Sunday, August 28, 2016

TIPS MENCEGAH BAYI DARI JAUNDIS

Kuning oh kuning...haa..perkataan lain selain Jaundis. Kita lebih selesa sebut kuning kan. Masa mengandungkan Abang Long dulu tak alert pun pasal kuning ni tp bab mkn memang jaga. Semua jenis susu nak cuba..untuk baby kan..tak salah pun. Lepas je bersalin..aduhhh memang sengsara hidup. Abg long terpaksa 2 mlm kat hospital sbb kuning. Stress mak! huhu

Abang Ngah plak ada la 3 ke 4 kali ambil darah..kuning tak tinggi sangat. Seingatnya ibu amalkan susu kambing Higoat masa kandungan dah masuk 7bulan. Jaga mkn mmg of course la kan. Vitamin pun cuma ambil yg klinik punya. Susu pun cuma boleh layan HL je.

Masuk anak ke3 ni..jeng2..dah kenal Shaklee so mmg consume shaklee sebelum pregnant lagi. Masa pregnant masuk 7bln mmg amalkan susu kambing tapi kali ni beli yang fresh punya.  Bila dah fresh baunya pun fresh..tak berapa nk boleh telan. Dannnn..paling2 byk ibu amalkan ialah air kelapa muda. Boleh dikatakan hampir setiap hari tau sehingga 40w pregnant. Alhamdulillah..mmg bebas kuning.

Ohh ya..3minggu terakhir ibu amalkan 2biji alfalfa sekali sehari. Apa kaitannya dengan alfalfa? Nanti kita buka entry baru..(Alfalfa Cegah Kuning)


Jom..ketahui tip utk elak baby dari Jaundis. Ibu dapat hasil google ni..


1. Minum air glukos original semasa kandungan sudah masuk minggu ke 36.


2. Amalkan minum susu kambing ketika mengandung. Haaa..mmg terbukti kan..😃😃

3. Elakkan jeruk ketika hamil. Yang ni mmg ibu pun tak berapa nak suka.

4. Makanan ringan dan mee segera plssss elakkan sb tinggi msg dan garam so tak bagus untuk kesihatan ibu dan yang paling penting tidak bagus untuk perkembangan otak bayi.

5. Makan makanan yang kaya dengan vitamin D seperti minyak hati ikan, ikan air masin, hasil tenusu, telur, ubi kentang dan tuna. Atau nak mudah, telan je ostematrix. Kalsium dapat, vitamin D pun dapat. Yang bestnya ostematrix ni bila makan waktu hamil, sakit belakang, kaki cramp, sembelit semua takde insyaAllah.

6. Makan epal hijau, anggur dan buah delima.

7. Elakkan makan kerang.

8. Minum susu yang dikisar bersama kurma. Bila amalkan pemakanan sunnah ni insyaAllah banyak kebaikan yang boleh kita dapat.

9. Elakkan minum air berkarbonat. Air berkarbonat mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Jadi amatlah tidak sesuai untuk ibu yang sedang hamil. Kang tak pasal2 dapat GDM (Gestational diabetes mellitus) plak.

10. Kurangkan makan makanan yang beta kerotin tinggi seperti betik dan lobak merah.

Kalau dah lahir ada juga Jaundis mcm mana pula?



1. Susukan bayi anda sekerap mungkin. Baby kuning ni mmg suka tidur jadinya kerap kejutkan dia utk menyusu sejam sekali. Susu ibu juga akan membantu sistem pencernaan bayi untuk bekerja dan membuang semua bahan kumuh. Makin banyak bayi berak, makin cepat keluar bilirubin dalam badan.

2. Cuba amalkan Alfalfa Shaklee 2biji sehari.

3. Jemur bayi di cahaya matahari pagi dalam pukul 7-8 pagi. Cukup sekadar letak bayi anda di jendela untuk dapatkan cahaya matahari pagi..haa yg ni tak perlu kot. Sian baby nanti

4. Mandikan dengan Air rebusan daun belimbing buluh. Mandikan dengan air daun kucai pun ok juga.

5. Cuba cari ubat kuning utk mandi di kedai herba cina.

Byk lagi petua sebenarnya. Kita berusaha mana yang termampu dan berdoa kpdNYA.

Ingin dapatkan SET HAMIL dan SET BERPANTANG SHAKLEE boleh terus hubungi akak yer..

📲📲 012 4513311

Saturday, August 27, 2016

SAKIT TEKAK ATAU TONSIL DIKALANGAN KANAK-KANAK

Minggu lepas si abang ngah batuk on off. Dr ckp dah ada tonsil tp belum teruk. Ermmm patut la makan pun tak selera. Asal mkn je jenuh sejam nak habiskan makanan. Nasib baik bertahan dengan Nutriferon. Badan panas sikit terus lega.



Apa itu Tonsil?



Tonsil sememangnya wujud pada semua orang terutamanya pada golongan kanak-kanak. Tonsil bertindak sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan badan sewaktu masih kecil kerana pada waktu tersebut sistem imuniti badan belum lagi mencapai tahap kematangan sepenuhnya.Imuniti yang dibekalkan oleh ibu sewaktu dalam kandungan juga sudah beransur-ansur hilang.


