Thursday, September 29, 2016

TESTIMONI PESAKIT PARKINSON II

Entry sebelum ini ada saya kongsikan beberapa testimoni pengguna Vivix di Malaysia dan Singapore. Dalam entry ini terdapat beberapa testimoni dari luar yang menggunakan VIVIX.





Testimoni 1:

INHERENT ESSENTIAL TREMORS:



I am 72 years old and have had essential tremors since my early 30’s. The shaking and tremors became so bad that I had to quit my job as a lab technician in 1989. When in high school I could type 60 words a minute. For the past 15 years in order to type, I had to hold my right index finger with my left hand and type one key at a time. At times, the tremors were so pronounced that I had difficulty eating and drinking, but I made a really good “tossed salad”.


I have faithfully used Shaklee supplements since November of 1998 and added the Vitalizer when it was introduced. I also take CoQHeart twice daily along with B-Complex. There was very little improvement. I started taking VIVIX on August 23. In a week and a half, I noticed the tremors/shaking had lessened. Now, at THREE WEEKS of VIVIX, my tremors/shaking are

minimal! I have to learn to use my hands again—I have to learn to type again with all my fingers!!!

I was hoping a change would occur in two to three months on VIVIX, but NEVER expected these results in

three weeks.
Anne Campbell


Testimoni 2:

Juga bagaimana Bob sembuh dari Parkinson. 


Testimoni 3:

Bobbi’s Dad Gets A New Lease on Life


Testimoni 4:


March 2011

Below is a story about my husband and his experience to date on Vivix, Shaklee's cellular anti-aging tonic. He has been on Shaklee supplements since 2001, but we have seen the most change since starting Vivix August 2008. The improvements became noticeable within 2 months.

Before Vivix, our goal was to keep him as healthy as possible so his body only needed to deal with Parkinson's. Since Vivix, our goal has changed to repairing his DNA, reducing his symptoms and his medications; then use his personal experience to help others. I often reflect on why God put Shaklee in my path – and it’s times like this when I hear the answer.

Chuck is 80, I am 60; we’ve been married 26 years, have a blended family of 6 children and 16
grandchildren. He is my partner and the love of my life.

In 2003 Chuck was diagnosed with Parkinson’s Disease – a progressive neurological disorder with no
known cure. When you hear Parkinson’s you may think of Michael J. Fox, or the former Pope, who lived with Parkinson’s for many, many years. Chuck has a very positive attitude about his PD, he figures something would eventually get him, and it could be worse.
  • dementia
  • tremors in the hands and legs
  • impaired large and small muscle dexterity
  • slow walk, eventually becoming a shuffle
  • speech problems
  • hunched posture
  • drooling
balance and coordination issues facial ‘mask’ – people with PD begin to lose their expression, have a quiet dullness about them, or as I refer to it, their lights go out

At Shaklee’s 2008 International Conference, when Vivix, our new cellular anti-aging tonic, was
announced, Dr. Jamie McManus, Director of Health Sciences at Shaklee, said people with diabetes, arthritis, heart disease and neurological diseases would have the most results. Well, you can imagine my cheer at that news!

Chuck began taking Vivix immediately and has been faithful with it every day since.

When asked how he feels today, he says he feels better but not sure exactly how. My report is that improvement has been happening continuously - and it is these things in life that mean the most! He’s
back to:
  • laughing, smiling and making jokes
  • our Chiropractor says his body is more flexible
  • participating in group conversations 
  • singing silly songs
  • we’ve been dancing again
  • he’s more engaged in life
  • the dementia that had set in has left
  • and best of all – when you look into his eyes, his lights are back on!
Is Vivix making a difference in Chuck’s health and in our life together? You bet it is! Some people say Vivix is expensive. I say Vivix is priceless.

Terlalu banyak koleksi testimoni luar negara yang mengamalkan Vivix Shaklee ni dan ini hanya sebahagian yang dapat saya kongsikan untuk anda semua.

