout ni. Biarkan dalam setengah jam. Buat sehari sekali

Baking Soda


Salah satu faktor yang menyumbang kepada gout ni adalah peningkatan kepada asid urik dalam badan. Ia dapat membantu mengurangkan jumlah asid urik, seterusnya memberikan anda kelegaan daripada kesakitan..bukan setakat buat kuih/kek je.

Campurkan setengah sudu teh baking soda dalam segelas air dan minum. Minum 4x sehari sahaja. Teruskan sehingga 2 minggu.

Jika anda berusia lebih 60 tahun, jangan ambil lebih daripada 3kali dalam sehari. Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, boleh abaikan cara rawatan ini.

Lemon Juice


Adalah penting untuk mengalkalikan badan dan meneutralkan asid urik yang berlebihan dalam aliran darah. Ini boleh dilakukan dengan mudah dengan jus lemon segar dan baking soda. Cara ini boleh melegakan simptom gout.

Cherries


Cherry bersifat anti-oksidan. Cherry juga mempunyai anthocyanins yang boleh mengurangkan keradangan.

Bagi pesakit gout, makan 15-20 biji cherry sehari amat disyorkan. Untuk hasil yang lebih baik, makan pada awal pagi. Cherry yang fresh adalah paling baik. Selain itu anda juga boleh cuba minum segelas jus cherry yang diperkaya dengan beberapa ulas bawang putih dicincang setiap hari. Mesti sedap.

Epsom Salt


Garam Epsom ni memang banyak kelebihannya. Boleh juga digunakan untuk merawat demam, batuk dan selesema. Boleh juga dicuba untuk mengurangkan simptom gout.

Jumlah magnesium yang tinggi dalam epsom salt ini akan memperbaiki keadaan jantung dan menurunkan tekanan darah tinggi.

Untuk mandi, tambahkan 2 cawan epsom salt ini dalam air suam. Rendam badan anda dalam air ini sehingga air ni hampir kehilangan haba. Lakukan seminggu sekali. Sekiranya anda penghidap gout yang teruk, seminggu boleh sehingga 2-3 kali 

Pisang


Pisang juga amat berkesan untuk merawat gout. kandungan kalium yang tinggi dalam pisang akan membantu menukar kristal uric asid ni dalam bentuk cecair yang akan dibuang melalui urine semasa buang air kecil.

Pisang juga mengandungi jumlah vitamin C yang sederhana dan sangat berkesan dalam menguruskan bengkak dan kesakitan. Hanya makan 1-2biji pisang sehari, insyaAllah dapat membantu.


Epal


Pakar mencadangkan makan epal sebelum setiap hidangan. Malic acid yang ada dalam buah epal ini akan membantu meneutralkan asid uric dalam badan dan seterusnya mengurangkan kesakitan dan keradangan akibat gout.

Activated Charcoal


Arang batu yang diaktifkan ni terkenal untuk menyerap asid uric, oleh itu ia boleh digunakan dengan selamat untuk merawat gout. Penghidap gout digalakkan mandi arang ni 1-3 kali seminggu.

Campurkan satu setengah cawan serbuk arang dengan air sehingga membentuk paste. Letakkan paste ke dalam tab dan tambahkan lebih banyak air. Rendamkan bahagian badan yang sakit sekurang-kurangnya setengah jam.

Cara ini sangat sesuai untuk penghidap gout pada buku lali atau kaki yang besar
untuk bahagian badan yang lain, boleh terus letakkan paste tadi direct ke tempat sakit. Biarkan sehingga setengah jam dan bilas dengan air suam

Cold Water

Letakkan kawasan yang sakit dengan air sejuk dapat mengurangkan bengkak serta kesakitan. Apabila terkena gout JANGAN letak ais secara direct pada kulit, ia boleh merosakkan kulit dan membuatkan gout anda bertambah teruk.

Rendamkan radang, sendi bengkak dalam air sejuk selama 10-15 min. Ulangi sebanyak beberapa kali sehari. Anda boleh gunakan ais pack selama kira-kira 15 minit tapi sebelum tu balut dalam tuala sebelum letakkan di tempat yang sakit. Lakukan 2kali sehari. Elakkan penggunaan ais pack ini secara berlebihan sebab ia boleh membawa kepada penghabluran asid urik.

Jadi sekiranya anda penghidap gout, boleh la cuba lakukan rawatan semulajadi ini selain rawatan dan langkah pencegahan yang telah pun di kupaskan sebelum ini. 

Boleh juga diambil sekali dengan supplement SET GOUT kerana telah terbukti membantu mengurangkan serangan sekaligus menyembuhkan GOUT.



🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI

No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...