Pada awal usia kanak-kanak, saiz Tonsil ini akan meningkat sedikit demi sedikit sehingga mencapai ke suatu tahap yang kekal atau plateau. Apabila kanak-kanak mencapai usia persekolahan, maka saiz kelenjar ini lama-kelamaan akan menjadi semakin kecil.
Hal yang demikian menerangkan mengapa Tonsil jarang kelihatan atau jika dikesan pun adalah dalam saiz yang agak kecil pada golongan dewasa.




Tanda-tanda kanak-kanak mendapat radang Tonsil adalah
1. Demam
2. Sukar untuk menelan
3. Bunyi suara serak/ganjil
4. Nafas berbau
5. Bengkak pada kelenja tekak
6. Tidur berdengkur/berbunyi
7. Kelenja tekak akan nampak merah dan terdapat putih-putih di atasnya.

Bahaya ke tak Tonsil ni?

Macam mana nak tahu jika anak kite terkena jangkitan virus atau bakteria?


Jika jangkitan virus:
Anak akan mengalami demam tinggi dan rendah tak menentu masa. Dan anak itu juga kelihatan cergas walaupun dia demam. Demamnya juga adalah lebih panjang.

Jika jangkitan bakteria pula:

Anak akan kelihatan lemah dan tidak bermaya, tetapi demamnya lebih singkat. Ia biasanya mempunyai kecenderungan untuk serangan yang berulang-ulang.

Tapi jika jangkitan bakteria lagi berbahaya

Sebab jangkitan virus adalah dari salur pernafasan (upper respiratory tract infection) 


Makakala bakteria pula, biasanya daripada jenis beta hemolitik streptokokus dikenalpasti sebagai punca jangkitan yang paling kerap berlaku. Jika jangkitan tonsil ini merebak ke kawasan peritonsilar, maka manifestasinya akan menjadi lebih teruk sedikit.

Kawasan peritonsilar akan mengalami keradangan dan kadang-kadang pengumpulan nanah akan berlaku. Ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi lebih sempit dan ada kalanya menyebabkan kesukaran bernafas.

Boleh ke diberi produk Shaklee?



Boleh sgt. Untuk kanak-kanak 1 hingga 3 tahun boleh diberikan Mealshake. Manakala utk 3 tahun ke atas boleh diberi chew vit c shaklee bagi mengukuhkan sistem imun dan boleh diberi suku daripada sachet nutriferon untuk imun booster. 


Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Kojima dari Jepun. Sangat digalakkan diambil oleh mereka yang punya masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT dan sakit yang lambat recover.



Abang ngah hari tu batuk dan demam on off lepas bagi 1 sachet Nitriferon terus lega..3 hari lepas tu demam lagi. Sekarang Alhamdulillah..bagi diaorg bykkan minum air kosong. Penting tu!

Inginkan Konsultasi dari akak mengenai produk Shaklee..boleh terus wsap akak yer.

012 4513311

BAGAIMANA OSTEMATRIX MEMBANTU MASALAH SEMBELIT IBU HAMIL/BERPANTANG?

BAGAIMANA OSTEMATRIX MEMBANTU MASALAH SEMBELIT IBU HAMIL/BERPANTANG?

Ostematrix adalah vitamin calcium magnesium yg lengkap dengan vitamin D.

Jika ibu-ibu hanya mengambil sumber kalsium semata-mata tanpa kehadiran magnesium, masalah sembelit akan menjadi lebih buruk sehingga boleh menyebabkan buasir. Ini kerana kalsium mengikat hempedu dan lemak di dalam usus dan dibuang dalam bentuk najis besar, yang membantu membersihkan kolon.

Ostematrix

Walau bagaimanapun, apabila kalsium dimakan secara berlebihan kesan yang boleh berlaku adalah najis boleh menjadi keras, yang membawa kepada sembelit. Kalau semasa pantang ibu-ibu ada mengambil sumber kalsium seperti susu, pastikan ianya ada bersama kandungan magnesium, jika tak mmg ibu-ibu akan sembelit.

Sebab itu OSTEMATRIX  ni special dan menjadi pilihan sbb ianya adalah kalsium lengkap dengan magnesium.

Berbaki lagi 9 hari ni..PROMO OSTEMATRIX masih lagi utk anda. Jgn bertangguh lagi tau. Grab 5% utk 2BOTOL OSTEMATRIX atau boleh buat stok dengan pembelian 6BOTOL FREE 1BOTOL hari ini..

Banyak entry akak pasal Ostematrix ni. Boleh jengah2 di link2 ni yer adik kakak..





Wsap 012 4513311

Friday, August 26, 2016

15 TAHUN SENGUGUT AKHIRNYA HILANG

15 Tahun Sengugut! Mesti tahap traima tiap bulan nak mengadap kan?


Entry sebelum ini ada akak kongsikan mengenai sengugut dan tips traditioanal macam mana nak hilangkannya.



Juga boleh tengok di entry ini..>>> Sengugut dan Cara Mengatasinya



Adik ni dah alami sengugut yang teruk 15 tahun dan siap ada ketumbuhan lagi. Akhirnya hilang lepas consume Vivix. Alhamdulillah..kuasa ALLAH kan. Yang penting kita usaha..