PREVENT IS BETTER THAN CURE


🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan




Monday, September 26, 2016

TESTIMONI PESAKIT PARKINSON


Masih tiada ubat sebagai penawar kepada penyakit parkinson. Kemorosotan dopamine boleh dikurangkan dengan pengambilan makanan berkhasiat dan juga pengambilan suplemen yang sesuai.



Vivix sememannya suplement yang kaya Antioksidan dan kandungannya adalah 10x ganda hebat dari Resveratrol. Berikut beberapa testimoni pesakit parkinson. Ikuti kisah mereka yang berjaya melawan penyakit ini.



Testimoni: Tidak menggeletar lagi



Testimoni Vivix dari Singapore

Sebelum minum VIVIX
  • Muka pucat
  • Susah buang air besar
  • Buang air kecil tak lawas
  • Pergerakan susah (perlukan pertolongan)
  • Posisi badan senget (bahu kelihatan senget sebelah
  • Pemikiran agak lambat untuk buat sesuatu tindakan
  • Kurang selera makan
  • Sangat sensitif
  • Cepat penat dan bosan
  • Keadaan diri sungguh lemah

Selepas minum VIVIX
  • Muka kelihatan segar
  • Buang air besar teratur
  • Buang air kecil lawas
  • Pergerakan nampak lebih pantas (dapat melakukan solat dengan sempurna, buat sesuatu tanpa pertolongan) tetap tetap dalam perhatian
  • Posisi badan kembali normal dalam 70% ke 80% berbanding sebelum
  • Pemikiran nampak stabil
  • Selera makan semakin baik (berat badan naik)
  • Boleh terima teguran/pandangan (tidak sensitif)
  • Rajin lakukan senaman
  • Keadaan diri lebih cergas 75% ke 80%

Alhamdulillah..


Testimoni Kebas tangan dan sakit di betis


Bagaimana Vivix sebagai suplemen terbaik untuk penyakit parkinson ada saya kupaskan di dalam entry sebelumnya. Walaupun tiada ubat, alhamdulillah mereka yang mencuba dapat kurangkan simptom parkinson dan dapat jalani hidup yang lebih normal.

Malah, ada simptom yang terus hilang!

Sekiranya anda atau orang tersayang, terutamanya ibu bapa mempunyai tanda-tanda parkinson di bawah, jangan tunggu hingga semakin terlambat. Pengambilan Vivix sangat2 dicadangkan.


🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan




Sunday, September 25, 2016

VIVIX SUPLEMEN TERBAIK MEMBANTU MERAWAT PENYAKIT PARKINSON

VIVIX SHAKLEE SUPLEMENT TERBAIK MEMBANTU MERAWAT PENYAKIT PARKINSON

Alhamdulillah..dah masuk entry ke6 mengenai Penyakit Parkinson telah saya kongsikan. Dalam entry yang sebelum ini sudahpun kita tahu sememangnya tiada penawar untuk menyembuhkan penyakit ini. 

Rawatan terbaik hanyalah ubat bagi melegakan simptom manakala pembedahan hanya boleh untuk kes-kes tertentu sahaja. Kemerosotan fungsi otak tetap akan berlaku, mungkin lebih pantas dengan tekanan dari persekitaran.

Shaklee mempunyai Vitamin yang membantu merawat sekaligus dapat membentuk sel-sel baru yang membolehkan pengidap mempunyai peluang yang besar untuk pulih. 

Untuk membantu memperbaiki fungsi sel otak dan juga melambatkan kemerosotan kesihatan, pengambilan makanan berkhasiat sangat penting untuk pengidapnya manakala pengambilan suplimen tertentu boleh membantu.

Bagaimana nutrisi dan suplemen dapat membantu pesakit parkinson?

