Monday, December 26, 2016

QISYA AZZAHRA 6 BULAN DAH

9:23 AM 0 Comments
Assalamualaikum...selamat pagi semua. Cuti sekolah dah nak habis kan. Cuti sekolah kali ni memang tak pergi mana pun. Kesian anak-anak sebab Abahnyactak dapat cuti..bizi sokmo. Ibu nak bawak jalan2?..dekat boleh la. Sebab ada si kecik comel ni memang malas nak bersesak bagai. Satgi macam-macam penyakit plak dapat.





Sekarang pun dak Qisya ni batuk + selsema plak..lagilah ibu malas nak meronda. Kita keluar rumah pergi shaklee dan pergi cod barang je yer anak-anak..hihi.

Alhamdulillah..cepat masa berlalu. Dah 6bulan adik kecik ni. Diberi nama Qisya Azzahra. Nama Qisya tu lama tau ibu simpan..dapat jugak sorang puteri ni..

Ok lah..saja2 nak celoteh pagi. Selamat bercuti semua dan selamat tahun baru. Lagi beberapa hari je lagi kan..

Nak order shaklee dengan ibu Qisya..wsap tau..

MY SHAKLEE EFFECT

8:26 AM 0 Comments
Assalamualaikum..banyak dok up testimoni customer je kan..haaa..ni akak up diri sendiri plak..Jenuh godek gambar lama aihhh..memang dari dulu tak suka sangat nak bergambar pun. Ni je lah yang ada..puas cari dah..😂😂


Gambar sebelum amalkan shaklee tapi awalnya cuma ambil Bcomplex, vitamin c, vitamin e dan Carotomax. Lecithin dan Alfalfa pun ada juga tapi tak konsisten. Kadang makan kadang tak. Betul-betul konsisten dengan set masa pregnantkan Qisya la. Complete set amalkan termasuk ESP...haha tapi ESP culas gak sebab masa pregnant macam tak lalu nak telan..😂

Prenatal/posnatal set memang konsisten sampai sekarang. ESP dah skip tapi bila tengok kawan-kawan makin gebu je rasa macam nak start ESP balik ni. Jeles dah ni..😄

Dulu..kalau perasan parut bekas chickenpox memang banyak..tapi lepas amalkan Vitamin C dan E makin lama makin kurang. Kadang-kadang Vitamin E tu buat masker. Best sangat..

Ada yang nak cuba shaklii ni? Best tau..meh roger 

012 4513311

Monday, December 19, 2016

SUPLEMEN BUKAN PENGGANTI MAKANAN

8:08 AM 0 Comments
Saya dah makan buah-buahan, semua jenis sayur saya dah makan. Perlu ambil Vitamin lagi ke?


Ok..meh baca..

Sangat bagus amalkan buah dan sayuran sebab ianya adalah sumber semulajadi yang terbaik dalam membekalkan vitamin dan mineral penting untuk kesihatan tubuh kita. 


Tetapi, tahu tak..buah dan sayuran segar yang kita makan tu mengandungi racun perosak (pesticide). Ini memberi kesan sampingan dalam jangka masa panjang, seperti kanser, tumor dan penyakit kronik lain. 

Apa itu Pesticide?
Pesticide adalah sejenis bahan kimia yang digunakan sebagai agen perosak dengan membunuh atau mengawal perosak atau patogen yang merbahaya kepada tanaman, manusia dan juga struktur bangunan. Penggunaan racun perosak kini menjadi pilihan utama dalam mengawal perosak kerana ianya cepat bertindak, berkesan, mudah digunakan dan kesan racun yang mudah dilihat. 

Sebab tu kita dapat tengok sayur dan buah yang kita beli tu segar-segar je kan. Racun perosak ni banyak diguna oleh petani untuk menjaga kualiti buah dan sayuran dari serangan hama dan serangga bagi mendapatkan keuntungan yang maksimum.   

Penggunaan pesticide bukan sahaja memberi kesan negatif kepada manusia, tetapi mampu merosakkan kitaran ekologi. Antara lain, tercemarnya air tanah serta perubahan pada sistem hormon haiwan ternakan mamalia serta ikan. Jadi, bukan hanya sayuran dan buah, ikan serta haiwan ternakan yang kita consume juga  turut tercemar dengan pesticide

Berdasarkan fakta di atas, adakah anda masih yakin, buah-buahan dan sayur-sayuran yang anda makan adalah bebas toksik sepenuhnya? 

Jadi disini, Suplemen (makanan tambahan) memainkan peranan penting. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang kita perolehi daripada makanan. 

Contohnya Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi dari makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan. 

Zat makanan juga mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C contohnya mudah dimusnahkan oleh haba tinggi semasa dimasak.

Bagi wanita hamil, mereka perlu mengambil asid folik (sejenis Vitamin B) dan asid lemak perlu (EFA) bagi membantu proses pembentukan otak dan saraf anak serta mengelakkan risiko kecacatan.

Seperkara yang perlu difahami juga, suplemen bukanlah pengganti makanan tetapi melengkapkan khasiat yang tidak dapat dibekalkan kepada badan. Apatah lagi bahan-bahan makanan yang telah tercemar dengan racun perosak. 

Oleh itu, anda sebagai pengguna mesti pastikan produk suplemen atau makan tambahan yang anda ambil itu adalah bebas dari segala racun. 