" Alhamdulillah saya sihat. Ayah pun nampak sigat. Sy bagi sikit2 dulu kak. Adik kuat sengugut selama 15 tahun. Amik vivix hilang terus sengugut"





"Saya rekomen kat kawan tangan dia patah..dah setahun tp rasa sakit dan rasa sengal tak hilang. Saya minta dia guna vivix"



"Adik saya tu amik vivix sebab ada ketumbuhan besar dalam buah dadanya. Alhamdulillah ketumbuhan tu hilang dan sengugut dia pun hilang".


Allahuakbar..seronoknya akak dengar. Masih lagi nak bertangguh? Jangan terus2 bertangguh tau nanti banyak kesan buruknya..

Dapatkan rawatan segera tau sebab kita tak pasti masalah yang bakal berlaku dikemudian hari.

Your Trusted SID
FIZA

012 4513311




BAHAYA SENGUGUT? MACAM MANA NAK ATASI?

Bagaimana sengugut terjadi? Apa puncanya? Ini untuk pompuan je eh..suami2 pun boleh jadinya ini panduan utk iateri tersayang tau. 

Sakit sangat ke sengugut?
Alahai...mcm nak mati dah rasa tu..hihi. Fobia tau setiap bulan jer mesti nak bertarung sakit. Ini pengalaman sendiri la..tapi tahap sakit akak masih boleh control tapi anak buah akak sakitnya sampai tahap tiap bulan mesti kena MC..haaa.

Betul ke sungugut boleh sebabkan wanita sukar hamil?
Pengalaman sendiri dan sedara ada yang susah dan ada yang senang. Apa2 pun bagi korang yang ada sengugut perlu cepat2 jumpa Doktor kalau dah bertahun kawin masih belum ada anak tau!

Apa itu Sengugut?
Sengugut ni sebenarnya bukan sekadar kekejangan teruk ketika haid, tapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis.



Ermmmm..teruk tu..

Senggugut ni ada dua beradik iaitu sengugut primari dan secondary. Sengugut primari adalah disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin yang menyebabkan pengecutan rahim yang kuat. Kebiasaanya ia sering menyerang pada usia muda sebelum berkahwin dan bertahan pada hari pertama dan kedua haid. 

Manakala senggugut secondary pula disebabkan oleh endometriosis (wujudnya sel endometrium di luar rahim dan berlaku pendarahan di dalam perut) atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan bertahan sepanjang pendarahan haid.

Cara Mengurangkan Sakit Kerana Sengugut

Dalam beberapa kes tertentu, ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Adalah dicadangkan agar remaja ini dapat melakukan senaman, mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan mengurangkan stres atau tekanan ketika berhadapan dengan sebarang masalah. Secara tidak langsung, masalah senggugut yang dialaminya mungkin akan berkurangan.
Memakan ubat seperti ubat penahan sakit dan panadol menstrual sangat tidak digalakkan kerana ia akan meninggalkan kesan jangka panjang kepada badan anda.

Ada beberapa cara nak hilangkan penyakit sengugut ni. Tapi ini petua orang tua2 dulu la.


Petua 1

Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2
Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat. 

Petua 3
Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4
Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid. 

Petua 5
Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.


Petua 6
Minum madu segelas sebab madu melancarkan pendarahan kita.

Dapatkan rawatan segera tau sebab kita tak pasti masalah yang bakal berlaku dikemudian hari.

Your Trusted SID
FIZA
012 4513311

Monday, August 22, 2016

TIPS MEMPERKENALKAN MAKANAN PERTAMA BAYI

Bila ada newborn baby ni seronok dan teruja sangat nak tunggu diaorg masuk 6bulan. Nak masak bagi baby comel ni makan la..hihi  

Anak pertama dan kedua dulu pun sama. Macam2 ibu explore. Macam2 ibu masak..😃 
Mari kita lihat tips/panduan untuk2 ibu2 menyediakan makanan bayi. 

Persediaan Makanan Pejal Bayi 6 Bulan 

1.  Jangan mendesak anak makan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk belajar makan makanan pejal. 

2. MINGGU PERTAMA Makanan pejal bayi yang disyorkan pada minggu pertama adalah puri buah-buahan @ fruits puree. 


Jenis buah-buahan yang boleh diberikan pada masa ini ialah epal, pisang, betik, pear dan aprikot. Lecek buah tersebut dengan sudu dan campurkan dengan susu ibu. Nak guna blender khas untuk buat puri pun boleh. 

Tips Penyediaan Puri Buah Untuk Bayi 
✅ pastikan tekstur puri buah adalah sedikit cair @ runny. Untuk uji kecairan puri ambik sudu dan cedok puri. Puri yang jatuh mengalir menunjukkan ia mempunyai kecairan yang betul. 

