Monday, October 31, 2016

TESTIMONI CARA MENGURANGKAN TEKANAN DARAH

10:54 AM 0 Comments
Menurut kajian oleh Persatuan Hipertensi Malaysia, didapati bahawa hampir 4.8 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit darah tinggi dan sekurang-kurangnya 42% orang dewasa Malaysia yang berusia lebih dari 30 tahun menghidap penyakit darah tinggi.

Menakutkan tak? Ada yang mengalami simptom2 darah tinggi? Tetapi biasanya darah tinggi memang tiada tanda2 awal yg boleh kita kenalpasti...kalau dah ada tanda2 seperti pening2, vertigo, selalu pitam tu..elok dapatkan rawatan segera.



Bagi yang mengalami hipertensi ni pengambilan omega guard adalah disarankan. Omega ni adalah minyak ikan yang mengandungi asid lemak 3 yang dipercayai mampu mengurangkan tekanan darah, membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata.

Dengan pembelian 2botol omega guard ini anda layak mendapat harga promosi sebanyak 5%. Hari ini adalah hari terakhir utk tawaran ini. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya..

012 4513311


Thursday, October 27, 2016

HOME MADE NUGGET TEMPURA

7:12 PM 0 Comments
Petang ni akak nak share satu resepi yang memang best la. Dalam minggu ni akak cedok resepi ni dalam FB tapi akak ada olah sikit.

Ptg semalam dah try tapi blom sempat snap gambar semuanya habis masuk perut anak2 tersayang. Sedap kata mereka.

Gambar google

Ok..jom kita tengok bahan2nya.
  • 1 biji telur
  • 3 ketul dada ayam
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk lada hitam (bagi yang suka pedas)
  • 2biji bawang besar
Kesemua bahan di atas diblender. Dah tak perlu masukkan air sebab dah ada telur kan. Kalau perlu pun letak sikit jer.

Dah siap diblender, masukkan dalam bekas kemudian kukus lebih kurang 10minit. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk tempat beku tu. Bila dah keras boleh la potong ikut suka hati.

Sebelum menggoreng..boleh celupkan dengan telur...taraaaa..siap di mkn.

Cara ke2 ni tak perlu kukus yer.
Kalau tak nak masuk peti sejuk pun boleh sebab dah boleh bentuk ikut mcm mana kita nak. Ikut kreativiti masing2. Agak melekit sikit la tapi masih boleh dibentuk. Dah siap bentuk celup dalam telur then golek2 dalam tepung sikit. Boleh juga golek2 dalam serbuk roti kemudian goreng.

Mudah sangat2 kan. Sendiri proses dijamin selamat. Sedap pun sedap. Sangat2 sedap kata anak2 akak.

Selamat mencuba...๐Ÿ˜ƒ


3 PRODUK SHAKLEE YANG MENJADI KESUKAAN

4:58 PM 0 Comments
Ehhh..ko jual shaklee tu saja2 jual ke? Ada makan sekali tak? Ni haa..botol kosong dah pun. Satu beg plastik besar tau. Byk lagi mcm tong ESP, Cinch, mealshakes semua tu. Semua tong tu dah berisi macam2 benda.



Bukan setakat vitamin yang utk makan tu, sekali dengan skincare pun akak rembat. Produk pencuci macam sabun pun akak dah guna tau. dia pun akak dah cuba. Vivix yang mahal tu pun akak dah rasa tau!

Oleh kerana contest blog ni minta 3 je produk kesukaan, so akak list 3 je lah yer. Kalau ikutkan banyak sangat. Tetapi 3 ni lah yang paling konsisten dan tak pernah skip.

Suatainable Vita C plus atau Vitamin C. Femes sangat Vitamin C ni. Siap ada yang repack dan inform ini Vitamin C oeganic lagi. Mahal pulak tu. Korang jangan mudah tertipu tau. Sebotol Vitamin C shaklee ni tahan 4bulan sebab tu akak suka. Jimat sangat!

Vitamin E Complex pun sama dan sememangnya bagus untuk kulit berparut, bekas jerawat. Akak paling suka buat masker malam sebelum tidur. Bangun pagi muka fresh jer. Alhamdulillah liang roma pun makin mengecil..blackhead/whitehead mmg dpt dikurangkan.

Paling best pencuci muka nutriwhite ni. Tak lengkap kalau tak ada kat rumah. Disebabkan akak tidak bekerja dan penggunaan hanya 2 kali sehari, akak jimat hampir 8-10bulan. Tak percaya? Meh la beli.๐Ÿ˜Š

Nak tau rangkain skincare Nutriwhite yang best boleh ke link TIPS KULIT CANTIK

Blackheads still lagi ada terutamanya kat bahagian hidung. Tapi tak rasa menggerutu  sangat dah. Kat hidung mmg susah nk hilang kan...so happy sgt bila dah makin kurang..

Akak perasan, skin jadi makin cerah. Dan kurang kusam. Skin pun jadi lebih moist. Kulit yang dulu berminyak pun dah rasa berkurang sekarang ni...