Neurotransmitter dopamine adalah berasal daripada asid amino. Setiap kali kita makan makanan yang kaya dengan protein, badan akan membahagikan asid amino ini kepada 2 jenis. 
  1. 2 asid amino (L-fenilalanina dan L-tyrosine) ditukarkan kepada L-Dopa, yang kemudiannya ditukar menjadi dopamine di dalam otak.
  2. Vitamin dan mineral diperlukan untuk setiap peringkat proses penukaran ini, jadi kekurangan vitamin dan mineral boleh mengurangkan pengeluaran dopamine.
Menyokong pengeluaran dopamine dengan memastikan prekursor yang mencukupi (asid amino) dan faktor bersama (vitamin dan mineral).

Gandingan perubatan moden dan suplemen dapat membantu meningkatkan keberkesanan dan mengurangkan kesan sampingan. Juga membantu mengurangkan gejala morbiditi seperti sembelit, kemurungan, keletihan, dan insomnia.

Bagaimana VIVIX Shaklee bertindak?



Vivix merupakan Minuman botani terhebat yang membantu memperbaiki sel dari peringkat DNA dan mengelakkan sel-sel rosak dari terus di"duplicate" dan menyebabkan penyakit makin teruk.

Vivix Shaklee dengan kandungan resveratrol mampu memberikan sinar baru kepada pesakit Parkinson.

Beberapa kajian tentang kemampuan resveratrol dalam membantu pesakit Parkinson telah dijalankan dan di antaranya ialah kajian yang dijalankan oleh Penyelidik Iowa State University dan telah dikeluarkan di FASEB Journal.



Resveratrol merupakan bahan utama di dalam Vivix. Vivix merupakan satu-satunya suplemen yang membantu merawat hingga ke tahap DNA. Vivix membantu merawat dengan 4 mekanisma/cara vivix bertindak, yang mana telah pun saya kongsikan pada entri yang lepas.


Sokongan ahli keluarga juga amat penting agar pesakit dapat melalui keadaan ini dengan hati yang tenang dan terbuka. Ini kerana gangguan emosi dan tekanan mampu membuatkan penyakit ini bertambah teruk.

Selain Vivix, terdapat juga vitamin sampingan lain yang sesuai untuk disyorkan kepada pesakit Parkinson ini. Walaubagaimana pun, Vivix semestinya menjadi pilihan utama disebabkan ianya mudah untuk diambil terutamanya warga tua. Hanya 1 atau 2 sudu sehari..mudah kan.😃

Pada entry betikutnya, saya akan kongsikan beberapa testimoni Pesakit Parkinson yang berjaya sembuh atau dapat mengurangkan simptom/gelaja penyakit.




🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan





Saturday, September 24, 2016

MAKANAN BERKHASIAT UNTUK PESAKIT PARKINSON

Penyakit Parkinson sehingga kini tiada ubat bagi memulihkan penyakit ini dari terus melarat. Rawatan untuk Penyakit Parkinson ini telah pun kita ketahui dan Simptom-simptom penyakit ini juga telah dikenalpasti. 



Bagi pesakit Parkinson mereka sememangnya masih dilihat seperti manusia normal yang lain dan penyakit menyerang sekiranya mereka terlambat untuk mengambil ubat ataupun keadaan mereka sudah semakin kronik.

Mereka juga seperti kita manusia normal yang bebas memilih makanan yang diinginkan tetapi ada beberapa jenis makanan perlu mereka elakkan. Ini adalah untuk mempercepatkan proses pemulihan dan penyakit tidak bertambah parah.



Antara makanan yang perlu pesakit parkinson elakkan. Antaranya:
  • Makanan yang mengandung gula tinggi seperti Aiskrim, yogurt, produk susu, dll.
  • Makanan yang mengandung bahan pengawet dan lemak haiwan
  • Junk food
  • Kafien, Akohol dan minuman bersoda 
  • Makanan lain yang tidak sihat
  • Produk tenusu juga dikatakan penyebab simptom ini terjadi

Seperti yang kita tahu Punca penyakit Parkinson salah satunya adalah kemorosotan dalam Dopamine dan ini menjadi salah satu sebab pesakit kehilangan motivasi dan seringkali mengalami gangguan. Salah satu cara terbaik adalah dengan mengambil makanan yang boleh meningkatkan dopamine dalam diet harian.