✅ elakkan buah-buahan citrus yang masam seperti buah oren dan lemon 
🌹 puri epal – guna epal merah yang manis dan boleh campurkan dengan sedikit susu selepas dikisar 
🌹 puri pisang – guna pisang yang masak ranum (lebih senang di lecek) dan campurkan dgn susu ibu 
🌹 puri betik – betik adalah semulajadi manis hanya perlu dilecek tak perlu campur susu 
🌹 boleh campurkan buah seperti pisang + pear, epal + pear dan sebagainya untuk beri kelainan rasa makanan Pejal Bayi 

3.  Semasa umur bayi 6-7 bulan TIDAK boleh beri: Kekacang, keju, daging merah & makanan laut kerana risiko alergi terlalu awal Garam, gula dan perasa kerana buah pinggang bayi masih belum matang untuk memproses garam @ natrium 

4.  MINGGU KEDUA 
Pada minggu kedua korang boleh cuba bagi sayur-sayuran pula. Jenis sayur-sayuran yang boleh diberi kepada bayi pada masa ini ialah sayur seperti labu, kentang dan lobak. 

Tips Penyediaan Puri Sayur Untuk Bayi

🍥 Pastikan pilih sayur yang tidak pahit dan tidak menyebabkan perut berangin. 
🍥 elakkan peria &  petola (pahit) manakala kobis & timun (berangin). 
🌹puree kentang – rebus kentang dan lecek kentang menggunakan chopper dan campur susu ibu (jangan guna blender sebab kentang sifatnya berkanji dan boleh menjadi melekit jika di kisar) 
🌹puree labu – stim atau rebus labu sehingga empuk dan lecekkan labu sehingga lumat & campur susu ibu 
🌹puree lobak – beri pada kadar sedikit sebab lobak boleh menyebabkan poop @ najis baby menjadi keras. 

Makanan Pejal Bayi
5.  Pastikan bayi mencuba setiap resepi yang korang buat. So boleh lah tahu samada bayi suka atau tidak makanan itu. Jika baby tak nak makan jangan paksa2 pulak. Cuba try test resepi lain pula. 

6.  Bubur nasi boleh mula diberi semasa bayi sudah boleh menerima makanan. Pastikan bubur nasi cair bagi mengelakkan bayi sembelit. Bubur nasi bersama susu dan sayur serta ikan bilis atau ayam boleh diberi apabila umur bayi sudah 7-10 bulan,

7.  4 Day Rule boleh digunakan untuk memastikan bayi tiada reaksi alergi terhadap jenis2 makanan yang diberi. Rule ini sangat berguna semasa mula memperkenalkan makanan pejal kepada bayi berumur 6 bulan. 4 Day Rule bermaksud memberi anak makanan pejal yang sama selama 4 hari beturut2. Contoh: Jika bagi puri epal, teruskan bagi puri epal selama 4 hari untuk melihat samada bayi ada masalah pencernaan atau reaksi alahan. 

Reaksi alahan kepada makanan biasa akan muncul paling cepat dalam masa 1/2 jam atau paling lambat dalam masa 2-3 hari selepas makanan pejal diberi pada bayi. Selama 4 hari ini perhatikan juga najis bayi samada keras (sembelit) atau berlaku cirit birit. Perhatikan juga samada bayi sakit perut akibat gas/colic selepas makan. Jika berlaku korang mesti stop dulu bagi makanan pejal bayi tersebut dan tunggu hingga bayi besar sedikit sebelum mencuba lagi. 

Tips Tambahan Makanan Pejal Bayi

Makanan yang mesti dielakkan ketika mula memperkenalkan makanan pejal pertama kepada bayi berumur 6-7 bulan. 
✅ telur (terutamanya telur putih) – mengandungi bakteria salmonella 
✅ Susu lembu/dairy products – risiko alahan Makanan laut – risiko alahan 
✅ Kekacang – risiko alahan 
✅ Buah2an citrus (oren, lemon, grapefruit, limau) – masam berasid 
✅ Yeast, cheese (keju) – risiko alahan 
✅ madu mentah asli – mengandungi spora botulism (clostridium botulinum) yang akan membiak dalam sistem bayi sekaligus menghasilkan toksin yang akan meragut nyawa bayi. 

Jadi..ibu2 dah boleh get ready yer..sama jugak mcm akak ni. Tak sabar nak dak qisya 6bln..😃😃

Semoga bermanfaat..

Saturday, August 20, 2016

PULIHKAN RUAM DAN EKZEMA ANAK

EXZEMA HILANG

Mesti ibu2 risau kan jika anak2 mengalami masalah ruam/exzema yang agak byk. Dah cuba pelbagai jenis krim masih tak serasi.

Alhamdulillah..selepas menggunakan krim herbal blend ni, anak kak linda dah makin pulih dan sekarang menggunakan krim ni sebagai losyen harian.



Best kan jika sesuatu produk tu serasi dgn kita. Dah tak perlu nak pening2 lagi fikir. Apa lagi manfaat krim ni?

