Tuesday, April 26, 2016

CHECK UP BABY 33W

Assalamualaikum semua...

Nak update sikit memandangkan hari ni hari makin tua...ahaks..

Awal pagi lagi dah berkampung kat kk check up baby no 3 ni..Alhamdulillah ibu dan baby sihat sokmo..baby makin sihat, makin membesar dan semakin aktif..ibu plak xcited tak sabar nk tgk baby..teruja mcm 1st baby je kan..

Dah masuk 33w..Alhamdulillah..tiada masalah spnjang hamil kali ni. Walaupun ada GDM on d/c masa awal2 dulu...keberkesanan set hamil shaklee sgt2 membantu utk ibu bebas diabetes..BSP pun cun jer..dah xpayah nk induce bagai kali ni..tunggu masa sakit jer...haha

Boy ke girl?...rahsia dulu la..ibu xmo teruja sgt..mcm2 boleh jadi kan..scan lain keluarnya lain..hihi..

Apa2 pun semua dah ready..tak sabar nk bau baby..best sgt kan bau baby...5thn dah tunggu ni..hero pun makin membesar dan x sabar nk tunggu adik keluar...hari2 tanya bila adik nak keluar..haha..

Ok lah...dah lama x update blog...update ini je dulu sambil2 menunggu nk jumpa doktor ni..biasalah kat kk ni berejam gak la kan..

Tata...

Wednesday, April 13, 2016

TIPS ATASI KAKI KEJANG KETIKA HAMIL

Ibu2 hamil mesti berhadapan dengan masalah kaki kejang semasa hamil kan?..saya biasa alami ketika mengandung anak pertama dan kedua...mmg sakit kan. Biasa terjadi tengah2 malam...huhu

Ada beberapa tips utk ibu2 amalkan..jom kita tgk..




Pemilihan kasut
Penggunaan kasut yang sesuai dan selesa sepanjang hari sangat penting. Dalam pada itu, gunakan juga stoking sokongan yang boleh membantu anda daripada mengalami kekejangan.

Senaman regangan
Buat senaman regangan otot sebelum tidur. Anda boleh melakukannya dengan menarik jari kaki ke arah lutut sambil menolak tumit jauh daripada badan.

Banyakkan pergerakan
Elakkan daripada berdiri untuk tempoh masa yang agak lama. Apabila duduk pula, sentiasa putarkan buku lali dan lakukan pergerakan kaki.

Suplemen kalsium
Ini sangat2 penting tau.. Amalkan pengambilan suplemen kalsium setiap hari. Sebaik-baiknya ambil suplemen ini sebelum waktu tidur. InshaAllah pasti berkesan.

Tinggikan kaki
Alas kaki dengan bantal ketika tidur. Jadi anda dapat meninggikan paras kaki berbanding badan.

Pada ibu2 yg sedang hamil boleh cuba amalkan tips ni..:)

Monday, April 11, 2016

10 SEBAB BAYI ANDA MENANGIS



1. Bayi lapar?

Ini sebab biasa kenapa bayi menangis.  Bayi anda mungkin lapar dan inginkan susu.  Ada beberapa tanda menunjukkan bahawa bayi ingin minum susu seperti menghisap jari dan menggerak-gerakkan mulutnya ke kiri dan ke kanan kerana mencari susu ibunya. Perut bayi bukan seperti perut orang dewasa.  Mereka hanya boleh mengisi susu dalam kuantiti yang sedikit sahaja dalam satu-satu masa.


Ini menyebabkan bayi akan kerap menyusu bagi memenuhi keperluannya. Berikanlah dia susu selagi dia mahu. Jika dia kenyang dia akan berhenti dan mungkin akan tertidur.

2. Lampin penuh!!
Bayi menangis mungkin kerana lampinnya sudah kotor dan dipenuhi najis. Periksa lampinnya dan segera cuci dan tukar lampin baru jika anda mendapati lampinnya sudah penuh. Bayi akan kembali selesa jika lampinnya kering.

