Sunday, September 18, 2016

# LECITHIN # PRODUK

LECITHIN UNTUK KURUSKAN BADAN

Kebanyakkan wanita dan kurus memang tidak dapat dipisahkan. Ada yg dah selim melim pun nak selim lagi..hihi

Slim/Diet/kurus...haaa..benda yg sama je kan. Akak perkenalkan adik2 semua dengan Lecithin Shaklee.


Lecithin boleh ditemui dalam semua jenis haiwan dan juga tumbuhan seperti kacang soya, kekacang, kuning telur, kubis dan kacang hijau dll.

Keistimewaan lecithin adalah merupakan komponen utama membran sel dan membantu dalam mengawal aliran nutrien dalam sel-sel tubuh kerana soya lecithin mengandungi sumber utama kolina. Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neutransmitter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan juga sistem saraf. 

National Academy of Sciences Canada telah membuktikan bahawa kolina amat penting dalam diet manusia kerana kolina menyokong fungsi otak, hati, jantung dan kesihatan yang reproduktif.

Lecithin Sumber Kolina Semulajadi
Lecithin adalah lipid yang terdiri daripada kolina dan inositol. Kolina adalah nutrien penting yang dapat membantu fungsi normal sel-sel badan, metabolisma hati, otak dan fungsi saraf serta membantu mengangkut nutrien melalui badan. 

Inositol atau lebih dikenali sebagai Vitamin Bh adalah bahan asas membran sel dan diperlukan untuk fungsi yang betul bagi saraf, otak dan otok dalam badan serta membantu sel-sel berkomunikasi antara satu sama lain supaya badan berfungsi dengan baik dan memberikan tahap kesihatan yang bagus.

Perbezaan Lecithin Shaklee
Lecithin yang dirumus oleh Shaklee diekstrak dari kacang soya organik bukan-GMO. 

Setiap kapsul lecithin mengandungi 520mg soya lecithin termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilakn acetylkolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.

16 Manfaat Lecithin Shaklee
Lecithin memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh yang dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan badan.

1. Sangat terkenal dalam membantu menurunkan berat badan dan pelansingan badan di mana lecithin membantu menghalang tubuh daripada menghadapi masalah obesiti. Pengambilan supplement lecithin dalam kuantiti yang banyak iaitu maksimum 6 biji sehari dapat mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelansingan yang seimbang.

2. Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah, membantu mengemulsi dan memetabolismakan lemak, menurunkan kolestrol dan trigliserid dalam tubuh.

3. Membantu tubuh menyerap vitamin A, D, E dan K yang bersifat larut lemak dengan lebih berkesan.

4. Menjaga kesihatan hati dengan menghalang enapan lemak pada hati, sirosis hati dan mencegah hati berlemak serta membantumemulihkan kesihatan hati bagi orang yang menghadapi masalah kesihatan hati.

5. Soya lecithin membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit dan menjadikan kulit lebih cantik dan gebu, mengaktifkan metabolisma sel dan seterusnya membantu melambatkan proses penuaan. Juga bagus untuk mencegah eczema

6. Antara manfaat lecithin juga adalah dapat menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung dalam salur darah yang boleh menyebabkan alergi pada tubuh seperti penyakit kulit dan menjadi punca kepada dermatitis dan demam alergi. Jadi, secara tidak langsung lecithin juga berupaya membantu menangani masalah alergi pada tubuh.

7. Soya lecithin mengelmulsi kolestrol berlebihan yang menjadi punca kepada 90% kes batu karang dan dapat menyekat kejadian batu karang.

8. Kolina yang terdapat dalam soya lecithin membentuk penghantar saraf kranial yangmempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang penyakit nyanyuk dan juga meringankan stress. Wanita hamil disyorkan mengambil lecithin dalam jumlah yang secukupnya untuk menggalakan tumbesaran sihat janin.

9. Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan cara menghalang pengerasanarteri atau penebalan pada pembuluh arteri (arteriosklerosis)dan menggalakan peredaran darah.

10. Pengambilan supplement lecithin sebanyak 6 biji sehari turut memperbaiki masalah prostat dan urethra lelaki

11. Soya lecithin juga bermanfaat dalammeringankan masalah sembelit kerana lecithin membantu melembabkan usu dan meleraikan toksin dalam usus yang menjadi penyebab sembelit.

12. Lecithin juga berguna untuk kesihatan rambut dimana khasiat lecithin menjadikan rambut lebih sihat, kuat dan berkilat.

13. Bukan sebagai ejen pelansingan sahaja tetapi juga membantu mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala-gejala menopous.

14. Lecithin berperanan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari ke dalam sel-sel badan dengan lebih berkesan kerana kekurangan kolina yang terdapat dalam lecithin merupakan antara penyebab memberan sel mengeras dan menyukarkan proses penyerapan zat-zat penting. Banyak faktor yang mendorong kepada pengerasan sel terutamanya bahan-bahan kimia dari persekitaran yang tercemar, bahan-bahan logam yang diserap oleh tubuh yang terdapat pada makanan harian, penambah perasa makanan, bahan racun serangga dll.

15. Soya lecithin membantu membina sistem imunisasi yang kuat dengan menyalut sel darah merah dalam tubuh dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Struktur lecithin juga dapat melindungi sel-sel tubuh dari teroksida

16. Lecithin juga berfungsi untuk mengeluarkan "clogged duct" yang menyebabkan puting 'nipple' tersumbat. Pengambilan setiap hari secara tidak langsung dapat mencuci "clogged duct" dan seterusnya melancarkan pengeluaran susu ibu. Sesiapa yang menghadapi masalah puting tersumbat bak kata orang tua-tua boleh gunakan lecithin. Kiranya dapat turunkan berat badan, kulit cantik, rambut cantik berkilat, masalah lupa lepas bersalin pun dapat diatasi.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Lecithin bukan sahaja untuk berDiet tp banyak manfaatnya utk kita. Ingin dapatkan lecithin dan Tips Kurus dan Langsing?..jgn lupa contact akak yer..

Fiza | 012 4513311

No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me