Sunday, November 8, 2015

# GENERAL INFO # PARENTING

7 TIPS ATASI ANAK TAKUT KE SEKOLAH

Anak2 takut ke sekolah? ada lagi zaman sekarang ni? rasanya semua kanak2 zaman skrg ni semua dah pakat seronok nak pergi sekolah kan...hihi..anak2 saya juga sangat suka ke sekolah walaupun baru tadika. Tapi saya pasti ramai juga dikalangan ibu bapa yang mengalami masalah ini kan. 




Jom kita tengok sedikit tips..

1. Seelok-eloknya sebelum sekolah bermula, anak sudah didedahkan dengan cerita mengenai sekolah baru supaya emosinya lebih bersedia. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sekolah, seperti ada ramai kawan,“guru yang baik, ada taman permainan dan sebagainya..

2.  Kita sendiri sebagai ibu bapa perlu cekal apabila menghantar dan meninggalkan anak buat pertama kali kerana emosi kita banyak mempengaruhi emosi anak.

3. Cuba berfikiran positif dan elakkan daripada menunggu anak dalam kelas terlalu lama. Perkara ini akan menyukarkan proses penyesuaian. Tinggalkan saja anak sebaik menghantarnya ke tadika walaupun dia menangis. Usah bimbang kerana biasanya anak akan diam selepas ibu atau bapa pulang. Apabila ditinggalkan, insya-Allah dia akan mula bergaul dengan kawan lain.

4. Pastikan juga kita tidak lewat mengambil anak pulang dari tadika atau sekolah terutamanya pada minggu pertama. Biasanya kanak-kanak akan berasa takut apabila melihat kawan sudah pulang.

5. Beri ganjaran (umpan) kepada anak yang tidak mahu ke sekolah dengan sesuatu yang disukai sekiranyanya dia rajin ke sekolah tetapi elakkan daripada mengumpan anak dengan jajan dan mainan yang mahal. Teruslah menghantar anak ke tadika secara konsisten. Tidak konsisten akan melambatkan proses penyesuaian.

6. Buat kerja rumah dan ulangkaji bersama-sama. Tanya hal-hal aktiviti, siapa kawan dia di sekolah dan sebagainya. Tunjukkan minat dan sokongan anda terhadap persekolahannya.

Mungkin juga dia tidak suka pakaian sekolahnya yang tidak selesa. Tudung yang panas contohnya. Oleh itu belikan mereka pakaian dan tudung yang selesa dipakai. 

7. Sebagai ibu bapa, banyak berdoa untuk kesejahteraan anak. Selalu membaca surah as-Syura ayat 19 dan Ali Imran, ayat 200 untuk melembutkan hati anak dan supaya mereka senang belajar. Puan juga boleh amalkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum dan Ya Latif’.

PENUTUP

Sekiranya anak terus meragam, sentiasalah bersabar dan memujuk mereka dengan banyak berbual, bermain dan bercerita. Ia boleh meredakan banyak masalah emosi anak.

Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan mengambil masa yang berbeza untuk menyesuaikan diri. Jangan khuatir kerana fitrah anak-anak memang suka kepada alam persekolahan.

Semoga bermanfaat =)

No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me