3. Saya tidak sihat!
Bayi anda mungkin ingin memberitahu bahawa dia tidak sihat seperti demam, selsema, batuk atau kolik. Cuba periksa suhu badannya. Jika benar dia tidak sihat, bawalah bayi anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

4. Saya sangat sejuk/ sangat panas!
Seorang bayi masih tidak mampu menyesuaikan diri dengan cuaca yang terlalu sejuk atau terlalu panas. Mereka akan rasa tidak selesa dan akan menunjukkan reaksi seperti menangis bagi memberitahu orang sekelilingnya. Bedunglah atau selimutlah jika bayi anda terlalu sejuk atau pakaikanlah dia baju yang nipis jika dia terlalu panas.

5. Saya mahu tidur
Bayi bukan pelik atau mengada-ngada. Namun itulah fitrah seorang bayi. Walaupun dia mahu tidur, kadangkala dia akan menangis untuk memberitahu ibu yang dia mahu tidur. Cuba baringkan dia, atau dodoikan lembur bayi anda. ada juga bayi tidur ketika menyusu susu ibunya. Tepuk-tepuk lembut dan alunkan ritma yang harmoni. Jika benar dia mengantuk, pasti dia akan terlena jua.

6. Saya mahu dipeluk!
Jika bayi anda sudah kenyang atau lampinnya kering dan dia masih menangis, cuba peluk dan manjainya. Bawa bayi anda rapat ke badan. Mungkin itu yang dia mahukan!

7. Saya mahu bermain!
Cuba anda bermain dengannya. Permainan ringan tetapi menghiburkan seperti peek-a-boo, pasti menyeronokkan.


8. Saya mahu berehat!
Bayi anda mungkin mahu memberitahu anda bahawa dia mahu berehat dan letakkannya di bawah. Dia mungkin mahu bebaskan kai dan tangannya dari pelukan atau bedungan.

9. Saya mahu selesa!
Jika anda pergi ke tempat baru atau berjalan-jalan terlalu lama, ini juga akan membuatkan bayi rasa tidak selesa dan menangis. Dia akan resah jika persekitarannya berbeza dengan keadaan rumahnya. Cuma hadkan waktu melawat anda ketika ziarah atau berjalan-jalan.

10. Saya tidak tahu apa yang saya mahu!
Ini adalah sebab terakhir, kenapa bayi menangis. Di dalam Islam, kita percaya bahawa ada makhluk lain yang ghaib yang mungkin akan menganggu bayi. Perbanyakkanlah membaca al-Qur’an dan zikir bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Kita percaya bahawa setiap penyakit ada penawarnya dan kita digalakkan berusaha untuk memberikan kesembuhan.

Selamat mencuba dan sentiasalah bersabar menghadapi kerenah bayi anda. Belajar cara mengatasi bayi menangis agar cepat reda dan tenang.

10 TIPS SUPAYA ANAK CEPAT PANDAI MEMBACA

10 tips supaya anak cepat pandai membaca. Sekiranya anda menyedari anak anda lambat membaca berbanding rakan sebaya, jangan diabaikan sahaja mereka. Ini kerana, semakin meningkat usia anak-anak itu, semakin sukar untuk mereka belajar membaca. Oleh itu, pendidikan awal adalah sangat penting bagi mereka. Semoga tips ini bermanfaat pada ibu bapa diluar sana, inshaAllah.



1) Peruntukkan masa tetap setiap hari untuk membaca pada anak

Kajian mendapati bahawa membacakan buku pada anak setiap hari boleh meningkatkan pemahaman anak dan membolehkan anak menangkap kosa kata atau beberapa perkataan yang rumit. Selain itu, dengan membacakan buku pada anak-anak, ia boleh mencetus sifat kreativiti dan minat mereka untuk membaca.

Tidak kira sama ada anak anda masih belum bersekolah atau sudah meningkat remaja, cara ini boleh meningkatkan keinginan anak untuk membaca dengan sendiri.

Kita sering melihat orang barat gemar membacakan buku cerita fantasi atau cerita kanak-kanak pada anak mereka sebelum tidur. Apa kata kita pula mengaplikasikan cara ini pada anak kita pula.

Bezanya, sebelum mereka tidur, kita bacakan ayat al-Quran mudah atau doa tidur, dituruti dengan membacakan kisah Nabi dan Rasul pada mereka. Disamping boleh menggalakkan mereka pandai membaca, kita juga boleh mengajar mereka kisah teladan dan sejarah Nabi.

