Friday, September 23, 2016

# GANGGUAN SARAF # PARKINSON

RAWATAN TERBAIK UNTUK PARKINSON

Misteri pula penyakit Parkinson ni kan? Sehingga kini masih tiada rawatan khusus dan ubat-ubatan bagi menyembuhkan penyakit ini tau. Bila dah hadam betul2 mengenai Apa itu Parkinson, baru la tahu mcm mana penyakit ini. Walaupun Punca Penyakit ini masih samar-samar dan banyak pula teori sana sini, kita seharusnya sentiasa beringat dan berwaspada akan Simptom/gejala yang berlaku kepada pesakit parkinson ini.

Kalau melibatkan ahli keluarga kita, lagi la kita perlu tahu serba sedikit sebanyak mengenai penyakit ni dan cara untuk berhadapan dengan pesakit kan. Nak juga tahu apakah rawatan yang sesuai utk penyakit ini kan. 



Ada 2 bentuk rawatan yang dikenalpasti:

1. Rawatan Am / bukan ubat-ubatanPengendalian penyakit ini melibatkan kepakaran dari pelbagai bidang seperti:
  • DoktorJururawat
  • Jurupulih anggota
  • Jurupulih bahasa dan pertuturan
  • Pakar psikologi/psiakatri
  • Pegawai farmasi
  • Pegawai kebajikan perubatan
  • Ia juga melibatkan pendidikan pesakit dan keluarga, perkhidmatan kumpulan sokongan dan amalan cara hidup sihat (senaman dan pemakanan)
  • Latihan fisioterapi (menguatkan otot dan melicinkan pergerakan badan). 
  • Kaunseling dan sokongan keluarga perlu untuk mengelakkan pesakit tertekan.

2. Rawatan Khusus / ubat-ubatan
Sehingga kini masih tiada rawatan untuk Penyakit Parkinson. Ubat-ubatan (dan pembedahan untuk kes tertentu) hanya boleh melegakan simptom.
  • Ubat seperti madopar atau sinemet perlu diambil sebaik penyakit dikesan.
  • Pembedahan rangsangan otak dalaman dan Pembedahan otak pallidotomy (kedua-dua pembedahan hanya dibenarkan selepas ubat tidak berkesan)

Pembedahan rangsangan otak dalaman, iaitu penanaman bateri khas di bawah kulit dada, bertujuan memberi rangsangan kepada otak melalui elektrod halus yang disambungkan ke dua bahagian di otak, iaitu subthalamic nucleus (STN) atau globus pallidus interna (GPI) yang terlalu aktif hingga mendatangkan kesan menggeletar. Aliran elektrik pada satu atau kedua-dua bahagian ini akan membantu menyembuhkan pesakit daripada gejala secara serta-merta. 

Pembedahan otak pallidotomy pula membabitkan sinaran thermal (haba) yang akan mengurangkan keaktifan globus pallidus interna (GPI). Bagaimanapun, hanya pesakit yang tenat (sekurang-kurangnya 10 tahun menghidapi penyakit) dibenarkan menjalani pembedahan kerana mereka berdepan risiko lumpuh, kejang otot, kebas, buta dan suara menjadi garau selepas pembedahan.




Secara amnya, pembedahan otak hanya perlu jika pesakit masih tidak mampu berjalan sendiri, walaupun menerima dos ubat yang sangat tinggi, yang biasanya berlaku setelah sekurang-kurangnya lima tahun, iaitu apabila penyakit sudah melarat. Pada peringkat ini, risiko pembedahan boleh diterima kerana ubat yang diambil tidak berkesan lagi.

Bagi pesakit yang memerlukan rawatan untuk gangguan psikiatrik pula, doktor akan memberi ubat antidepresi. Malah, terdapat sejenis ubat baru iaitu pramipexole yang terbukti mampu memperbaiki kedua-dua simptom motor dan depresi yang dialami pesakit Parkinson.

Warga tua, laki dan perempuan berumur melebihi 60 tahun mempunyai risiko sama untuk mendapat Parkinson dengan nisbah dua kes bagi 1,000 penduduk, dan dianggarkan terdapat sekitar 10,000 rakyat Malaysia menghidapinya.

Kajian mendapati kira-kira lima peratus pesakit mula diserang Parkinson sebelum mencecah umur 40 tahun. Malah, dianggarkan jumlah pesakit melonjak dalam tempoh 10 tahun berdasarkan jangka hayat penduduk yang semakin panjang.

Sehingga kini penawar Parkinson belum ditemui. Ubat di pasaran hanya mampu mengawal dan meredakan gejala penyakit. Keadaan pesakit akan bertambah berat dari setahun ke setahun, walaupun setelah mendapat rawatan. Selepas lima tahun, pergerakan pesakit semakin perlahan dan sukar.

Ini menyebabkan ramai pesakit hilang harapan untuk hidup, sedih dan tertekan. Sungguhpun begitu, mereka tetap perlu mengambil ubat. Keberkesanan ubat biasanya berkurangan selepas lima tahun.

Masih lagi tiada ubat untuk mereka yang mengidap Parkinson.


credit:
majalahsains.com
wikipedia
Utusanonline
Medlineplus

🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me