Wednesday, September 21, 2016

# GANGGUAN SARAF # PARKINSON

4 SIMPTOM AWAL DIKENALPASTI BAGI PESAKIT PARKINSON

Sambungan daripada 2 entry yang lepas mengenai Penyakit Parkinson. Apa itu Penyakit Parkinson kita dah tahu. Punca / Penyebab berlakunya penyakit ini pun kita dah tahu. Walaupun punca sebenar masih samar-samar dan terlalu banyak teori yang berkait dengan penyakit ini, kita semestinya berwaspada kan..



Empat simptom/gejala awal adalah seperti berikut:

1. Tremor iaitu menggigil pada tangan, lengan, kaki, rahang dan muka.

2. Rigiditi iaitu kaku ataupun kejang pada anggota dan belakang.

3. Bradikinesia iaitu pergerakan yang perlahan.

4. Postural instabiliti iaitu kemerosotan keseimbangan dan koordinasi badan.

Dengan adanya simptom/gejala tersebut, pesakit mungkin susah berjalan, bercakap ataupun melakukan kerja-kerja yang mudah.



Penyakit ini merupakan penyakit yang kronik di mana ia berlaku bagi jangka masa yang lama, dan progresif iaitu gejalanya bertambah teruk sepanjang masa. Ianya bukanlah penyakit berjangkit yang perlu kita risaukan. Tetapi apabila berhadapan dengan pesakit ini, sewajarnya kita perlu tahu apa yang perlu dilakukan.



Simptom lain yang dikenalpasti:
✅ Masalah pergerakan tidak normal (dyskinesia)
✅ Kepala, tangan dan kaki bergoyang seperti menari
✅ Serangan bermula pada sebelah badan
✅ Penyakit bertambah buruk jika pesakit mengalami tekanan perasaan
✅ Tekanan darah akan lebih tinggi
✅ Akan menjadi lebih parah jika dalam emosional

Gejala Parkinson boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu masalah pergerakan badan dan dyskinesia (pergerakan tidak normal misalnya kepala, tangan atau kaki bergoyang seperti menari).

Pengambilan ubat seperti madopar dan sinemet bukan saja penting bagi mengawal gejala menggeletar, bahkan mampu memberikan kualiti kehidupan lebih baik kepada pesakit untuk menjalani rutin harian.


Simptom yang serius hanya menyerang apabila pesakit terlewat mengambil ubat dalam masa yang telah diarahkan, misalnya setiap tiga jam. Jika itu berlaku, keseluruhan badan pesakit akan menggeletar (kadangkala menggeletar yang terlampau) serta tidak dapat bercakap dan bergerak dengan sempurna.


Pesakit yang tidak mendapatkan rawatan lebih cepat menemui ajal kerana komplikasi lain, termasuk mudah diserang penyakit lain seperti jangkitan paru-paru atau terjatuh akibat tiada keseimbangan badan.

Simptom awal mungkin tidak jelas. Apabila penyakit bertambah serius simptom ini akan mempengaruhi aktiviti kehidupan harian. Setakat ini tiada pemeriksaan makmal untuk diagnosis penyakit ini.


Sekarang dah faham kan bagaimana penyakit ini terjadi dan simptom-simptomnya. Jika terdapat ahli keluarga atau sahabat kita yang mempunyai simptom di atas, mereka perlu dibantu dengan cepat.

Bagaimana pula dengan Rawatan untuk pesakit ini? Tunggu next entry yer..akak dah ngantuk ni...😆😆

credit:
majalahsains.com
wikipedia

🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan




No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me