Selain itu, tahukah anda, antara perkara yang boleh meninggalkan kesan dalam ingatan anak-anak adalah membacakan mereka buku! Rujuk artikel ini untuk bacaan lanjut: 10 Perkara Yang Meninggalkan Kesan Dalam Ingatan Anak.

2) Besarkan anak dalam persekitaran yang penuh dengan bahan bacaan

Kanak-kanak yang dibesarkan di rumah yang mempunyai sumber bahan bacaan yang banyak didapati lebih cemerlang dalam pelajaran. Galakkan anak anda membaca dengan melengkapkan rumah anda dengan pelbagai jenis bahan bacaan seperti majalah, komik dan buku.

Lebih elok sekiranya wujudkan perpustakaan kecil di rumah, atau letakkan bahan bacaan di sekeliling anak anda seperti dalam bilik tidur, ruang tamu ataupun dalam kereta!


3) Adakan waktu membaca keluarga

Wujudkan waktu membaca keluarga yang tetap. Sebagai contoh, setiap Jumaat malam, anda sekeluarga menetapkan satu jam dimana semua orang membaca bersama-sama dalam keadaan senyap.

Dengan melihat anda membaca, anak anda juga akan terdorong untuk membaca. Hanya 15 minit setiap hari pun memadai bagi meningkatkan tahap kelajuan pembacaan anak anda.

4) Galakkan pelbagai aktiviti membaca yang menarik

Jadikan membaca itu sebahagian daripada hidup anak anda. Galakkan mereka membaca menu makanan di restoran, papan tanda atau iklan di tepi jalan, tajuk rancangan kegemaran mereka atau apa sahaja informasi yang praktikal.

Anda juga boleh memberikan apa sahaja bentuk bacaan diwaktu lapang mereka sementara mereka menunggu temujanji doktor gigi atau dalam perjalanan menaiki keretapi.

Pelbagaikan bahan atau sumber yang boleh membantu mereka cepat belajar seperti flashcard, permainan atau ipad apps yang sesuai. Dengan cara ini, anak anda akan lebih teruja untuk belajar membaca sekaligus menarik minat mereka.

5) Menanam kebiasaan untuk ke perpustakaan

Terimbau kenangan saya semasa zaman kanak-kanak dahulu. Dahulu, kami tidak mempunyai kereta, jadi, jika mahu kemana-mana kami akan menaiki bas. Teringat kesusahan ibu saya membawa kami tiga beradik yang masih kecil ke perpustakaan seminggu sekali.

Tidak kira apa jua keadaan, perpustakaan menjadi tempat wajib kami kunjungi setiap minggu. Sewaktu cuti sekolah, ibu memilih untuk menghantar kami ke perpustakaan setiap hari. Di penghujung hari, selepas pulang dari pejabat barulah ibu menjemput kami. Meletihkan dan kami juga tidak dapat pergi bermain. Tetapi dengan cara tersebut, kami lebih berminat untuk membaca berbanding aktiviti lain.

6) Pantau setiap perkembangan anak anda

Ketahui secara terperinci setiap perkembangan anak anda. Dapatkan maklumat dari guru di sekolah berkenaan sejauh mana perkembangan yang anak anda tonjolkan di sekolah. Kenalpasti kemahiran membaca yang sepatutnya mengikut peringkat umur.

Kebanyakan ibu bapa gemar meletakkan sepenuhnya tanggungjawab mengajar anak mereka di bahu guru di sekolah tanpa mengambil tahu perkembangan anak mereka sendiri.

Hakikatnya, itu adalah perbuatan yang salah! Sesi pembelajaran dan pengajaran tidak sepatutnya berlaku hanya disekolah. Ia sepatutnya bermula dari rumah. Ibu bapalah pendidik terawal dan utama bagi anak mereka.

Pembelajaran di sekolah hanya untuk perkara yang tidak mampu diajar oleh ibu bapa di rumah. Apalah gunanya anda belajar tinggi sehingga ke peringkat Ijazah dan Doktor Falsafah jika anak anda sendiri diajar oleh pembantu rumah Indonesia yang tidak pernah bersekolah.

