Thursday, September 1, 2016

# SET KULIT CANTIK # Tips Kecantikan

7 TIPS KULIT SIHAT MENAWAN

7 TIPS KULIT SIHAT MENAWAN

Kulit yang cantik memang menjadi idaman semua wanita terutamanya. Mesti ada yang rasa tendah diri apabila kulit wajah kusam kan. Akak juga pernah alami sehingga mmg tak nak langsung nak bergambar sebab tak nak tgk muka sendiri...hihi



Apa2 pun..kita sebagai wanita seboleh2nya jangan biarkan masalah kulit ni berterusan ya, jika tidak dijaga dari dalam dan dari luar, memang akan jadi lebih teruk.


Jom amalkan beberapa tips semulajadi. Semoga bermanfaat untuk kita bersama.

1. Sentiasa Memakai Pelindung UV
Apa pun jenamanya..sentiasa la pakaikrim UV untuk kulit yang lebih sihat.

Mengikut pakar kecantikan di SPA, mereka menyarankan untuk memakai pelindung UV jika kita keluar rumah. Tidak kiralah kita bekerja di bawah panas terik atau di dalam ofis.

2. Jaga Makan
Banyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan harian.

Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan berlemak tinggi. Makanlah makanan yang bernutrisi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar untuk menghilangkan kulit muka yang kusam dan kering.

3. Pakai Masker
Rajin-rajinkanlah diri untuk memakai masker. Disarankan memakai masker sekurang-kurangnya 2-3x seminggu untuk mengekalkan kelembapan kulit muka. Jika anda rajin, boleh gunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda sahaja seperti tomato, yogurt, lemon dan putih telur. Tak perlu keluarkan duit lebih kan? Atau boleh juga dapatkan MASKER SIAP di kedai-kedai seperti Watson, Guardian, Aeon atau mana-mana kedai lagi. Memang banyak dijual di pasaran.

Boleh juga guna masker yg mudah ni di RAHSIA AWEK MUDA.

4. Pakai Pelembab Muka Sebelum Tidur
Memakai krim malam sangat penting untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah. Pakailah pelembab muka sebelum tidur supaya lembab dan tidak kusam.

5. Hindari Stress
Kawal stress supaya tidak mempengaruhi kecantikan kulit. Telan jer vitamin anti stress senang..hihi

Elakkan stress kerana stress boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam. Rehatkan minda dengan melakukan aktiviti riadah atau berehat santai untuk mengelakkan stress. Di zaman ini memang normal jika kita stress tetapi cara kita kawal dan kurangkan stress itu adalah paling penting.

6. Minum Air Yang Banyak
Ingat ni! Jika berat 25kg = 1liter air. So jika berat kita dalam 50kg..paling2 kurang 2liter sehari. Di sarankan minum lah lebih air na

7. Amalkan Suplimen
Penting sangat suplimen utk kekalkan wajah dan kulit yang sihat. Nak cuba SET KULIT CANTIK pun boleh jer..😃😃

Ok..itu sahaja tips dari akak comel ni...hihi
Perasan comel la...😆😆

No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me