Monday, October 12, 2015

# OBESITI # PARENTING

ANAK OBESITI? KETAHUI LANGKAH MENGAWALNYA.

ANAK OBESITI? KETAHUI LANGKAH MENGAWALNYA.

oppsss...berat badan anak terlampau obes? macam mana nak menanganinya? Jangan la pula disuruh anak tu diet mcm kita yang dewasa ni kan..cuma ibu bapa perlu kawal corak pemakanan diaorg.

Kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan tidak sepatutnya menjalani kawalan pemakanan terlalu ketat. Hal ini kerana emosi kanak-kanak tersebut perlu dijaga. Perkara asas yang perlu ibu bapa lakukan ialah elakkan mereka mengambil makanan segera. Selain itu, jangan jadikan makanan segera atau makanan ringan sebagai ganjaran kepada anak-anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu perkara. Seelok-eloknya, pastikan rumah anda sentiasa ada buah-buahan bagi mengelakkan mereka memilih snek yang tidak berkhasiat.

sweetnyer.blogspot.com



1. SEDIAKAN SARAPAN YG BERKHASIAT SETIAP PAGI

Sarapan yg berkhasiat adalah amat penting bagi memastikan anak kita mendapat bekalan tenaga yg mencukupi untuknya menghadapi hari yg panjang. Sarapan anak-anak tidak seharusnya mengandungi lemak dan kalori yg berlebihan. Lemak & kalori yg berlebihan hanya akan memberikan tenaga untuk jangka pendek sahaja. Belum sampai waktu makan tengahari pun nanti, mereka sudah berasa amat lapar kembali!

Antara sarapan yg disarankan untuk kanak-kanak adalah:
  • Makanan berprotein tinggi seperti daging ayam, makanan laut seperti ikan, putih telur hancur, keju rendah lemak dan susu.
  • Makanan yg mengandungi karbohidrat mudah seperti wholemeal pasta, buah-buahan, kentang, roti bijirin penuh, keledek serta kekacang.
  • Makanan yg mengandungi lemak yg rendah seperti keju rendah lemak, minyak zaitun, kekacang serta mentega kacang.



2. ELAKKAN MINUMAN BERKALORI TINGGI

Kalori kebiasaannya mudah diperolehi daripada gula. Jadi, elakkan minuman yg mempunyai kandungan gula yg tinggi seperti minuman dalam kotak, jus buah dalam kotak/botol ataupun minuman berkarbonat. Anak-anak yg obesiti juga amat digalakkan untuk mengambil susu dari jenis rendah lemak.


3. BERIKAN MEREKA SNEK

Cara pemakanan yg sihat adalah makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yg sedikit. Malah, snek mereka juga haruslah terdiri daripada snek yg sihat. Contoh snek sihat yg boleh diberi adalah bijirin penuh & rendah lemak, roti bijirin penuh, buah-buahan serta stick keju rendah lemak.


4. SEDIAKAN BUAH-BUAHAN BEKU SEBAGAI SNEK





Jika anak anda gemarkan snek beku seperti aiskrim, apa kata jadikan buah-buahan sebagai snek beku mereka! Anda boleh membekukan anggur, berries, pisang, tembikai susu dan sebagainya untuk mereka. Mungkin buah-buahan tersebut boleh dipotong mengikut saiz-saiz kecil yg comel ataupun mengikut bentuk-bentuk menarik bagi 'menggoda' anak anda. Anda juga boleh mencelup & membekukan buah-buahan tersebut bersama beberapa bahan lain yg menarik seperti dark chocolate yg kurang manis, jeli rendah lemak ataupun puding coklat rendah lemak.


5. HADKAN PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN

Seboleh-bolehnya jangan simpan apa-apa stok makanan ringan (ataupun orang Melayu panggil jajan) di rumah. Sebaiknya sediakan snek yg berkhasiat seperti buah-buahan pada tempat yg mudah dilihat & dicapai oleh anak-anak anda. Contohnya, di atas meja makan ataupun di kabinet dapur yg mudah dicapai oleh mereka.


6. LETAKKAN MAKANAN BERKHASIAT DI BAHAGIAN HADAPAN

Sama seperti di kebanyakan pasaraya; letaklah makanan yg berkhasiat di bahagian hadapan susunan stok makanan anda. Contohnya di dalam peti sejuk. Letakkan buah-buahan sejuk beku di bahagian hadapan berhampiran pintu berbanding aiskrim yg lain. Jika di dalam rak dapur pula, letakkan bijirin sarapan yg berkhasiat di bahagian hadapan berbanding stok makanan lain yg kurang berkhasiat. Jadi, anak-anak anda akan lebih cenderung untuk mencapai makanan atau snek yg lebih berkhasiat.


7. BUAH-BUAHAN DALAM BEKAS MUDAH CAPAI

Letaklah buah-buahan yg telah sedia sipotong kecil di dalam mangkuk ataupun bekas yg mudah diambil dan dipegang oleh anak-anak anda. mereka mungkin mahu membawanya ke ruang tamu untuk dikunyah sewaktu menonton televisyen.


8. MAKAN DI RUMAH

Makanan terbaik adalah yg disediakan sendiri di rumah oleh si ibu. Makanan yg dimasak di restoran ataupun di gerai kebiasaannya mengandungi bahan penambah perisa, garam & gula yg banyak. Ini adalah penyumbang utama kegemukan! Masakan yg dimasak sendiri di rumah adalah lebih selamat & lebih teliti penyediaannya. Malah, kita mempunyai pilihan sendiri untuk memasukkan apa-apa bahan ke dalamnya.


9. JANGAN PAKSA MEREKA MELICINKAN PINGGAN!

Jangan biasakan memaksa anak-anak menghabiskan kesemua makanan yg ada di atas pinggan mereka. Jika mereka mahu berhenti disebabkan mereka telah berasa kenyang, maka jangan paksa mereka untuk terus makan. Bagi mengelakkan pembaziran, anda boleh mula dengan meletakkan makanan dalam kuantiti yg tidak terlalu banyak.

semoga info yang diberi bermanfaat untuk anda yang mempunyai anak obesiti...:)

No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me