Kenalpasti masalah yang dihadapi oleh anak anda semasa proses membaca. Mungkin, anak anda tidak boleh menyebut suatu huruf dengan betul. Mungkin, dia sendiri tidak faham apa yang dia baca.

Dan mungkin juga anak anda keliru dengan huruf-huruf yang ada. Kenalpasti masalah ini dan dapatkan kerjasama dari guru di sekolah sekiranya anda tidak tahu cara terbaik untuk menanganinya.

7) Jujur pada diri dan letakkan sasaran yang realistik

“Saya mahu anak saya pandai membaca dalam masa satu bulan!”. Sekadar berimpian tidak boleh menyebabkan anak anda membaca dengan cepat. Jujur pada diri, dan letakkan matlamat yang realistik. Hanya anda mengetahui sejauh mana potensi dan tahap perkembangan anak anda.

Anda boleh meletakkan matlamat seperti ‘berusaha melatih anak membaca 15 minit setiap hari’ atau ‘menggalakkan anak membaca tiga buah buku sebulan’. Apa sahaja matlamat mengikut kemampuan anak anda.

Terlalu mendesak anak mencapai matlamat yang anda tetapkan sendiri bukan sahaja menyebabkan anak tertekan, malah boleh meragut minat mereka untuk membaca. Jadikan membaca ini suatu perkara yang menyeronokkan, bukan merunsingkan.


8) Memberi galakkan dan motivasi, bukan merendahkan

“Anak saya membaca terlalu perlahan”. Antara keluhan yang sering diluahkan oleh ramai para ibu. Tidak mengapa untuk anak anda membaca lambat. Setiap anak-anak mempunyai keupayaan belajar yang berbeza. Ada yang cepat dan ada yang lambat.

Jangan sesekali membanding-banding anak anda dengan anak orang lain – lebih-lebih lagi dihadapannya. Dikuhatiri, semangat dan minatnyanya untuk belajar hilang sedikit demi sedikit.

Jangan terlalu bimbangkan selaju manakah anak anda membaca. Sebaliknya, tumpukan lebih perhatian pada bagaimana anak anda menyebut sesuatu perkataan dengan tepat dan betul.

Jangan terlalu memberi tekanan pada anak anda supaya laju membaca. Lebih baik sekiranya anda boleh membantunya mengingati apa yang dia baca sebentar tadi. Sebagai contoh, anda boleh menulis beberapa perkataan atau melukis sesuatu yang menggambarkan apa yang berlaku. Dengan cara ini, minat anak anda untuk membaca boleh bercambah hari demi hari.

Reaksi dan respon dari anda mempunyai pengaruh yang besar dalam menggalakkan anak anda membaca. Pastikan anda memuji dengan ikhlas setiap usaha mereka. Sekali sekala, hadiahkan barang impian mereka untuk mengiktiraf segala usaha mereka dan membuatkan mereka rasa dihargai. Ingat, usaha yang kecil tetapi diamalkan setiap hari boleh menyumbang pada kejayaan yang besar dikemudian hari.


9) Berkongsi kesusahan dan cabaran anda dengan anak-anak

Anak anda tidak mahu membaca? Fahami perasaan mereka. Kebiasannya apabila sesuatu perkara tersebut dianggap terlalu sukar untuk dilakukan, ditambah lagi dengan tekanan pelbagai pihak termasuk guru di sekolah dan ibu di rumah, anak anda seringkali memilih untuk tidak melakukannya lansung!

Kongsikan pada anak anda apa jua perkara yang anda tidak pandai atau menghadapi masalah untuk melakukannya. Akui padanya, sebagai manusia biasa, tidak mengapa untuk tidak pandai – asalkan berusaha dan mencuba.

10) Raikan setiap kejayaan dan usaha

Paling penting, raikan setiap kejayaan dan usaha anak anda – setiap satu kejayaan! Jangan hanya bergantung pada kad kemajuan sekolah anak anda untuk meraikannya..

