Wednesday, January 20, 2016

# GENERAL INFO # STROK HABA

LANGKAH PENCEGAHAN STROK HABA

Entry minggu ni banyak info mengenai strok haba kan?..bertepatan dengan situasi semasa sekarang. Kita dah pun tahu apa itu Strok Haba dan Simptom2 Strok Haba..sekarang nak story mengenai Langkah-langkah Pencegahan Strok Haba yang boleh kita buat.




  • Perkara yang paling penting untuk mencegah strok haba ialah mengelakkan diri dari kurang air atau dehidrasi...haa..kalau boleh tu dok rumah je lah yer..
  • Elakkan aktiviti fizikal yang lasak ketika cuaca panas dan lembap.  Sekiranya anda terpaksa melakukan aktiviti luar di cuaca panas, pastikan anda minum banyak air dan minuman isotonik untuk mengekalkan tahap hidrasi. Jauhkan dari minuman keras atau minuman berkafein seperti kopi atau teh kerana minuman-minuman tersebut boleh menyebabkan kekurangan air.  Berehat secara kerap untuk memastikan anda dapat menambah cecair badan dengan air kosong dan pengambilan minuman isotonik.
  • Walaupun kedengaran remeh, tetapi anda disarankan untuk memakai topi, pakaian yang longgar, dan berwarna cerah untuk menyejukkan badan.
  • Ingat! Jangan sekali-kali anda tinggalkan anak atau haiwan di dalam kereta yang berkunci di cuaca yang panas.
  • sangat penting! pastikan minum air yang cukup. sekurang2nya 2.5 liter atau lebih



Beberapa Langkah segera juga boleh diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu:

  • menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.  Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.
  • Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan," katanya.

Info:- Badan anda memerlukan tambahan elektrolit seperti sodium dan cecair sekiranya anda telah berpeluh dengan banyak di cuaca panas.

No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me