Wednesday, November 11, 2015

TIPS KURANGKAN ALAHAN KETIKA HAMIL

8:15 AM 0 Comments
Sangat2 mencabar mengandung kali ni..alahan dah dekat sebulan belum ada tanda2 nak reda. Makin teruk ada kot..dugaan betul anak no3 ni..

Asyik la mengoogle mcm2 info..ni ha dapat la tips / cara kurangkan alahan..


Makanan
  • Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
  • Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
  • Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.

  • Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.

  • Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.

  • Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.

  • Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.

  • Elakkan mengambil kafein dan merokok.


Minuman
  • Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.

  • Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.

  • Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.


Rutin harian
  • Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.

  • Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.

  • Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.

  • Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.

  • Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.

  • Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
  • Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.

  • Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)


Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?
  • Cadangan di atas tidak memberikan kesan.

  • Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan.

  • Berat badan anda menurun dengan banyak.

  • Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.

  • Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
  • Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.
Diharapkan dapat membantu juga ibu2 yang hamil diluar sana...sama2 kita jaga kesihatan yer..:)

Sunday, November 8, 2015

7 TIPS ATASI ANAK TAKUT KE SEKOLAH

10:48 AM 0 Comments
Anak2 takut ke sekolah? ada lagi zaman sekarang ni? rasanya semua kanak2 zaman skrg ni semua dah pakat seronok nak pergi sekolah kan...hihi..anak2 saya juga sangat suka ke sekolah walaupun baru tadika. Tapi saya pasti ramai juga dikalangan ibu bapa yang mengalami masalah ini kan. 




Jom kita tengok sedikit tips..

1. Seelok-eloknya sebelum sekolah bermula, anak sudah didedahkan dengan cerita mengenai sekolah baru supaya emosinya lebih bersedia. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sekolah, seperti ada ramai kawan,“guru yang baik, ada taman permainan dan sebagainya..

2.  Kita sendiri sebagai ibu bapa perlu cekal apabila menghantar dan meninggalkan anak buat pertama kali kerana emosi kita banyak mempengaruhi emosi anak.

3. Cuba berfikiran positif dan elakkan daripada menunggu anak dalam kelas terlalu lama. Perkara ini akan menyukarkan proses penyesuaian. Tinggalkan saja anak sebaik menghantarnya ke tadika walaupun dia menangis. Usah bimbang kerana biasanya anak akan diam selepas ibu atau bapa pulang. Apabila ditinggalkan, insya-Allah dia akan mula bergaul dengan kawan lain.

4. Pastikan juga kita tidak lewat mengambil anak pulang dari tadika atau sekolah terutamanya pada minggu pertama. Biasanya kanak-kanak akan berasa takut apabila melihat kawan sudah pulang.

5. Beri ganjaran (umpan) kepada anak yang tidak mahu ke sekolah dengan sesuatu yang disukai sekiranyanya dia rajin ke sekolah tetapi elakkan daripada mengumpan anak dengan jajan dan mainan yang mahal. Teruslah menghantar anak ke tadika secara konsisten. Tidak konsisten akan melambatkan proses penyesuaian.

6. Buat kerja rumah dan ulangkaji bersama-sama. Tanya hal-hal aktiviti, siapa kawan dia di sekolah dan sebagainya. Tunjukkan minat dan sokongan anda terhadap persekolahannya.

Mungkin juga dia tidak suka pakaian sekolahnya yang tidak selesa. Tudung yang panas contohnya. Oleh itu belikan mereka pakaian dan tudung yang selesa dipakai. 

7. Sebagai ibu bapa, banyak berdoa untuk kesejahteraan anak. Selalu membaca surah as-Syura ayat 19 dan Ali Imran, ayat 200 untuk melembutkan hati anak dan supaya mereka senang belajar. Puan juga boleh amalkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum dan Ya Latif’.

PENUTUP

Sekiranya anak terus meragam, sentiasalah bersabar dan memujuk mereka dengan banyak berbual, bermain dan bercerita. Ia boleh meredakan banyak masalah emosi anak.

Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan mengambil masa yang berbeza untuk menyesuaikan diri. Jangan khuatir kerana fitrah anak-anak memang suka kepada alam persekolahan.