Friday, April 8, 2016

HIDANGAN RINGKAS YANG SEDAP KETIKA BERPANTANG

Assalamualaiku w.b.t

Ada ibu2 yang sedang berpantang sekarang ni? atau yang bakal berpantang tak lama lagi? Kalau berpantang kat rumah mak mesti tak risau kan..sebab semuanya disediakan. Ermmmm..kalau yang baru cuba2 untuk berpantang sendiri macam fiza ni mcm mana yer?..haha..sejak dua menjak ni memang asyik mengoogle je menu2 berpantang. Nak masuk anak ke3 ni dapat lah ingat lagi apa yang pernah mak masak masa dulu2 berpantang.

so..pada yang memang berhajat berpantang sendiri nanti, ada beberapa menu yang fiza dapat FB..dapat lah share dengan ibu2 semua..

Perencah Wajib Perlu ada Ketika Berpantang

  • garam
  • lada hitam
  • halia
Lada Hitam bergaram
  • Rencah lada hitam & garam. Ditumbuk sekali dan boleh ditabur atas nasi sebagai perisa/pembangkit selera mahupun sebagai bahan masakan.
  • Simpan di dalam bekas kedap udara.

Serunding ikan bilis halia



  • Bahan2: Ikan bilis goreng, halia parut goreng, lada hitam tumbuk
  • Gaulkan kesemua bahan.  Simpan dalam bekas kedap udara untuk simpanan lebih lama. Makan dengan nasi panas2..sure terangkat...fuhhhh

Kerabu Pegaga


  • Bahan: Ulam pegaga dibersihkan & dimayang, Bawang putih & bawang besar ditumbuk bersama.
  • Gaulkan kesemua bahan dan hidangkan bersama nasi panas...fuhhhh lagi terangkat

Ikan Salmon Bakar


  • Bahan: Ikan Salmon digaul bersama rencah lada hitam bergaram
  • Dipanggang hingga masak dan terus dihidangkan

Ayam Masak Halia


  • Bahan: Isi Ayam dipotong, Halia dimayang, Rencah lada hitam bergaram
  • Masukkan semua bahan dengan sedikit air, rebuskan hingga ayam masak & kuah memekat & biarkan kering sedikit

Ikan Panggang


  • Bahan: Ikan Kembung, Selar atau Tenggiri dipanggang hingga masak.
  • Dihidangkan bersama serunding ikan bilis halia atau renpah lada hitam bergaram

Sup Lobak Putih


  • Bahan: Lobak Putih, Lobak Merah, Halia, Rencah lada hitam bergaram, bawang putih
  • Renihkan air bersama halia, bawang putih dan rencah lada hitam bergaram hingga air mendidih. 
  • Masukkan Lobak dan masak hingga empuk

Ikan Merah/Haruan Stim Halia


  • Bahan: Ikan Merah/Haruan, Bawang Putih, Merah serta hirisan halian & garam
  • Letakkan semua bahan dalam pengukus dan kukus hingga masak....boleh la makan...:)

Sup Ayam


  • Bahan: Isi Ayam, Kentang, Sup Bunjut, Bawang putih, merah, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga & rencah lada hitam bergaram
  • Renihkan air bersama sup bunjut dan semua bahan kecuali ayam & kentang hingga air mendidih
  • Masukkan Ayam & kentang dan rebus hingga empuk
  • kemudian masukkan rencah lada hitam bergaram...fuhhhhh

Sup Sayur


  • Bahan: Sawi, Lobak Merah, Isi Ayam, Bawang Putih, Rencah lada hitam bergaram
  • Renihkan air bersama bawang putih, isi ayam hingga mendidih. 
  • Masukkan Lobak, Sayur sawi & rencah secukup rasa...siap....

Macam mana?..terliur tak?..hihi
Tunjuk menu ni dekat suami tau..:)
Semoga bermanfaat untuk semua...

Wednesday, April 6, 2016

CHECKLIST BARANGAN KEPERLUAN BERSALIN

Seronok bila bercerita tentang pengalaman mengandung & saat tibanya untuk kelahiran bayi. Saya?..baru je 2 org dan itu adalah pengalaman paling beharga dalam hidup saya dan sekarang nak masuk 3...menghitung hari je ni..




Bagi ibu bapa yang pertama kali berhadapan detik kelahiran bayi sulung mereka, pasti dalam proses menyediakan kelengkapan bayi dan juga persiapan barang/beg untuk dibawa ke hospital. Setiap ibu yang bakal bersalin perlu sediakan sebuah beg sebagai langkah berjaga-jaga. SEBAB kita tak tahu bila masanya kita akan bersalin dan beg dengan semua kelengkapan bayi & kelengkapan ibu WAJIB disediakan seawal 7Bulan. 

