Tuesday, October 13, 2015

# PARENTING # TIPS KESIHATAN ANAK

KENAPA BAYI TIDAK BOLEH DIBERI MAKAN SEBELUM 6 BULAN?


Saya pernah disarankan oleh makcik utk memberi nestum kpd anak saya yg ketika itu baru berusia 3 bln. 3bln OK!!! Huhu. Namun memang saya tak endahkan. Mak saya pun melarang. Alhamdulillah masih ada yang memahami.

WHO menyarankan agar pemberian makanan kepada bayi seharusnya dimulakan pada usia 6 bulan ke atas. Begitu juga dengan Jabatan Kesihatan United Kingdom dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Pendek kata semua badan-badan ini menggalakkan ibu menyusukan bayi mereka secara ekslusif, iaitu tidak perlu dicampur dengan makanan lain termasuk air masak ataupun susu formula sehingga bayi berusia 6 bulan.




Ramai ibu2 diluar sana menganggap bila anak nangis jer sebab anak lapar. Ala, susu tak cukup tu..kena top up nestum!..hihi

Diakui, masih ramai ibu yang tidak mengikut saranan dan polisi ini kerana beberapa sebab berikut:

  • Bayi dianggap bersedia untuk menerima makanan pejal daripada mulutnya yang suka mencicip-cicip.
  • Menganggap bayi lapar dan susu ibu tidak mencukupi.
  • Menganggap perut bayi adalah kuat seperti perut orang dewasa dan boleh menerima makanan lebih awal.
  • Menganggap bayi akan cepat kenyang dan boleh tidur lebih lena jika diberi makan.
Sayangnya, bayi bukanlah orang dewasa yang bersaiz kecil dan sudah tentu organ-organ dalaman bayi tidak sekuat orang dewasa. Tanggapan-tanggapan di atas memang amat salah sama sekali.

Kenapa bayi tidak boleh diberi makan sebelum 6 bulan?

1. Sistem penghadaman yang belum matang

Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedian untuk menghadam makanan-makanan pejal yang lebih kompleks termasuk kanji dan karbohidrat. Proses penghadaman ini memerlukan enzim-enzim tertentu dan tubuh bayi belum menghasilkan enzim yang cukup untuk proses ini.Walaupun bayi mempunyai enzim amilase dalam air liurnya namun enzim ini belum cukup bagus untuk menjalankan proses percernaan.

Tubuh bayi juga masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi daripada sumber telur, daging dan susu lembu. Manakala protein dalam susu ibu adalah berbeza kerana turut mengandungi enzim pencernaan sendiri.

Apabila proses penghadaman ini tidak berjalan dengan baik, bayi boleh terdedah kepada masalah usus tersumbat atau ‘istestinal obstruction’. Bukan sedikit kes bayi yang terpaksa ditebuk perutnya kerana masalah ini.

2. Kesihatan jangka panjang

Menurut kajian yang dijalnakan oleh Universiti of Buffalo, salah satu penyebab penyakit kronik ialah akibat pemberian makanan terlalu awal kepada bayi.

Jadi tak hairanlah, kalau anda terjumpa orang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan dengan baik, rajin bersenam tetapi tiba-tiba jatuh sakit atau meninggal akibat penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, strok, kegagalan buah pinggang dan sebagainya.

3. Masalah dalam penyusuan

Bayi yang sudah diberi makan, sudah tentu akan kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana bayi akan menolak untuk menyusu dengan lebih banyak. Keadaan ini juga mungkin boleh menyebabkan susu ibu semakin berkurangan jika tiada rangsangan.

Fikir-fikirkan lah tentang masa depan anak kita. Ada mesej kenapa Rasulullah diserahkan kepada ibu susuan dan masih tinggal bersama Halimatul Al-Saadiah meskipun usia baginda sudah melebihi 2 tahun.

Sayangi masa depan anak-anak kita. Jangan terlalu ghairah melihat bayi ‘cepat besar’ dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuk terima. Ikutlah saranan yang telah dicadangkan sebagai 1 usaha untuk memastikan anak kita membesar dengan kesihatan yang terjaga.


Bila boleh mulakan makanan kepada bayi?

Saya memulakan makanan pejal kepada bayi saya seawal usia mereka 7-8bulan. Bukan lah bertujuan menahan mereka dari makan tp pada ketika itu, saya amat pasti apa kehendak bayi saya. Tapi masuk jer 6 bulan memang saya dah perkenalkan cuma tidak secara kerap. Bermula dengan mengajar mereka secara sedikit2.

Usia yang disarakan untuk memulakan makanan pejal adalah 6 bulan kerana pada usia ini organ dalaman bayi semakin matang dan bayi memerlukan lebih banyak zat dan nutrisi untuk tumbesaran dan susu ibu tidak lagi mampu untuk membekalkan nutrisi yang diperlukan ini.

Pada usia 6 bulan, makan separa pejal ataupun puri dimulakan dahulu dan ditingkatkan secara perlahan-lahan. Dalam masa beberapa minggu, makanan dengan rasa, tekstur dan suhu berlainan boleh diperkenalkan. Ibu juga boleh menambah sumber protein daripada ikan, ayam, daging dan sebagainya untuk menggantikan protein susu. 

Diharapkan info diatas sedikit sebanyak memberi impak kepada ibu2 diluar sana terutama bakal ibu2 nanti. Sayangi anak anda...

Semoga berjumpa lagi dilain entry..

No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me