Jadi pada rakan-rakan yang nak mencuba boleh hubungi akak yer.


Tuesday, October 25, 2016

KENALI MINYAK IKAN TERBAIK DUNIA

9:04 PM 1 Comments
Apabila dengar saja OmegaGuard mesti ingat shaklee. OmegaGuard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen didunia. Ini kerana setiap kapsul Omega Guard mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 asid lemak omega-3 semulajadi antaranya EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. 

Satu sajian OmegaGuard membekalkan hampir 1000 mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA.




OmegaGuard diekstrak daripada ikan air laut sejuk (ikan sardin, ikan bilis, ikan kembung dan ikan herring) diperairan negara Jepun. Ianya tidak diambil dari minyak hati ikan. Ketumpatan Omega Guard juga adalah 3x ganda berbanding ketumpatan minyak hati ikan.



Kebanyakan pengusaha – pengusaha kilang menggunakan kaedah menyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan. Malangnya dengan menggunakan kaedah tersebut ia akan memusnahkan sesetengah nutrien. Selain itu juga ia boleh menipiskan kandungan logam yang boleh membahayakan kesihatan.

Tetapi berlain pula dengan produk Shaklee, Shaklee menggunakan kaedah Ultratulen Bergred Farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Minyak Ikan Omega Guard Shaklee. Proses penyulingan ini adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen dan semulajadi yang bermafaan di bawah suhu rendah yang terjaga.

Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak omega yang asli dan menghilangkan pencemaran serta menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl – merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik.


Omega Guard mempunyai pelbagai faedah kesihatan yang akan membuatkan anda rasa sangat rugi jika tidak mengambilnya sebagai suplemen harian anda.

Siapa yang perlukan Omega Guard? Ada saya ceritakan di dalam entry sebelum ini.

Ibu Hamil pada Trimester 1 dan yang mempunyai masalah HB low tidak boleh mengambil Omega Guard. Begitu juga kanak-kanak dibawah usia setahun.

Omega juga sangat bagus untuk kanak-kanak selain membantu merawat penyakit seperti kolesterol, strok, gout, jantung, darah tinggi dan lain-lain.

Pilihlah minyak ikan terbaik untuk seisi keluarga anda. Jadikan OmegaGuard shaklee sebagai pilihan. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.


๐ŸŒน Your Trusted SID ๐ŸŒน
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI



BLOG CONTEST

5:00 PM 0 Comments
Assalualaikum semua..

Alhamdulillah..sebulan lebih dah kami team GMF berjuang dalam contest ni. Kalau tidak kerana BLOG CONTEST ni, tidak la akak ni mengupdate blog hampir setiap hari kan..๐Ÿ˜‚

Blog contest anjuran Mami Noorazmiah ni, bukan sahaja nak biasakan kami dengan penulisan blog dan cara-cara untuk menarik lebih ramai viewer, tetapi cuba mendera kami untuk lebih banyak membaca, mengkaji sekaligus memahami.

Mendera?. Saja je kan guna ayat tu. Alhamdulillah, dengan adanya contest ni, sangat2 banyak ilmu yang dapat. Sebabnya kami bukan saja2 nak menaip. Bila dpt info yang dicari kena juga faham bagaimana..kenapa. Semua persoalan memang ada ujian minda gitu..๐Ÿ˜…

Adalah sia2 dibiarkan blog bersawang kan?. Tambahan pula kami ni berbisnes. Blog diibaratkan kedai online kami. Bila customer buka dan tengok adanya entry hari ini bermakna kedai kami sentiasa berisi. Betul tak?

Ini hadiahnya...best kan2


Inilah kedai online saya. Sudilah kiranya tinggalkan jejak untuk kita menjadi sahabat dialam maya.

InsyaAllah akan teruskan berkongsi apa yang kami tahu untuk kebaikan bersama.

Semoga team GMF terus maju dan berjaya. Amin

DTX COMPLEX UNTUK KESIHATAN HATI

4:19 PM 0 Comments
Organ terbesar dalam tubuh manusia adalah HATI yang dikenali sebagai ‘pusat industri pemprosesan’. Hati adalah organ unik yang mampu membina dirinya sendiri. 

Dan..sebab itulah organ hati boleh didermakan sebahagiannya, kerana ia mampu memperbaiki dan membina organnya semula. 



Antara fungsi hati adalah:
  • Merembeskan cecair hempedu untuk pencernaan lemak
  • Bertindak sebagai ‘penapis’ dan ejen detoksifikasi.
  • Mengawal paras gula dalam darah.
  • Penting untuk metabolisma lemak
Tetapi..pada hari ini, HATI kita terpaksa dikerahkan untuk ' overtime'. Sebab apa?. Sebabnya, dunia hari ini penuh dengan pencemaran..terlalu berisiko.

Bukan saja ia terpaksa melaksanakan tugas-tugas ‘wajib’ bagi hati, malah memerlukan lebih masa untuk membaikpulih dirinya sendiri.

Oleh itu hati kita memerlukan bantuan untuk membersihkan dirinya (detox hati) sekaligus menjadikan fungsi hati lebih berkesan.