Jom kita tengok apakah barang yang perlu disediakan:

Keperluan Ibu:
  • Nursing Bra
  • Breast Pad
  • Tuala Wanita
  • Keperluan Peribadi (berus gigi, ubat gigi, tuala, sikat dsbnya)
  • Stokin
  • Panties
  • Tudung Express
  • Kain Batik
  • Pakaian
  • Bengkung
  • Minyak Urut
  • Baju Sejuk
  • Selipar
  • Makanan & Minuman ringan
  • Surah-surah Al-Quran
  • Plastik
  • Pam Susu
  • Vitamin Berpantang
  • Handphone & Pengecas
  • WAJIB - Buku Merah
Sebaik-baiknya asingkan keperluan ibu & bayi. Letak di dalam beg berasingan

 Barang Keperluan Bayi

barang keperluan bayi
Credit : pic Google
  • Beg bayi
  • Pampers/Lampin/Cloth Diapers – Kalau beg muat, letaklah dalam sedozen..hehe..kalau saya just letak dalam 6-7 keping je sebab lepas bersalin baru minta tolong suami topup.
  • Baju – 3 or 4 pasang
  • Minyak telon/bayi untuk elakkan kembung perut
  • Tuala Mandi – 1 helai
  • Tuala kecil
  • Booties & Mittens – 3 or 4 pasang
  • Peralatan Mandian
  • Baby Wipes/Wet tissue
  • Selimut/Bedung
  • Barut
  • Topi
  • Plastik untuk letak baju kotor/wet tissue yang dah digunakan.

Bila Perlu Sediakan Barang Keperluan Bersalin ni?

Pada pendapat saya, seeloknya usia kandungan dah masuk 7 bulan tu..beg hospital ni dah ready. Sebabnya kita tak tahu bila baby akan keluar sama ada cukup bulan atau pun tak. Just be prepared je lah. Saya dah nak masuk 8 bulan ni..so far semua dah ready dlm kereta. Baju baby..byk recycle abang2nya punya..masih cun lagi semuanya..adalah beli dalam 2-3 psg.

Jika anda ibu yang akan melahirkan cahaya mata tak lama lagi..saya doakan semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Proses kelahiran ni adalah satu proses yang semulajadi..tak perlu takut sangat-sangat. Tenangkan fikiran dan ikut je flow :) Insya Allah..moga selamat semuanya :)

7 TIPS MENDIDIK ANAK BIJAK DARI DALAM KANDUNGAN


7 Tips Mendidik Anak Menjadi Bijak Dari Dalam Kandungan.  Kehamilan merupakan tempoh penting untuk membolehkan si cilik meniti perkembangan positif.

Jom kita tengok:



1. Penuhi Kepeluan Nutrisi yang Sihat

Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi.

Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.

2. Perbanyakkan Amalan

Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nnya.

Anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Iisnin dan Kkhamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran. Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi. Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.

3. Amalan Bacaan Al-Quran

Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda.

Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, al-untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.

4.  Berbual dengan Bayi

Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.

Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.

5. Bijak Mengawal Emosi

Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.

Percayalah, tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak anda di masa hadapan. Malah, perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak yang pada masa yang sama dapat memastikan bayi yang sihat, pintar dan cerdas.

6. Muzik Klasik

Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa. Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.

7. Penerimaan dengan hati yang terbuka
Si ibu perlu bersyukur ke hadrat Ilahi kerana bakal dikurniakan seorang anak. Hati mesti ikhlas menerima rezeki dari Allah. Kadang-kadang, ada ibu yang kurang bersedia untuk menimang cahaya mata. Ada juga yang menolak cahayamata akibat faktor ekonomi. Jika berfikiran sedemikian, cepat-cepat kita buang jauh-jauh. Penerimaan ini penting kerana ia membabitkan emosi dan hubungan antara ibu dan bayi. Secara tidak langsung, emosi negatif ini akan sampai pada bayi. Kekalkan elemen positif sepanjang hamil.
Jom sama2 kita amalkan...InshaAllah..

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...