✅Melembutkan kulit / tumit kasar @ pecah
✅Merawat ruam susu / ruam panas / ruam lampin / muka / kepala 
✅Menghilangkan luka dan merawat eczema
✅Melegakan gigitan serangga / nyamuk
✅Merawat kulit gatal
✅Menghilangkan parut jerawat / parut chicken pox
✅Losyen harian untuk kulit kering
✅Krim urut badan lenguh
✅Merawat kesan luka melecur 
✅Melegakan badan / kepala ketika tidak sihat
✅Merawat eczema dan gatal-gatal akibat gigitan serangga
✅Ubat luka atau melecur
✅Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
✅Menghilangkan parut
✅Losyen harian
✅Baik untuk demam ( disapu di seluruh badan dan setengah jam akan berpeluh bermakna badan sedang respons pada krim tersebut bagi mengeluarkan haba berlebihan dalam badan).
✅Membuang angin pada perut bagi memberi keselesaan pada perut anda
✅Membuang selulit serta  memecahkan lemak berlebihan.

Banyakkan manfaat krim ni. Wajib simpan 1 kat rumah tau untuk kegunaan harian. 

Kalau tahap exzema anak teruk macam mana?

Kalau mcm tu..Ibu2 yang mempunyai anak kurang 2 tahun yg mengidap exzema yang agak teruk boleh cuba amalkan Omega Guard dan ESP. Ianya akan disalurkan menerusi penyusuan susu ibu kepada anak. Di samping itu, ibu pun mendapat khasiatnya.

Krim Herbal Blend pula boleh disapu utk hilangkan rasa gatal dan pedih.

Sekiranya ada luka-luka pada kulit boleh dirawat dengan menyapu Vitamin E pada bahagian luka.


Kanak-Kanak Berusia 1 Tahun Ke Atas
Bagi mengawal dan merawat eczema, kanak-kanak setahun ke atas boleh ambil Omega Guard.

Omega Guard menguatkan membran sel, mencegah radang kulit dan mengurangkan kegatalan

Boleh juga ambil Mealshake yang kaya dengan multivitamin untuk tisu kulit dan hilangkan parut

Kombinasi Krim Herbal Blend dan VItamin E untuk rawatan luka akibat eczema.

Remaja dan dewasa

Apabila eczema menyerang sel kulit akan rosak. Justeru, pengambilan ESP membantu penghasilan sel kulit yang sihat, anjal dan gebu.

Vitamin E atau GLA Complex (dalam GLA juga ada vitamin E) berkhasiat merawat kulit yang rosak dan juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan. Vitamin E Shaklee mengandungi ekstrak biji anggur yang mempercepat proses membaikpulih kulit dan juga mempertingkat sistem imunisasi melawan eczema.

Omega Guard berfungsi mengekalkan kulit dalam keadaan lembap. Pesakit eczema mempunyai kulit yang sangat sensitif. Omega Guard mencegah keradangan kulit & mengurangkan kegatalan.

ESP dan Omega Guard memastikan supaya ekzema tidak merebak dan merawat kulit dari dalam.

Krim Herbal Bled adalah herba semulajadi untuk melegakan gatal dan pedih akibat luka ekzema.

Pengambilan Alfalfa sangat disyorkan untuk mempertingkat kekuatan sistem dalaman tubuh dengan bertindak menyahtoksin.

Ingin dapakan krim ni dan lain-lain produk exzema boleh la hubungi akak yer..

012 4513311

Friday, August 19, 2016

TESTIMONI KANSER PAYUDARA


  1. Kisah benar salah seorang pengidap kanser.


"Barbara disahkan KANSER PAYUDARA pada Oktober 2006. Pelbagai rawatan dicuba merawat kanser termasuk operation bagi membuang ketumbuhan dan pengambilan ubat khas untuk elakkan penyebaran kanser.



Selepas kemo..beliau mengamalkan vitamin Shaklee, Nutriferon, Vitaleas, Ostematrik dan Vitamin C dan 6 bulan sebelum pemeriksaan yang terakhir beliau ambil Vivix.

Dan keputusan pemeriksaan darahnya bagus!

Barbara berkesempatan bertanya sekitanya ada rawatan yang boleh merawat kanser yang beliau alami sekarang. Doktor menjelaskan tidak ada...tetapi sekarang mereka tengah menjalankan satu substance yang dipercayai mampu merawat kanser payudara dan mengelak kanser itu berulang lagi. Mereka memperuntukkan geran 1juta dolar untuk kajian mereka itu.

Substance yang tengah mereka kaji adalah resveratrol!

Barbara menjelaskan kepada doktor bahawa  sekarang beliau mengamalkan resveratrol dari Vivix.

Doktor terkejut sebab dia la org pertama yg berjaya membuktikan keberkesanan resveratrol ni dalam kajian mereka tu"

Resveratrol merupakan rawatan alternatif yang sangat di yakini dan mempunyai bukti yang kukuh di dalam melawan sel kanser di pelbagai peringkat termasuklah kanser payudara. Bukan itu sahaja. Ia juga dikatakan merupakan perubatan semulajadi pertama yang mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan resveratrol ini mampu menghalang atau menghentikan pelbagai peringkat kanser. 

Terdapat lebih 2000 penerbitan penyelidikan berkaitan resveratrol ini termasuklah beberapa kajian yang dijalankan oleh Harvard University, National Institute of Aging, National Cancer Institute dan lain-lain lagi.

Shaklee juga pernah memperuntukkan 300 juta untuk kajian mereka. Semestinya bahan dan keberkesanan yang terbaik menjadi pilihan.

Prevent is better than cure!!