Dan..

Semua produk Shaklee adalah 100% dihasilkan dari bahan semulajadi yang bebas dari bahan merbahaya termasuk semua botol-botol yang digunakan untuk menyimpan semua produk Shaklee adalah bebas toksik.

Jadilah pengguna bijak..

Afriza
0124513311






Sunday, December 18, 2016

SUPLEMEN BOLEH ROSAKKAN BUAH PINGGANG

6:15 PM 0 Comments
MAKAN SUPLEMEN BANYAK BOLEH ROSAKKAN BUAH PINGGANG?

Agak-agak betul tak persoalan di atas? Kalau ikutkan bukan pasal Buah Pinggang je tapi 1001 persoalan yang mungkin bermain di minda bila berkaitan dengan Suplemen ni. Betul kan?

Meh nak cerita panjang hari ni.

Beza tau antara Ubat, Suplemen Sintetik dan Suplemen Semulajadi. Shaklee adalah Jenama Suplemen Semulajadi di dunia.

Dan..
Shaklee ada Landmark study..dijalankan untuk buktikan keberkesanan produk mereka.
☑ Sentiasa Selamat
☑ Sentiasa Berfungsi
☑ Sentiasa Mesra Alam
✅ Selain menguji setiap ramuan baru untuk lebih 350 bahan cemar yg berbahaya, 
✅ menjalankan 100,000 ujian kualiti setahun
✅ melabur lebih daripada $250juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan dan 
✅ di sokong lebih dari 100 kertas saintifik termasuk ujian yg di lakukan selama 20tahun, iaitu Landmark Study, yang di siarkan dalam Jurnal Pemakanan dan banyak lagi. 
✅ Selain itu juga ada 7 dari 25 pengembaraan yg tercatat dalam Time-Life® Book's 25 Greatest Advantures of All Time.

Kesemua nya adalah bagi memastikan ketulenan Produk Shaklee di tahap setinggi mungkin. Banyak lagi kisah Landmark Study. Boleh refer link di bawah ni.



Jadi..untuk nak elakkan kita dapat masalah pada buah pinggang, benda paling penting adalah minum air yang mencukupi. Amalkan gaya hidup sihat dan corak pemakanan yang betul.

Tahu tak..Orang yang tak ambil ubat atau supplemen pun boleh alami kerosakan buah pinggang kalau badan dehydrated/tak cukup air.

Cuba lihat poster di atas..Proffesor ni dah amalkan Shaklee lebih 40 tahun. Agak-agak ada masalah Buah Pinggang tak?☺

Jadi..memang tak perlu ragu lagi. Shaklee memang terbukti selamat. Pilih yang terbaik dan ada bukti saintifik..jangan sebarangan.

sidPRO
Afriza
012 451311

Saturday, December 17, 2016

MISI MENCARI RAKAN NIAGA

7:02 PM 0 Comments
MISI MENCARI RAKAN NIAGA/MENTEE..

Assalamualaikum semua..dan selamat berhujung minggu.


Masih mencari-cari bisnes apa nak buat? Nak dok rumah jer tak nak tapi nak duit? Kak fiza membuka peluang untuk adik-adik yang ingin mencari extra income.

Kenapa? 
1. Bisnes sangat mudah, modal rendah sangat..RM79 sahaja untuk keahlian
2. Tak perlu keluar modal beribu untuk buat stok bertimbun. Ada orang order baru gi beli barang atau terus online sahaja.
3. Syarikat kukuh..dah berpuluh tahun bertapak di Malaysia
4. Ada barisan SAINTIS hebat 
5. Produk yang memang terbukti berkesan dan ada LANDMARK STUDY
6. Produk yang sentiasa ada sambutan dan terbukti selamat.

Tak tahu berniaga? Malu nak jual?
Kami ada GROUP dan leader hebat yang mampu guide anda semua menjadi hebat.

Yang penting!!
1. Nak belajar dan belajar
2. Komited dan No Alasan
3. Nak berjaya dan terus berjaya
4. Ada smartphone dan internet
Anda berminat dan ada ciri-ciri di atas...terus roger akak..

0124513311


Wednesday, December 14, 2016

INDAHNYA HIDUP INI

10:31 AM 0 Comments
Rezeki ni luas..bukan sahaja dalam bentuk duit dan kemewahan kan..anak-anak sihat gembira pun dah kira rezeki. Kalau bagi orang berbisnes ni, mesti lah nak ada sale hari-hari. Barulah rezeki namanya tapi tak semestinya kena ada sale kan. Dipermudahkan urusan seharian pun dah dikira rezeki..



Kisahnya tiba-tiba awal bulan baru ni kereta sangkut kat bengkel dekat seminggu. Ada beberapa customer tiba-tiba nak barang urgent minta cod..terpaksa lepaskan sebab diaorg nak cepat kan..tak dapat nk keluar sebab tak de transport. Tak pe..Yakin ada rezeki lain nanti.

Minggu ni pulak, 2 hari berturut-turut customer yang consume Vivix wsap tanya pasal healing crisis dan sorang customer pasal HB low tanya cara makan tapi diaorang beli dari SID lain. Akak ni tidak la kejam biarkan wsap tu berlalu begitu saja. Jadi, layan je lah. Apa salahnya berkongsi apa yang kita tahu kan..moga ada yang lain datang nanti..😊

Alhamdulillah..tak der rezeki bershaklii tapi ada rezeki lain yang muncul..Syukur Alhamdulillah..Yang penting jangan putus asa dan selalu meminta padaNya. Jaga hubungan kita dengan Allah swt dan sesama kita.

