Thursday, August 18, 2016

# GENERAL INFO # PENGALAMAN INDUCE

PENGALAMAN 2 KALI INDUCE

Assalamualaikum semua..


Dah lama sebenarnya akak nak story pengalaman bersalin anak ke3 baru2 ni. Baby pun dah 2bulan lebih dah. Alhamdulillah kali ni puteri peneman kami sekeluarga.



Berbalik pada tajuk entry kali ni. Haaa..nak story pengalaman induce. Ini kali ke 2 beranak (bersalin) kena induce..haa kau dah keluaq bahasa utara tu..hihi



Kali pertama masa bersalinkan anak ke2 Muhammad Haziq dan yang ke3 ni pun memang dah jangka la. Akak ada GDM on diet control. Ada akak story pasal GDM pada entry sebelum ni. So memang dah tak boleh lebih due la kan..huhu



Due date 13jun..so 12jun ptg tu pukul 4 siap2 la semua..hye2 bye2 anak2 bujang gerak ke hospital. Check in kat Hospital Tuanku Abdul Halim Sg Petani. Lepas register apa semua check CTG, check jalan semua la. Jalan belum nk buka pun..hihi..Dekat pukul 7 baru naik wad. Memang hari tu tak puasa la akak ni sbb pagi tu dah letih terpaksa berbuka.



Kat wad tak de buat apa la selain CTG. Esoknya baru Doktor dtg bagitau nak masuk ubat la dlm pukul 9pagi. Dup dap2..haha. Tunggu punya tunggu pukul 10.30 baru Doktor dtg check jalan dan masuk ubat. Ermmm..tunggu je lah 6jam nnti diaorg dtg check lagi.



No contraction walaupun lps 6jam berlalu. Check jalan baru buka 1.5cm. Ada plak point2 nya..haha. Sakit mmg tak la kan. Tak tau la yang ni sbb masa haziq dulu masuk ubat setengah biji jer. Teruk melayan sakit dari tghari sampai mlm..huhu



Ok..lps 6 jam tu, sebab belum buka cmnya..masuk lagi sebiji ubat. Akan check semula lepas 6jam. Ubat yang ke2 ni dah rasa ckit2 sakit pinggang nya. Tgk adik kat sebelah katil 3biji ubat tak jalan last czer. Akak ni dah cuak la kan. Mulut ni tak putus berdoa mcm2. Suami plak mcm2 ayat doa di wsapnya..huhu



Akak suruh suami balik rmh dulu tgk anak2 tp dia ckp tak sedap hati so dia nak round2 area pekan jer sambil2 mlm nanti nak tgk bola katanya. Dlm pukul 9mlm Doktor check jalan lagi. Belum buka jugak! Masih 2cm mcm tu!. What!! Sakit giler ni..tak kan tak buka lagi..dlm hati je lah..huhu



Inform suami..esok pagi nak kena masuk ubat lagi last. Kalau tak jalan jugak kena czer la. Tapi akak yakin pagi tu mesti beranak lah. Sebab contraction dah makin kerap dah. Dia pun ok je lah..nak layan bola katanya kat kedai mamak.



Dari pukul 11mlm asyik ulang toilet sbb sakit giler2 dah. Dah keluar darah + lendir tp akak tahan lagi. Orang lain dah tidur akak ni dok jalan2 lagi. Sakit wei..habis guling2 dah ni. Wsap suami suh standby. Allahuakbar..sakit yang memang sakit la. Tengok phone jam dah pukul 2.10am. Pusing2 lagi depan misi nak bagitau dia. 3x pusing baru akak cakap "saya tak tahan dah". Dia suruh baring check jln dah 8cm.



Ok siap2 nak tolak labor room. Tak sempat dah akak nk call suami terus diaorg tolak ke LR sambil pesan jgn teran tau. Haha



Dah sampai inform Doktor..amboi mudanya Doktor (dalam hatiku..hihi). Dia siap semua la. Tak sempat dia pecahkan ketubah..dah pecah sendiri. Lepas tu dia nak blah dari LR tu..akak dah ckp saya tak tahan ni. Elok je dia blah akak teran keluar kepala baby kau..haha



Berlari2 misi dtg sbb dengar akak ckp kepala baby..😃😃. 3org kot misi datang then suruh push lagi sekali. Lagi sekali push keluar la baby nya. Alhamdulillah..senangnya adik beranak..kata sorang misi senior. Dlm hati akak..ye lah senang..sakit mcm nak mati dah tadi..huhu



Alhamdulillah..2.49am selamat melahirkan bayi perempuan berat 3.26kg. Suami terkejut sbb baru je naik wad ambil brg dah diberitahu selamat bersalin. Tak sampai 15minit katanya..haha



Alhamdulillah..Tuhan mudahkan bersalin kali ni walaupun kena paksa..Sakit yang memang luar biasa tapi amat mudah melahirkan. Pengalaman anak ke2 dan ke3.



Ohh ya..kali ni bersalin TANPA JAHITAN. Alhamdulillah..semestinya sebab akak byk minum ESP ni.hihi.



Ok lah..melalut dah kan..sampai jumpa lagi di lain entry..tengok muka si kecik hilang semua sakit..



Fiza..11.48pm


No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me