🌹Your Trusted SID🌹
Afriza - 012 4513311

Thursday, August 18, 2016

PENGALAMAN 2 KALI INDUCE

Assalamualaikum semua..


Dah lama sebenarnya akak nak story pengalaman bersalin anak ke3 baru2 ni. Baby pun dah 2bulan lebih dah. Alhamdulillah kali ni puteri peneman kami sekeluarga.



Berbalik pada tajuk entry kali ni. Haaa..nak story pengalaman induce. Ini kali ke 2 beranak (bersalin) kena induce..haa kau dah keluaq bahasa utara tu..hihi



Kali pertama masa bersalinkan anak ke2 Muhammad Haziq dan yang ke3 ni pun memang dah jangka la. Akak ada GDM on diet control. Ada akak story pasal GDM pada entry sebelum ni. So memang dah tak boleh lebih due la kan..huhu



Due date 13jun..so 12jun ptg tu pukul 4 siap2 la semua..hye2 bye2 anak2 bujang gerak ke hospital. Check in kat Hospital Tuanku Abdul Halim Sg Petani. Lepas register apa semua check CTG, check jalan semua la. Jalan belum nk buka pun..hihi..Dekat pukul 7 baru naik wad. Memang hari tu tak puasa la akak ni sbb pagi tu dah letih terpaksa berbuka.



Kat wad tak de buat apa la selain CTG. Esoknya baru Doktor dtg bagitau nak masuk ubat la dlm pukul 9pagi. Dup dap2..haha. Tunggu punya tunggu pukul 10.30 baru Doktor dtg check jalan dan masuk ubat. Ermmm..tunggu je lah 6jam nnti diaorg dtg check lagi.



No contraction walaupun lps 6jam berlalu. Check jalan baru buka 1.5cm. Ada plak point2 nya..haha. Sakit mmg tak la kan. Tak tau la yang ni sbb masa haziq dulu masuk ubat setengah biji jer. Teruk melayan sakit dari tghari sampai mlm..huhu



Ok..lps 6 jam tu, sebab belum buka cmnya..masuk lagi sebiji ubat. Akan check semula lepas 6jam. Ubat yang ke2 ni dah rasa ckit2 sakit pinggang nya. Tgk adik kat sebelah katil 3biji ubat tak jalan last czer. Akak ni dah cuak la kan. Mulut ni tak putus berdoa mcm2. Suami plak mcm2 ayat doa di wsapnya..huhu



Akak suruh suami balik rmh dulu tgk anak2 tp dia ckp tak sedap hati so dia nak round2 area pekan jer sambil2 mlm nanti nak tgk bola katanya. Dlm pukul 9mlm Doktor check jalan lagi. Belum buka jugak! Masih 2cm mcm tu!. What!! Sakit giler ni..tak kan tak buka lagi..dlm hati je lah..huhu



Inform suami..esok pagi nak kena masuk ubat lagi last. Kalau tak jalan jugak kena czer la. Tapi akak yakin pagi tu mesti beranak lah. Sebab contraction dah makin kerap dah. Dia pun ok je lah..nak layan bola katanya kat kedai mamak.



Dari pukul 11mlm asyik ulang toilet sbb sakit giler2 dah. Dah keluar darah + lendir tp akak tahan lagi. Orang lain dah tidur akak ni dok jalan2 lagi. Sakit wei..habis guling2 dah ni. Wsap suami suh standby. Allahuakbar..sakit yang memang sakit la. Tengok phone jam dah pukul 2.10am. Pusing2 lagi depan misi nak bagitau dia. 3x pusing baru akak cakap "saya tak tahan dah". Dia suruh baring check jln dah 8cm.



Ok siap2 nak tolak labor room. Tak sempat dah akak nk call suami terus diaorg tolak ke LR sambil pesan jgn teran tau. Haha



Dah sampai inform Doktor..amboi mudanya Doktor (dalam hatiku..hihi). Dia siap semua la. Tak sempat dia pecahkan ketubah..dah pecah sendiri. Lepas tu dia nak blah dari LR tu..akak dah ckp saya tak tahan ni. Elok je dia blah akak teran keluar kepala baby kau..haha



Berlari2 misi dtg sbb dengar akak ckp kepala baby..😃😃. 3org kot misi datang then suruh push lagi sekali. Lagi sekali push keluar la baby nya. Alhamdulillah..senangnya adik beranak..kata sorang misi senior. Dlm hati akak..ye lah senang..sakit mcm nak mati dah tadi..huhu



Alhamdulillah..2.49am selamat melahirkan bayi perempuan berat 3.26kg. Suami terkejut sbb baru je naik wad ambil brg dah diberitahu selamat bersalin. Tak sampai 15minit katanya..haha



Alhamdulillah..Tuhan mudahkan bersalin kali ni walaupun kena paksa..Sakit yang memang luar biasa tapi amat mudah melahirkan. Pengalaman anak ke2 dan ke3.



Ohh ya..kali ni bersalin TANPA JAHITAN. Alhamdulillah..semestinya sebab akak byk minum ESP ni.hihi.



Ok lah..melalut dah kan..sampai jumpa lagi di lain entry..tengok muka si kecik hilang semua sakit..