Yakin rezeki itu pasti milik kita. Semoga kita semua dikurniakan rezeki yang luas olehNya...Amin

Tuesday, December 13, 2016

LOBAK MERAH BANTU KURANGKAN RABUN

1:48 PM 0 Comments
LOBAK MERAH BAGUS UNTUK MATA
Kalau pergi kedai ke pasar ke..memang tak sah kalau tak beli lobak merah (carrot). Sayuran wajib yang mesti ada dalam fridge..😅. Anak-anak paling suka carrot. Sayur lain kurang ckit. Jadi layan je lah kan. Rabbit kat rumah pun suka carrot.. 😃. Kek carrot pun sedap kan.


Lobak Merah ni banyak khasiat tau dan ada banyak vitamin seperti Beta Carotene, vitamin B dan C , alpha carotene, klasium, dan potasium . Ia adalah baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan peyakit. Selain itu juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toxic dalam badan .

Kalau ada yang minat Jus Carrot ni, anda sangat bertuah tau sebab ia boleh cantikkan kulit selain dapat mengurangkan masalah sakit jantung , diarrhea , dan juga mengatasi selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan.

Satu daripada khasiatnya yang saya suka ialah ia dapat kurangkan rabun. Beta karoten yang ada dalam Lobak Merah ni ia boleh membantu meningkatkan kesihatan mata.

Selain itu, lobak merah juga kaya dengan serat, antioksidan dan pelbagai mineral berkhasiat. Kekurangan vitamin A mampu menyebabkan masalah penglihatan yang kabur terutama di waktu malam. Tubuh kita sangat perlukan Vitamin A untuk menjalankan fungsi mata, terutama untuk menyesuaikan diri dengan kegelapan.

Salah satu cara untuk mencegah kerosakan pada kornea mata adalah dengan kerap memakan lobak merah atau memasukkan beta karoten ke dalam makanan yang anda ambil..

Sebab itulah saya suka Carotomax shaklee ni sebab ianya juga mampu meningkatkan kesihatan mata. Selama consume Carotomax, power spek dari 350 dah turun pada 325. Terpaksa stop kejap lepas pregnant dan berpantang hari tu. Ingat nak konsisten semula ni sebab setiap capsule Carotomax ni mengandungi 5000 IU Vitamin A (100% beta carotene). Dah cukup untuk keperluan tubuh kita. Larat ke nak makan carrot je hari-hari kan. Tapi kalau Jus Carrot hari-hari layan jer sebab sedap..😊

Nak dapatkan Carotomax? Boleh hubungi saya Fiza 012 4513311. InsyaAllah saya boleh membantu. Atau ingin membuat pembelian sendiri boleh sahaja klik dibawah untuk pesanan.




Sekiranya anda berminat menjadi Pengedar Shaklee terus hubungi saya Fiza 012 4513311. Saya memerlukan pengedar di Seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

Monday, December 12, 2016

SET HAMIL SHAKLEE UNTUK HYPERTIROID

11:35 AM 0 Comments
Assalamualaikum..
Alhamdulillah..semalam dapat customer yang sedang hamil 24minggu. Ada masalah Hypertiriod dan beliau tengah mencari suplemen yang sesuai untuk masalah tiroid nya.



Bahaya masalah tiroid ni ketika hamil. Untuk pesakit Tiroid yang sedang hamil, ada beberapa Suplemen yang boleh diambil dan ada juga kandungan tertentu yang tidak boleh diambil. Penting untuk dapatkan nasihat dan konsultasi dari pengedar sebelum anda membeli sebarang suplemen.

Pesakit Hypertiriod sering mengalami masalah seperti:
  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu
  • ejang otot
  • Oesteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut tidak kuat
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik
Berikut adalah cadangan untuk mereka yang mengalami masalah Hypertyroid:
Tapi kalau sedang Hamil, pengambilan Vita E Complex boleh di stopkan buat sementara dan boleh disambung selepas kelahiran nanti.  Boleh rujuk entry sebelum ini berkaitan Tiroid dan Kehamilan untuk rujukan bersama.

Boleh hubungi saya Fiza 012 4513311. InsyaAllah saya boleh membantu. Atau ingin membuat pembelian sendiri boleh sahaja klik dibawah untuk pesanan.


Sekiranya anda berminat menjadi Pengedar Shaklee terus hubungi saya Fiza 012 4513311. Saya memerlukan pengedar di Seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kehadiran anda sangat diperlukan.

Pengedar Sah Shaklee Sungai Petani, Kuala Ketil dan 
Padang Serai 
Fiza Hasan (Shaklee ID 949698)
012 4513311 (whatsapp /sms)
COD : Bandar Puteri Jaya, Econsave BPJ, Giant Sungai Petani

AKTIVITI HUJUNG MINGGU

10:58 AM 0 Comments
Wah cuti lagi yer hari ini..kalau tak gi mana ingat kukus kek sebijik la utk santapan anak-anak. Along dgn Angah hantu kek coklat. Itu je lah yang pandai buat pun. Tapi kalau part deko kek memang la tak reti. Suka tengok kek yang cantik-cantik tu..☺


Cuti sekolah yang panjang mcm ni..biasanya petang-petang cuba mengguli donut. Dah banyak kali try n error. Banyak yang tak menjadi tapi Alhamdulillah 2/3 hari ni menjadi plak. Kita buat sampai jadi la kan. Anak-anak suka..letak topping coklat plak lagi diaorg suka.