Shaklee DTX Complex mengandungi bahan-bahan terbaik untuk menjaga kesihatan hati.

Ekstrak biji benih pokok susu tisel (milk thistle seed) - melindungi hati daripada toksin, termasuk bahan kimia, dadah, ubatan dan bahan kimia; merawat masalah hati, mencegah batu karang serta membantu dalam masalah kulit.

Artichoke – membina semula sel hati dan merangsang pengaliran hempedu

Dandelion – merendahkan paras gula dalam darah, membantu fungsi hati, membantu dalam masalah sembelit

Kunyit – mengandungi curcumin yakni sejenis antioksidan dan mengurangkan kesakitan & keradangan

Reishi mushroom (Ling Zhi) - membina imuniti, mengurangkan kelesuan, mengurangkan masalah resdung

Schizandra – merangsang sintesis protein, memperlahankan pembentukan toksin

Kalau HATI kita bermasalah, ia boleh menggangu proses pencernaan juga. Sebab itu juga kalau kita lihat, orang yang mempunyai masalah hati perut menegang dan buncit.


Berikut adalah bahagian tubuh yang menunjukkan ada masalah hati, 

  • Lingkaran gelap pada mata
  • Mata berwarna kuning
  • Perut menjadi buncit
  • Bau mulut yang menyengat
Selain mengamalkan vitamin DTX Complex ini, gaya hidup seseorang perlu diubah. Membran sel hati boleh terjejas disebabkan gaya hidup kurang sihat seperti pengambilan makanan berminyak, minum arak, merokok, pengambilan terlalu banyak ubat atau jangkitan daripada virus tertentu. 

DTX Complex mempunyai formulasi yang dipatenkan. Hanya yang terbaik dari Shaklee. Dapatkan DTX hari ini untuk membantu hati anda menjalankan fungsi terbaik!

Wednesday, October 19, 2016

TIPS CEGAH KUNING BAYI

10:29 PM 0 Comments
Anak ke3 saya memang langsung tak dak kuning/jaundis..bacaan SBC kali pertama pun 124umol/L. Check kali ke2, 109umol/L..hari2 berikutnya dah tak payah amik darah dah.

Anak sulung dulu sampai warded 2hari kat hospital kuning tinggi. Masa hamil mmg tak pernah cuba apa2 petua pun. Anak ke2 amalkan susu Higoat 2kotak. Alhamdulillah walaupun ada sikit2 tapi xde la sampai warded.



Anak no 3 ni..masa hamil pernah minum susu kambing..suami beli yg fresh tp tak berapa nak masuk..bila minum pening memusing2. Konsisten set hamil shaklee. Hujung2 kehamilan dalam 36w+ amalkan Alfalfa. Mudah utk bersalin + ada info mengatakan boleh elakkan kuning.

Alhamdulillah...bersalin mmg cukup waktu sbb Induce. Baby takmo keluaq nk buat mcm mn kan. TAPI lega sangat2 la tak payah berulang ke klinik utk check SBC.

Paling2 bestnya kali ni..menahan sakit induce utk bukaan memang la lama. Ye lah kena paksa kan. Lepas je masuk ubat dos ke2, terus sakit tp lepas 4jam masih tiada bukaan. Pandang muka Doktor pun dah lain mcm. Sakit sangat kot..tak kan masih belum buka?.๐Ÿ˜‚ 

Dari pukul 6 ptg menahan sakit sampai ke malam. Apa yang saya ingat dalam pukul 2.15am masih tgk phone. Simpan barang semua dlm beg siap2. Lepas tu baru pi kaunter panggil misi. Diaorg check bukaan..alamak dah 8cm terus tolak ke LR. 2.40 selamat melahirkan. Alhamdulillah. Suami terkejut sebab cepat sangat. Katanya dia baru dapat call suruh naik ambil barang2..then tak sempat dia nk masuk LR dah dpt call lagi dah selamat. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Masa berpantang...saya terus amalkan set pantang shaklee..Alfalfa pun terus jer amalkan sbb tgk baby pun ok..tak der nk cirit..so mmg bagus la kan.

Jadi..pada yang masih mencari set pantang yang sesuai..saya sangat rekemen set shaklee ni. Sebabnya saya sendiri amalkan. Kalau baby ada kuning pun tak perlu risau dan tak perlu tunggu..boleh terus makan.

Berminat untk mendapatkan set pantang shaklee boleh la hubungi saya 012 4513311

KANSER LYMPHOMA

4:34 PM 0 Comments
Apa itu Lymphoma

Lymphoma adalah barah yang dihasilkan daripada sistem limfatik badan. Sistem limfatik termasuk noda limfa (juga dikenali sebagai kelenjar limfa), thymus, limpa, tonsil, adenoids dan sum-sum tulang serta saluran yang menghubungi dipanggil limfatik atau saluran limfa. Walaupun banyak jenis barah yang akhirnya merebak ke bahagian sistem limfa, lymphoma adalah yang paling ketara kerana ianya berasal daripada tempat tersebut.