Semoga bermanfaat =)

Friday, November 6, 2015

CARA MELATIH ANAK HIPERAKTIF

4:48 PM 0 Comments
Mempunyai anak anak hyperaktif? pasti suatu perkara yang membimbangkan. Disini saya ingin berkongsikan beberapa tips untuk mendidik dan melatih anak anak yang hyperaktif ni. Kebanyakkan ibu bapa bersikap kasar atau menggunakan kekerasan untuk menangani masalah anak hyperaktif ni kan.Tahukah anda.. dengan menggunakan kekeraasan boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada anak anak itu sendiri.



sedikit tips atau cara mendidik anak yang hyperaktif nie:

  • Latih anak anak hyperaktif untuk lebih bedisiplin supaya dapat mengaturkan diri dengan lebih baik
  • Jangan menjatuhkan hukuman kerana adakalanya perilaku hyperaktif tu bukan la kesalahan dari anak itu sepenuhnya
  • Jangan sesekali melabel anak anak Nakal, Jahat, Malas, Bodoh dan sebagainya sebab nanti akan jadi seperti yang dikatakan itu
  • Jangan bosan untuk mengajar anak anak hyperaktif dengan lebih kerap
  • Apabila berada didepan anak hyperaktif, katakan la bahawa dia adalah anak yang paling baik dan usahlan mengungkit kesalahan yang pernah dilakukan.
  • Sentiasa berwaspada dan perhati anak agar tidak bertindak sesuatu yang boleh membahayakan dirinya atau orang lain.
  • Banyakkan komunikasi dengan anak. Jika pada anak normal kita cenderung berkomunikasi pada saat saat tertentu, pada anak hiperaktif kita seharusnya berkomunikasi 'setiap satu minit sekali'.


kita sebagai ibu bapa patut amalkan doa2 berikut utk anak2:

  • Al Baqarah : 128 (doa agar anak patuh pada Allah)
  • Al Imran : 38 ( Doa agar diberi anak yang baik)
  • Al Furqan : 74 (doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati
  • Untuk anak anak mudah belajar dan menelaah pelajaran : Zikir Ya Latif sebanyak 129 kali

Doa doa ketika anak anak sedang tidur :-

  • Pada setiap malam semasa anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepala anak sebanyak 100 kali
  • Mambaca Al Fatihah 1 kali dan Surah Alam Nasyrah 1 kali
  • Bercakap dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya lengkap dengan berbinkan atau berbintikan dengan ibu mereka. Percakapan itu wajiblah berupa nasihat, pujian dan cerita tentang kasih sayang kita terhadapnya. Kerana sesungguhnya perbuatan kita itu sangat berkesan kepada jiwa dan rohnya


Semoga sedikit tips ni boleh membantu kita mendidik anak anak terutamanya anak yang hyperaktif..

Wednesday, November 4, 2015

ATASI LETIH KETIKA HAMIL

4:32 AM 0 Comments

Apa yang kebanyakan wanita paling ingat mengenai fasa awal kehamilan ialah rasa letih yang berterusan ditambah pula dengan masalah alahan (morning sickness), banyak angin dalam badan dan banyak lagi masalah lain semasa hamil

Sepanjang kehamilan, terutamanya dalam trimester pertama, badan anda bekerja dengan lebih kuat. Pada waktu ini, badan anda sedang dalam proses membuat uri (plasenta) yang merupakan satu sistem sokongan hayat bagi bayi anda. Proses ini hanya akan selesai pada akhir trimester pertama. 

Tahap hormon dan metabolisma anda juga sedang berubah dengan pesat, manakala gula dalam darah serta tekanan darah mungkin akan menurun. Kesemua ini menyebabkan anda menjadi terlalu letih.

Ibu hamil pun boleh kuat jalan & kuat panjat tau; bukan takat kuat makan & kuat tidur je. Cerita dongeng macam ni biasa dengar drpd mak/nenek je kan? Nah, ini kisah mak moden:





Sebab dan punca berlakunya masalah cepat letih dan kelesuan semasa hamil

  • Tidur yang tidak cukup – disarankan ibu mengandung tidur secukup-cukupnya iaitu dalam 7 hingga 8 jam.  Kembalikan tenaga anda dengan selalu mengambil nap time.