Petangnya teman diaorg main kat playground. Biasalah cuti sekolah ni. Banyak masa kat rumah. Layan anak-anak je lah.

Sebelum ni ada jugak berhajat nak tanam sayur. Segala benih kangkung, bayam semua dah beli tapi masih tak menjadi lagi. Tak tahu bila nak startnya..😅😅

Jom2..nak siapkan bekpes anak-anak..belum bangun lagi budak berdua tu. Baby Qisya yang bangun awal teman ibu pagi ni..

Sunday, December 11, 2016

IMPIAN 2017

11:51 AM 1 Comments
Alhamdulillah..kita dah sampai penghujung 2016. Mesti apa yang dirancang sepanjang tahun ini telah tertunai kan. Kalau ada yang belum, masih ada masa lagi untuk kita. Saya sendiri masih banyak yang belum tertunai untuk 2016 ni. Terasa begitu banyak dugaan dan halangan sepanjang tahun ini. Bersama shaklee pun masih ada target yang belum tercapai. InsyaAllah 2017 pasti termakbul.


Hari ini, 11 December nak sambung shopping barang-barang sekolah anak. Anak sulung Along dah nak masuk tahun 1. Semakin membesarnya anak-anak, makin menyedari pertambahan usia yang kini dah pun masuk pertengah 30an.
Harapan hanya satu..dapat membesarkan mereka dengan penuh ilmu dunia dan akhirat. 
Impian 2017 nak bawa anak-anak makan angin. Kita pergi holiday yer. Tahun lepas sempat ke Pangkor ramai-ramai dengan ipar duai. Tahun depan pun insyaAllah. Acara wajib untuk family.
Impian bersama shaklee..sedang berusaha sekurang-kurangnya dapat genggam satu anak tangga bersama rakan seperjuagan yang lain. Moga dimakbulkan. Amin.
Semoga impian 2016 rakan yang lain telah tertunai hendaknya. Jom kongsi harapan dan impian 2017. Beberapa hari saja lagi ni.




Friday, December 9, 2016

JANA PENDAPATAN ONLINE UNTUK LEPASAN UNIVERSITI

10:29 PM 0 Comments
Assalamualaikum semua..
Ada tak dikalangan kawan-kawan atau ada adik beradik yang baru je habis belajar? Tak kisah la baru lepas grad dari Universiti Awam ke atau swasta ke ataupun lepasan SPM pun ok..dan nak cuba berjinak-jinak dengan bisnes? Sekarang susah nak dapat kerja tau. Peratus nak dapat kerja dengan kelulusan kita ada pun berapa la sangat kan.



Lepas grad mesti korang nak cari kerja kan? Nak bayar PTPTN, nak bagi wang saku kat mak ayah, nak pakai motor/kereta macam orang lain dan bla bla lagi. Perlukan duit kan? Sebelum nak dapat kerja yang sesuai, apa kata korang join team shaklee akak. Lepas dah dapat incentif dari shaklee mesti dah tak ingat nak cari kerja nanti..percaya lah..hehe


Akak dulu grad dari UM tahun 2008 dan Alhamdulillah terus je dapat kerja dalam skop yang sama la. Tapi akak kerja tak lama dalam 2tahun lebih je. Lepas suami dapat transfer ke Utara terus berhenti dan fokus bisnes online 24jam. Ada jugak cari kerja tapi banyak company reject sebab masa tu akak pregnant. Sedeh kan?. So memang tekad beronline bisnes je lah.

Jadi..disini, akak ada tawaran hebat untuk adik-adik yang sedang mencari kerja. Dan akak juga memerlukan bisnes partner yang komited dan bersungguh-sungguh untuk bisnes online shaklee.

Kenapa Shaklee?
1. Modal serendah RM80 sahaja untuk daftar Keahlian. Ada juga tawaran keahlian percuma mengikut terma dan syarat.

2. Tak perlu susah payah simpan stok dan tak perlu keluarkan modal banyak beribu-ribu utk buat stok kat rumah. Sistem online shaklee sangat mudah.

3. Produk yang terbukti berkesan dan selamat berdasarkan kajian saintifik dan landmark study yang ada.

InsyaAllah..akan ada GROUP SUPPORT untuk bimbing kita semua mencapai 5 angka sebulan. 
Apa yang akak perlukan dari korang adalah:
  • Komited dan bersungguh-sungguh
  • Perlukan duit/suka sangat dengan duit tapi bukan nak jadi hamba duit tau.
  • Sanggup belajar dan tidak mudah give up
  • Berfikiran terbuka dan positif
  • Berani sahut cabaran
Ada ciri-ciri di atas? Hubungi akak sekarang. Bermula dengan 2 angka..3 angka dan mampu melonjak ke 5 angka dan seterusnya.


Sekiranya berminat menjadi Pengedar Shaklee terus hubungi Kak Fiza 012 4513311. Pengedar di Seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei amat diperlukan.