Fiza..11.48pm


Wednesday, August 17, 2016

GDM ON DIET CONTROL (KENCING MANIS KETIKA HAMIL)

GDM ON DIET CONTROL (DIABETES KETIKA HAMIL)

Fasa kehamilan memang indah kan. Satu fasa yang sangat mengembirakan dan timbul perasaan teruja terutama hamil anak sulung.

Tapi saya..anak dah 3..Alhamdulillah..rezeki dariNya. Hamil anak ke3 perasaan risau timbul mengenai masalah GDM yg dialami ketika anak ke2 5thn lepas. Memang check up kali 2 dah pun disahkan GDM..

Jadinya bermula rutin BSP 4x sehari utk 2minggu sekali. Adehhh..ni yg tak tahan sebab nak berulang. Nasib baik anak2 bujang dah besar dan boleh je berulang..



Apa lagi memang konsisten la dengan set hamil shaklee. Sebelum ni kdg mkn kdg tak je. Kalau tau nak pregg mmg awal2 lagi dah mkn dengan konsisten!

Saya amalkan #esp #vitalea #bcomplex #vitaminc #ostematrix. Kadang2 selit jugak #zinc complex. Alhamdulillah result BSP cantik je walaupun 2jam sebelum tu saya mkn tak hingat! Nasi mmg saya tak pantang tp minuman/makanan manis mmg sy pantang selagi boleh..

Alhamdulillah..resut BSP mmg cun jer sepanjang hamil yg ni kalau nak dibandingkan dengan anak 2nd dulu siap ada pen merah lagi kau..hihi

Pada rakan2 yang mengalami masalah GDM on diet control / insulin ketika hamil boleh wsap saya..nanti saya kongsikan setiap kebaikan vitamin yang ada.

Apa tunggu lagi..memang best tau set hamil shaklee ni. Bertenaga je sepanjang hamil.

Wsap 012 4513311

KALSIUM PENTING UNTUK IBU HAMIL

IBU HAMIL PERLU TAHU

Kalsium teramat penting untuk ibu hamil. Kalsium yg sedia ada oleh ibu diserap oleh bayi semasa ia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan mengalami kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya pada akhir tempoh kehamilan. Contohnya ibu akan merasai sakit seperti kekejangan dan lain-lain lagi.


Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Ibu juga berisiko tinggi menghidapi osteoporosis.

Kehilangan kalsium di kalangan ibu hamil secara relatif adalah lebih banyak iaitu sekitar 3- 10% berbanding wanita menopaus yang kehilangan 1 – 3%. Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi.

Fungsi kalsium untuk ibu hamil:

✅Membantu kekuatan tulang untuk menanggung berat bayi secara fizikal.
✅Kalsium penting untuk membantu pembekuan darah.
✅Menstabilkan transmisi impuls saraf dan merehatkan otot semasa berlakunya kontraksi.
✅Kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu tekanan darah tinggi
✅Pengambilan kalsium yang cukup boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.

Kalsium dalam ostematrix cukup sebagai bekalan kalsium ibu mengandung. Ostematrix adalah gabungan Kalsium, Magnesium, Vitamin D dan mineral-mineral lain seperti Boron, Mangan, Tembaga dan Zinc bagi membina matriks tulang yang kuat.

Ingin dapatkan Kalsium Ostematrix shaklee atau set lengkap kehamilan shaklee boleh hubungi fiza.

012 4513311

Tuesday, August 16, 2016

TIPS KULIT SIHAT/CANTIK

TIPS KULIT SIHAT/CANTIK

Beruntungkan korang yg ada kulit sihat dah langsung tidak ada masalah jerawat,jeragat dan sebagainya. Akak ni memang dari dulu kulit muka on off..haha. Kadang2 ok..kadang2 ko..😂😂

Macam2 produk dah try tapi memang frust. Tak sesuai dengan kulit muka dan sebab tu cuba berjinak2 dengan suplimen.

Sungguh..akak tak berani nak try suplimen yang tumbuh bak cendawan tu. Kesan yang seawal beberapa hari tu. Mungkin kesannya sekarang muka cun je tp akan dtg kita tak tahu kan. Tetapi itu pilihan masing2 dan pengguna mcm akak ni berhak memilih.

Ehhh..apa tips nya..melalut dah..hihi..sedikit perkongsian sejak2 gunakan set asas #nutriwhite nie..

PERINGATAN.!..ini cara akak la..yg paling malas ni..😃😃

1. Wajib ada pencuci muka
Jadi..jgn malas2 tau. Bangun pagi cuci muka. Balij kerja cuci muka. Nak tidur pun cuci muka. Kalau ada make up remover lagi best. Itu utk org yg selalu make up la. Akak nak make up? Sesekali je lah kot..😃

https://sweetnyer.blogspot.com

Kalau korang pakai Gentle Deep Foaming Cleanser memang best. Memang menyegarkan.
✅Ekstrak Rumpai laut membantu menanggalkan kotoran dan sel-sel kulit mati sekaligus menegangkan kulit.
✅Alga hijau melembapkan kulit dan menyingkirkan toksin
✅Strawberi Begonia baik untuk mengimbangi pigmentasi dan
✅mencerahkan kulit Menyegarkan dan lembut pada kulit.