Dalam lymphoma, sebahagian sel dalam sistem limfatik ini yang dikenali sebagai limfosit, membiak tanpa kawalan. Lymphoma yang berlainan dikategori mengikut jenis sel yang merebak dan gejala yang ditunjukkan.



15% barah daripada kalangan kanak-kanak adalah lymphoma. Ianya jarang terdapat dikalangan kanak-kanak di bawah usia 3 tahun. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung mendapat penyakit ini daripada kanak-kanak perempuan.


Lymphoma terbahagi kepada 2jenis:

Ianya bergantung kepada bentuk sel barah. Ianya dikenali sebagai Hodgkin’s Lymphoma (HL) atau Hodgkin Disease (HD) dan non-Hodgkin Lymphoma (NHL).

Gabungan kedua-dua barah ini menjadikannya penyakit barah ke 3 dikalangan kanak-kanak.

Hodgkin’s Lymphoma
Jenis ini biasa terdapat pada kanak-kanak lebih tua atau remaja. Ianya jarang berlaku pada kanak-kanak kurang daripada 5 tahun. Lymphoma jenis ini di definisikan dengan kehadiran sel barah yang spesifik, yang dipanggil sel Reed-Sternberg, di dalam noda limfa atau organ yang terlibat.

Non-Hodgkin’s Lymphoma.
Berlaku dikalangan kanak-kanak hingga remaja. Dalam non-Hodgkin’s Lymphoma terdapat pertumbuhan sel limfosit yang spesifik (iaitu sejenis sel darah putih yang terdapat di kelenjar limfa). Pertumbuhan sel limfosit malignant ini juga dilihat dalam barah darah Leukemia ( ALL), yang kadang-kala menyebabkan kesukaran membezakan antara Lymphoma dan Leukemia dikalangan kanak-kanak.

Secara umumnya, bagi pesakit yang menghidap limfoma, tiada penglibatan sum-sum tulang atau penglibatan minima, sementara bagi pesakit Leukemia penglibatan sum-sum tulang adalah secara meluas.

Kedua-dua jenis ini terjadi daripada sistem limfa,tetapi berbeza daripada segi kesan terhadap badan, cara penyebaran serta tindak balas terhadap rawatan.

Hodgkin dan limfoma bukan Hodgkin seterusnya dibahagikan kepada sub-jenis berdasarkan kepada jenis spesifik sel yang terjejas, tahap kematangan yang dicapai oleh sel-sel dan penampilan mereka di bawah mikroskop. Sub-jenis ini boleh membantu doktor menentukan rawatan yang paling berkesan.

Sumber: myhealth.gov

Sungguh..inilah kali pertama dengar mengenai kanser limfoma ni. Terima kasih juga kepada sahabat shaklee yang sudi berkongsi kisah anaknya sebagai testimoni pengguna Vivix.

Sekiranya anda inginkan maklumat lanjut, boleh hubungi saya.


๐ŸŒน Your Trusted SID ๐ŸŒน
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI

TESTIMONI CARA MUDAH MERAWAT GOUT (part II)

12:26 PM 3 Comments
Sebelum ini, saya telah berkongsi kisah derita seorang pengguna Vivix yang telah pun bebas Gout tanpa perlu dialisis lagi. Alhamdulillah..banyak testimoni pengguna yang yakin dengan Vivix.

Ini adalah perkongsian seorang lagi pelanggan Vivix. 




Kasih seorang anak kepada ayahnya. Ayahnya menderita Gout sejak berpuluh tahun lalu. Ubat Gout dan Pain Killer memang teman sejati lah kiranya. Salah makan sikit pun memang Gout menyerang sampai nak jalan pun memapah ke dinding. Sejak amalkan Vivix 1 sudu setiap hari, Alhamdulillah serangan Gout makin kurang dan bertambah kurang. Ubat Gout dan Pain Killer pun tolak tepi dah. Dah perlu ambil lagi.

Syukur Alhamdulillah. Berpuluh tahun derita akhirnya sembuh. Sebaik-sebaik perancang hanyalah DIA. Kita hanya mampu berusaha selagi terdaya.

Boleh rujuk juga Testimoni dalam entry sebelum ini.

Khasiat Vivix ada saya ceritakan pada entry sebelum ini Cara mudah merawat Gout. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Sekiranya anda berminat mendapatkan maklumat lanjut mengenai Vivix boleh terus hubungi saya.


๐ŸŒน Your Trusted SID ๐ŸŒน
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI

TESTIMONI CARA MUDAH MERAWAT GOUT

12:08 PM 3 Comments
Gout seringkali berlaku secara tiba tiba tanpa sebarang simptom. Biasanya dialami golongan lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Jarang sekali terjadi pada wanita yang belum menopause. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.



Salah seorang pelanggan shaklee yang setia dengan Vivix setelah masalah Gout nya terus hilang. Dah tak perlu nak menjalani dialisis lagi. Alhamdulillah. Semoga pakcik bertambah sihat.