Pengedar Sah Shaklee Sungai Petani, Kuala Ketil dan 
Padang Serai 
Fiza Hasan (Shaklee ID 949698)
012 4513311 (whatsapp /sms)
COD : Bandar Puteri Jaya, Econsave BPJ, Giant Sungai Petani


CARA MUDAH MERAWAT RAMBUT GUGUR

3:05 PM 0 Comments
Assalamualaikum..
Semalam ada taip entry pasal cara merawat keguguran rambut secara semulajadi. Maklum la sejak Qisya dah masuk 6bulan ni makin banyak semburan yang dia buat dan makin hari makin banyak rambut gugur.



Jadinya..kena la konsistent semula set rambut gugur ni. Sebelum tu cuba tengok perkongsian menarik dari video ni



Puan Maria berhadapan dengan masalah rambut gugur yang teruk. Setiap kali basuh dan sikat rambut, mesti ada yang jatuh ke lantai. Bila rambut kerap gugur, lama kelamaan rambut akan kelihatan botak bertompok pula. Muda lagi tapi dah nampak tua sebab botak..hehe

Saya mencadangkan set rambut gugur Shaklee untuk membantu anda.



1. ESP 

ESP adalah serbuk protin. Kekurangan protin menyebabkan pertumbuhan rambut menjadi perlahan. Pastikan bahawa anda makan cukup protein agar rambut anda tumbuh lebih cepat dan sihat. 

2. B Complex
Salah satu punca rambut gugur adalah disebabkan tekanan emosi. B Complex adalah vitamin anti stress yang membantu untuk memberi perasaan tenang. Kandungan utama Vitamin B3 adalah berguna untukmembaiki aliran darah pada kulit kepala, Vitamin B6 pula untuk mengelakkan rambut dari gugur. Vitamin B12 juga memainkan peranan untuk elak rambut gugur. Kesimpulannya kelebihan B Complex sangat banyak untuk masalah rambut gugur. 

3. Zink Complex
Diet yang kurang zink boleh membawa kepada kelemahan sistem imun yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Zink boleh memainkan peranan yang penting dalam modulation paras testosteron pada lelaki normal. Apabila hormon seimbang maka risiko kehilangan rambut boleh dikurangkan. Zink boleh menguatkan folikel rambut anda dan boleh membantu mencegah beberapa jenis keguguran rambut. 

4. Prosante Hair Care System
Istimewanya set ni ia adalah bebas paraben, bebas SLS.
✅ Prosante Revitalizing Shampoo
✅ Prosante Lightweight Conditioner
✅ Prosante Nourishing Scalp Treatment


Berminat nak dapatkan set penjagaan rambut di atas?
Boleh hubungi saya Fiza 012 4513311. InsyaAllah saya boleh membantu. Atau ingin membuat pembelian sendiri boleh sahaja klik dibawah untuk pesanan.



Sekiranya anda berminat menjadi Pengedar Shaklee terus hubungi saya Fiza 012 4513311. Saya memerlukan pengedar di Seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kehadiran anda sangat diperlukan.

Pengedar Sah Shaklee Sungai Petani, Kuala Ketil dan 
Padang Serai 
Fiza Hasan (Shaklee ID 949698)
012 4513311 (whatsapp /sms)
COD : Bandar Puteri Jaya, Econsave BPJ, Giant Sungai Petani

7 CARA MERAWAT MASALAH RAMBUT GUGUR

12:19 AM 0 Comments
Assalamualaikum semua..
Ada tak dikalangan ibu-ibu yang mengalami masalah keguguran rambut yang teruk selepas bersalin? Saya ada beberapa tips untuk dikongsi bersama. Cara atasi masalah rambut gugur:




1. Minyak Lavender
Minyak lavender juga menggalakan pertumbuhan rambut tau.  Ia sememang nya membantu merawat rambut yang rosak sekaligus mengurangkan keguguran rambut. Sapukan sedikit minyak lavender pada rambut terutama akar rambut dan urut bahagian kulit kepala. Boleh amalkan dua kali sebulan.

2. Minyak Kelapa dan Minyak Zaitun
Hanya perlu campurkan satu sudu minyak zaitun dan satu sudu minyak kelapa. Kemudian sapukan ke seluruh bahagian rambut bermula dari kulit kepala. Urut bahagian kulit kepada secara perlahan. Tutup dengan shower cap dan biarkan untuk lebih kurang lima jam kemudian basuh rambut seperti biasa dengan menggunakan syampu.

3. Makanan Tinggi Protein
Rambut memerlukan protein untuk tumbuh dengan lebat, subur dan sihat. Bila kita mengamalkan makanan yang tinggi kandungan protein, rambut bukan sahaja yang tumbuh dengan lebat tetapi dapat juga mengelak dari berlakunya kerosakan rambut.

4. Santan Kelapa
Petua tradisional yang kerap digunakan untuk perawatan rambut adalah dengan menggunakan santan. Apa yang perlu anda lakukan adalah ambil santan yang pekat dan lumurkan ke seluruh bahagian rambut dan kulit kepala. Urut kulit kepala untuk seketika dan biarkan selama sejam sebelum membasuh rambut seperti biasa. Amalkan petua ini dua kali seminggu untuk melihat hasilnya. Penggunaan santan kelapa bukan sahaja akan melebatkan rambut tetapi ia juga akan membuat rambut kelihatan lebih bersinar dan hitam.