Makanan yang Disarankan

1. Buah-buahan 

  • Pisang 
  • Bluberi
  • Strawberi
  • Plum 

2. Makanan Kaya Antioksidan

Seperti yang kita tahu, Antioksidan bertindak melindungi kerosakan akibat radikal bebas dan ianya penting dalam merawat gangguan neurologis seperti penyakit Parkinson. 
Antioksidan dapat memperbaiki kerosakan sel sekaligus ia dapat mengurangkan kerosakan hormon dopamine. Jadi, tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi antioksidan.
3. Makanan Kaya Vitamin B6
Kemorosotan Dopamine dikaitkan dengan kekurangan vitamin B6. Kajian menunjukkan vitamin B6 penting untuk peningkatan dopamine pada otak.
Sumber makanan yang terdiri daripada vitamin B6 seperti ikan tuna, pistachio, biji bunga matahari dan bayam.
4. Makanan Tinggi Folat
Kajian juga menunjukkan makanan tinggi folat juga dapat mempengaruhi sel-sel yang meningkatkan dopamine.
Kacang buncis, Asparagus, Bayam dan buah-buahan seperti jeruk dan mangga sangat2 bermanfaat.
5. Omega 3
Omega-3 sememangnya terkenal sebagai makanan anti radang. Omega 3 memiliki kesan anti-inflamasi yang membantu untuk menentang keradangan.
Makanan yang kaya dengan omega-3 dapat membantu melawan inflamasi dan keradangan sekaligus membantu pesakit.
6. Makanan Tinggi Magnesium
Kekurangan magnesium juga dapat menurunkan kadar dopamine. Magnesium dikaitkan dengan cramp dan kekejangan. Gerakan otot tanpa sedar dan menggeletar merupakan simptom parkinson.
7. Teh Hijau
Teh hijau merupakan sumber polifenol dan suatu jenis antioksidan kuat sekaligus dapat mengurangkan kerosakan radikal bebas pada sel otak. Keadaan ini menyumbang kepada peningkatan dopamine.
Sememangnya, pesakit parkinson sangat2 memerlukan pola pemakanan yang berkhasiat yang sekaligus mampu mengawal fungsi dopamine dari terus mengalami kemorosotan. Dalam entry akan datang, saya akan kongsikan Suplimen untuk Penyakit Parkinson.

credit:
majalahsains.com
wikipedia

🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan



Friday, September 23, 2016

RAWATAN TERBAIK UNTUK PARKINSON

Misteri pula penyakit Parkinson ni kan? Sehingga kini masih tiada rawatan khusus dan ubat-ubatan bagi menyembuhkan penyakit ini tau. Bila dah hadam betul2 mengenai Apa itu Parkinson, baru la tahu mcm mana penyakit ini. Walaupun Punca Penyakit ini masih samar-samar dan banyak pula teori sana sini, kita seharusnya sentiasa beringat dan berwaspada akan Simptom/gejala yang berlaku kepada pesakit parkinson ini.

Kalau melibatkan ahli keluarga kita, lagi la kita perlu tahu serba sedikit sebanyak mengenai penyakit ni dan cara untuk berhadapan dengan pesakit kan. Nak juga tahu apakah rawatan yang sesuai utk penyakit ini kan. 



Ada 2 bentuk rawatan yang dikenalpasti:

1. Rawatan Am / bukan ubat-ubatanPengendalian penyakit ini melibatkan kepakaran dari pelbagai bidang seperti:
  • DoktorJururawat
  • Jurupulih anggota
  • Jurupulih bahasa dan pertuturan
  • Pakar psikologi/psiakatri
  • Pegawai farmasi
  • Pegawai kebajikan perubatan
  • Ia juga melibatkan pendidikan pesakit dan keluarga, perkhidmatan kumpulan sokongan dan amalan cara hidup sihat (senaman dan pemakanan)
  • Latihan fisioterapi (menguatkan otot dan melicinkan pergerakan badan). 
  • Kaunseling dan sokongan keluarga perlu untuk mengelakkan pesakit tertekan.