Khasiat Vivix ada saya ceritakan pada entry sebelum ini Cara mudah merawat Gout. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Sekiranya anda berminat mendapatkan maklumat lanjut mengenai Vivix boleh terus hubungi saya.


๐ŸŒน Your Trusted SID ๐ŸŒน
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan


INFO KEAHLIAN ➡ AHLI

TESTIMONI KANSER HODKIN LYMPHOMA STAGE 4

10:06 AM 0 Comments
Pagi ni nak kongsi satu Testimoni VIVIX shaklee.

Kanser hodkin lymphoma ni kanser kelenjar. Kelenjar bengkak tapi tak sakit. Biasa terdapat benjolan kt tengkuk atau celah peha pesakit..


[ANAK SAYA SEMBUH DARI KANSER PERINGKAT 4 SETELAH AMALKAN VIVIX]

Ini kisah anak saya.  Anak saya disahkan mengidap kanser Hodgkins Lymphoma stage 4 pada usia 10 tahun. Beliau telah sembuh sepenuhnya setelah mengambil Vivix Shaklee. 

Pada usia 10 tahun anak saya selalu mengadu sakit belakang.  Saya dan suami menyangkakan kemungkinan jatuh basikal atau jatuh masa bermain. 

Sakitnya semakin kerap.  Kami bawa ke klinik dan kadang-kadang ke hospital.  Di hospital doktor check ala kadar dan bekalkan Paracetamol sebagai ubat tahan sakit. Biasa la bila makan ubat sakitnya reda.  Lepas tu datang balik. 

Doktor pun tak dapat detect penyakit ank saya.  Sampai satu masa doktor amik darah bagi tujuan ujian dan dihantar ke makmal darah. 

Doktor mengesahkan anak saya ada jangkitan kuman dalam darah. Anak saya menjalani operation kecil untuk mengambil sample di bahagian leher sebelah kiri. 

Setelah beberapa hari dapat result,  anak saya disuruh rujuk ke HKL. Sampai disana kami terus ke Wad Pedriatik kanak- kanak. 

Hati seorang ibu hancur bagai dihiris sembilu apabila doktor Teh Kok Hoi memberi tahu anak saya mengidap penyakit kronik tahap 4 dan terpaksa menjalani rawatan kimoterapi. 

Saya dan suami diberi kaunseling supaya tabah menghadapi kemungkinan yang akan berlaku. Suami saya tenang mendengarnya sedangkan saya sudah berbagai-bagai perasaan yang timbul.  Takut,  cemas dan sedih. Rawatan ini 50-50.

Dari hari itu 20 Julai 2011 bermula episod baru dalam hidup saya.  Anak saya di masukan wad KK3 di pedriatik HKL.  

Anak saya menjalani rawatan kimoterapi dan perlukan penjagaan yang rapi.  Pesakit tidak dibenarkan jumpa orang luar kerana ditakuti jangkitan kuman. 

Kami berulang alik ke HKL selama dua tahun. Rawatan kimoterapi selama  enam  bulan dan masa selebihnya bagi check up susulan. 

Setelah tempoh dua tahun anak saya disahkan sihat dari kanser tersebut namun doktor menasihati agar kami jaga pemakanannya kerana ditakuti penyakitnya akan berulang semula. 

Yang menyedihkan saya sekarang kos perubatan semakin meningkat.  Hospital kerajaan tidak dapat menyediakan kos rawatan bagi penyakit kanser stage 4. Ramai pesakit pergi ke hospital swasta yang menelan belanja yang agak mahal. 

Sepanjang anak sakit, dia cepat down dan cepat terasa.  Tapi satu yang saya ingat sampai hari ni. Bila doktor suruh cuti setahun dari belajar untuk menjalani rawatan. Dia kata tak nak jadi orang bodoh sebab takut ketinggalan dalam pelajaran. Dia sangat sedih dengan keadaan dirinya.

Justeru itu saya berusaha mencari supplement  bagi anak saya. Dari satu supplement ke satu supplement tetapi semua tidak sesuai. Dan akhirnya saya temui Vivix Shaklee. 

Alhamdulillah peraturan Allah itu memang cantik.  Apabila anak saya memasuki sekolah form 1 di SMAN Lenggong , anak saya ditukarkan ke hospital Ipoh bagi check up seterusnya. 

Saya sentiasa bekalkan Vivix buat anak saya.  Setelah konsisten ambil Vivix,  anak saya disahkan bebas kanser pada 20. 07.2016. Satu berita yang menggembirakan.

Alhamdulillah lepas habis rawatan dia boleh skor balik pelajaran yg tertinggal. Yang paling menggembirakan saya Alhamdulillah periksa I'dadi tahun lepas dia dapat mumtaz.

Sekarang anak saya bisa menjalani kehidupan seperti remaja lain. Belajar dan bermain. Malah anak saya turut menyertai aktiviti lasak di sekolahnya. Saya pun tidak perlu risau akan keadaan anak saya ketika tinggal berjauhan dari keluarga. 

Syukur Alhamdullilah.  Terima kasih Allah terima kasih Shaklee.




