Saturday, September 24, 2016

# GANGGUAN SARAF # PARKINSON

MAKANAN BERKHASIAT UNTUK PESAKIT PARKINSON

Penyakit Parkinson sehingga kini tiada ubat bagi memulihkan penyakit ini dari terus melarat. Rawatan untuk Penyakit Parkinson ini telah pun kita ketahui dan Simptom-simptom penyakit ini juga telah dikenalpasti. 



Bagi pesakit Parkinson mereka sememangnya masih dilihat seperti manusia normal yang lain dan penyakit menyerang sekiranya mereka terlambat untuk mengambil ubat ataupun keadaan mereka sudah semakin kronik.

Mereka juga seperti kita manusia normal yang bebas memilih makanan yang diinginkan tetapi ada beberapa jenis makanan perlu mereka elakkan. Ini adalah untuk mempercepatkan proses pemulihan dan penyakit tidak bertambah parah.



Antara makanan yang perlu pesakit parkinson elakkan. Antaranya:
  • Makanan yang mengandung gula tinggi seperti Aiskrim, yogurt, produk susu, dll.
  • Makanan yang mengandung bahan pengawet dan lemak haiwan
  • Junk food
  • Kafien, Akohol dan minuman bersoda 
  • Makanan lain yang tidak sihat
  • Produk tenusu juga dikatakan penyebab simptom ini terjadi

Seperti yang kita tahu Punca penyakit Parkinson salah satunya adalah kemorosotan dalam Dopamine dan ini menjadi salah satu sebab pesakit kehilangan motivasi dan seringkali mengalami gangguan. Salah satu cara terbaik adalah dengan mengambil makanan yang boleh meningkatkan dopamine dalam diet harian.

Makanan yang Disarankan

1. Buah-buahan 

  • Pisang 
  • Bluberi
  • Strawberi
  • Plum 

2. Makanan Kaya Antioksidan

Seperti yang kita tahu, Antioksidan bertindak melindungi kerosakan akibat radikal bebas dan ianya penting dalam merawat gangguan neurologis seperti penyakit Parkinson. 
Antioksidan dapat memperbaiki kerosakan sel sekaligus ia dapat mengurangkan kerosakan hormon dopamine. Jadi, tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi antioksidan.
3. Makanan Kaya Vitamin B6
Kemorosotan Dopamine dikaitkan dengan kekurangan vitamin B6. Kajian menunjukkan vitamin B6 penting untuk peningkatan dopamine pada otak.
Sumber makanan yang terdiri daripada vitamin B6 seperti ikan tuna, pistachio, biji bunga matahari dan bayam.
4. Makanan Tinggi Folat
Kajian juga menunjukkan makanan tinggi folat juga dapat mempengaruhi sel-sel yang meningkatkan dopamine.
Kacang buncis, Asparagus, Bayam dan buah-buahan seperti jeruk dan mangga sangat2 bermanfaat.
5. Omega 3
Omega-3 sememangnya terkenal sebagai makanan anti radang. Omega 3 memiliki kesan anti-inflamasi yang membantu untuk menentang keradangan.
Makanan yang kaya dengan omega-3 dapat membantu melawan inflamasi dan keradangan sekaligus membantu pesakit.
6. Makanan Tinggi Magnesium
Kekurangan magnesium juga dapat menurunkan kadar dopamine. Magnesium dikaitkan dengan cramp dan kekejangan. Gerakan otot tanpa sedar dan menggeletar merupakan simptom parkinson.
7. Teh Hijau
Teh hijau merupakan sumber polifenol dan suatu jenis antioksidan kuat sekaligus dapat mengurangkan kerosakan radikal bebas pada sel otak. Keadaan ini menyumbang kepada peningkatan dopamine.
Sememangnya, pesakit parkinson sangat2 memerlukan pola pemakanan yang berkhasiat yang sekaligus mampu mengawal fungsi dopamine dari terus mengalami kemorosotan. Dalam entry akan datang, saya akan kongsikan Suplimen untuk Penyakit Parkinson.

credit:
majalahsains.com
wikipedia

🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan



No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me