2. Rawatan Khusus / ubat-ubatan
Sehingga kini masih tiada rawatan untuk Penyakit Parkinson. Ubat-ubatan (dan pembedahan untuk kes tertentu) hanya boleh melegakan simptom.
  • Ubat seperti madopar atau sinemet perlu diambil sebaik penyakit dikesan.
  • Pembedahan rangsangan otak dalaman dan Pembedahan otak pallidotomy (kedua-dua pembedahan hanya dibenarkan selepas ubat tidak berkesan)

Pembedahan rangsangan otak dalaman, iaitu penanaman bateri khas di bawah kulit dada, bertujuan memberi rangsangan kepada otak melalui elektrod halus yang disambungkan ke dua bahagian di otak, iaitu subthalamic nucleus (STN) atau globus pallidus interna (GPI) yang terlalu aktif hingga mendatangkan kesan menggeletar. Aliran elektrik pada satu atau kedua-dua bahagian ini akan membantu menyembuhkan pesakit daripada gejala secara serta-merta. 

Pembedahan otak pallidotomy pula membabitkan sinaran thermal (haba) yang akan mengurangkan keaktifan globus pallidus interna (GPI). Bagaimanapun, hanya pesakit yang tenat (sekurang-kurangnya 10 tahun menghidapi penyakit) dibenarkan menjalani pembedahan kerana mereka berdepan risiko lumpuh, kejang otot, kebas, buta dan suara menjadi garau selepas pembedahan.




Secara amnya, pembedahan otak hanya perlu jika pesakit masih tidak mampu berjalan sendiri, walaupun menerima dos ubat yang sangat tinggi, yang biasanya berlaku setelah sekurang-kurangnya lima tahun, iaitu apabila penyakit sudah melarat. Pada peringkat ini, risiko pembedahan boleh diterima kerana ubat yang diambil tidak berkesan lagi.

Bagi pesakit yang memerlukan rawatan untuk gangguan psikiatrik pula, doktor akan memberi ubat antidepresi. Malah, terdapat sejenis ubat baru iaitu pramipexole yang terbukti mampu memperbaiki kedua-dua simptom motor dan depresi yang dialami pesakit Parkinson.

Warga tua, laki dan perempuan berumur melebihi 60 tahun mempunyai risiko sama untuk mendapat Parkinson dengan nisbah dua kes bagi 1,000 penduduk, dan dianggarkan terdapat sekitar 10,000 rakyat Malaysia menghidapinya.

Kajian mendapati kira-kira lima peratus pesakit mula diserang Parkinson sebelum mencecah umur 40 tahun. Malah, dianggarkan jumlah pesakit melonjak dalam tempoh 10 tahun berdasarkan jangka hayat penduduk yang semakin panjang.

Sehingga kini penawar Parkinson belum ditemui. Ubat di pasaran hanya mampu mengawal dan meredakan gejala penyakit. Keadaan pesakit akan bertambah berat dari setahun ke setahun, walaupun setelah mendapat rawatan. Selepas lima tahun, pergerakan pesakit semakin perlahan dan sukar.

Ini menyebabkan ramai pesakit hilang harapan untuk hidup, sedih dan tertekan. Sungguhpun begitu, mereka tetap perlu mengambil ubat. Keberkesanan ubat biasanya berkurangan selepas lima tahun.

Masih lagi tiada ubat untuk mereka yang mengidap Parkinson.


credit:
majalahsains.com
wikipedia
Utusanonline
Medlineplus

🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

Wednesday, September 21, 2016

4 SIMPTOM AWAL DIKENALPASTI BAGI PESAKIT PARKINSON

Sambungan daripada 2 entry yang lepas mengenai Penyakit Parkinson. Apa itu Penyakit Parkinson kita dah tahu. Punca / Penyebab berlakunya penyakit ini pun kita dah tahu. Walaupun punca sebenar masih samar-samar dan terlalu banyak teori yang berkait dengan penyakit ini, kita semestinya berwaspada kan..