Allahuakbar. Panjang testimoni kita kali ni. Menurut Puan Saadiah, Lepas setahun rawatan kimo.  Anak x sempat buat rawatan radioterapi dan doktor sediakan jadual untuk check up sahaja tanpa ada ubatan hospital.  Setahun kemudian ceck up setiap sebulan sekali. Setelah 2 tahun doktor sahkan anak dah sihat dari kanser tapi masih dalam pemantauan doktor. Pd 20.07 2016 doktor bagitau dah bebas kanser tapi mesti jaga pemakanan krn takut ia akan berulang lagi.

Jadi..jangan takut berikhtiar. Tak salah untuk kita mencari alternatif. Semoga anak puan Saadiah terus sihat seperti rakan2 yang lain..

๐ŸŒน Your Trusted SID ๐ŸŒน
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan


INFO KEAHLIAN ➡ AHLI

Tuesday, October 18, 2016

CARA MUDAH MERAWAT GOUT

8:43 PM 0 Comments
Gout merupakan serangan akibat tingginya asid urik di dalam badan dan pelbagai punca lain turut dikenalpasti. Simptom Gout sangat mudah dikenali. Terdapat rawatan semulajadi yang boleh diamalkan oleh pengidap Gout.

Mereka yang mengalami Gout boleh juga mencuba beberapa jenis Suplemen yang boleh membantu merawat Gout sekaligus mengurangkan serangan. Antaranya ialah:



Detox semulajadi yang menyingkirkan toksid secara lembut dari badan. Anda perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.




Memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik. Ia berkaitan dengan pengambilan alfalfa sebagai detox.

Mengelakkan keradangan sendi

VIVIX


Namun, adalah dicadangan pengambilan VIVIX sebagai Suplemen utama utk Gout kerana telah terbukti Vivix sangat berkesan. Akan saya kongsikan Testimoni pengguna Vivix nanti.

Vivix terdiri daripada 4 bahan Semulajadi yang tinggi antioksidan iaitu Anggur Muscadine, Elderberry, Purple Carrot dan Polygonum Cuspidatum (Knotweed Jepun).

Dengan rumusan terhebat resveratrol dan polifenol ini menjadikan Vivix sebagai satu supplement antioksidan yang berupaya meningkatkan imun sistem kita untuk melawan asid urik dalam darah.


Dengan meningkatkan antioksidan dan mengurangkan pengoksidaan, anda berupaya untuk mengurangkan kerosakan sel dan seterusnya mengurangkan pengeluaran kristal asid urik penyebab gout.

Sekiranya anda atau keluarga dan rakan-anda mengalami masalah Gout, boleh dicadangan Vivix sebagai ikhtiar untuk pulih. Jika terdapat sebarang kemusykilan boleh segera hubungi saya.

๐ŸŒน Your Trusted SID ๐ŸŒน
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI

7 JENIS MAKANAN PERLU DIELAK OLEH PESAKIT GOUT

11:26 AM 0 Comments
Sebelum ini saya ada kongsikan 10 rawatan semulajadi yang boleh diamalkan oleh pengidap Gout.  Ianya lebih tertumpu kepada jenis makanan dan buah-buahan.

Bagi pesakit gout adalah dinasihatkan agar menjaga pemakanan bagi mengelakkan penyakit menyerang dan menjadi lebih kritikal.





Kurangkan pengambilan makanan laut dan daging, terutamanya ketika tengah sakit. Makanan ini kaya dengan purine yang akan diuraikan menjadi asid urik. Cukuplah sekadar pengambilan 4-6 auns sehari.

Ikan Herring
Ada beberapa jenis makanan laut yang boleh dimakan sekali sekala, tapi ada yang perlu dielakkan terus. Ianya seperti ikan herring, tuna dan juga ikan bilis, memang perlu dielakkan.

Namun, makanan seperti udang, udang kara, belut dan ketam masih dalam kategori selamat untuk dimakan. Tapi untuk penghidap gout yang kronik, pengambilan makanan ini juga boleh mengundang gout.

Minuman beralkohol
Pengambilan minuman keras bagi pesakit gout adalah satu pilihan yang kurang bijak (dalam Islam pun tak boleh ambil minuman ini). Ia bukan sahaja meningkatkan tahap asid urik badan anda tapi ia juga memberi beban kepada sistem tubuh untuk membersihkannya.

Daging merah
Kandungan purine dalam setiap jenis daging adalah tidak sama. Daging putih dikatakan lebih rendah kandungan purinenya berbanding daging merah.

Namun, sekiranya anda ingin menikmati hidangan daging merah, pilihlah daging lembu berbanding daging ayam belanda dan kambing

Ayam belanda
Daging ayam belanda dan angsa adalah lebih tinggi kandungan purine berbanding daging lain. Jadi cuba elakkannya. Ayam (selain ayam belanda) dan itik merupakan pilihan yang lebih selamat. Walaubagaimanapun, daging di bahagian kaki adalah lebih baik berbanding bahagian dada dan kulit

Minuman manis
Elakkan pengambilan air manis yang menggunakan sirap jagung tinggi kandungan fruktosa seperti soda dan jus buah-buahan yang dalam kotak atau tin tu. Pengambilan minuman manis ini bukan sahaja menambahkan berat badan anda, ia juga akan menggalakkan badan untuk menghasilkan lebih banyak asid urik

Asparagus
Walaupun asparagus ni sayur yang sangat tinggi khasiatnya, namun ia tergolong diantara sayuran yang tinggi kandungan purinenya termasuklah kubis bunga, bayam dan cendawan. Sayuran ini boleh diambil pada kadar yang sederhana, kerana kandungan purine dalamnya tidaklah setinggi yang ada pada daging merah. 