5. Yogurt
Anda hanya perlu melumurkan yogurt ke atas seluruh bahagian rambut seperti masker rambut. Biarkan selama sejam dua sebelum anda membasuh rambut seperti biasa. Amalkan sekurang-kurangnya dua ke tiga kali seminggu.

6. Kacang Hijau
Selain elok untuk kulit muka, kacang hijau juga boleh digunakan untuk merawat rambut. Anda perlu mengambil secawan kacang hijau dan merendamkannnya terlebih dahulu. Rendam semalaman. Tapis kacang hijau tersebut dan ambil airnya. Sapukan air kacang hijau pada seluruh bahagian kulit kepala dan urut perlahan. Amalkan tiga kali seminggu untuk hasil yang berkesan.

7. Limau purut
Limau Purut baik untuk rambut tau. Boleh juga cuba untuk kurangkan keguguran rambut. Buahnya dibelah dua dan jusnya diperah ke atas kepala dan digosokkan ke kulit kepala. Insyallah, jika diamalkan, rambut menjadi sihat, berkilat, dan bersih tanpa kelumumur.

Kebersihan rambut perlu dijaga terutama untuk wanita yang bertudung. Sentiasa cuci rambut dan bilas dengan bersih. Gunakan syampoo dan perapi yang sesuai.

Anda ada tips lagi best? Meh kongsi dengan saya dan rakan-rakan yang lain. Nanti saya nak share pula vitamin untuk kesuburan rambut. Best tau. Mudah sangat. InsyaAllah pada entry akan datang.

Selamat malam..

Thursday, December 8, 2016

CARA MENGHILANGKAN BEKAS JERAWAT SECARA SEMULAJADI

6:07 PM 0 Comments
Assalamualaikum..
Mesti ada kalangan sahabat maya yang ada masalah parut jerawat kan? Saya jugak la. Masih ada lagi kelihatan bekas akibat campak 6 tahun lepas. Nak tau apa saya amalkan? Jom kita tengok. Mana tau bermanfaat untuk anda.



1. Daun Lidah Buaya
Best guna daun lidah buaya ni. Sejuk sangat. Kat rumah mak di kampung masih belum pupus lagi. Sekarang agak susah kan nak cari daun ni. Belah dua daunnya dan lendirnya disapu ke seluruh muka atau tempat yang berparut. Cuba amalkan 3x seminggu. Banyak manfaat daun lidah buaya ni tau.



2. Bedak Sejuk dan Madu
Petua ni saya google jugak. Sebelum ni tak tau pun. Campur madu dalam bedak sejuk kemudian tempekkan ke tempat yang berparut. Boleh je amalkan 2/3 kali seminggu. Bedak sejuk mak saya kat kampung ada buat jual tau. Warisan turun temurun.



3. Kulit Kayu Manis
Yang ni saya selalu amalkan lepas je baik dari campak dulu. Bayangkan muka penuh parut campak. Nak keluar rumah pun segan. Memang amik masa nak hilang. Boleh tumbuk kayu manis sampai lumat kemudian campur dengan bedak sejuk dan sedikit air. Boleh amalkan hari-hari..memang kesannya cepat.



4. Baking Soda
Bukan untuk buat kek je tau. Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan sedikit air. Bagi pekat, macam pes. Lumurkan campuran ini ke tempat yang berparut tu. Pastikan anda cuci muka guna moisturizer selepas basuh baking soda. Amalkan setiap dua hari sekali.

5. Timun
Yang ni lagi best. Sejuk je nanti. Boleh hiris timun tempek je kat tempat berparut. Atau boleh juga dikisar timun tersebut. Tapis airnya dan hampasnya boleh dibuat masker. Sapu pada muka dan lepas setengah jam boleh la bilas.

6. Ubi kentang
Hiris kentang nipis-nipis dan boleh la tempekkan ke tempat berparut tu. Biar dalam 15-20minit. Amalkan 3x seminggu.

7. Lemon
Lemon ni bukan sahaja boleh amalkan sebagai Detox tapi banyak manfaatnya juga untuk kulit kan. Perah sedikit jus lemon ke dalam mangkuk. Kalau kulit anda sensitif, cairkan dengan air sejuk. Kalau tak tak perlu cairkan. Gunakan kapas, sapukan ke muka dan biarkan kering. Setelah kering, bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.

8. Vitamin E
Cara paling cepat yang selalu saya amalkan. Gunting sikit hujung kapsul vitamin E tu then sapu seluruh muka sebelum tidur. Best sangat. Muka pun lembut jer.

Ada yang pernah amalkan cara diatas atau ada cara lain lagi. Jom share sini mana tau boleh cuba nanti. Boleh juga amalkan Suplemen yang sesuai untuk muka berparut. InsyaAllah berkesan.


CARA TAMBAH PENDAPATAN DENGAN BISNES ONLINE

1:11 PM 0 Comments
Assalamualaikum..

Entry pembuka tirai hari ni. Saya mula berjinak-jinak dengan bisnes online pada tahun 2008. Waktu tu saya masih bekerja di salah sebuah syarikat swasta di TTDI KL. Produk utama saya masa tu shawls. Biasa ambil stok kat Jalan TAR je.