Empat simptom/gejala awal adalah seperti berikut:

1. Tremor iaitu menggigil pada tangan, lengan, kaki, rahang dan muka.

2. Rigiditi iaitu kaku ataupun kejang pada anggota dan belakang.

3. Bradikinesia iaitu pergerakan yang perlahan.

4. Postural instabiliti iaitu kemerosotan keseimbangan dan koordinasi badan.

Dengan adanya simptom/gejala tersebut, pesakit mungkin susah berjalan, bercakap ataupun melakukan kerja-kerja yang mudah.



Penyakit ini merupakan penyakit yang kronik di mana ia berlaku bagi jangka masa yang lama, dan progresif iaitu gejalanya bertambah teruk sepanjang masa. Ianya bukanlah penyakit berjangkit yang perlu kita risaukan. Tetapi apabila berhadapan dengan pesakit ini, sewajarnya kita perlu tahu apa yang perlu dilakukan.



Simptom lain yang dikenalpasti:
✅ Masalah pergerakan tidak normal (dyskinesia)
✅ Kepala, tangan dan kaki bergoyang seperti menari
✅ Serangan bermula pada sebelah badan
✅ Penyakit bertambah buruk jika pesakit mengalami tekanan perasaan
✅ Tekanan darah akan lebih tinggi
✅ Akan menjadi lebih parah jika dalam emosional

Gejala Parkinson boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu masalah pergerakan badan dan dyskinesia (pergerakan tidak normal misalnya kepala, tangan atau kaki bergoyang seperti menari).

Pengambilan ubat seperti madopar dan sinemet bukan saja penting bagi mengawal gejala menggeletar, bahkan mampu memberikan kualiti kehidupan lebih baik kepada pesakit untuk menjalani rutin harian.


Simptom yang serius hanya menyerang apabila pesakit terlewat mengambil ubat dalam masa yang telah diarahkan, misalnya setiap tiga jam. Jika itu berlaku, keseluruhan badan pesakit akan menggeletar (kadangkala menggeletar yang terlampau) serta tidak dapat bercakap dan bergerak dengan sempurna.


Pesakit yang tidak mendapatkan rawatan lebih cepat menemui ajal kerana komplikasi lain, termasuk mudah diserang penyakit lain seperti jangkitan paru-paru atau terjatuh akibat tiada keseimbangan badan.

Simptom awal mungkin tidak jelas. Apabila penyakit bertambah serius simptom ini akan mempengaruhi aktiviti kehidupan harian. Setakat ini tiada pemeriksaan makmal untuk diagnosis penyakit ini.


Sekarang dah faham kan bagaimana penyakit ini terjadi dan simptom-simptomnya. Jika terdapat ahli keluarga atau sahabat kita yang mempunyai simptom di atas, mereka perlu dibantu dengan cepat.

Bagaimana pula dengan Rawatan untuk pesakit ini? Tunggu next entry yer..akak dah ngantuk ni...😆😆

credit:
majalahsains.com
wikipedia

🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan




PUNCA BERLAKUNYA PENYAKIT PARKINSON

Sebelum ini dah pun saya kongsikan apa itu Parkinson kan. Kita dah tahu serba sedikit mengenai penyakit Parkinson ni. Jadi..apa pula penyebab ataupun punca berlakunya penyakit ini.


Percaya atau tidak, punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui. Hanya pendapat Saintis dan Teori semata-mata. Antara punca yang dikenalpasti ialah:

1. Persekitaran Beracun / Alam sekitar
Seperti kita semua tahu Penyakit Parkinson disebabkan oleh kerosakan sel. Antara faktor yang boleh menyebabkan kerosakan sel adalah pendedahan melampau terhadap bahan-bahan merbahaya seperti racun rumput, racun serangga dan bahan kimia industri..perlu dielakkan tu. Sangat2 berbahaya jika terdedah.