Diet sayuran sebenarnya membantu anda untuk menyingkirkan purine dari badan, kerana badan lebih mudah menyingkirkan purine dari sumber tumbuhan berbanding yang lain

Hati
Organ dalaman seperti hati, buah pinggang dan hati wajib dielakkan bagi pesakit gout ni.

Sumber: www.health.com

Senarai di atas hanya sebagai panduan kepada anda sekiranya anda pesakit gout. Sebenarnya terdapat banyak lagi makanan yang perlu dielakkan, dan ia bergantung kepada tahap betapa seriusnya sakit gout anda.

Jika keadaan berlarutan, segeralah dapatkan rawatan dan langkah pencegahan. Ia mampu mengelakkan serangan bertambah teruk.


๐ŸŒน Your Trusted SID ๐ŸŒน
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI





CEGAH BAYI ANDA DARI TERKENA JAUNDIS ATAU KUNING

12:36 AM 0 Comments
Saya ada share pengalaman anak Jaundis di fb. Rentetan dari sharing tersebut, ada kawan fb tiba2 pm tanya betul ke Alfalfa boleh cegah Jaundis? Ok..saya terangkan kat sini yer..nanti boleh share ke fb.

Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan.


Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.

Semasa bayi dalam kandungan, proses pembuangan bilirubin ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila bayi dilahirkan, proses ini mula dilakukan oleh hati bayi itu sendiri sebelum dikeluarkan melalui najis.




Hati bayi yang belum matang (biasanya bayi yang lahir tak cukup bulan) mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi. Inilah punca mengapa bayi yang lahir pra-matang kebanyakkannya mengalami masalah jaundis yang tinggi.

Alfalfa ni bagus untuk kesihatan hati. Ia menguatkan hati ibu dan bayi. Jadinya jika ibu amalkan alfalfa di hujung kehamilan, insyaAllah ia dapat membantu kuatkan hati bayi. Bayi dengan sendirinya dapat proses billirubin dia.

Untuk ibu yang pernah ada sejarah anak pertama dan kedua kuning tinggi, saya suka nak cadangkan ambil lah Alfalfa di hujung kehamilan. Bukan sepanjang kehamilan tau. Cukup lah bulan ke-8 ke atas.

Untuk ibu yang tak ambil Alfalfa semasa hamil, dan bayi mengalami demam kuning atau jaundis , ibu tersebut disarankan mengambil Alfalfa & menyusukan anak . Khasiat Alfalfa yang disalurkan melalui susu ibu akan membantu kuatkan hati baby tadi, dan seterusnya hati yang kuat dapat musnahkan billirubin yang banyak.

Jadi, tak salah kita mencuba kan. Alfalfa sememangnya RAJA segala tumbuhan. Khasiatnya memang terbukti. 

Jika anda ingin mendapatkan SET KEHAMILAN dan SET BERPANTANG boleh hubungi saya. Baca juga cara mengelak Jaundis untuk perkongsian bersama.



๐ŸŒน Your Trusted SID ๐ŸŒน
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI


Monday, October 17, 2016

10 RAWATAN SEMULAJADI GOUT

11:11 PM 0 Comments
Rawatan Semulajadi Untuk Pesakit Gout


Entry sebelum ini telah pun menerangkan bentuk rawatan langkah pencegahan Gout. Terdapat juga rawatan semulajadi yang boleh diamalkan dengan pengambilan makanan yang tertentu.


Apple Cider Vinegar (ACV)






ACV terkenal dalam rawatan sakit kepala dan asid perut juga. Ianya sangat membantu merawat gout dan artritis. Keasidan dalam ACV ni membantu melegakan sakit akut. Boleh ditambah sedikit madu untuk meningkatkan tindakbalas anti-radang. Boleh diminum sebelum waktu tidur.

Campurkan satu sudu teh ACV dalam segelas air dan minum 2-3 kali setiap hari. Jika didapati rawatan ini membantu, boleh la dos ACV ini ditingkatkan kepada 2 sudu besar.

Halia


Ciri-ciri anti-radang dalam akar halia sangat membantu melegakan kesakitan dan keradangan. Pelbagai cara untuk merawat gout dengan menggunakan akar halia ini.

Campurkan jumlah yang sama serbuk halba, serbuk kunyit dan serbuk halia kering (sonth). Ambil 1 sudu daripada campuran ini bersama-sama dengan air suam. Ambil 2x setiap hari.