  • Tak cukup tenaga – ibu mengandung harus mengambil diet sihat dan makanan yang mencukupi. Diet yang seimbang membantu mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Paras glukosa dalam darah tidak boleh rendah, ibu mengandung akan terus menjadi lemah dan mungkin pitam kalau tahap glukosa dalam darah rendah.

  • Skip breakfast– ibu-ibu jangan skip breakfast! Jika rasa seperti tidak lapar, tidak boleh mengambil sarapan yang berat, sila makan sekeping roti, beberapa keping biskut mahupun  hanya minum segelas susu.  Anda perlukan tenaga untuk mengharungi kerja harian yang perlu disiapkan.

  • Anemia (kurang darah merah) – anemia akan menyebabkan seseorang itu mudah pitam, lesu, mudah letih serta mengantuk manakala bagi yang masih belajar, atau bekerja akan mengalami kurang daya tumpu dalam pelajaran/kerja. Apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan (ataupun biasanya doktor akan sebut HB low). Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan


** Maklumat penyakit anemia

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11g.


  • Gangguan Emosi – Ibu hamil senang menghadapi gangguan tekanan emosi.Kehamilan boleh membuatkan anda ketawa dan menangis tanpa sebab. Ia berlaku kerana perubahan hormon ketika kehamilan yang mengganggu penghantaran mesej ke otak, selain dipengaruhi emosi sebelum bergelar ibu bapa. Gangguan emosi bukan sahaja meletihkan seseorang, ia juga memudaratkan kesihatan. Kajian menunjukkan masalah emosi ketika hamil yang tidak dirawat boleh menjejaskan fizikal bayi, meningkatkan peratusan kelahiran bayi pra matang dan seterusnya risiko meroyan.

  • Alahan (disebabkan hormon)- Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Assunta di Petaling Jaya, Dr Liew Fah Onn, kehamilan adalah tempoh berlakunya banyak perubahan dalam badan wanita. Hormon mempunyai kesan besar terhadap sistem imun atau daya ketahanan badan yang akan turut mempengaruhi masalah alahan.

  • Dehidrasi – jika kurang minum air, ibu-ibu akan rasa dehidrasi Dehidrasi ditakrifkan sebagai 'kekurangan air yang banyak dari tubuh’. Dehidrasi akan menyebabkan aktiviti enzim/aktiviti penyerapan protein di dalam badan menjadi perlahan dan seterusnya menyebabkan seseorang terasa amat penat dan letih. Dehidrasi teruk di kalangan wanita hamil boleh menyebabkan peningkatan suhu dalam tubuh dan seterusnya memberikan kesan negatif pada bayi di dalam rahim terutama ketika awal kehamilan.

Atasinya dengan menjaga Pemakanan 
Anda tidak perlu mula “makan untuk dua orang” sebelum trimester ketiga dan begitu pun anda cuma perlukan kira-kira 200 hingga 300 kalori tambahan setiap hari daripada makanan berkhasiat, bukannya kerepek atau coklat. Pemakanan yang sihat yang mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh, susu rendah lemak dan daging tanpa lemak boleh memberi tenaga; sebaliknya, makanan ringan hanya menjejaskan tahap tenaga anda. Makan dan minum yang sedikit tetapi kerap dapat membantu menangani loya dan muntah.


Minum 8 gelas air setiap hari. Perlu mendapat nasihat doktor jika mempunyai komplikasi kehamilan yang lain seperti tekanan darah tinggi dan diabetis ketika mengalami dehidrasi
Minum sebelum rasa haus.

Kurangkan aktiviti fizikal yang agak lasak dan elakkan dari aktiviti di luar rumah yang panas.

Jadi, secara ringkasnya ibu-ibu perlu menjaga pemakanan, dan bersenam setiap hari untuk mengatasi badan yang cepat letih, lesu dan tak bermaya.

POPULAR POSTS

Follow Me