Ye lah, mugkin waktu tu tiada perancangan, tiada target, jadi lah mcm sekarang. Tapi tak pe kan..masih ada waktu untuk merebut kejayaan.

Sekarang pun produk shawls, baju dan lain-lain masih seperti biasa. Boleh la buat extra income setiap bulan. Dan shaklee pun penyumbang tetap income saya setiap bulan.

Penting tau untuk mula berjinak-jinak dengan bisnes online ni. Sebab sekarang semua urusan dah banyak yang dalam talian. Macam saya sendiri, semua bil, utiliti dan transfer duit dan lain-lain..semuanya secara online. Dah tak pernah beratur kat pejabat pos tu nak bayar bil. Mudah kan.

Disamping ada pendapatan tetap setiap bulan, dengan bisnes online juga boleh bagi kita pendapatan sampingan. Dengan keadaan ekonomi sekarang, semua barang makin mahal. Semuanya perlukan duit dan inilah platform terbaik untuk kita kan. Orang yang bekerja pun perlukan extra..lagi la saya yang dok rumah je. Nak jugak rasa pegang duit sendiri kan. Sambil berbisnes dapat uruskan anak-anak sendiri. 

Sebelum berjinak-jinak dengan Shaklee, pernah juga berhasrat nak kerja semula tapi bila fikir balik kenapa tidak buat bisnes sungguh-sungguh. Berikan komitment 100%. Alhamdulillah dengan bisnes sedia ada mampu dapat balik sebulan gaji terus tak fikir kerja dah. Kenal pulak Shaklee terus jatuh cinta dan nak jadikan Shaklee sumber pendapatan tetap saya. 

Ada rakan-rakan yang berminat untuk berbisnes online? Tak tahu nak bisnes apa? Nak tak join Shaklee?
Sekiranya ada yang berminat menjadi Pengedar Shaklee terus hubungi saya Fiza 012 4513311. Saya memerlukan pengedar di Seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kehadiran anda sangat diperlukan.

Pengedar Sah Shaklee Sungai Petani, Kuala Ketil dan 
Padang Serai 
Afriza Abu Hasan (Shaklee ID 949698)
012 4513311 (whatsapp /sms)
COD : Bandar Puteri Jaya, Econsave BPJ, Giant Sungai Petani

Wednesday, December 7, 2016

SAMSUNG A7 PILIHAN HATI

11:34 PM 0 Comments
Assalamualaikum..
Bersiaran selepas si kechik Qisya tidur ni. Nak kongsi kisah Smartphone idaman ni. Mesti sahabat maya semua pun ada gadget yang berkenan dihati kan??

Secara jujurnya, saya memang tak pandai langsung bab-bab gadget ni. Tak reti pun apa-apa pasal dia punya spec apa semua tu. Yang pastinya, sebab saya ni online seller so memang nak mencari yang boleh buat semua benda dari A to Z macam sekarang. Berblog puna guna phone. Senang kan?

Smartphone pilihan? Ermmm..berkenan sangat dengan iphone tapi tak mampu dik oiii. Jadinya kita pilih Samsung A7 jer. Pertama kali pandang dah jatuh cinta tapi sampai sekarang belum dapat dimiliki. Hanya J5 masih setia disisi.


Kenapa Samsung A7? Tengok review yang ada, semua cakap gambar cantik. Tengok la camera pun 13mp. Harga mampu milik la tapi nak tunggu harga murah lagi la kot..hihi


Key Specifications
  • Display: 5.5 inch Super AMOLED 1920 x 1080 (FHD)
  • Processor: 1.6GHz Octa-Core
  • Memory: 3GB RAM + 16GB Storage (Micro SD Slot up to 128GB)
  • Camera : Rear 13MP, Front 5MP
  • OS : Android 5.1 (Lollipop)
  • Sim Slot: Dua
Apa yang penting ianya nanti lagi bagus dari J5 yang ada ni. Sekarang pun semuanya guna phone ni. Menaip entry ni pun guna J5 tau sejak notebook jem dah tak boleh buka dihempap powerbank. Sedeh kan..huk huk

Harga bukan ukuran pun. Macam yang sekarang boleh je buat semuanya. Jadinya..idaman hati tu kita tolak tepi dulu la. Utamakan yang lebih penting. InsyaAllah ada rezeki lebih harus ku miliki. Harus tau! bukan wajib pun..hehe

Sahabat semua macam mana? Ada idaman hati? Meh la kita sharing..mana tau terbekenan plak nanti bila tengok.

LUKA AKIBAT DIABETES SEMBUH SEPENUHNYA

12:39 PM 2 Comments
Assalamualaikum..Excited nak update kisah sorang pakcik ni yang amalkan vivix bulan 3 yang lalu. Kalau ada terbaca entry lalu, mesti ngeri tengok keadaan beliau. 

Ini update terbaru tentang pakcik ni. Siap boleh berlari dah. Best kan. Kisah beliau ada di sini ➡ Cara Sembukan Luka Akibat Diabetes


Alhamdulillah pakcik. Semoga bertambah sihat yer. Saya hepi sangat.

Boleh hubungi saya Fiza Hasan 012 4513311. InsyaAllah saya boleh membantu. Atau ingin membuat pembelian sendiri boleh sahaja klik dibawah untuk pesanan.



Sekiranya anda berminat menjadi Pengedar Shaklee terus hubungi saya Fiza 012 4513311. Saya memerlukan pengedar di Seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kehadiran anda sangat diperlukan.