Boleh juga ditambah akar halia ini dalam masakan atau makan secara mentah. Boleh juga tambah setengah sudu teh akar halia ni dalam satu cawan air mendidih dan kacau sampai betul-betul sebati. Minum sekurang-kurangnya sekali sehari.

Selain dari itu anda juga boleh buat paste akar halia ni dengan sedikit air dan tampal di kawasan yang terkena gout ni. Biarkan dalam setengah jam. Buat sehari sekali

Baking Soda


Salah satu faktor yang menyumbang kepada gout ni adalah peningkatan kepada asid urik dalam badan. Ia dapat membantu mengurangkan jumlah asid urik, seterusnya memberikan anda kelegaan daripada kesakitan..bukan setakat buat kuih/kek je.

Campurkan setengah sudu teh baking soda dalam segelas air dan minum. Minum 4x sehari sahaja. Teruskan sehingga 2 minggu.

Jika anda berusia lebih 60 tahun, jangan ambil lebih daripada 3kali dalam sehari. Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, boleh abaikan cara rawatan ini.

Lemon Juice


Adalah penting untuk mengalkalikan badan dan meneutralkan asid urik yang berlebihan dalam aliran darah. Ini boleh dilakukan dengan mudah dengan jus lemon segar dan baking soda. Cara ini boleh melegakan simptom gout.

Cherries


Cherry bersifat anti-oksidan. Cherry juga mempunyai anthocyanins yang boleh mengurangkan keradangan.

Bagi pesakit gout, makan 15-20 biji cherry sehari amat disyorkan. Untuk hasil yang lebih baik, makan pada awal pagi. Cherry yang fresh adalah paling baik. Selain itu anda juga boleh cuba minum segelas jus cherry yang diperkaya dengan beberapa ulas bawang putih dicincang setiap hari. Mesti sedap.

Epsom Salt


Garam Epsom ni memang banyak kelebihannya. Boleh juga digunakan untuk merawat demam, batuk dan selesema. Boleh juga dicuba untuk mengurangkan simptom gout.

Jumlah magnesium yang tinggi dalam epsom salt ini akan memperbaiki keadaan jantung dan menurunkan tekanan darah tinggi.

Untuk mandi, tambahkan 2 cawan epsom salt ini dalam air suam. Rendam badan anda dalam air ini sehingga air ni hampir kehilangan haba. Lakukan seminggu sekali. Sekiranya anda penghidap gout yang teruk, seminggu boleh sehingga 2-3 kali 

Pisang


Pisang juga amat berkesan untuk merawat gout. kandungan kalium yang tinggi dalam pisang akan membantu menukar kristal uric asid ni dalam bentuk cecair yang akan dibuang melalui urine semasa buang air kecil.

Pisang juga mengandungi jumlah vitamin C yang sederhana dan sangat berkesan dalam menguruskan bengkak dan kesakitan. Hanya makan 1-2biji pisang sehari, insyaAllah dapat membantu.


Epal


Pakar mencadangkan makan epal sebelum setiap hidangan. Malic acid yang ada dalam buah epal ini akan membantu meneutralkan asid uric dalam badan dan seterusnya mengurangkan kesakitan dan keradangan akibat gout.

Activated Charcoal


Arang batu yang diaktifkan ni terkenal untuk menyerap asid uric, oleh itu ia boleh digunakan dengan selamat untuk merawat gout. Penghidap gout digalakkan mandi arang ni 1-3 kali seminggu.

Campurkan satu setengah cawan serbuk arang dengan air sehingga membentuk paste. Letakkan paste ke dalam tab dan tambahkan lebih banyak air. Rendamkan bahagian badan yang sakit sekurang-kurangnya setengah jam.

Cara ini sangat sesuai untuk penghidap gout pada buku lali atau kaki yang besar
untuk bahagian badan yang lain, boleh terus letakkan paste tadi direct ke tempat sakit. Biarkan sehingga setengah jam dan bilas dengan air suam

Cold Water

Letakkan kawasan yang sakit dengan air sejuk dapat mengurangkan bengkak serta kesakitan. Apabila terkena gout JANGAN letak ais secara direct pada kulit, ia boleh merosakkan kulit dan membuatkan gout anda bertambah teruk.

Rendamkan radang, sendi bengkak dalam air sejuk selama 10-15 min. Ulangi sebanyak beberapa kali sehari. Anda boleh gunakan ais pack selama kira-kira 15 minit tapi sebelum tu balut dalam tuala sebelum letakkan di tempat yang sakit. Lakukan 2kali sehari. Elakkan penggunaan ais pack ini secara berlebihan sebab ia boleh membawa kepada penghabluran asid urik.

Jadi sekiranya anda penghidap gout, boleh la cuba lakukan rawatan semulajadi ini selain rawatan dan langkah pencegahan yang telah pun di kupaskan sebelum ini. 

Boleh juga diambil sekali dengan supplement SET GOUT kerana telah terbukti membantu mengurangkan serangan sekaligus menyembuhkan GOUT.



๐ŸŒน Your Trusted SID ๐ŸŒน
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI

POPULAR POSTS

Follow Me