Sesetengah saintis berpendapat bahawa penyakit Parkinson disebabkan oleh racun luaran ataupun dalaman yang merosakkan neuron dopaminergik. 

2. Genetik
Dipercayai, hampir 10 peratus kes, adalah berpunca dari keturunan, manakala 90 peratus pula, masih belum dikenal pasti. Ermmm..bahaya jugak kan sebab kita tak tahu punca dari mana.

Di dapati 15 hingga 20 peratus pesakit Parkinson mempunyai saudara mara yang mengalami gejala Parkinson seperti mengeletar (tremor). 

Gambar : Muhammad Ali dan Miachael J. Fox antara selebriti terkenal yang mengidap Penyakit Parkinson

3. Kerosakan Oksidatif
Tidak diketahui punca dan tahap umur berlakunya kemerosotan pengeluaran dopamin oleh neuron-neuron. Keadaan ini mempercepatkan lagi berlakunya Parkinson bagi sesetengah individu. Teori ini disokong oleh maklumat di mana kehilangan mekanisme pertahanan antioksidatif berkait dengan peningkatan umur.

4. Perkara-perkara yang bertentangan dapat mempercepatkan lagi kewujudan penyakit ini.

Kebanyakan para penyelidik mempercayai kombinasi empat mekanisme iaitu kerosakan oksidatif, persekitaran beracun, faktor genetik yang mudah terkena penyakit dan perkara-perkara yang bertentangan dapat mempercepatkan lagi kewujudan penyakit ini.

Penyakit Parkinson adalah penyakit yang berlaku pada peringkat pertengahan umur, biasanya melebihi 50 tahun dan secara keseluruhannya pada peringkat umur melebihi 60 tahun. Walaubagaimanapun, sesetengah pakar perubatan mengatakan, bahawa ramai kes Parkinson berlaku lebih awal dan 5 hingga 10 peratus daripada pesakit adalah di bawah umur 40 tahun.

PARKINSON terus menjadi satu penyakit misteri tanpa 
Kepastian punca dan penemuan penawarnya.

Faktor alam sekitar/persekitaran beracun dikatakan menjadi punca utama kemusnahan sel dopamine. Penyakit parkinson bukanlah gejala semulajadi pada orang tua dan pengidapnya masih boleh menikmati kesihatan yang baik jika mendapatkan rawatan. 

Penyakit Parkinson berlaku apabila sel yang menghasilkan sejenis bahan kimia dikenali sebagai dopamine mengalami gangguan atau rosak. Tanpa dopamine, tubuh badan kita tidak dapat memberikan tindak balas dan berfungsi dengan baik.




Pakar Neurologi dan Pakar Perunding Pusat Perubatan Pantai, 
Dr. Chew Nee Kong, kesedaran mengenai penyakit itu di kalangan rakyat Malaysia 
masih rendah sekali gus menyumbang kepada diagnosis lewat atau tidak lengkap.


Dr. Nee Kong yang juga antara sekumpulan kecil pakar Parkinson
 di Malaysia memberitahu:
"Parkinson merupakan salah satu daripada penyakit paling kurang
 diketahui di Malaysia dan tanggapan umum bahawa ia hanya menyerang
 golongan warga emas adalah salah.

"Usia, kaum dan jantina tidak menjadi penghalang kepada Parkinson 
untuk menyerang seseorang. Antara lima hingga 10 peratus daripada
 pesakit menunjukkan simptom-simptom sebelum usia 40 tahun.

Dr. Nee Kong menambah, pengesanan awal adalah penting bagi 
memastikan pesakit menerima terapi secukupnya bagi menyekat 
Penyakit itu daripada terus merebak.

Teori lain pula mengatakan bahawa penyakit Parkinson dapat berlaku pada bila-bila masa.

PESAKIT Parkinson masih boleh melakukan pelbagai 
aktiviti walaupun dalam pergerakan terhad.