Pengedar Sah Shaklee Sungai Petani, Kuala Ketil dan 
Padang Serai 
Fiza Hasan (Shaklee ID 949698)
012 4513311 (whatsapp /sms)
COD : Bandar Puteri Jaya, Econsave BPJ, Giant Sungai Petani

COLLAGEN SHAKLEE VITAMIN KULIT CANTIK

11:13 AM 4 Comments
Assalamualaikum semua..
Wahhh..promosi Collagen Shaklee tau bulan ni. Sepanjang saya join shaklee, saya pernah makan 2 kotak collagen shaklee. Beli time offer je sebab nak jimat belanja kan. Lepas dah habis terus stop. Tapi..bulan ni offer lagi tau..tengah dok fikir nak grab ni. Bukan senang nak ada offer. Setahun sekali pun payah ni.

Apa yang bestnya collagen ni. Meh saya share testimoni best dari kawan-kawan yang amalkan collagen ni.

Boleh kecikkan liang-liang pori tau. Belum pun habis sekotak.

Kulit pun makin moist..haaa..bukan kek je moist nanti. Mesti best kan?


Bekas jerawat pun boleh hilang. Ni yang paling best. Wajib cuba ni.

Klik sini untuk semua info tentang COLLAGEN SHAKLEE

Ada tak yang nak cuba sempena promosi bulan ni. Harga sememangnya best ni. Tak percaya? Boleh contact Fiza 012 4513311 atau pembelian online boleh dilakukan dengan cara di bawah.



Sekiranya anda berminat menjadi Pengedar Shaklee terus hubungi saya Fiza 012 4513311. Saya memerlukan pengedar di Seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kehadiran anda sangat diperlukan.

Pengedar Sah Shaklee Sungai Petani, Kuala Ketil dan 
Padang Serai 
Fiza Hasan (Shaklee ID 949698)
012 4513311 (whatsapp /sms)
COD : Bandar Puteri Jaya, Econsave BPJ, Giant Sungai Petani

Tuesday, December 6, 2016

CARA SAYA MENJANA PENDAPATAN

9:26 AM 0 Comments
Bonus bulanan buat apa?
Biasanya duit bonus menampung keperluan harian yang tak cukup. Biasa zaman sekarang ni semuanya duit. Keluar rumah mesti kena ada duit.


Alhamdulillah..walaupun tak banyak, boleha menampung keperluan bulanan kami. Kadang-kadang duit bonus saya buat modal beli barang. So ada lah barang kat rumah kalau kebetulan nanti customer cari kan. Dengan bonus jugak saya beli flyers dan semua keperluan untuk bisnes ni.

Banyaknya memang untuk keperluan keluarga lah. Dah memang bekerja untuk keluarga. Kawan-kawan yang lain mcm mana? Saya tengok kat newsfeed saya ni ramai yang berbisnes kan..

Kalau ada yang minat nak join saya untuk menampung keperluan keluaga..boleh hubungi saya 012 4513311

Monday, December 5, 2016

CARA SEMBUHKAN LUKA AKIBAT DIABETES

6:58 PM 0 Comments
Cara sembuhkan luka akibat Diabetes

Kalau kandungan gula dalam darah tak terkawal/tinggi, saya sangat syorkan pengambilan vivix ni.  Alhamdulillah dah ramai feedback positif kami terima yg berjaya mengawal paras gula. Konsisten dengan satu2 produk..insyaAllah

Testimoni dibawah adalah kesan luka akibat terkena racun ketika meracun sawah padi. Akibatnya Doktor terpaksa korek buang isi betis kaki Pakcik ni sedalam lebih kurang satu inci sebab ada infection.


Gambar mula tu nampak ada getah kan. Getah tu tujuan utk keluarkan air bisa dekat tulang kering supaya air bisa boleh keluar walaupun posisi kaki tu arah mana sekalipun, air bisa tetap akan keluar.

Beliau pulun minum Vivix 25/3/16, 2botol dalam masa lebih kurang dua minggu, 2sudu pagi, 2sudu malam. Syukur alhamdulillah, isi kakinya elok je naik dan penuh. Rujuk gambar ketiga. 

Alhamdulillah selepas mengamalkan Vivix 2 botol selama 2 minggu (beliau mengambil mega-dose), kaki beliau dah cantik dah naik isi. 

Untuk makluman, doktor memang tak bekalkan sebarang ubat, cuma dressing je hari-hari. Alhamdulillah beliau sangat berpuas hati dengan Vivix. Sekarang makin sayang nak tinggal Vivix dah.

Boleh hubungi saya Fiza Hasan 012 4513311. InsyaAllah saya boleh membantu. Atau ingin membuat pembelian sendiri boleh sahaja klik dibawah untuk pesanan.


Sekiranya anda berminat menjadi Pengedar Shaklee terus hubungi saya Fiza 012 4513311. Saya memerlukan pengedar di Seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kehadiran anda sangat diperlukan.

Pengedar Sah Shaklee Sungai Petani, Kuala Ketil dan 
Padang Serai 
Fiza Hasan (Shaklee ID 949698)
012 4513311 (whatsapp /sms)
COD : Bandar Puteri Jaya, Econsave BPJ, Giant Sungai Petani

POPULAR POSTS

Follow Me