2. Pelembap
Ada je pelembap ni tapi..alahai jarang sangat gunanya. Rugi je kan beli. Haaaa..jangan tiru akak yer..beli tapi tak guna. Time akak ingat jer guna pun.

Kulit kering wajib pakai pelembap tau! Nak dapat kulit anjal mesti pakai. Kalau kulit berminyak kena cari pelembap yang mengandungi bahan menyerap minyak yang berasaskan air.

NutriWhite Soothing Radiance Whitening Softener ni memang awesome bagi akak walaupun jarang akak pakai.😃
✅Lembut pada wajah serta menjadikan pH kulit kembali seimbang.
✅Rosemary menjadikan kulitberasa lebih segar dan tegang.
✅Ekstrak Kudze menjadikan kulit lebih cerah dan tegang.
✅Kulit dilembapkan dengan Marshmallow. ✅Sangat effectif.

3. Pelindung UV
Tahu tak, kulit yang kering akibat terdedah kepada cahaya matahari mampu membuatkan kulit kita berkedut dengan kadar yang cepat. Disebabkan itu, tiada sebab untuk anda tidak menggunakan pelindung UV matahari dengan kandungan SPF paling kurang, 30.  Bagi kulit yang berminyak, gunakan pelindung yang mengandungi  bahan mineral dan organik.

Boleh gunakan antara NutriWhite Daily Defence Whitening Essence sbb ada Ekstrak Mulberi pula mencegah kulit daripada rosak akibat terdedah kepada cahaya matahari.

Lagi 1 produk boleh cuba Nutriwhite Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15
✅Kaya dengan pati Melburi mencegah kerosakan kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari.
✅Mountain Arnica berkuasa menghilangkan radang terhadap kulit dan melembapkan kulit dari segenap sudut.
✅Membantu membina daya ketahanan kulit dari kerosakan akibat persekitaran.
😃😃

Itu lah antara 3 tips penting! Paling asas kot dan utk org yg malas mcm akak ni. Jangan lupa tau..dalaman pun penting. Suplimen jgn tinggal..😃😃

Ingin mencuba set Nutriwhite Shaklee ni? ataupun supplimen yg berkaitan kecantikan..boleh terus wsap akak yer..012 4513311

Thursday, August 11, 2016

CYST HILANG DENGAN SATU BOTOL VIVIX

"DENGAN HANYA 1 BOTOL VIVIX"

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.
Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.
Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.
Ramai dikalangan kita sekarang menghadapi masalah ini. Pelbagai rawatan kesuburan mahupun supplimen di ambil bagi menyelesaikan masalah cyst ini termasuk salah seorang customer shaklee ni.
Pada mulanya Customer ni nak selesaikan masalah cyst yg beliau hadapi...tapi Alhamdulillah belaiu terima berita lebih gembira lagi selepas habis 1 botol VIVIX...



Tak sempat nak ambil botol ke 2, dia dah disahkan hamil...mencuba lebih dr 6 tahun...akhirnya impian beliau terlaksana....skrg sedang mengamalkan set prenatal Shaklee pula....

Alhamdulillah...hepinya saya dengar good news ni..

Anda mampu mengubahnya..hubungi nombor tertera dengan segera..


Fiza 012 4513311

Wednesday, August 10, 2016

OSTEMATRIX KALSIUM HEBAT

Saya mula amalkan #ostematrix sejak tahun 2014 lagi. Masa tu selalu sangat sakit2 badan sebab kena bangun seawal jam 3pagi utk urusan bisnes. Tidur pula kdg2 lewat jam 12 baru dpt lelap. Sepanjang amalkan ostematrix mmg kesannya lain mcm.
✅ tak cepat letih
✅ bangun pun mata segar bugar..haha
✅ dah kurang sakit2 badan

Kemudian bila start mengandung, rutin harian back to normal. Dah xde tidur lewat bangun awal lagi tp still cont mkn ostematrix ni sbb dah terbiasa.

Sepanjang mengandung, saya tak pernah walaupun segelas minum susu! Anak sulung dgn 2nd dulu beria beli mcm2 jenis susu..yang saya ingat anmum la..hihi

Sebab apa saya tak perlukan susu?..dah terbukti dan dah memang fakta..ostematrix adalah pengganti susu terbaik!. 1 tablet bersamaan dengan segelas susu berkalsium tinggi. Bukan setakat saya dapat kalsium..cer tgk kat botol tu apa lagi kandungannya..best kan?

Ohh ya..lagi 1 yg best tau tak? Nak membuang sangat2 senang. Dah tak sembelit lg bila mengandung. Kaki cramp? Memang tak pernah berlaku sepanjang hamil anak ke3 ni.

Jadinya..saya mmg tak risau kot2 baby sy nanti kurang kalsium sbbnya mmg lebih dr cukup sy bekalkan melalui ostematrix.

Jika anda mempunyai masalah seperti saya, apa kata kita sama2 rasai kebaikannya. Bukan shj utk kita malah seisi keluarga boleh amalkan tau.

Berminat utk dptkan TWIN PACK dengan 5% diskaun boleh hubungi no tertera..

Afriza 012 4513311

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...