Macam mana kita nak tahu simptom-simptom Parkinson ni selain dari tangan menggeletar. InshaAllah saya kongsikan di lain entry nanti.

credit:
majalahsains.com
wikipedia


🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

KEAHLIAN ➡ AHLI

👉 KETAHUI APA ITU PARKINSON

Tuesday, September 20, 2016

KENALI APA ITU PARKINSON

Kenali apa itu Parkinson..

Semasa mengambil program Diploma Politeknik pada 2002, pernah bersahabat dengan seorang pesakit Parkinson yg pada ketika itu baru berusia 23thn. Simptom yg beliau alami hanyalah keadaan tangan yg menggeletar dan hanya berlaku sesekali shj tanpa kita sedari..fuhh...waktu tu memang tak pernah tahu betapa seriusnya penyakit ni.





Pastinya anda semua juga pernah dengar kan? Agak popular juga la penyakit ni. Parkinson ni melibatkan sistem saraf otak


Penyakit Parkinson pertama kali ditemui pada tahun 1817 oleh James Parkinson, seorang pakar perubatan British yang menerbitkan sebuah rencana yang dipanggil The Shaking Palsy. Dalam rencana ini, beliau menyatakan terdapat empat gejala utama penyakit ini yang kemudianya diberi nama Parkinson bersempena dengan nama beliau. Pada tahun 1960-an, para penyelidik mengenalpasti kerosakan otak merupakan penyebab utama penyakit ini. Ia disebabkan oleh kehilangan sel-sel otak yang berfungsi mengeluarkan sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamin yang membantu secara terus aktiviti otot.



Gambar : Dr James Parkinson, pakar perubatan yang menemui 

Penyakit Parkinson sempena namanya

Penyakit Parkinson berlaku apabila setengah sel saraf ataupun neuron dalam satu kawasan otak yang dipanggil substantia nigra mati ataupun cedera. Pada kebiasaannya, neuron-neuron ini mengeluarkan sejenis bahan kimia otak yang dipanggil dopamin. 

Dopamin adalah sejenis kimia penghantar (neurotransmitter) yang bertanggungjawab menghantar isyarat antara substantia nigra dan korpus striatumbagi melembut dan memudahkan aktiviti otot. Kehilangan dopamin menyebabkan sel-sel saraf striatum hilang kawalan dan meninggalkan kesan di mana pesakit tidak dapat mengawal pergerakan dalam situasi normal. 

Kajian menunjukkan, pesakit Parkinson kehilangan 80 peratus ataupun lebih sel-sel pengeluar dopamin di dalam substantia nigra. Sebab-sebab sel ini mati ataupun merosot tidak diketahui puncanya.






Walaupun penyakit Parkinson ini melibatkan gangguan fungsi pada saraf otak tetapi ia tidak melibatkan kehilangan ingatan seperti Alzheimer

Pada kebiasaannya gejala Parkinson berlaku secara senyap dan kebanyakan pesakit tidak menyedari mereka menghadapinya. Sebaliknya orang terdekat seperti pasangan atau anak -anak yang biasanya menyedari perubahan gejala atau simptom yang berlaku kepada pesakit.





MENGGELETAR adalah antara simptom paling 

sinonim dengan penderitaan pesakit Parkinson.

Penyakit Parkinson bukannya gejala semula jadi pada orang tua dan pengidapnya boleh menikmati tahap kesihatan yang baik sekiranya mendapatkan rawatan. 

Sangat penting untuk pesakit untuk tidak cepat putus asa atau berasa rendah diri kerana pengidap penyakit Parkinson. Keluarga memainkan peranan penting untuk sama-sama memberi semangat dan sokongan kepada pesakit.

Dah faham apa itu Parkinson? InsyaAllah entry akan datang saya akan kongsikan Punca terjadinya penyakit ini.

credit: 
majalahsains.com
Hmetro


🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

KEAHLIAN ➡ AHLI

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...